CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13443|Reply: 115

[Tempatan] Pelajar Malaysia Di Luar Negara 'Ikat Perut'

[Copy link]
Post time 13-8-2015 01:20 PM | Show all posts |Read mode
Mod: Kalau dah ada delete ya....TQ Mod

berita Ikhsan dari Mstar

PETALING JAYA: Ramai pelajar yang belajar di luar negara tiada pilihan melainkan 'ikat perut' bagi berdepan kemerosotan nilai ringgit.

Pelajar di Universiti of California, San Diego Nicholas Yee berkata dia telah membuat persiapan untuk belajar di luar negara dan kini
sudah terlambat baginya untuk menarik diri.

"Saya perlu lebih berhati-hati dengan perbelanjaan saya. Saya juga akan bekerja di kampus," kata pelajar tahun pertama ini
yang akan terbang ke Amerika Syarikat bulan depan.

Seorang lagi pelajar, Ang Jer Weanne, berkata dia akan lebih kerap memasak kerana makan di luar akan menelan kos lebih banyak.

"Saya mempunyai biasiswa penuh jadi ia tidaklah begitu teruk tetapi saya perlu lebih berhati-hati dalam perbelanjaan lain.

"Dari segi penginapan, saya tidak mempunyai pilihan kerana saya telah menandatangani perjanjian penyewaan.
Ia akan menjadi lebih mahal," kata pelajar yang sedang menuntut di University of Wisconsin.

Pelajar kejuruteraan komputer Arunan Balakrishnan, yang kini memasuki tahun ketiga di sebuah universiti di Buffalo, Amerika Syarikat,
berkata dia perlu membayar RM44,000 bagi setiap semester kerana penurunan ringgit.

"Apabila saya meninggalkan negara ini pada tahun 2013, kadarnya adalah 3.15, jadi ia satu peningkatan yang agak ketara.

"Lebih teruk lagi, yuran saya sebanyak AS$10,000 hingga AS$15,000 bagi setiap semester, akan meningkat sehingga
saya menamatkan pengajian saya," kata pelajar berusia 26 tahun ini.

Arunan berkata sebagai tambahan kepada bayaran, perjalanan pulang dari Amerika Syarikat akan menelan kos lebih RM1,500 sehala sekarang.

Pelajar journalism, Punithavathy Muthukumar berkata dia kini perlu berkira-kira termasuklah untuk keluar malam dengan kawan-kawan.

"Dengan kadar pertukaran semasa, ia hanya membuatkan saya merasa tidak selesa setiap kali rakan mengajak saya keluar minum," katanya
yang menuntut di Universiti of Sunderland, United Kingdom.

Pelajar perubatan Surenthiran Krishnamoorthy, 23, berkata, adalah mudah untuk mengurangkan makanan dan membeli-belah tetapi
perkara-perkara tertentu adalah suatu kemestian, seperti yuran asrama, perbelanjaan perjalanan dan buku-buku.

Beliau berkata, walaupun dia belajar perubatan di Rusia, yurannya dibayar dalam dolar AS, sambil menambah ia menelan belanja AS$6,500 setahun.

"Tahun lepas, kadar pertukaran adalah RM2.80. Kini RM3.97. Ia tidak masuk akal," katanya.

Katanya, dia bernasib baik kerana perniagaan logistik bapanya menunjukkan prestasi yang baik tetapi akan cuba
mencari jalan untuk menangani kos sara hidup di Rusia.

Tak sabar nak tunggu komen dari Nazri dan Ahmad Maslan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2015 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
la dok sana  nk susah apa, makanan murah 4 pound leh beli pisang,kinder bueno, apa lgik. yg mahal bila dok malaysia, biler dok london, usa suma mak nenek murah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 01:30 PM | Show all posts
boleh hidup je kalau reti masak .
sanggup kerja part time . x boros
dan suka menabung sejak kecil
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 01:32 PM | Show all posts
tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 01:35 PM | Show all posts
bukan student sana katanya senang cari kerja part time ke..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 01:36 PM | Show all posts
Sejak kebelakangan ni parents pun dah kurang hantar TT kat anak yg sedang belajar diluar negara tak serancak selalu dah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2015 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat la part time. 20 jam seminggu bole dpt 100pound klau kat uk. Bole buat brg dapur. Ni pemalas nk harap duit jpa mara fama
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 01:39 PM | Show all posts
TT sekarang kan boleh buat online ...

aritu viral kat FB makanan kat obersi murah katanya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2015 01:44 PM | Show all posts
yuran belajar tinggi salah kerajaan ka
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 01:46 PM | Show all posts
haish ok laa tu..kan makan murah..so apa nak bising plak
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 02:12 PM | Show all posts
bukan ke duk kat luar negara lagi indah dari duk mesia ni...

mak bapak kat sini pun ikat perut juga dik....
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 02:58 PM | Show all posts
Semuanya atas kejayaan Najib...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon kembali ke rate asal... Susah mak nak berjoli katak travel holiday nanti... :
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 10:01 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 13-8-2015 01:35 PM
bukan student sana katanya senang cari kerja part time ke..

my sis nak fly to UK next month. dia kata ada new law dah sekarang. student tak dibenarkan buat keja part time dah. agak bimbang jgk my sis. cuma yg melegakan scholarship dia mmg in pound. tapi elaun in RM. iols plak yang pening .. rasa macam tak mampu la nak mevisit.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 10:04 AM | Show all posts
Edited by sayawifenikmie at 14-8-2015 10:05 AM


...... alaaa .. buat yang pergi belajar luar negara  belanaj mak pak sendiri ... siapa suruh gatai2 nak belajar ke sana ... ingat uni maalysai tak bagus  ke .... USm misalnya .. antara univ terbaik dunia  dalam chem engine ...


buat pelajar yg ada penaja .... biasiswa penuh .. semua setel .. enjoysss


buat pelajar yang ada penaja tapi loan ... hmmmm .. belajarlah rajin2 supaya  boleh dapat pengecualian bayaran .... elaun di bayar dalam dollar kan? rasa nya lah ....  kalau tak score .. balik malaysia  anda akan  punyai hutang ratusan ribu rm .. hmmmmm


my doter kerja jadi housekeeping girl ... dapatlah usd300-400 / 2 weeks  ..... masa cuti summer ni la .... sambil amik summer class utk 2 subjek... dia dah kumpul dekat usd2000 sepanjang kerja  cuti summer ni .... naik syok pulak minah tu ....

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 10:05 AM | Show all posts
untung laa dpt duk oversea..senang idop
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2015 10:06 AM | Show all posts
dah hadap sgt nk merasa dok obersee...mendpt la..xpe leh jg badan
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 10:11 AM | Show all posts
Edited by ira_229 at 14-8-2015 10:22 AM
sayawifenikmie replied at 14-8-2015 10:04 AM
...... alaaa .. buat yang pergi belajar luar negara  belanaj mak pak sendiri ... siapa suruh gatai ...

ada negara yg tak benarkan pelajarnya berkerja sambilan...
anak sedara saya yg belajar di jordan kata kawan2 malaysian dia mmg kena ikat perut kaw2.....JOD1 = RM5.70di jordan pelajar tak dibenarkan berkerja sambilan klu tak silap..


Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 10:11 AM | Show all posts
hanakikan replied at 13-8-2015 01:39 PM
Buat la part time. 20 jam seminggu bole dpt 100pound klau kat uk. Bole buat brg dapur. Ni pemalas nk ...

FAMA???






Tolong pasarkan buah ka???
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 10:13 AM | Show all posts

pandai2 la budjet..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2026 05:44 AM GMT+8 , Processed in 1.007912 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list