CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1604|Reply: 0

Kompak baru Infiniti Q30

[Copy link]
Post time 14-8-2015 12:23 AM | Show all posts |Read mode
Pameran Kereta Antarabangsa Frankfurt, Jerman pada pertengahan September ini bakal menjadi sejarah buat kenderaan premium jenama Infiniti dengan memperkenalkan model barunya menerusi Q30 Kompak Aktif.
Penampilan perdana itu diadakan selepas dua tahun pelancaran kenderaan konsep Q30 yang turut ‘beraksi’ di tempat sama.



Malah, pendekatan menerusi reka bentuk kenderaan konsep sebelum ini dikekalkan sepenuhnya bagi memastikan impak menyeluruh terhadap kereta yang bakal dipasarkan itu.
Gaya rekaan ikonik daripada Infiniti jelas ditampilkan menerusi Q30 baru bagi memberi kepuasaan kepada pelanggan yang mengutamakan keperibadian dalam kehidupan di bandar.
Ciri pemanduan dinamik yang meyakinkan serta menjanjikan prestasi terbaik menjadi penyumbang terhadap model terbaru itu.
Sementara itu, Presidennya, Roland Krueger berkata, reka bentuk adalah tunggak utama bagi jenama Infiniti dan Q30 Kompak Aktif diterapkan pendekatan itu dengan sempurnanya.
“Q30 Kompak Aktif menyampaikan reka bentuk tersendiri, pemanduan dinamik dan keperibadian yang pelanggan mahukan daripada Infiniti.



“Dengan penyertaan julung kali dalam segmen kereta kompak ini, kami akan terus menghasilkan produk yang berdaya saing dan memberi pilihan tambahan untuk pelanggan dalam membuat pilihan,” katanya.
Q30 Kompak Aktif itu akan dikilangkan di Sunderland, United Kingdom yang mana ia negara keempat dalam pemasangan kereta Infiniti.





Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Ogos 2015 @ 5:00 AM

INFINITI Q30 Kompak Aktif.









- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69144#sthash.garlwLuU.dpuf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.644930 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list