CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

NOVEL: MAWAR

[Copy link]
 Author| Post time 21-8-2015 06:54 PM | Show all posts

oh mak aih...
ikram ada tahi lalat manis la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2015 06:55 PM | Show all posts
sellie003 replied at 21-8-2015 12:37 PM
Bau busuk menerawang di sekitar ruang bilik... Ipo menakup antara hidung & mulut menahan bau yang cu ...

wah..sellie dah tolong sambungkan
tapi nicki pergi berak merata2 nape?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2015 07:36 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 21-8-2015 06:38 PM

IKRAM termengah-mengah kembali ke bilik semula bersama Nicki. Sempat juga dia kejar kucingnya yang sudah berlari ingin keluar dari blok asrama lelaki itu. Pelik juga dengan telatah Nicki kali ini. Muka kucingnya itu seperti melihat sesuatu yang menakutkan. Mungkin juga, dari pembacaan dan  apa yang dikutip dari google, binatang boleh melihat benda-benda halus.

"Ipo, kau buat apa tercegat kat pintu ni? Kenapa tak masuk?" Ikram jenguk ke dalam bilik. Ipo masih kaku berdiri di muka pintu. Wajah lelaki itu pucat. Seolah telah melihat sesuatu yang menakutkan.

Ipo tidak menjawab, dia hanya menuding ke arah bunga di atas meja belajar Ikram. Perlahan dia mengalih matanya pada Ikram yang kelihatan terpinga-pinga. Apa lelaki itu tidak nampak apa-apa? "Kau nampak tak?"

"Nampak apa?" Ikram mengerutkan kening. Dia jenguk lagi meja belajarnya sendiri. Bunga mawar putih tadi masih elok berada di situ dengan sedikit tompokan darah. Itupun sudah kering.

Ipo menjeling marah pada Ikram. "Betul kau tak nampak?"

Ikram mengangguk sambil mengusap Nicki yang dalam pelukannya. Kali ini kucingnya mengiau berkali-kali dan berusaha untuk melompat lagi tetapi dia peluk semakin kuat. Entah apa kena dengan Nicki.

"Mana kau ambil bunga tu?" Soal Ipo, dia pelik dengan kata-kata Ikram. Takkan mamat tu tak nampak bunga mawar putih atas meja itu sudah dipenuhi dengan darah! Rasanya bangun pagi tadi, bunga mawar puith itu hanya ada beberapa tompok darah saja. Itu pun baunya sungguh hanyir. Kali ni bau hanyir semakin menyesak hidung!

"Nantilah aku cerita. Panjang kisahnya. Aku nak solat Isyak. Nicki..duduk diam-diam dalam ni ya.." Ikram terus saja masuk ke bilik dan membiarkan Ipo yang masih berdiri di muka pintu. Nicki dikurung dalam sangkar dan diberi makanan Friskies. Tuala dicapai dari palang katil dan bersama berus gigi dia menapak keluar ke bilik air.

Ipo masih berdiri di situ memerhati gelagat Ikram yang langsung tidak nampak apa yang dia nampak. "Pelik aku mamat ni. Meja dia penuh dengan darah! Dahlah bau busuk!"

Ipo terpaksa juga masuk ke bilik sambil menekup hidung. Dia jeling sebentar pada bunga mawar putih yang sudah bertukar menjadi merah keseluruhannya. Merah yang hanyir! Tiba-tiba terasa meremang bulu roma saat matanya jatuh pada sekuntum bunga mawar itu. Segar dan langsung tidak layu! Dia segeratukar pakaian dan capai tuala. Sebelum menapak keluar dari bilik, sekali lagi bunga mawar putih yang sudah bertukar merah itu diperhatikan. Darah menitik turun dari atas meja ke lantai.

Bergegas Ipo keluar dari bilik itu menuju ke bilik air. Kalau Ikram tidak buang bunga mawar berdarah itu nanti, dia sendiri yang akan campak keluar! Entah dari mana dikutipnya bunga misteri itu. Bingung juga memikirkan hanya dia seorang saja yang nampak bunga mawar putih itu bertukar menjadi merah darah dan berbau hanyir.

Tak apa, nanti dia akan tanya pada Ikram dan Ikram perlu menjawab dengan jujur. Kalau Ikram berdegil juga, bunga misteri itu akan dibuang walaupun Ikram membantah!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2015 07:37 PM | Show all posts
cengkihgirl replied at 21-8-2015 12:18 PM
suspen pulak...kenapa dengan bunga tu?

dah jawab..kt entry baru nun
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 07:37 PM | Show all posts
shhhhhh.. jangan bising.. nicki tengah yakkk..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2015 09:49 PM | Show all posts
IKRAM baring malas di katil sambil membelek nota yang dicatat semasa dalam kelas tadi. Tiga bulan lagi pengajiannya di universiti itu akan tamat. Bidang mikrobiologi perubatan itu diambil kerana dia begitu minat dengan benda-benda halus yang sukar dilihat dengan mata kasar. Samalah juga dengan paranormal. Kadang-kadang dia terfikir, kenapa ada yang nampak makhluk ghaib dan ada yang tidak nampak? Apa keistimewaan orang yang dapat melihat semua itu? Adakah Allah kurniakan mata yang istimewa sehingga begitu senang boleh nampak makhluk lain di alam lain? Adakah mata mereka dibuka hijabnya oleh Allah?

Rasanya sudah banyak buku dan maklumat yang dicari berkaitan dengan mata yang tidak berhijab ini. Kebanyakannya menjelaskan ianya adalah kurniaan dari Allah dan ada juga dibuka hijab matanya atas sebab menuntut ilmu. Buku 'MATA TIDAK BERHIJAB' yang dibeli dua minggu lepas pula sudah diberi pinjam pada Akim, anak Pak Andak. Akim juga sepertinya, berminat pada benda-benda paranormal dan mistik seperti itu.

"Ikram..."

Ikram mendongak. Ipo yang sedang menatap majalah UJANG di atas katil sebelah sudah memandang ke arahnya. Riak wajah lelaki itu seperti ada sesuatu yang tidak beres. Dari tadi lagi, reaksi dan riak Ipo seperti ada yang tidak kena.

"Mana kau dapat mawar putih tu?" Ipo lantunkan soalan yang dia tanya tadi. Dia perlukan jawapan.

"Kenapa?" Ikram menjawab acuh tak acuh, mata melekat semula pada nota.

"Ikram..tolong serius boleh tak? Cuba kau tengok bunga tu!" Ipo sudah mula geram. Geram dengan sikap Ikram yang selamba badak saja bila menjawab.

Ikram mengalih bebola mata ke arah bunga mawar di atas meja. "Kenapa dengan bunga tu?"

"Apa yang kau nampak?"

"Emm..bunga la. Ada tompok darah yang dah kering. Kenapa?" Ikram menoleh pula pada Ipo yang masih bersantai di atas katil sebelah.

"Bunga tu dah penuh dengan darah tahu tak! Meja kau tu, dah hanyir dengan darah..tengok tu..menitik lagi." Jari dituding ke arah meja belajar Ikram.

Ikram pandang sekali lagi pada meja belajarnya. Dia cuba mencari apa yang diberitahu oleh Ipo tadi. Mana ada semua tu? Mengarut! "Kau tu yang mimpi! Meja aku bersih je!"

Ipo mengetap bibir. Mahu saja dia ambil bunga mawar itu dan campak ke luar tingkap. Memang sah! Ikram sudah dijampi oleh bunga mawar yang entah dari mana dia kutip!

"Wei..aku rasa kau sorokkan sesuatu dari aku. Bunga pelik tu..mana kau dapat?" Ipo menghampiri Ikram.

"Oklah..sibuklah kau ni. Selagi aku tak jawab, selagi tu kau tanya. Bunga tu sebenarnya aku kutip dari tangan seorang perempuan yang aku langgar masa aku balik majlis kesyukuran rumah Pak Andak aku. Aku bukan sengaja langgar. Dia tiba-tiba muncul dari ladang kelapa sawit dan melintas jalan, tak sempat aku nak brek. Mana aku nampak sangat dalam keadaan hujan lebat dan gelap pekat. Aku bawa dia ke hospital. Bunga tu aku ambil sekali. Mana tahu bila dia sedar nanti, dia tanya pasal bunga tu. Puas hati??" Ikram merengus. Dia kembali menatap nota.

Ipo terdiam mendengar cerita dari Ikram. Seorang gadis muncul malam-malam dari ladang kelapa sawit? Out of nowhere?? Takkan ada perkampungan dalam ladang kelapa sawit? Entah-entah..

"Weh! Entah-entah minah tu orang bunian tak?" Bulat mata Ipo ketika ini. Tidak berkelip dia memandang Ikram yang masih menatap nota.

"Mengarutlah kau ni! Orang bunian mana boleh muncul macam tu! Dah tu, aku dah bawa dia ke hospital. Ada kat hospital tu, masih tak sedar lagi." Ikram luku kepala Ipo.

"Oh..jadi, dia manusia la?"

"Habis tu? Hantu? Pontianak? Langsuir??" Ikram siku lengan Ipo.

"Tak adalah..tiba-tiba muncul. Dahlah tengah malam..pastu tempat tu kan..hanya ada ladang kelapa sawit je. Kau tak terfikir ke?" Ipo mula sandar di dinding, berlunjur di sebelah Ikram di atas katil Ikram yang rapat ke dinding.

Ikram diam sejenak. Mata menatap nota tetapi benak ligat memikirkan kata-kata Ipo tadi. Padanya gadis itu bukan makhluk lain, gadis itu adalah manusia biasa. Buktinya, dia dirawat di hospital dan keadaannya sama seperti manusia biasa. Kalau gadis itu adalah makhluk lain, sudah tentu satu hospital itu lari lintang pukang melihat pontianak terbaring di atas katil wad!

"Aku rasa...ada sesuatu pada perempuan tu. Mungkin dia melarikan diri dari seseorang, menyelamatkan diri? Atau..mungkin dia gila? Terlepas dari rumah barangkali? Mana tahu? Pada aku, tidak semudah itu untuk buat kesimpulan tak logik dan tak masuk akal tu. Sekarang ni, aku tunggu dia sedar je. Lepas tu, aku akan tanya apa yang sebenarnya berlaku. Siapa dia sebenarnya? Kalau dia jawab elok, aku akan lakukan apa yang patut, hantar dia ke pangkuan keluarga dia. Habis cerita." Jelas Ikram.

Ipo diam. Kepala disandar pada dinding, ligat otaknya memahami cerita Ikram tadi. Pelik...memang pelik. Dia bangun perlahan menapak ke katilnya semula. "Ikram..aku harap kau buat tindakan yang betul. Pasal bunga tu, aku memang nampak bunga tu merah darah dan darah menitik dari meja belajar kau. Bau hanyir masih kuat ni. Boleh tak kau simpan dalam laci? Tak tahan aku dengan bau macam ni."

"Yalah! Kau tu percaya sangat benda-benda macam ni. Mind kau tu dah set fikir macam tu! Aku tengok elok je bunga tu! Tak ada bau hanyir pun." Dengus Ikram, dia bingkas dari katil dan menapak ke meja belajar. Bunga mawar putih itu dicapai dan dimasukkan ke dalam laci lalu ditutup.

Gerrrrrrrrrrrrrr.................Gggererrrr....

"Nicki duduk diam-diam.." Ikram jengah sangkar kucingnya. Nicki seperti menderam marah. Ada riak tidak senang.

Ipo perhatikan saja kelakuan kucing Ikram. Dia tahu, ada sesuatu yang tidak kena pada Nicki. Binatang boleh nampak semua itu, mungkin kucing itu juga nampak apa yang dia nampak. Selimut ditarik menutupi seluruh tubuh. Doa dibaca dimulai ayatul Kursi dan tiga Qul sebelum dihembus.

Ikram sengih melihat Ipo beria berdoa. Sebelum ini hanya baca bismillah saja. Dia menggeleng sambil mengekek ketawa. Namun apa yang dilakukan oleh Ipo sebenarnya adalah juga yang diajar oleh arwah ayah dulu. Malah Rasulullah saw juga ada mengaajr itu semua. Adat-adat sebelum tidur. Mengambil wudhuk, membaca doa dan tidur dengan posisi tubuh mengiring ke kanan. Tangan diletakkan di pipi kanan.  Itu yang diamalkan oleh Rasulullah saw. Bukan dia tidak tahu semua itu tapi biasalah manusia sepertinya, iman bagaikan roda dan roller coaster. Ada turun naiknya.

Nota itu dibaca lagi. Tidak sedar, waktu sudah menghampiri tengah malam. Kantuk mata sudah mula terasa. Sudah banyak kali dia menguap. Nota diletakkan di atas meja. Lampu di tepi pintu dipadam. Ah, lega bila dapat melayan tidur dengan selesa. Bukan macam malam semalam. Kelam kabut balik dari rumah Pak Andak. Harap esok, gadis itu sudah mula sedar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2015 02:32 PM | Show all posts
siapakah sebenarnya gadis itu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2015 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
sambung2

po... jgn termasuk adengan nota kaki pulak

dah watak tu sama ajer....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2015 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 replied at 22-8-2015 01:32 PM
siapakah sebenarnya gadis itu?

Masih misteri zam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2015 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
NaylaArisha replied at 22-8-2015 09:30 PM
sambung2

po... jgn termasuk adengan nota kaki pulak

Oh citer ni lain...watak2 dlm nota kaki dlm ni hanya watak sampingan..
Ikram dn Badrul dn gadis misteri itu yg utama..
Err..kalau citer ni jadi citer fantasi..boleh terima ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2015 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Citer ni hy utk mengisi masa stress je. Jangan ambik serius ya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2015 09:51 AM | Show all posts
BAB 3



KULIAH untuk hari itu terasa sungguh lambat habis. Banyak kali Ikram melihat jarum jam yang digantung di dinding dewan kuliah di hadapan. Prof Madya Yadav yang mengajar virology masih bersemangat menerangkan virus Bakteriofaj T4 yang boleh membunuh musuh bakteria lain dan menduplikasi dengan mencipta DNA baru dalam hos bakteria yang diserang.

Nota yang dicatat sudah menjadi tulisan cakar ayam. Kali ini fikirannya tidak terarah pada apa yang diajar pensyarah sebaliknya otaknya penuh sarat dengan persoalan yang diaju oleh Ipo malam tadi. Apakah mungkin gadis itu adalah hantu? Jelmaan?

"Ah! kacau macam ni!" Ikram tutup nota. Dia sandar tubuh di kerusi. Otaknya sudah tidak dapat menghadam apa yang diajar oleh Prof Yadav ketika ini. Dia hanya menunggu masa saja untuk kelas kajian virus itu tamat. Habis saja kelas nanti, dia akan ziarah gadis itu semula. Risau juga bila tiada sesiapa yang menjenguk. Yatim piatukah dia?

"OK kelas! Esok, ada kuiz tentang kelas hari. Be prepared!" Laung Prof Yadav pada kelas.

Ikram lega. Nafas dihembus penuh lega. Akhirnya kelas tamat juga. Otaknya sudah tepu untuk menerima semua itu. Beg sandang disangkut di bahu dan nota dicapai dari atas meje kecil. Bersama pelajar yang lain, dia keluar dari dewan kuliah itu. Hari ini dia tidak nampak kelibat Badrul dalam kelas. Mila pula dari tadi tidak lepas dari memandang ke arahnya. Ah, rimas!

"Ikram..tunggu!"

Ikram yang baru hendak melangkah keluar dari pintu dewan kuliah mula berpaling. Mila sudah berlari anak ke arahnya. Nak apa lagi minah gedik ni?

"Saya ada hal penting nak bincang." Mila mula bersuara sebaik tiba berhampiran Ikram.

Ikram masih diam di situ. Kadang-kadang kasihan melihat gadis itu yang masih tidak putus asa mengejar cintanya. Apa yang dia tahu sejak sekelas dengan Mila, dia perasan gadis itu tidak pernah melayan lelaki lain.

"Hal penting apa? Saya nak cepat ni. Saya bagi masa lima minit je.." Ikram beri masa untuk Mila. Memang dia hendak cepat ke hospital menjenguk gadis yang dilanggarnya.

"Ikram...kenapa awak dingin sangat dengan saya? Teruk sangat ke saya ni sampai awak langsung tak beri peluang pada saya?" Mila mula merasa dirinya terhegeh-hegeh.

"3 minit.." Ikram lihat jarum jam.

"Saya dah fikir masak-masak. Saya nak berterus terang yang saya.."

"Times up!" Ikram melangkah laju ke tempat letak kereta meninggalkan Mila yang terkebil-kebil di situ.

Mila terdiam. Tindakan Ikram meninggalkannya begitu sahaja tanpa memberinya masa untuk bercakap cukup membuat hatinya menggelegak! Sengaja lelaki itu tidak mahu mendengar apa yang ingin dikatakannya tadi. Tak apa..dia tak akan putus asa. Dari raut wajah Ikram, dia tahu lelaki itu tidaklah sepenuhnya membencinya. Jelas dari sinar mata dan pandangan mata Ikram tadi.

"Aku tak akan putus asa Ikram.." Mila berdiri kaku di situ memerhati Ikram yang sudah menapak ke tempat letak kereta. Dia capai nota yang dicatat sebentar tadi di dalam dewan kuliah. Nota itu kemudiannya dimasukkan sebuah buku yang pernah dipinjam dari Ikram dulu. Bergegas Mila berlari ke arah Ikram.

"Kau nak apa lagi?" Ikram yang baru hendak buka pintu kereta berpaling ke arah Mila yang melaung memangil namanya tadi.

"Ni..saya nak pulangkan buku awak. Terima kasih.." Mila hulur buku tadi dan bila sudah bersambut, dia meninggalkan Ikram sendirian. Malas untuk dia menyambung bicara. Jelas Ikram hendak cepat ke destinasi.

Ikram hanya melihat Mila melangkah pergi. Buku rujukan bertajuk 'Bacteriological and Medical' itu dimasukkan ke dalam beg sandangnya. Dia terus masuk ke dalam perut kereta. Belum sempat dia menghidupkan enjin, telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Lagu 'It's My Life' melalak kuat. Panggilan itu dijawab. Panik seketika mendengar suara di hujung talian.

Usai berbual, Ikram memecut kereta menuju ke hospital. Gadis itu sudah mula sedar dan meracau-racau. Jururawat dan doktor bertungkus lumus berusaha memujuk. Dia harus segera sampai ke sana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2015 10:52 AM | Show all posts
TIBA di hospital, Ikram terus menuju ke wad yang menempatkn gadis misteri itu. Panggilan dari hospital sebentar tadi cukup membuatnya merasa panik. Apa tidaknya, suara dari telefon tadi jelas dia mendengar suara menjerit-jerit dan menangis. Bunyi kecoh dan riuh. Kaki dihayun semakin laju. Termengah-mengah menahan nafas. Sudah agak lama dia tidak berjoging di tasik universiti kebelakangan ini. Bila terpaksa berlari kalut begini, terasa semput dada. Baru 24 tahun!

Sampai di muka pintu bilik yang bertutup, Ikram mengintai dari pintu cermin kecil. Kelihatan jururawat dan doktor sedang mententeramkan gadis itu yang meronta-ronta. Tombol pintu dipulas. Tidak berkunci.

"Awak Ikram?" Tanya doktor yang bertugas sebaik melihat Ikram sudah menapak masuk.

"Ya saya. Kenapa dengan dia doktor?" Ikram menghampiri katil. Gadis itu terpaksa dipegang tangan dan kakinya oleh empat jururawat. Bermakna tenaga gadis itu sungguh kuat. Jelas tadi semasa dia mengintai dari cermin, rontaan gadis itu hampir membuatkan jururawat terjelepuk jatuh.

"Dia dah sedar tapi dia meracau-racau. Saya tak mahu suntik ubat penenang dulu sebab kita perlukan maklumat dari pesakit ni. Memandangkan awak dah sampai, saya rasa elok awak cuba pujuk dia." Jelas doktor tadi.

Ikram menelan liur. Gadis itu yang masih berpakaian hospital berwarna biru muda memandang tajam ke arahnya dengan dengusan kuat jelas kedengaran. Kedua tangan dan kaki masih dipegang kuat oleh jururawat bertugas.  Perlahan dia menghampiri gadis itu dengan bibir menguntum senyum. Dia perlu bertindak secara diplomasi.

"Adik...ni abang datang.." Ikram mula membahasakan dirinya abang dan gadis itu 'adik'.

Gadis itu masih diam dan mata tidak lepas dari merenung tajam ke arah Ikram yang sudah mula berada dekat dengan katil. Rambutnya yang terjuntai di menutupi muka dihembus kuat. Mata masih tajam memerhati Ikram.

"Abang datang...adik jangan susahkan nurse dan doktor ya.." Pujuk Ikram, dia terpaksa mengusap rambut kusut gadis itu bagi menenangkan dan membuat gadis itu merasa selesa. Mungkin..

Gadis itu masih diam membisu. Perlahan dia tunduk dan menangis. Ikram pula memberi isyarat pada jururawat supaya melepaskan pegangan tangan mereka. Biar gadis itu merasa selesa berbual dengannya. Pandanganya dialih pada gadis itu semula yang sudah menundukkan wajah.

"Ikram,..kami tinggalkan kamu berdua." Doktor tadi menepuk bahu Ikram. Dia mengharapkan Ikram berjaya memujuk gadis itu dengan baik.

Ikram hanya mengangguk. Doktor dan jururawat sudah mula meninggalkan bilik itu. Kini hanya dia dan gadis itu sahaja yang tinggal di dalam bilik itu. Agak lama juga Ikram memerhati gadis itu yang masih tunduk dengan wajah masih menala ke tilam.

"Adik..siapa nama adik?" Ikram beranikan diri bertanya. Dia perlu tahu asal usul gadis itu.

Perlahan gadis itu mengangkat muka. Wajah Ikram ditatap dengan reaksi pelik. Dia pandang sekitar bilik sebelum matanya jatuh semula ke wajah lelaki yang baru dikenalinya. Dia masih bingung dengan apa yang terjadi. Bilik itu, orang-orang yang mengerumuninya tadi dan lelaki yang berada sebelahnya ini, semuanya terasa asing baginya. Terasa dia berada di dalam satu dunia lain.

"Siapakah tuan hamba?"

Ikram terkejut. Perasaan lega mula menular dalam hati sebaik terdengar gadis itu bersuara tetapi dalam masa yang sama dia terkejut dengan bahasa gadis itu. Bahasa yang hanya digunakan oleh orang zaman dahulukala, seingatnya zaman pemerintahan kesultanan Melaka dahulu.

"Err...saya..Ikram. Adik ni siapa?" Ikram menjawab juga pertanyaan gadis itu.

"Hamba berada di mana sebenarnya?" Gadis itu memerhati sekitar bilik semula. Segalanya pelik baginya.

"Err..adik ni kat hospital. Syukurlah dah sedar. Cuma, saya nak tahu..siapa adik ni? Nama?" Ikram cuba mencungkil lagi.

Gadis itu tidak menjawab sebaliknya dia menapak turun dari katil dan berjalan ke arah tingkap bilik. Dari situ, dia melemparkan pandangan ke luar tingkap. Semakin berkerut keningnya melihat suasana dan keadaan di luar sana. Di dunia manakah dia berada sekarang ini? Apa yang sudah berlaku? Kenapa dia tidak boleh mengingati apa yang berlaku?? Rambutnya dicengkam kuat dengan mata terpejam rapat.

Ikram mula merasa tidak senang. Gadis itu seperti hilang ingatan. Perlahan dia mendekati gadis itu yang masih berdiri di tepi tingkap. Serba salah pula untuk bertanya lebih lanjut.

"Adik..adik berehat dulu ya. Abang nak uruskan daftar keluar dari hospital ini." Ikram tarik tangan gadis itu dan mengajaknya ke katil semula. Gadis itu dibaringkan dan diselimutkan.

"Tuan hamba mahu ke mana?" Tanya gadis itu, Ikram dilihat sudah ingin melangkah keluar dari bilik.

"Saya nak ke pejabat sekejap. Berehat ya." Ikram tersenyum. Mendengar tuturkata gadis itu, terasa dia sudah berundur ke dunia kesultanan Melaka.

Hampir setengah jam menguruskan hal daftar keluar gadis itu dan berbincang dengan doktor yang merawat, Ikram kembali ke bilik itu semula. Gadis itu masih berehat di atas katil. Lega kerana gadis itu tidak melarikan diri.

"Adik..kita balik ya." Ikram segera mengemas katil gadis itu. Dia mencari baju gadis itu yang pernah dipakai ketika dia melanggar malam itu. Laci dibuka, nampaknya baju itu disimpan di dalam laci itu.

"Emm..koyak rabak dah. " Ikram termenung sebentar. Takkan dia nak biarkan gadis itu memakai baju yang sudah koyak rabak. Baju itu dimasukkan ke dalam beg sandangnya dan dia menyuruh gadis itu berehat semula.

"Adik rehat ya, abang nak keluar sekejap. Nanti abang datang balik." Ikram terpaksa meninggalkan gadis itu sendirian dulu sementara dia ke kedai berhampiran untuk membeli pakaian buat gadis itu.

"Tuan hamba hendak ke mana?" Gadis itu bertanya lagi.

"Saya nak beli baju. Tengok baju awak dah koyak." Ikram keluarkan pakaian gadis itu dari beg sandangnya semula dan ditunjukkan kepada gadis itu.

Perlahan gadis itu capai pakaiannya dan dia memberi isyarat pada Ikram supaya berpaling dari memandangnya. Ikram faham dan dia segera keluar dari bilik itu. Sepuluh minit menunggu, kedengaran laungan namanya dari gadis itu. Perlahan dia buka pintu semula. Gadis itu sudah siap menyarung baju kurung yang sudah koyak dan ada tompokan darah.

Ikram menanggalkan jaket yang dipakainya dan dihulur kepada gadis itu. Koyakan itu menampakkan bahu putih gadis itu.

"Tuan hamba...hamba rasa tidak selesa dengan pakaian ini. Pakaian apakah ini?" Gadis itu terpinga-pinga dan membelek-belek jaket yang sudah disarung ke tubuhnya.

"Itu jaket. Sudahlah. Kita keluar dulu dari sini, nanti saya cerita dan saya nak juga tahu cerita awak. Mari!" Ajak Ikram. Gadis itu hanya menurut dan membuntuti Ikram keluar dari bilik itu.

"Nanti! Bunga! Bunga mawar!"

Ikram terhenti langkahnya. Suara yang agak tinggi dari gadis itu mengejutkannya. Dia berpaling. Riak gadis itu seperti cemas. "Awak jangan bimbang, bunga awak tu selamat."

Gadis itu berkerut kening. Dia pandang Ikram dengan wajah penuh curiga. Apakah lelaki itu sama dengan yang lain?? Dia perlu berhati-hati. Langkahnya diatur mengikut rentak langkah Ikram menuju ke tempat letak kereta.

Ikram sesekali mengerling ke arah gadis itu yang seperti jakun melihat apa yang ada di sekelilingnya. Jika bertembung dengan orang lain, gadis itu akan berada dekat dengannya dan cuba meraih lengannya tetapi dia seperti takut berbuat demikian. Terpaksa Ikram berjalan beriringan dengan gadis itu dan menarik lengan menuju ke kereta.

Kereta dipecut laju menuju ke destinasi. Sekarang ini apa yang dia perlu fikir, di manakah nanti gadis itu perlu berteduh?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 11:04 AM | Show all posts
ah sudahhhhh.. citer nicki orang urban sesat ke dunia purba..
citer ni terbalik pulok doh...

harap2 pompuan tu tak kuar umah berkemban cari sungai nak mandi basuh baju plak
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 11:57 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 24-8-2015 11:04 AM
ah sudahhhhh.. citer nicki orang urban sesat ke dunia purba..
citer ni terbalik pulok doh... ...

Minah mawar tu dgn Syakilla, sepupu sebenarnya.....

Tetiba aku terbayang, minah mawar ni godek-godek mesin basuh. Tah camna silap tekan butang, terus berbuih satu rumah
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 03:27 PM | Show all posts
nama I pun masuk sekali......

ni yg buat tambah semangat nak follow ni.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2015 05:48 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 24-8-2015 11:57 AM
Minah mawar tu dgn Syakilla, sepupu sebenarnya.....

Tetiba aku terbayang, minah ...

haha.........
Bila mau sambung rumah Syakilla tu???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2015 12:31 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 24-8-2015 10:04 AM
ah sudahhhhh.. citer nicki orang urban sesat ke dunia purba..
citer ni terbalik pulok doh... ...

belum tentu lagi fantasi..
mungkin si minah tu hilang ingatan atau pun gila
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2015 12:31 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 24-8-2015 10:57 AM
Minah mawar tu dgn Syakilla, sepupu sebenarnya.....

Tetiba aku terbayang, minah ...

ada kemungkinan kalau minah ni datang dari zaman purbawara
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2015 12:34 AM | Show all posts
Ezzie replied at 24-8-2015 02:27 PM
nama I pun masuk sekali......

ni yg buat tambah semangat nak follow ni.....

citer tak logik tak dak sapa yang  baca
ramai yg suka citer cintan cintun..

tapi aku karang untuk buang masa...
biarpun tak ramai yang suka

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.106766 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list