Pasukan Evil Geniuses yang menjuarai kejohanan dunia kelima Valve untuk Dota 2.
Seattle: Pasukan Amerika Syarikat, Evil Geniuses, yang turut disertai pemain berusia 16 tahun berasal dari Pakistan menjuarai kejohanan dunia kelima Valve untuk Dota 2, meraih hadiah utama AS$6.6 juta (RM25.7 juta), menjadikan ia pasukan pertama memenangi pertandingan antarabangsa.
Evil Geniuses yang bukan pilihan mengalahkan pasukan China, CDEC, 3-1, Sabtu lalu. CDEC meraih hadiah AS$2.8 juta (RM10.9 juta).
Kini, semua lima anggota Evil Geniuse, Fear, PPD, Aui, Sumail, dan Universe menjadi jutawan dengan AS$1.32 juta (RM5.1 juta) seorang.
Namun, anggota mereka, Sumail, 16, mempunyai kisah menarik kerana remaja berasal dari Pakistan yang keluarganya berhijrah ke Illinois, pernah menjual basikalnya hanya untuk bermain Dota dan dia kini jutawan termuda dalam eSukan.
Tahun ini, Valve berjaya mengumpulkan AS$18 juta (RM70.2 juta) untuk hadiah bagi kejohanan yang diadakan di KeyArena Center, Seattle.
Jumlah mereka yang menonton perlawanan akhir kejohanan itu meningkat dengan siaran langsung mencatat beberapa juta penonton.
Dota 2 kekal sebagai permainan paling popular MOBA di dunia diikuti League of Legends. - inquirer.net
berapa jam sehari ye theyols duk mengadap game? kurus jah memasing...jeles hakak...
adik hakak kaki main game sejak darjah 6...hakak ckp dgn dia...apa ko dpt? org lain masuk pertandingan dpt juta2...dia cgpa degree pun ala2 jah..selamat ada keje..
adik i dok hadap main game cam ni...dah beranak pinak dah..still main juga
tapi i tak tau le he main dota ni ke edak..
masa bujang siap bapak i cari he kat cyber cafe sbb tak balik umah...
sib baik kerja ok...layan anak bini pun ok..
so bini he sabar je la dgn minat laki she
ia kategori MOBA, multiplayer online battle arena.
5 player dalam 1 team lawan team musuh. penjuru corner sini, vs corner sana. misi, musnahkan base musuh.
5 karakter/hero dipilih. yg ada kelebihan dan kekurangan masing2. mula game, semua karakter start zero, bermula la naik level, dapat wang beli item tambah power, armor etc. sambil bunuh karakter lawan. bila mati, akan revive semula...gitu la sampai base musuh musnah.
aku try Dota2, League of Legend, ... tak pandai. Aku main Strife je. moba juga, tp jauh lebih mudah. install Steam dalam PC, download je game free.
Post time 11-8-2015 03:40 PMFrom the mobile phone|Show all posts
aleesyasofia replied at 11-8-2015 01:07 PM
macam mana boleh dapat duit juta2 nie..??
sebelum main dota nie kena bayar dulu ke..??
dota nie mc ...
Sponsor la. Ingat dunia gaming ni cikai ka? Gaming is an expensive hobby actually. Gamers sebenar juga spend beribu duit demi minat. Aiol tak anggap gamers FB, henfon juga supporter pirate sebagai gamers sebenar.