|
Facebook adalah sebuah laman web sosial untuk berhubung dengan rakan-rakan anda. Tetapi harus diingatkan, anda juga perlu menjauhkan diri daripada rakan ataupun kenalan yang sering menyebabkan laman Facebook anda ‘kacau-bilau’ dengan kemaskini yang tah apa-apa. Siapa orang yang anda perlu unfriend itu? Kami bantu anda dengan senarai di bawah, 10 jenis orang yang anda perlu unfriend di Facebook secepat mungkin.
1. Orang yang gila ‘LIKE’
LIKE status yang baik adalah satu perkara biasa. Tapi jika orang itu LIKE setiap status yang anda kemaskini, itu agak menjengkelkan. Bayangkan, jika anda update sesuatu seperti “Saya terlalu lapar hari ini. Saya menulis kerana saya malas nak beli makanan” dan rakan anda LIKE status anda. Pelik kan?. Tapi anda pun pelik juga, kalau lapar, makanlah, update status buat apa?
2. Orang yang hanya komen ‘LOL’
Bagi yang tidak tahu, LOL itu adalah akronim untuk ‘Laughing Out Loud’ ( gelak besar ). Jadi adakah anda mempunyai seorang sahabat yang sentiasa menulis LOL dan OMG dalam posting anda? Dan setiap kali komen mesti LOL atau OMG saja, tiada perkataan lain. Memanglah kita perlu berterima kasih di atas keprihatinan dia terhadap status anda, tapi dalam masa yang sama, nampak sangat dia macam tak berminat dengan status anda. Jadi unfriend saja orang yang sebegini, buat menyemak timeline Facebook anda saja.
3. Setiap masa update status Facebook
Mengapa seseorang akan mengubah status Facebooknya dalam masa satu jam? Dan kemudian kemaskini lagi sejam yang berikutnya? Bagi yang tidak rasa rimas, tidak perlu unfriend. Tapi bagi yang rasa macam bosan dengan rakan yang update status Facebook setiap masa tu, boleh lah hide feed beliau. Tapi bagi yang ada rakan update status perniagaan dia je setiap masa kemudian marah orang tak komen atau LIKE status dia, orang macam ni memang patut unfriend.
4. Selalu komen negatif
Mungkin ada kawan anda yang suka mengulas segala yang anda update di Facebook. Kalau komen yang bermanfaat mungkin tak mengapa. Tetapi orang ini selalu komen yang menjengkelkan atau erti kata lain, komen yang negatif saja. Mungkin dia ada masalah mental atau dalaman, dan jenis tak boleh tengok orang lain hidup senang. Benda yang bahagia pun,dikatanya menunjuk, benda yang berbentuk nasihat pun, dia komen ‘macam bagus’. Eh eh kau?
5. Orang jenis komen/LIKE gambar lama
Ada yang rakan yang suka komen gambar dan pos lama anda. Kalau satu tak mengapa, ni kalau setiap gambar dan pos lama anda hendak dikomen, orang macam ni bukan sahaja perlu diunfriend, tetapi harus diblock juga. Orang seperti ini mungkin stalker anda, atau peminat misteri anda. Bagi yang sudah berkahwin, jaga-jaga, ada yang memerhati!
6. Orang yang selalu request game
Masalah ini selalu terjadi selepas permainan Farmville meletup suatu ketika dulu. Ramai yang melekat saja di Facebook semasa waktu kerja sebab nak jaga tanaman. Lagi ramai yang jenis invite suruh turut serta bermain game di Facebook. Setiap hari pula tu! Memang rimas orang macam ni, paling kasihan, orang yang bernama muka huruf A,B,C, orang itu sajalah yang jadi mangsa. Orang macam ni, tak perlu bagi muka. Unfriend terus!
7. Orang yang gila ‘selfie’
Buka saja Facebook, asyik keluar muka dia saja. Yang paling membosankan, bukannya gambar dia di lokasi menarik, tapi pose selfie dengan pelbagai sudut muka dengan zoom in. Boleh pening lalat dibuatnya dengan peel orang macam ni. Yang paling tak tahan, siap ada Album Selfie di Facebooknya. Apa yang hendak dibuktikan, penulis idoklah tahu. Jika orang ini bukan kenalan rapat anda, bolehlah unfriend ya.
8. Orang yang anda tidak kenali
Kadang-kadang, kita ni selalu saja terima friend request dari orang yang tidak dikenali, supaya nampak macam ramai kawan di Facebook. Ada juga yang terima sebab mungkin dia ingat itu kawan lama dia. Tetapi sebenarnya amat merbahaya jika anda terima friend request dari orang yang tidak dikenali. Boleh jadi kes jenayah yang kita pun tak tahu bila. Hati-hati!
9. Teman lelaki/wanitaku paling hebat!
Kahwin pun belum, tetapi setiap masa update status mengenai teman lelaki dan wanitanya… seolah-olah pasangannya yang paling hebat, paling romantis, paling cantik dan kacak dalam dunia. Rasanya orang yang dah kahwin pun tidak over seperti ini kan? Bukannya kami tak suka, tetapi daripada dapat dosa mengumpat, baik unfriend terus kan?
10. Orang yang selalu ‘emo’
Orang macam ni, celik-celik mata saja, update status Facebook yang emosi dan suka marah-marah. Kami tahu, mungkin awak ada tekanan perasaan, tapi itu tak bermaknanya kami pun kena selalu tekanan perasaan baca status Facebook awak. Kami perlu juga sesuatu yang positif untuk dibaca. Orang yang selalu marah, tak puas hati, emo dan amuk ni, boleh sahaja keluar dari friendlist anda di Facebook. Sekali sekala update status emo, itu normal. Kalau setiap hari, pening juga ye tak?
mummynemo
|
|