|
|
Edited by Anak_Nogori at 16-8-2015 01:14 PM
AHAD, 16 OGOS 2015 @ 12:56 PM
Isu derma RM2.6 bilion perlu ditangani sebaik mungkin: Mukhriz Oleh Shaarani Ismail [email protected] KAMPAR: Isu membabitkan derma politik sebanyak RM2.6 bilion perlu diselesaikan dan ditangani dengan sebaik mungkin kerana ia membabitkan persepsi negatif masyarakat terhadap semua pemimpin UMNO.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, perkara itu sudah pun menjadi isu terbuka dan memberikan gambaran kurang baik. "Secara peribadi saya sangat tidak selesa dengan isu RM2.6 bilion ini.
"Saya rasa tidak sedap hati kerana sekarang rakyat pandang saya sebagai MB (Menteri Besar) dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, mereka kata U pun sama di peringkat negeri, kalau dah macam tu, mengapa peruntukan lambat turun," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kampar di RTC Gopeng, di sini sebentar tadi. Mukhriz berkata, perkara itu perlu diselesaikan segera kerana ia membabitkan integriti parti. "Bagaimana kita nak bercakap UMNO memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air tetapi pada waktu sama integriti kita dipertikai," katanya.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/75124
P/s:- Kan sebelum ni saya dah cakap..krn mulut Baba kesayang kamu tu mukris...kamu juga sebagai anaknya selaku MB kedah ahli UMNO pun akan terkena tempiasnya..cuba baba kamu tak gatai mulut macam org tua yg dah nyanyok selesaikan isu peribadinya dgn Najib secara baik ..kamu tak perlu pun merasa sangat2 tidak selesa sekarang ni...dan..selaku MB Kedah dan nasik dah jadi bubur ini...kamu terangkan pada rakyat...memang tu tugas kamu pun kan kan kan.
Aaaa...satu lagi...rasainnn loh bak kata org Indon..
|
|