CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6352|Reply: 20

Notis Berhenti Kerja

[Copy link]
Post time 7-8-2015 10:02 PM | Show all posts |Read mode
Salam warga CARI, saya yang sedang dalam dilema ni nak tanya pendapat korang.

Saya ni baru saja ditawarkan kerja siang tadi dan harus lapor diri minggu depan [10/8]. Sekarang ni saya masih bekerja dan dalam keadaan yang sangat sibuk, sampaikan diorang dah pesan, dua bulan ni [Ogos-September] cuti dibekukan. Silap-silap 31 Ogos, 16 Sept dan Raya Haji ni pun kitorang kena kerja.

Saya dah cakap kepada orang yang call tu, saya minta tangguh. Dia ok tapi kena emel surat rasmi beritahu penangguhan tu dan bila tarikh yang kita boleh masuk. Sekarang ni saya tengah fikir, bila ya tarikh yang sepatutnya saya lapor diri?

Kalau saya hantar notis sebulan berhenti kerja pada 10/8, maka hari terakhir saya patut 10/9 dan 11/9 saya dah boleh lapor. Tapi saya kesian dengan ofismate. Kalau saya berhenti, kerja-kerja yang ada sekarang macam mana? Tak kejam ke saya nak tinggalkan ofis dan kawan-kawan dalam keadaan sibuk sekarang? Kalau ikutkan hati saya nak stay sampai habis bulan September, sebab kesian sangat. Tapi takut pulak kerja yang di sana nanti tawar hati nak terima saya. Dan saya bimbang juga kalau syarikat ni tak benarkan saya berhenti, nak juga saya stay setidak-tidaknya sampai habis September.

Ada orang suruh saya hantar notis sebulan tapi lapor diri pada 1/9. Kalau dah hantar notis 10/8, kan tak cukup sebulan tu nak masuk 1/9? Dia cakap pedulikan je dengan syarikat sekarang. Kalau diorang tak nak bagi gaji Ogos atau suruh kita bayar 3 bulan gaji pun, pedulikan. Ai...dia cakap senang la. Kejam sangat kalau buat macam tu kat orang lain. Kita sekarang masih dalam tugas, ada tanggungjawab. Takkan nak blah macam tu je? Hujung-hujung nama juga buruk. Sebab syarikat sekarang dan syarikat yang bakal saya kerja ni dalam bidang yang sama. Nak pusing ke, nak ke kanan ke, nak terus ke, tetap akan jumpa juga. Jadi nak la juga jaga nama dan jaga hubungan.

Jadi, apa pendapat korang? Apa yang patut saya buat?

Untuk makluman, saya memang sangat ingin kerja tu dan tinggalkan syarikat saya sekarang. Jadi option untuk saya stay dengan syarikat sekarang dan tolak tawaran kerja itu adalah option yang sangat no no.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2015 10:53 PM | Show all posts
jangan kesian kesian...bukan dorang nak bagi ko gaji
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2015 11:48 PM | Show all posts
ni dia petua..

1. ko kena tau company ko skang kuat menyaman kt pejabat buruh tak..klu xcukup notis n ko blah awal tanpa approval depa..mmg jumpa di pejabat buruh la.

2. adalah molek sgt ko minta terus copy offer letter dri tempat baru ko tu....setakat ckp mulut ni xsecure...silap2 ko da resign sini, kompeni sane buat kelakar xjadi ambik ko.

3. aku stuju bab laksanakan tggungjawab ko tu.....siapkan kerja ko.

kesimpulannya...ko anta emel minta tunda tarikh lapor diri...kompeni skang ko siapkan kerja siap handover, bincang dgn bos ko mintak cari replacement staff cepat2 sng ko nak handover...itupun klu bos ko sggup hire new guy cepat sbb menda tu costly...tpi klu post ko penting n xcukup org..mmg dia kena hire cepat lah.

malas nak ckp banyak lg...all the best.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2015 05:54 AM | Show all posts
AbukRokok replied at 7-8-2015 10:53 PM
jangan kesian kesian...bukan dorang nak bagi ko gaji

Memanglah bukan diorang yang bagi gaji, tapi saya ada sifat perikemanusiaan gitu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2015 06:17 AM | Show all posts
aduhaimelmel21 replied at 7-8-2015 11:48 PM
ni dia petua..

1. ko kena tau company ko skang kuat menyaman kt pejabat buruh tak..klu xcukup not ...

Terima kasih kerana sudi bagi pendapat

1. Saya tak pasti tapi rasanya tidak. Sebab syarikat kecik, tak ada siapa nak buat jahat dan mereport pada pejabat buruh. Kitorang yang nak report majikan lagi ada sebab bebanan kerja yang terlalu banyak.

2. Saya dah dapat offer letter tu melalui emel. Hehe. Sorry, patut bagitau ni awal-awal. Dalam surat, dia suruh lapor diri pada 10/8, sama macam yang diberitahu melalui panggilan telefon. Cuma saya perlu call mereka isnin ni untuk minta tangguh. Persoalannya, bila tarikh yang sesuai untuk saya lapor diri?

3. Terima kasih kerana memahami. Kerja dan tanggungjawab yang masih ada ni la yang buatkan saya fikir banyak kali. Tempat baru takkan cop saya "tak berminat" dengan tawaran tu kan kalau saya pilih untuk stay dan siapkan kerja sebelum pindah ke sana?


Ok. Terima kasih atas cadangan. Mungkin saya boleh cuba bincang dengan ketua bahagian sebelum saya hantar emel kepada pihak sana, susah nak bincang dengan bos sebab bos selalunya tak ada. Untuk bos ambil pekerja baru dalam masa terdekat itu tak mungkin sebab kitorang dah sampai penghujung assignment, tak berbaloi ambil pekerja baru sebab lepas bulan September ni, kitorang boleh lepak baca thread-thread lama kat CARI; bos tak faham bebanan kerja kitorang yang perlukan orang lebih, dalam erti kata lain, kedekut untuk gajikan pekerja baru.

Terima kasih kerana sudi baca dan bagi pendapat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 06:24 AM | Show all posts
aduhaimelmel21 replied at 7-8-2015 11:48 PM
ni dia petua..

1. ko kena tau company ko skang kuat menyaman kt pejabat buruh tak..klu xcukup not ...

aku setuju pendapat hang

mintak hitam putih semua dulu

tapi memang kejam la gak kalo ko blah camtuh je....keje banyak...xde orang ganti...menaya orang namanya tuh
tapi kalo dah bayaq denda...company nak cakap hang naya deme pon xleh dah......tp kalo kene tolak sampai 3 bulan mcm banyk sgt lak...tolak gaji sebulan ok lagi

apa2 pon bincang bebaik dengan dua2 pihak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2015 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Why bother fikir kwn2.. Fikir la ur future
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2015 03:07 AM | Show all posts
Hantar one-month notice as soon as you can dan lapor diri early.
Tak boleh ke depa accept you at a later date.
Alsp, tak boleh ke company sekarang let u go early.
If u dont ask you wont know.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2015 01:44 PM | Show all posts
Aper update TT setakat ini?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2015 01:58 PM | Show all posts
ipes2 replied at 9-8-2015 03:07 AM
Hantar one-month notice as soon as you can dan lapor diri early.
Tak boleh ke depa accept you at a  ...

Terima kasih atas nasihat.
Betul, kalau tak tanya, saya takkan tau.
Saya dah tanya kedua-dua pihak. Tengah tunggu keputusan syarikat baru
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2015 02:07 PM | Show all posts
medangtamang replied at 11-8-2015 01:44 PM
Aper update TT setakat ini?

Setakat ni...
Syarikat sekarang benarkan saya berhenti 31 Ogos, pasal gaji bulan ni kena potong atau penuh saya tak pasti. Sebab tak cukup sebulan notis.
Itu yang saya jadi sangat sibuk sebab nak siapkan kerja untuk dua bulan dalam tempoh setengah bulan yang tinggal ni.
Saya masih boleh, cuma officemates yang tinggal la kelam-kabut sikit nak cover bahagian saya.
Saya dah emel kepada syarikat tempat saya bakal bekerja yang saya akan masuk 1 Sept. Masih tak dapat pengesahan lagi boleh ke tidak. Harap-harap boleh

Terima kasih mod medang kerana bertanya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2015 02:09 PM | Show all posts
tightcherry replied at 8-8-2015 08:39 PM
Why bother fikir kwn2.. Fikir la ur future

Sebab fikir my future la, saya kena fikir kawan-kawan juga.Kot diorang doakan yang buruk-buruk ke pasal saya sebab buat naya kat diorang
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2015 03:26 PM | Show all posts
TT..

Dalam dunia pekerjaan ni... bole ada dua option :

1) Rakan Kerja
2) Kawan

Rakan kerja susah nak jadi kawan... biasanya hanya jd rakan di tempat kerja... tp kawan ni yg paling precious sbb dia laa yg akan ada dgn kiter waktu susah dan senang... biasa mmg senang dapat kawan di tempat kerja... tp rakan kerja susah nak di jd kan kawan... *paham tak??*

TT kira masih ok sbb sanggup pikirkan rakan sekerja pasal nak siapkan keje...

Tp ada x TT terpikir yg rakan sekerja TT tu akan wat camtu kat TT? saya rasa 80% tidak sbb biasanya biler dah dpt keje baru... konfem nak keje kat tmpt skang ni mcm takder mood ajer... keje sambil lewa... lg2 kalu dah 'buang surat'....

Sbb tu kiter jgn pikirkan orang lain...

Ok gini kiter ibaratkan lah eh...

TT keje kat sebuah kompeni... then TT resign... sekali kompeni merayu supaya TT jgn resign siap counter offer naik gaji dan benefits lain... dan membuatkan TT rasa terharu sbb kompeni sanggup merayu kat TT dan mula laa timbul rasa kesian...

Tp biler TT kene buang keje, retrenchment laa contohnyer atau tamat kontrak, TT merayu laa kat boss TT atau kompeni tu mintak supaya jgn dibuang keje... sanggup turun gaji sbb pada masa tu mungkin peluang pekerjaan terhad atau TT diberhentikan tanpa sebarang notis... Kompeni tak akan teragak2 untuk buang terus TT dan takkan layan langsung rayuan TT tu....

bg saya ni tidak adil...

Pucuk pangkal terpulang pada TT... saya harap TT Berjaya dan selamat bekerja di tempat baru dengan lebih baik...

Assalam...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2015 02:05 PM | Show all posts
Edited by samperit at 16-8-2015 02:06 PM

TT u ptt dahulukan diri dulu..maksudnya bkn dgn jadi selfish tapi buat ape yg terbaik utk diri & future u dgn cara yg betul..

Jgn pikir sgt psl kwn2 dan workload yg menimbun..kesian mmg kesian tp adatlah dlm bekerja kan..u buatlah yg terbaik utk settlekan apa yg patut.

Kalau dlm employment contract dh tulis msti bg 1 month notice ikut je. Kalau co mintak extend, tu terpulang pada diri sendiri nak extend atau x. Kalau co xnak terima resignation pun itu bkn mslh u. Asalkan x langgar EA. Sbb bila u consult dgn Labour office tu selalunya mereka akan advise utk refer balik pd offer letter.

Yg penting bila dlm hal2 yg melibatkan ramai pihak ni, kita kena berkomunikasi.

Kalau new co tu mmg serious nak u join co mereka, they will wait. Otherwise, anggap je bkn rezeki u.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 03:54 PM | Show all posts
ku dulu relax je, sibuk gak. dapat offer tempat baru, lepas pagi sign offer letter, tengahari hantar surat tender sebulan. rakan sekerja memang terkejut, tapi diorang kena redha. ku tender sebulan tapi dua minggu je sambung kerja sebab ada balance cuti 2 minggu.

TT takde tolak cuti ke??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2015 11:02 AM | Show all posts
medangtamang replied at 11-8-2015 03:26 PM
TT..

Dalam dunia pekerjaan ni... bole ada dua option :

Terima kasih atas pandangan dan nasihat itu mod medang.

Ofis saya ni kecil saja, pekerja tak ramai. Tapi ada seorang pekerja yang saya anggap kawan kalau mengikut pada perkiraan mod medang itu. Dia memang susah senang bersama saya sekarang ni walaupun setahun dua dulu saya banyak menyusahkan dia.

Saya ni hanya kesian kawan tu saja, rakan sekerja lain saya tak peduli sangat. Sebab kalau kerja saya tak siap, kawan itu yang terpaksa tanggung akibatnya. Dia dah tua, dah nak pencen dah pun dan sekarang ni sakit sikit. Saya bertahan siapkan kerja kerana dia. Saya tak nak jadi punca sakit dia makin teruk. Jadi kami sama-sama berkorban untuk beberapa hari yang saya ada ni. Saya buat kerja saya, dia buat kerja dia, dengan harapan kerja saya ni tak kacau dia di kemudian hari.

Tentang kompeni, saya tak mengharap langsung. Kalau pun kompeni tawarkan gaji lebih tinggi daripada sekarang, saya tetap tak nak. Sebab saya memang sangat ingin tinggalkan tempat ni. Dan kalau pun saya kena buang dari sini sebab masalah bisnes, saya yakin saya takkan merayu untuk stay. Tapi alhamdulillah tiada apa-apa perkara berlaku sepanjang saya kerja di sini.

Thank you for the wish. In sha Allah semua baik-baik saja.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-8-2015 11:03 AM | Show all posts
samperit replied at 16-8-2015 02:05 PM
TT u ptt dahulukan diri dulu..maksudnya bkn dgn jadi selfish tapi buat ape yg terbaik utk diri & fut ...

Terima kasih atas pandangan dan nasihat itu samperit

Saya dah buat yang terbaik (at least I hope so). Kalau jahat, semalam saya dah blah dah bila dah dapat gaji. Tapi sebab saya fikir ini masa depan saya juga, bertahan je la untuk dua tiga hari. Sebab saya berangan nak buat part time di sini. Kalau saya buat jahat, tentu mereka tak nak layan saya buat part time.

Kalau nak refer pada offer letter, sudah tentu saya akan kalah sebab di situ dah tertulis saya kena bagi sebulan notis. Maka saya tak boleh nak lawan kalau kompeni suruh saya kerja sabtu ahad dan hari merdeka, dan siapkan apa yang patut. Mereka dah bagi kelonggaran saya tak cukup sebulan notis pun dah cukup baik. Syukur alhamdulillah.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2015 11:03 AM | Show all posts
Edited by Eva_yy_Ellin at 28-8-2015 11:05 AM
oneders replied at 21-8-2015 03:54 PM
ku dulu relax je, sibuk gak. dapat offer tempat baru, lepas pagi sign offer letter, tengahari hantar ...

Saya tak tahu nak gelak ke nak nangis bila you cakap pasal tolak cuti.

Saya percaya cuti saya tahun ni ada lagi enam ke tujuh hari. Paling tidak mungkin lima hari. Saya nak cuti satu hari je dalam minggu ni, untuk settlekan apa yang patut. Tapi ketua kata kalau saya nak cuti, saya kena kerja sampai 6 Sept. Haruslah saya tak jadi nak ambil cuti. Terpaksa curi masa satu hari sikit satu hari sikit untuk uruskan semua. Jadi penat pulak. Kalau saya minta cuti pada admin, mesti dia bagi. Tapi nanti bermasam muka pula dengan ketua. So, reda sajalah.

Dan saya terfikir sebenarnya. Kalau notis sebulan, saya patut habis 10 Sept. Kalau dia suruh saya kerja sampai 6 Sept, maksudnya dia mungkin dah tolak baki cuti. Tapi takkanlah baki cuti saya tinggal tiga ke empat hari saja? Bukannya saya ambil cuti banyak pun tahun ni. Raya pun tak cuti.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2015 11:04 AM | Show all posts
Alhamdulillah, selesai (hope so). Hari terakhir saya di kompeni ni 31 Ogos, lapor diri kompeni baru 1 Sept. Sabtu Ahad kerja dan merdeka pun kena kerja. Maka tak ada rehat untuk saya, terus masuk kompeni baru. Tak apalah, asalkan selesai kerisauan di hati. Hehe.

Terima kasih atas nasihat dan pandangan forumer semua.

Mod board boleh tutup benang ni kalau perlu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 12:19 PM | Show all posts
Eva_yy_Ellin replied at 28-8-2015 11:03 AM
Terima kasih atas pandangan dan nasihat itu samperit

Saya dah buat yang terbaik (at l ...

Gud luck ok
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.098791 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list