CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4023|Reply: 7

Bangunan Paling Gembira Di Dunia

[Copy link]
Post time 17-8-2015 10:45 AM | Show all posts |Read mode
Binaan yang terletak di Brunswick, Jerman ini mula menarik perhatian ramai sejak tahun 2001. Sebut sahaja Rumah Rizzi, pasti ramai mengetahui lokasi serta mengingati reka bentuknya. Betapa tidak, imej yang terlukis pada dinding nyata mampu menimbulkan minat setiap pasang mata. Menariknya, lakaran tersebut dilukis dalam bentuk 3D. Penggunaan warna terang turut memukau pandangan.





Pelbagai imej kartun dilukis dengan saiz besar bagi menonjolkan lagi wajah 'bahagia' Rumah Rizzi. Kebanyakan pelancong berasa seronok selepas melihat binaan tersebut. Mereka menyifatkan kemunculan watak-watak comel pada dinding seolah-olah menggamit semua nostalgia ketika zaman kanak-kanak.





Ternyata, imej ceria daripada binaan rupanya mampu memberi perasaan gembira kepada orang ramai. Jelas sekali, penglibatan simbol-simbol comel dalam seni visual (pop art) mampu mengubah Rumah Rizzi menjadi bangunan cantik seakan fantasi. Rumah Rizzi memperoleh nama daripada seorang pelukis bernama James Rizzi.



Rancangan asal menubuhkan Rumah Rizzi tercetus melalui perbincangan pemilik galeri bangunan tersebut, Olaf Jaschke dengan James Rizzi. Selepas melihat karya kreatif James, Jaschke terus menyatakan rancangan untuk bekerjasama dengan pelukis berbakat berkenaan. Bagi melancarkan projek, lakaran mengenai lukisan yang bakal dihasilkan telah dibuat. Idea itu turut mendapat bantuan daripada seorang arkitek, Konrad Kloster.

Dua tahun diperlukan mereka untuk menguruskan segala keperluan untuk menjadikan bangunan ini paling gembira di dunia. Sebenarnya, tujuan bangunan tersebut dicantikkan adalah untuk menyelamatkan binaan lama daripada terbiar. Sebelum digelar sebagai bangunan paling gembira, ia merupakan ruang pejabat yang telah lama terbiar kosong tanpa penghuni.



Lalu, tertubuhlah bangunan gembira pada tahun 2001. Bagi menggantikan ruang kosong dalam bangunan, galeri Rizzi dibina bagi menempatkan hasil karya pelukis hebat itu. Menariknya, semasa pembukaan bangunan gembira, James turut mempamerkan sebuah kereta jenama Volkswagen yang memiliki lakaran seiras dengan Rumah Rizzi. Kereta itu diletakkan di hadapan galeri bagi memberi peluang kepada pengunjung melihat rekaan ceria itu sendiri.



Meskipun, pelukis kreatif binaan tersebut telah meninggal dunia pada tahun 2011, Rumah Rizzi kekal menjadi karya terbesar lelaki berkenaan sepanjang hidup. Setidak-tidaknya, masih ada seni pop yang ditinggalkan sebagai kenangan kepada bandar Brunswick.

Sumber Artikel : Majalah INFINITI September 2015.
Sumber Gambar : HomeArchDesign



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2015 11:11 AM | Show all posts
budak2 kalau datang sini, mesti tak nak balik
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 11:11 AM | Show all posts
sgt lah ceria n menarik
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 12:02 PM | Show all posts
mmg menarik perhatian sgt bangunan ni. apatah lagi kalau sekelilingnya bangunan lama warna coklat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 11:27 PM | Show all posts
bestnya..mmg ceria sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2015 07:58 PM | Show all posts
tgk pon dah happy
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2015 10:16 PM | Show all posts
so colourful!
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 12:48 PM | Show all posts
sangat ceria
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.060340 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list