CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5548|Reply: 5

Antara Rasuah Dan Hadiah

[Copy link]
Post time 6-8-2015 05:04 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ



Dalam era modenisasi ini, kita dapat menyaksikan pertumbuhan ekonomi dan perkembangan arus pembangunan yang begitu rancak di negara kita, Malaysia.

Namun dalam usaha menuju ke arah pembangunan pesat, sesebuah negara tidak akan dapat lari dari penyakit sosial yang semakin teruk melanda dunia hari ini iaitu amalan rasuah.

Gejala rasuah adalah haram disisi Islam dan jika tidak diperangi hingga ke akar umbi akan memberi impak buruk terhadap sistem pentadbiran dan kestabilan sosial negara turut tergugat. Rasuah menyebabkan seseorang sanggup menjual prinsip, maruah dan harga diri semata-mata untuk kepentingan peribadi. Rasuah politik pula sering berlaku di banyak negara, ini akan memberi impak yang lebih besar kepada kesejahteraan sesebuah negara.



Sumber foto : www.orangmuda.tv

Apakah Maksud Rasuah?
Definasi rasuah mengikut Islam bermaksud sogokan, wang suapan atau yang seumpama dengannya dengan tujuan yang satu iaitu agar pihak-pihak tertentu dapat mengurus atau menyelesaikan sesuatu hal yang dikehendakinya.  Dalam kamus Concise Law Dictionary, P.G. Osbome memberi definisi "bribery and corruption" sebagai perbuatan "giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or receipt of such reward".

Dalil dari Al Quran tentang rasuah :

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)." Al-Baqarah: 188.

Dalil dari hadis Nabi SAW tentang rasuah :
Dari Ai'syah r.a., katanya: "Rasulullah S.A.W. melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah."  HR al-Bazzar & Abu Ya'la

Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya kebinasaan umat-umat sebelum kalian adalah jika orang yang terhormat dari mereka mencuri, mereka membiarkannya, tetapi jika orang bawahan mereka mencuri, mereka potong tangannya. Demi Zat yang jiwa ku ada di tangan Nya, seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya akan aku potong tangannya!"


Antara Kesalahan Rasuah.
1-Meminta/ Menerima Rasuah
2-Menawar/Memberi Rasuah
3-Membuat Tuntutan Palsu
4-Menyalahguna Jawatan/Kedudukan



Sumber foto : n9tahan.blogspot.com

Perbezaan Antara Rasuah Dan Hadiah.

Rasuah adalah pemberian samada dalam bentuk harta atau manfaat tertentu yang bertujuan untuk memperolehi sesuatu yang bukan haknya, atau menzalimi hak pihak lain.

Hadiah pula adalah pemberian atas sebab suka atau sayang tanpa sebarang tuntutan atau ganjaran balas yang disyaratkan. Al-Imam al-Mawardi merumuskan “rasuah apa yang diberikan kerana menuntut sesuatu, hadiah pula apa yang disumbang tanpa sebarang balasan”.

Hadiah yang ikhlas adalah digalakkan dalam Islam. Sabda Nabi s.a.w:
“Berilah hadiah nanti kamu akan sayang menyayangi” (Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad).



Kesan-kesan buruk rasuah akan menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran, di samping boleh menjejaskan sosial serta kestabilan politik dan keselamatan.
Ia juga memberi kesan kepada individu itu sendiri seperti kehilangan pekerjaan dan kejatuhan moral atau maruah. Jadi, langkah-langkah segera untuk menangani gejala rasuah yang kian meruncing dalam negara kita ini harus diteliti dan dipantau oleh semua pihak. Diharapkan juga, sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat dan golongan, tidak akan terlepas daripada tindakan undang–undang yang setimpal jika terlibat dalam gejala rasuah.


Sumber foto : npembencirasuah.blogspot.com


Atau apakah kita rela melihat keruntuhan tamadun yang telah sekian lama terjaga? - CARI Infonet.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2015 05:28 PM | Show all posts
Hadiah RM2.6bilion kepada najib  dari siapa ?  Kerajaan qatar ka ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 05:41 PM | Show all posts
CALLING FOR POLIS CI @axl_bach
REPORTER CARI SUKA BUAT MULTIPLE THREAD SIS.. MOHON HENCAPAN BERTERUSAN KEPADA HESHEOLS
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara rasuah, atau hadiah atau derma.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 01:28 AM | Show all posts
hadiah dan rasuah nak beza macam mana,semua atas niat
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 02:41 AM | Show all posts
DERMA takpe.........  
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.048828 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list