CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amiraira

[Kelantan] KUIZ MINI~ SANTAI KELANTAN/TERENGGANU- UCAPAN AWAL MUHARAM PG 100

     Close [Copy link]
Post time 3-12-2018 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
@noor2 @fixit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2018 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
@noor2     @noor2 @noor2
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
@namakumawar @noor2

Comments

kuiz baru dh up catpaw :)  Post time 10-12-2018 11:18 AM
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
@namakumawar @noor2

Comments

catpaw pn boleh tepek quotes dilink ini https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1073030&extra=page%3D1  Post time 6-12-2018 10:32 AM
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 3-12-2018 05:56 PM
@namakumawar @noor2

Ok ketpo..dah jumpa..

Tenkiu..

Comments

kalau rajin boleh tepek quotes dilink ini...https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1073030&extra=page%3D1  Post time 6-12-2018 10:31 AM
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
amiraira replied at 3-12-2018 03:21 PM
selamat tghari dan salam 1 malaysia buat teman2



1) Ayam Masak Merah Tomato

Bahan-bahan:

500g ayam (dipotong sederhana kecil)
1 tin kecil kacang pis
1/2 biji bawang besar (dihiris)
1 batang serai (dititik)

Bahan untuk dikisar:

1 biji tomato saiz besar
10-15 biji cili kering, buang biji dan rebus
2cm halia
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 biji bawang besar

Cara penyediaan:

1. Goreng ayam sehingga separuh masak dan angkat.
2. Tumis bahan yang dikisar tadi hingga kuning dan berbau wangi.
3. Masukkan ayam, sos tiram, serai dan kacang pis. Perasakan dengan garam dan gula mengikut rasa.

2) Ayam Masak Halia

Bahan-bahan:

500g ayam (dipotong kecil)
4 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
2cm halia (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm
1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
1 sudu lada hitam

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak dan angkat.
2. Tumis hirisan bawang bersama halia dan masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.
3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada hitam. Kacau seketika.
4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi pekat.
5. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama dua hingga tiga minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.


3) Ayam Masak Kicap

Bahan-bahan:

500g ayam
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
2cm halia (ditumbuk)
5 biji cili padi (dipotong)
1 ulas bawang besar (dihiris)
Kicap manis secukup rasa
2 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Gaul dengan kunyit dan garam dan goreng separuh masak.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga kekuningan dan naik bau.
3. Masukkan ayam, sos tiram dan kicap beserta sedikit air (satu cawan). Kacau dan tutup, biarkan sehingga ayam menjadi empuk.
4. Kemudian masukkan cili padi dan bawang besar, sehingga masak.

4) Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan:

500g ayam
15-20 biji cili api (ditumbuk lumat atau dikisar - jumlah cili ikut kesesuaian kepedasan anda)
1 inci kunyit hidup (ditumbuk bersama cili api)
3 biji bawang (ditumbuk bersama cili api)
1 batang serai (dititik)
1 helai daun kunyit (dihiris)
Santan
Air 1 cawan
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Panaskan kuali dengan api yang paling kecil. Masukkan ayam dalam kuali panas tanpa. Tujuannya nak bagi air ayam tu keluar agar nanti kuah lemak tak rasa hanyir ayam tu. Masukkan sekali cili api, kunyit dan bawang yang telah ditumbuk ke dalam kuali dan digaul bersama ayam. Bila dah sedikit kering, angkat.
2. Panaskan santan dalam periuk dengan api kecil hingga santan menggelegak.
3. Masukkan ayam yang telah digaul bersama cili api, kunyit, bawang serta serai ke dalam periuk. Masukkan sedikit air ikut kesesuaian dan kacau. Masukkan garam dan tabur daun kunyit yang dihiris nipis.

5) Sup Ayam

Bahan-bahan:
500g ayam

Bahan untuk rempah tumis:

Kayu manis
Buah pelaga
Bunga lawang
Bunga cengkih
Daun Bawang
Rempah sup
3 ulas bawang putih dan bawang merah
2cm halia

Bahan-bahan untik dipotong dadu besar:

1/2 batang lobak merah
2 biji kentang sederhana besar
Tomato (potong 4)

Cara penyediaan:

1. Panaskan tiga sudu besar minyak dalam periuk.
2. Tumiskan rempah tumis. Biarkan sehingga naik bau dan pecah minyak.
3. Masukkan ayam, kacau dan biar sebentar.
4. Masukkan air, lebih kurang tiga cawan.
5. Bila sup mula mendidih,masukkan lobak merah dan kentang. Masak sehingga empuk.
6. Masukkan tomato, garam dan gula secukup rasa.
7. Taburkan daun sup dan bawang goreng.

Comments

kuiz baru dh up mawar :)  Post time 10-12-2018 11:16 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2018 08:59 AM | Show all posts
1. Rendang ayam


Bahan-bahan


  • 1 ekor ayam
  • Sekilo santan
  • 4 sudu besar kerisik
  • 6 bawang merah
  • 8 bawang putih
  • halia
  • 1 sudu besar jintan
  • 1/2 sudu lada hitam
  • Sedikit ketumbar
  • 3 sudu rempah kari
  • Minyak untuk menumis
  • 1 keping asam keping
  • Sedikit buah pelaga
  • Sedikit bunga cengkih
  • Sedikit bunga lawang
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Bahan Kisar
  • 20 tangkai cili kering

    • 5 biji bawang besar
    • 5 biji bawang putih
    • 2 inci kunyit hidup
    • 4 batang serai
    • 3 inci halia
    • 3 inci lengkuas
    • 1 sudu besar jintan
    • 1/2 sudu lada hitam
    • Sedikit ketumbar
    • CARA-CARA
      1. Tumis
      Mula-mula, tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris. Tunggu hingga naik bau.
      Kemudian, masukkan bahan dikisar.
    • 2. Masukkan Asam Keping
      Bila bahan tadi dah naik bau dan pecah minyak, masukkan pula asam keping.
      3. Masukkan Rempah Kari
      Seterusnya, masukkan 3 sudu rempah kari.
      4. Masukkan Kerisik & Santan
      Selepas itu, masukkan pula 4 sudu besar kerisik. Kerisik ini memberi rasa klasik pada rendang. Kalau tak ada, macam tak kenalah masakan rendang tradisional kita.
      Kerisik ini dibuat daripada kelapa parut segar yang digoreng tanpa minyak dan ditumbuk sehingga menjadi pes yang pekat, kasar dan berminyak. Orang dulu-dulu buat kerisik sendiri, tapi sekarang dah mudah nak dapatkan kerisik yang dah siap dijual dalam bentuk paket di kedai.
      Bila dah semua bahan dah bersatu, masukkan sekilo santan ke dalam kuali tadi.
      5. Masukkan Ayam
      Sekarang dah boleh masukkan ayam. Biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya.
    • 6. Perasakan
      Terus masak dengan api kecil sehingga pekat dan pecah minyak. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
      Bila kuah dah kering bolehlah ditutup api.

2. Ayam Masak Lemak Cili Padi

Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong 16 dengan kulit sekali
1 biji kelapa parut - asing santan pekat dan cair
Garam
1 keping asam keping
1/2 helai daun kunyit - hiris halus


Bahan tumbuk halus:
5 - 8 tangkai cili api kampung hijau
5 - 8 tangkai cili merah Pakistan
2 saiz ibu jari kunyit hidup
1 ulas bawang merah


Cara cara:
Ayam diperap dengan garam dalam 30 minit hingga 1 jam. Tabur sedikit serbuk kunyit bagi tidak menjadikan ayam berwarna pucat.

Sementara itu, bolehlah menumbuk bahan tumbuk dan sediakan bahan bahan lain. Bahan tumbuk dihiris halus supaya senang menjadi lumat.

-Masukkan ayam dalam periuk dan nyalakan api perlahan. Kacau sehingga kulit ayam nampak kering sedikit.
-Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata rata bersama ayam hingga sebati. Kacau rata sehingga bahan tumbuk agak masak.
-Masukkan santan cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan asam keping.
Sebaik ayam empuk, masukkan daun kunyit yang dihiris halus.
Kemudian tambah santan pekat. Selepas masuk santan pekat, masak dalam 6-8 minit sahaja. Tutup api dan terus dikacau.

-Kemudian buka api perlahan sahaja supaya kuah mendidih kecil supaya tiada buih buih dalam kuah. Sesuaikan rasa. Tambah garam, jika perlu.
Bila nampak kuah pekat dan terbit minyak cantik, bolehlah ditutup api dan sedia dihidangkan. Sedap dihidangkan ketika kuahnya tidak terlalu panas supaya terasa kepedasannya.



3. Kuzi Ayam
Bahan-bahan diperlukan:
  • Bahan A- (Rempah)
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga-sila buang kulit dan ambil bijinya sahaja
  • 2 sudu makan ketumbar
  • 1 kuntum bunga lawang
  • Bahan B
  • 800 gram - 1kg ayam
  • sedikit saffron
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar garam
  • 1 inci halia
  • Minyak sapi untuk menggoreng
  • Bahan C
  • 150 gram bawang besar
  • 20 gram kepingan badam
  • 1/2 cawan kacang tanah
  • 40 gram kismis
  • 1 ketul hati ayam-rebus dahulu
  • Bahan D
  • 3 hiris lengkuas
  • 2 hiris halia
  • 1 batang serai
  • 1 biji limau nipis
  • 2 ulas bawang putih
  • 200 ml susu sejat
  • Sedikit saffron
  • 1/2 cawan penyukat sos tomato
  • 700 ml air
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu teh gula
Cara menyediakan dan memasak:
  • Sediakan rempah-rempah di A.Basuh bersih didalam tapis.Kemudian goreng kering/sangai di dalam kuali.
  • Kisar rempah tadi dalam pengisar kering.Boleh juga ditumbuk hingga halus. Sebagai panduan berat rempah yang dapat ialah anggaran sebanyak 10 gram.
  • Bahan-bahan di B-saffron,bawang putih dan halia ditumbuk.Kemudian lumurkan pada ayam.Perap seketika .Kemudian goreng ayam menggunakan minyak sapi.Goreng separuh masak sahaja.
  • Semua bahan di C hendaklah digoreng.Goreng mengikut turutan-mula-mula goreng bawang besar.Kemudian diikuti badam,kacang tanah, kismis dan hati ayam .Setelah digoreng,hati ayam dipotong dadu.
  • Tumbuk badam bersama bawang goreng. Kacang tanah ditumbuk kasar.
  • Campurkan rempah di A, susu sejat,bawang besar dan badam tumbuk,limau nipis dan sos tomato dan saffron.Gaul rata di dalam sebuah bekas.
  • Panaskan minyak sapi.Tumiskan bawang putih,halia,lengkuas dan serai.Kemudian masukkan semua campuran di No 6.Masukkan sedikit air.Biarkan menggelegak.Masukkan garam dan gula.Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng.
  • Masukkan baki air.Kemudian masukkan kacang tanah,kismis dan hati ayam. Tambahkan air lagi jika kuah terlalu pekat.Imbangkan rasa manis dan masinnya. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi,roti jala atau bun.

4. Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan diperlukan:
  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
  • Bahan2 dikisar bersama:-
  • 6 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 3 batang serai (yang besar)
  • 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
  • garam dan aji secukupnye
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak yang menggoreng
Cara menyediakan dan memasak:
  • Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  • Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  • Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  • Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!

5.
Ayam Goreng Kunyit

Bahan-Bahan
  • 500 gm Isi Ayam
  • 1 batang lobak ( potong ikut suka )
  • 1/2 Cauliflower ( potong ikut suka )
  • 1 peket Putik Jagung ( potong ikut suka )
  • 10 tangkai kacang panjang / buncis ( potong ikut suka )
  • 1 Ulas Bawang Holland *dihiris
  • 2 ulas Bawang Putih *dihiris
  • 1/2 inci halia *dihiris
  • 2 tangkai cili merah *dihiris
  • 1 sudu kecil Maggi Sedap Rasa
  • Garam
  • Kunyit
  • Minyak Masak
Cara Memasak
  • Gaulkan isi ayam bersama kunyit dan garam dan perapkan selama 15 minit. Seterusnya goreng isi ayam tersebut sehingga garing dan kekuningan.
  • Bila ayam dah garing masukkan bahan-bahan hirisan tadi, dan tumis sehingga naik bau dan wangi kekuninggan.
  • Masukkan sayur dan goreng sehingga masak. Jangan lupa taburkan Maggi Sedap Rasa kacau rata dan terus hidangkan bersama nasi panas atau bubur nasi.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 09:18 AM | Show all posts
amiraira replied at 3-12-2018 03:21 PM
selamat tghari dan salam 1 malaysia buat teman2

5 jenis resepi beserta dgn namanya sekali


1. Ayam Buttermilk (paling mudah) (ihsan: sinarharian.com.my)


BAHAN-BAHAN:
  •                 Isi ayam | potong kecil
  •                 2 sudu besar mentega
  •                 2 ulas bawang putih | cincang
  •                 4 pelepah daun kari
  •                 1 cawan susu cair
  •                 1/4 kiub pati ayam
  •                 1 sudu besar tepung jagung
  •                 Garam secukup rasa
BAHAN PERAP:
  •                 Sedikit tepung goreng rangup - jenama Bestari ( Hot & Spicy )
         
CARA MEMASAK:
  •                 Perap ayam dengan tepung rangup Bestari.
  •                 Goreng ayam sehingga kekuningan dalam kuali. Angkat dan ketepikan.
  •                 Panaskan kuali masukkan mentega. Tumis bawang putih, masukkan daun kari. Masak sehingga bau wangi, masukkan kiub pati ayam maggi.
  •                 Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan tepung jagung yang dah dibancuh dengan air.
  •                 Masukkan ayam gaul sebati dengan kuah. Tambah sedikit air kalau pekat sangat kuahnya, garam secukup rasa.
  •                 Tutup api dan sedia dimakan dengan nasi panas.

2. Ayam Masak Merah (ihsan: Bidadari.my)

Bahan-BahanBahan bahan untuk 1 ekor ayam
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inch halia
  • 1 inch lengkuas atau lebih
  • 3 batang serai
*blend semua bahan di atas

3 senduk lada kering yang siap blend1 tin kecik tomato puree (4 sudu besar)1 senduk sos ciliGula Melaka 1/2 ketulGula pasir 2 sudu besarRempah 4 sekawan (kayu manis 1 batang, 2 biji bunga lawang, 3 biji pelaga, 3 biji cengkih)Garam secukup rasaDaun bawang, daun sup – hiris halusBawang goreng 1/2 cawan
Nota 1 : Nanti boleh rasa lagi kalau suka boleh tambah gula
Nota 2 : Untuk hiasan boleh tabur bawang goreng dan daun bawang sikit
Cara-Cara Masakan1. Bersihkan ayam dan gaul dengan kunyit dan garam. Goreng jangan garing sangat. Angkat dan ketepikan.
2. Amek minyak dari gorengan ayam dalam 4 senduk dan tumis rempah 4 sekawan dan masukan bahan bahan yang diblend
3. Masuk lada kering blend dan kacau rata. Tumis hingga garing
4. Masukan sedikit air (dalam 1 cawan), tomato puree dan sos cili. Kacau hingga mendidih
5. Masukan gula melaka dan gula pasir
6. Masuk ayam, daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Kacau rata. Biar kejap hingga ayam sempurna masaknye.
7. Sesuaikan rasa dan angkat
Selamat mencuba.

3. Ayam Goreng Berempah Rangup (ihsan: Bidadari.my)

Bahan Bahan
  • Ayam
  • Serbuk Kari Daging
  • Serbuk Cili
  • Kunyit
  • Garam
  • Daun Kari
  • Serai (Lagi Banyak Lagi Sedap!) *
  • Halia *
  • Bawang Putih *
(Jangan letak bawang merah ya! Petua dari Mak Lang kenduri kahwin)
Tumbuk Lumat Bahan Yang Bertanda *
Jangan Lumat Sangat. Agak agak serai tu berambut ok dah.

Cara Cara Memasak#1 Basuh ayam & tos
#2 Letak kunyit, serbuk kari daging , serbuk cili , garam. Agak agak macam kita garam kunyit ikan tu.
#3 Gaul rata, masuk bahan tumbuk & daun kari tadi .
#4 Tunggu minyak panas dah boleh goreng . Api sederhana besar, jangan besar sangat, nanti ayam tak masak dalam & serdak hangus.

Nota 1 : serai jangan potong halus halus sebelum tumbuk, potong agak agak sejengkal ruas jari tu. Kalau halus halus lepas tu tumbuk, dia tak jadi panjang panjang macam tu. Dia jadi serdak macam rendang
Nota 2 : kalau nak lagi sedap lepas gaul boleh perap dalam peti , tapi tak perap pun sedap jugak
Selamat mencuba

4. Ayam Masala (Ihsan: My resepi)

Bahan-bahan diperlukan:
  • 500g ayam
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 sudu kecil serbuk lada
  • 2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 2 sudu besar serbuk jintan putih
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar
  • Sedikit minyak
  • Sedikit halia/ditumbuk
  • 10g kayu manis
  • 10g buah pelaga
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 2 biji bwh merah dihiris
  • 2 tangkai cili merah
  • 1 biji tomato dibelah 6
  • Sedikit air
  • Sedikit garam

Cara menyediakan dan memasak:
  •                   Perap ayam bersama serbuk kunyit, serbuk lada, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan ketumbar selama 1 jam.
  •                   Tumis kayu manis, buah pelaga dan jintan manis sehingga naik bau dan masukkan bawang, halia, cili merah dan tomato.
  •                   Masukkan ayam yang telah diperap dan kacau sehingga naik bau.
  •                   Masukkan air dan dan serbuk perasa dan kacau sehingga sebati.
  •                   Padamkan api dan boleh la dihidangkan bersama nasi panas. Boleh juga dimakan bersama ketupat. Selamat mancuba!

5. Ayam Masak Bali (Ihsan: Saji.my)

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ayam
  • serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • 8 batang serai, dititik
  • 6 tangkai daun kari
  • 1 senduk cili kisar
  • 3 sudu besar kicap manis
  • minyak masak
  • gula melaka atau gula pasir
  • sedikit air
  • Bahan-bahan untuk kisar halus:

    • 5 biji bawang besar
    • 10 biji bawang merah
    • 10-12 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
    • 1 inci belacan
Cara Penyediaan:
  • Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng di dalam minyak panas sehingga separuh masak.
  • Dalam minyak yang sama (kurangkan jika terlalu banyak) anggaran 1 cawan, tumis serai dan daun kari sehingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar dan bahan kisar halus. Masak sehingga pecah minyak.
  • Masukkan ayam, kicap, gula dan garam secukup rasa. Tuang sedikit air dan kacau perlahan sehingga kuah menjadi pekat. Jika kuah agak kering tambahkan lagi sedikit air.
  • Apabila kuah sudah pekat dan pecah minyak, angkat dan hidangkan.

Comments

sila buat ucapan tahun baru disini :)  Post time 31-12-2018 11:35 AM
kuiz baru dh up tata :)  Post time 10-12-2018 11:16 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2018 12:38 PM | Show all posts
amiraira replied at 3-12-2018 03:21 PM
selamat tghari dan salam 1 malaysia buat teman2

1. AYAM GORENG PANDAN

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               
  • Kisar semua bahan perapan
  • Gaul pada ayam dan tambah garam, cili kisar dan madu
  • Perapkan selama sejam atau lebih
  • Kemudian, lilitkan daun pandan dengann kemas
  • Cucukkan dengann lidi untuk elakkan daun terbuka
  • Panaskan minyak yang banyak dalam kuali
  • Goreng dengan api yang sederhana hingga garing
  • Angkat dan toskan minyak

2. Ayam Goreng Gajus
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       
  • Ayam yang telah dipotong kecil,dibersihkan dan toskan
  • Perapkan ayam bersama bahan perapan selama 1/2 jam
  • Panaskan minyak dan goreng ayam yang diperap separuh masak
  • Panaskan minyak yang berlainan dan tumiskan bawang putih serta bawang besar sehingga naik bau
  • Masukkan kesemua bahan yang lain (kicap,sos tiram dan lain2) dan kacau sehingga rata
  • Akhir sekali,masukkan ayam dan gajus. Kacau sehingga sebati
                                                               
3. Satay Ayam Homemade
  • Masukkan isi ayam dalam bekas yang besar bersama bahan yang telah dikisar untuk proses perapan
  • Perapkan isi ayam sekurang2nya 1jam,kalau nak lagi best,perapkan semalaman
  • Kemudian,barulah cucukkan isi ayam tadi pada lidi.Bungkuskan isi ayam dengan plastik untuk mengelakkan isi ayam menjadi kering
  • Boleh lah dibakar atas dengan menggunakan set barbeku atau kuali non stik yang leper
  • Semasa proses membakar,renjis2kan sate dengan kuah kacang + sedikit minyak
  • Bakar sehingga isi ayam kelihatan masak

4. Ayam Goreng Popcorn                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       
  • Masukkan ayam, bawang putih, garam dan serbuk lada hitam ke dalam mangkuk
  • Gaul rata dan perap selama 30 minit. Ketepikan seketika
  • Di dalam mangkuk berlainan, satukan emping jagung, serbuk paprika, sedikit garam dan serbuk lada sulah. Gaul rata
  • Ambil ayam dan gaulkan di dalam mangkuk tepung hingga rata
  • Kemudian celupkan ke dalam bancuhan telur dan sadurkan kembali dengan bancuhan emping jagung tadi
  • Panaskan minyak masak dan tambahkan mentega ke dalamnya. Biarkan mentega cair
  • Apabila minyak telah panas, goreng ayam sehingga bertukar warna keemasan. Ulang proses sehingga habis
  • Toskan minyak dan sedia dihidangkan
                                                               

5. Kerabu Kaki Ayam
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       
  • Basuh kaki ayam sebersihnya
  • Rebus hingga empuk/ masak dengan sedikit garam. Toskan
  • Mayang serai, bawang, cili. Timun, tomato, daun ketumbar dan lobak merah di potong kecil. Daun limau purut dibuang tulangnya dan di racik kasar
  • Campurakan semua bahan. Gaulkan sebati
  • Perasakan dengan garam, gula, sos ikan dan perahan limau nipis
                                                               









Comments

sila buat ucapan tahun baru disini :)  Post time 31-12-2018 11:33 AM
kuiz baru dh up awin :)  Post time 10-12-2018 11:15 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 3-12-2018 05:01 PM
@noor2     @noor2 @noor2

Hehe. ..rupanya jenuh cat manggil akak. ..tq cat. ......

Comments

sila buat ucapan tahun baru disini :)  Post time 31-12-2018 11:33 AM
jom la join mira dh up kuiz baru :)  Post time 10-12-2018 11:15 AM
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 08:40 AM | Show all posts
terima kasih @amiraira

Comments

kuiz baru dh up zura :)  Post time 10-12-2018 11:15 AM
sama2 zura :)  Post time 10-12-2018 11:08 AM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2018 11:14 AM | Show all posts
selamat pagi dan salam 1 malaysia


kuiz santai pagi ni
jom cari makanan yg berasaskan buah
berikan 5 gambar beserta dgn nama masakkan tersebut




seperti biasa kuiz bermula sekarang dan berakhir pada Ahad 16 Dec 2018
selamat berkuiz secara berhemah


contoh:


daging masak nenas





Comments

selamat pagi mira...  Post time 11-12-2018 08:55 AM
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
ala terlepaa kuiz sebelum ni. sibuk, terlupa nak main kuiz

Comments

mira dh up kuiz,jom join :)  Post time 14-1-2019 11:06 AM
sabar je la kan :)  Post time 10-12-2018 02:31 PM
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerabu mangga


Bahan-bahan A:

2 biji mangga epal,diparut memanjang.
1 kuntum bunga kantan,dihiris halus.
1 biji bawang besar.
Bahan-bahan lain:

10 biji cili padi,dihiris,kalau mahu pedas,boleh tambah bilangan cili padi itu.
Udang kering,digoreng tanpa minyak,sampai naik bau dan ditumbuk separa hancur.
Kacang tanah,digoreng tanpa minyak,dibuang kulit dan tumbuk separa hancur.
3 sudu besar jus limau nipis
2 sudu besar sos ikan
Gula dan garam secukup rasa
Cara Penyediaan:

Campurkan bahan-bahan A dan gaul sehingga mesra.
Masukkan pula kacang tanah dan udang kering.
Masukkan cili api,sos ikan,gula dan garam ke dlm jus limau nipis.Kacau sebati.
Tuang bancuhan jus limau nipis ke dlm bahan campuran mangga tadi.
Gaulkan sehingga mesra dan rasa keseimbangan manis,masam dan masin kerabu tersebut.
Sedia untuk dihidangkan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Pajeri Nenas
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A
1 biji nenas, potong kecil (perap dg sedikit gula)
Santan secukupnya
4 sudu besar minyak
2 sudu besar gula
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa  
Udang hidup

Bahan B – bahan kisar
1 inci halia
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering

Bahan C
Kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
3 sudu besar rempah kari

Cara cara
Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu manis hingga wangi. (Bawang bawang boleh juga dihiris jika mahu terasa bawang dalam kuah).

Masukkan rempah kari yang digaul dengan air. Goreng hingga garing.

Masukkan udang hidup dan masakkan sebentar.

Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir.  Masukkan nenas yang telah dicelur terlebih dahulu. Akhir sekali, masukkan kerisik

Masak hingga kuah pekat dan naik minyak.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Salad Mangga
Bahan-bahan:

Sebiji mangga manis, dipotong dadu
10 biji tomato ceri, dipotong dadu
Sebiji bawang merah, dicincang
Sebiji limau nipis, diambil jusnya / boleh gantikan dengan lemon
Sesudu besar daun ketumbar segar, dicincang
Sepotong nenas, dipotong dadu
Dua sudu besar kacang gajus
Sebiji cili padi (ikut cita rasa masing-masing)
Garam secukup rasa
Cara sediakannya:

Tuang jus limau nipis dalam mangkuk.
Campur semua bahan dan tomato yang dipotong dadu, kemudian gaulkan sebati.
Tambah garam secukup rasa, daun ketumbar cincang, kacang gajus dan cili padi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2018 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
SAMBAL KUINI

BAHAN-BAHAN

3 Biji cili merah

2 Biji cili api
( tambahkan jika suka pedas)

1 Inci belacan
(dibakar)

Sedikit garam & gula

1 Biji kecil buah kuini
( Buang kulit & racik halus)

CARA MEMBUAT

1. Tumbuk kesemua bahan kecuali bnuah kuini hingga hampir lumat. Masukkan buah kuini yang telah di racik dan tumbuk sebentar saja agar buah tidak lumat.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambal Hitam Belimbing Buluh

Bahan2 :
(Sukatan genggam2 jer. Nak pedas nak kurang, masin, masam, manis boleh adjust sendiri ye).

1. Ikan bilis dlm 3 genggam.
2. Cili padi atau Cabai Melaka dalam 2 genggam.
3. Belimbing buluh dalam 3 atau 4 genggam (nak tukar ganti tomato pun boleh dalam 7 atau 8 biji).
4. Bawang besar 4 atau 5 biji.
5. Kicap
6. Garam secukup rasa.

Cara-Cara :

Bawang merah, cabai melaka atau cili padi dan belimbing buluh sedia untuk diblend. (kalau tak ada belimbing boleh digantikan dengan tomato dlm 7 atau 8 biji. cuma kalau kurang masam boleh tambah asam keping).

Blender bahan-bahan tumis.

Ikan bilis digoreng garing.

Toskan minyak dia..

Ikan bilis yang dah ditumbuk. Ikut suka nak tumbuk kasar atau halus. Nak senang blend kering je. Kasar ada, halus pun ada. Ketepikan.

Tumis semua bahan-bahan yang dah diblend menggunakan minyak baki gorengan ikan bilis tadi.

Tumis sampai meletup2. Kemudian masukkan kicap. Nak sedap campur2 guna kicap manis kipas udang & kicap pekat hitam tamin.

Masukkan ikan bilis yang dah ditumbuk tadi.

Perasakan dengan garam. Masak sampai kering & pecah minyak.

Dapat sebekas besar. Tahanlah sebulan. Makan masa sahur dengan nasi panas2 sedappp nihhhh..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 29-11-2018 11:11 PM
Istana Nurul Iman di Brunei merupakan istana terbesar di dunia

istana nurul iman ka ni?

Comments

mira dh up kuiz,jom join :)  Post time 14-1-2019 11:06 AM
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
amiraira replied at 10-12-2018 11:14 AM
selamat pagi dan salam 1 malaysia



1. Pai epal


2. Kek kurma


3. Lepat pisang


4. Gulai lemak pisang muda

5. Lempeng kelapa


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Comments

sila buat ucapan tahun baru disini :)  Post time 31-12-2018 11:32 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 2.054339 second(s), 61 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list