CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 15220|Reply: 42

LONTONG SEMENANJUNG SEDAP.. LONTONG SABAH APA CERITA..

  [Copy link]
Post time 14-8-2015 12:58 AM | Show all posts |Read mode
Edited by ArianPutra at 14-8-2015 09:14 PM

ASSALAMUALAIKUM PADA SEMUA SAHABAT-SAHABAT DAN SAUDARA SAUDARI SEKELIAN..

WOKEY saya buka  TREAD ini hanya untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi berkaitan dengan ILMU RACUN yang seakan-akan SANTAU tetapi kesannnya SUBAHANALLAH zalim dan kejam... ISTILAH LONTONG di sabah bukanlah makanan seperti di semenanjung.. tetapi LONTONG SABAH ini adalah sejenias ilmu yang kejam dan zalim..minda saya terlalu dahagakan cerita berkaitan dengan lontong ini....

Pengetahuan saya berkenan lontong ini memang kosong... Jadi marilah semua forumer yang baik budibicaranya kita kongsi seberapa banyak maklumat berkaitan dengan ilmu lontong ini.. Dari cara pembuatannya, petua untuk menangkisnya dan khususunya ramuan unt7uk mengubatinya.. Ssemoga ia dapat membantu saudara-saudara kita yang lain..

JANGAN MALU JANGAN SEGAN PADA SEMUA RAKYAT JELATA SABAH UNTUK MENCONTENG TREAD SAYA INI...

Saya mulakan dulu perkongsian..

Menurut sahabat saya yang asalnya dari tenom sabah...Dari suku kaum LUNDAYEH.. beliau menerangkan asa dua jenis lontong ..

Lntong yang pertama ni tah tak tau lah apa nama lontong nya... Tetapi kalau sesiapa yang terkena ilmu lontong ini beliau akan mengalami sintom seperti terlalu dahaga dan kurang selera makan ...kebiasaannya pesakit akan sentisa minum air dan yang paling jelas sekali perut pesakit akan buncit seperti terkene busung...

Lontong yang kedua ..Di panggil lontong kering ..sesuai dengan namanya sesiapa yang terkena racun lontong ini beliau akan kering kontang kurus kering..lama kelamaan pesakit akan mati.. sama seperti lontong buncit tadi tuh.. tetapi menurut kasan saya lagi lontong kering lebih menyiksakan kerana , lontong kering ini membunuh mangsanya dengan cara perlahan-perlahan..berbanding dengan lontong yang pertama tadi,membunuh mangsanya dengan lebih cepat dalam masa lebih kurang dua mingu sahaja...

menurut penceritaam dari kawan saya lagi... lonyong ini diperbuat dari air mayat. PEHHH GILERR BRUTALL ...ditambah pula dengan beberapa ramuan rahsia
sampai setakat itu sahaja pengetahuan saya berkaitan dengan ilmu lontong ni.. sila la tambah-tambahkan maklumat berkenaan lontong nih juka ada....

P/S: LONGTONG JOHOR MEMANG MANTOP.. LONTONG SABAH KALAU KENE MAUT...


p/s: aku dah edit dahh.. jangan nak marah2 ..ammmmboiii besaaa tuhh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2015 09:30 AM | Show all posts
bace tajuk td.. igtkan lontong makan tu... sabo jela...
next2.. ade cerita lagi takk
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
bleh tak jgn guna huruf besar??
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 11:01 AM | Show all posts
Kenapa setiap kali aku baca perkataan lontong tu aku terbayang lontong yang makanan tu.

Sampai aku dah fedup nak baca sampai habis walaupun pendek. Maafkan hamba
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 11:30 AM | Show all posts
First time dgr pasal sihir lontong ni.
Tapi, @ArianPutra kan dh sifu.
Takkan takde info lebih2?

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 04:18 PM | Show all posts
harap2 ada lah yang sudi kongsi ilmu...

first tme baca nih...

so...kat sabah ada tak makanan yg nama nya lontong??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2015 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Esok jugak cari lontong buat breakfast! Wooohooo
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasal lontong dah best. Tapi huruf besar semuaaanyaaa..

Anyway, first time dengar pasal lontong sabah ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-8-2015 09:15 PM | Show all posts
Josh_Agroban replied at 14-8-2015 11:30 AM
First time dgr pasal sihir lontong ni.
Tapi, @ArianPutra kan dh sifu.
Takkan takde info lebih2?

ishh takdenye sifu aii.... aku same je dengan yang lain... tak semua pengetahuan terletak di dalam kepale hotak nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2015 09:17 PM | Show all posts
antara replied at 14-8-2015 04:18 PM
harap2 ada lah yang sudi kongsi ilmu...

first tme baca nih...

tah tak tahu laa saye
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 05:32 PM | Show all posts
Hmm lontong mmg sedap..mana nk dapat lontong sedap dkt area kl
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
baru je tau yg arwah jiran lama sy dulu  tkena buatan org a.k.a lontong.perut mbuncit mcm mgandung 9bln,dgn muntah darah nye lg..dh byk tmpt dia berubat,1 pun x de hasil..hasil selidikan,dia dh tmakan makanan "kotor" yg org bg..umurnya x panjang,lpas seminggu,dia pun meninggal..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 11:45 AM | Show all posts
sedapnya mkn lontong dgn sambal sotong dan kuah lodeh
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 01:01 PM | Show all posts
nanti bang aku try tanya2 kawan sabah
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 02:49 PM | Show all posts
stars83 replied at 17-8-2015 11:12 PM
baru je tau yg arwah jiran lama sy dulu  tkena buatan org a.k.a lontong.perut mbuncit mcm mgandung 9 ...

Allahuakbar..jahatnya manusia menganiaya sesama manusia
jiran lama awak tu org Sabah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 03:39 PM | Show all posts
lontong ni mcm Busung kan? yang perut membesar sampai lah org nya meninggal kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2015 03:52 PM | Show all posts
mak aih...ingatkan lontong makan tdi....

baru tahu kisah lontong ni...seram jugak ek..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 10:50 AM | Show all posts
Edited by ultrakasino at 19-8-2015 10:56 AM

Teringat cerita zaman sekolah dulu-dulu. Cikgu perempuan baru posting ke sabah. Jadi masuklah dia mengajor kelas kitaorang. Entah tak ingat tajuk yang kitaorg belajar time tu dah lama. Cerita-punya cerita bla..bla..bla... maka tersebut makanan-makanan tradisional org Melayu di semenanjung. Maka dengan bangganya cikgu cute tu sebutlah makanan tradisional tersebut bermula dengan nasi impit, nasi lemak, rendang n last sekali lontong.

Satu kelas gelak dan tutup mulut. Jadi guru perempuan tu pelik dan bertanya apasal pula kamu gelak bila sebut lontong, makanan sedap tu? jadi kawan semeja aku ckplah. Lontong di sabah untuk mati cikgu. terkujat cikgu tu.

Mmg benar lontong ialah salah satu senjata ampuh untuk membunuh. Ia sama dengan BUSUNG. Tetapi ilmu busung kalau tak silap bukan diberi makan tetapi cukup untuk org tu terlangkah atau seumpamanya. Busung masih boleh diubati kerana ia tidaklah sebati dengan daging dalam badan kita.

Lontong diperbuat daripada cecair mayat yang dipuja pada tempoh tertentu dan dicampur dengan pelbagai tumbuhan beracun seperti latex pokok rengas, bulu bambu, dan sebagainya. Untuk mendapatkan cecair dari mayat kurang pula saya tahu. Ia akan disimpan di dalam botol kecil dan dijual kepada sesiapa yang menginginkannya.

Cara diguna/menyebarkan lontong kepada org yang dituju ialah dgn cukup sekadar mencalitkan sedikit lontong tersebut pada makan atau menitiskan setitis dua ditempat yang dipilih. Selalunya bahan basah adalah paling disukai oleh mereka yang ingin melakukan pembunuhan secara senyap ini seperti daging mentah atau masak, nasi masak, buah-buahan, sayuran mentah dan lain-lain. Namun tidak mustahil juga makanan kering juga menjadi sasaran jika tidak ada jalan menggunakan bahan mentah sebagai alat seperti gul-gula. Maksud disini ialah makanan tersebut adalah dimiliki oleh orang yang dilontong atau mereka berpura-pura baik dengan kamu dan memberikan apa-apa benda makanan kepada kamu, dengan tidak sedar anda termakan maka merebaklah racun lontong tersebut dalam badan kmu itu.

Cara paling unik yang mereka boleh lakukan di mana jika dikampung biasalah memberikan sayuran kepada jiran atau sesiapa sahaja. Buah timun adalah alat paling digemari kerana ia mudah memasukkan racun lontong tersebut ke dalam buah timun. Caranya mereka ambil alat seperti saiz lidi atau lebih kecil dari itu. Mereka celupkan alat tersebut ke dalam cecair lontong dan dicucuk pada buah timun. selain buah timun, betik dan pisang juga dikatakan sesuai untuk tujuan cucuk mencucuk ini.

Ada juga yang tidak sedar ketika si menujukan lontong dan yang ditujukan lontong makan bersama-sama secara berhadapan boleh terkena atau termakan lontong tanpa sengaja. bagaimana ia berlaku? begini. Contohnya makan betik. Sebelah pisau atau parang tersebut kiri atau kanan akan dicalitkan lontong tersebut, ikut pilihan si menujukan lontong itu, apabila pisau tersebut digunakan membelah buah betik sebahagian racun lontong akan terkena /terpalit pada buah betik dan buah betik itulah yang diserahkan kepada org yang ditujukan lontong. bijak mereka ini. Buah pisang pula sebiji buah pisang tersebut dicalitkan di hujung (tip) pisang itu (pangkal buah pisang yang terdedah) jika anda tidak berhati-hati, anda pasti memakan buah pisang dari tipnya selepas membuka kulit pisang tersebut. betul tak?

Lontong ada dua jenis, lontong perut buncit dan lontong kering. Kedua-duanya bahaya kerana tempoh untuk hidup tidak lama. Lontong membusung/perut buncit akan mengalami simptom kuat minum, selalu dahaga tetapi tidak ada selera makan, letih dan tidak bermaya manakala lontong kering kurang simptom kecuali badan melidi secara perlahan-lahan seperti terkena penyakit TB. kedua-dua jenis lontong ini akan merosakkan paru-paru dan organ dalaman.

Biasanya lontong berasal dari suku M***t di Sabah, suku L******h juga mempunyai tradisi ini dengan cara membelinya atau ada master mind yang membuatnya. Bukan semua org boleh buat benda ini hanya beberapa kerat sahaja yang tahu. Selalunya mereka beli sahaja dan guna bila perlu. Org yang beli tersebut tidak ada baca-baca ka apa. Just calit n beri makan kepada org yang dituju.

Ilmu ini wujud dan mekar zaman sebelum penjajahan british. Kini ilmu ini kurang dipraktiskan oleh mereka disebabkan master mind sudah lama meninggal. Cuma tinggal mereka yang ada menyimpan saki baki lontong tersebut.

Cara mengetahui sama ada sesuatu makanan itu berlontong atau tidak

Selalunya kita segan untuk menolak apabila ada org memberi apa-apa makanan, tidak mengapa anda ambil sahaja dan biarkan terlebih dahulu makanan itu semalaman seperti daging, buah-buahan dan sayuran. Dalam 1 malam itu makanan basah tersebut akan membusuk, buruk dan berbau. Ini bermaksud makanan itu berlontong.

cara mengelak terkena lontong ketika makan bersama yang disyaki memberi lontong:

pertama buah betik - apabila ia menyerahkan potongan buah betik, jangan risau anda masih boleh memakannya dengan menggunakan pisau lain dengan membelah semula betik tersebut pilih bahagian yang selamat. pandai-pandai la awak menjawap si empunya betik tersebut.

Buah pisang - buka kulit pisang dari punggungnya dan bukan pangkal buah tersebut. dan tinggalkan setengah daripadanya takut termakan bahagian yang dicalit lontong.

Cara menawarkan lontong:

Kaedah perubatan Islam boleh menawarkan lontong ini jika lontong dalam badan tidak melebihi 2 minggu. Selepas 2 minggu tubuh badan khususnya organ dalaman dah mula rosak aka reput (bukanlah reput dalam erti kata sebenar) cuma organ tersebut kurang berfungsi secara perlahan-lahan.

Kaedah kepercayaan Labus (kepercayaan Kadazandusun tradisi era Kinorohingan, bobohizan) pula mereka menggunakan kinodou atau kepala tengkorak yang dipuja caranya kikis sedikit kepala tengkorak dan masukkan ke dalam gelas, campur air bersih dan minum. Kepala tengkorak ialah kepala yang dipenggal ketika zaman misasanggod (era memanggal kepala) dan di puja untuk tujuan ilmu kebatinan. Kaedah ini dilarang kpd yang beragama Islam lagi pun mana ada lagi kepala tengkorak zaman ini semuanya sudah beralih kepada agama Ibrahimik (Islam n Kristian). Mungkin boleh merayu dan bersimpati kepada pihak muzium kerana semua tengkorak yang ada zaman dulu sudah diserahkan kpd muzium sabah.

Untuk peringatan jangan sembarang mengambil makanan apatah lagi makanan yang tidak perlu di masak seperti betik atau pisang. Selalunya jika anda pernah bergaduh, bermasam muka dengan seseorang dan berbaik semula dengan anda berhati-hatilah. Dengan niat berbaik-baik dengan anda dia mempunyai agenda paling besar yang dirancang kepada anda.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2015 09:11 PM | Show all posts
ultrakasino replied at 19-8-2015 10:50 AM
Teringat cerita zaman sekolah dulu-dulu. Cikgu perempuan baru posting ke sabah. Jadi masuklah dia me ...

wow.. terima kasihh saudara ultra dengan perkongsian informasi yang sangat beharga... semoga allah mempermudahkan segala urusan saudara
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 10:55 AM | Show all posts
info yg bermanfaat...

baru tau nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.412995 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list