CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

NOVEL: MAWAR

[Copy link]
 Author| Post time 25-8-2015 12:34 AM | Show all posts
zameyla replied at 24-8-2015 04:48 PM
haha.........
Bila mau sambung rumah Syakilla tu???

yang ini..biar @Nicki_Meow yang jawab
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-8-2015 12:46 AM | Show all posts
KERETA dipandu tidak tahu hala tuju. Dalam benak Ikram, dia sebenarnya masih memikirkan di mana gadis itu hendak ditempatkan. Tidak mungkin dia membawanya ke asrama. Mahu dicekup pegawai pencegah maksiat nanti! Rumah Badrul pun tidak boleh. Di mana ya??

"Tuan hamba mahu ke mana sebenarnya?"

Ikram yang masih leka memandu mula berpaling ke arah gadis itu yang duduk di sebelah penumpang. "Err...ingat tak rumah awak kat mana?"

"Rumah? Hamba tidak ada rumah...hamba sebatang kara di dunia ini. Jikalau tuan hamba merasakan yang hamba ini menyusahkan tuan hamba, biarlah hamba mencari haluan hamba sendiri tetapi dengan syarat bunga mawar hamba dipulangkan kepada hamba." Gadis itu berbicara sugul.

Ikram pandang gadis itu yang sudah menundukkan wajah. Alamak...dia dah merajuk pulak. "Bukan begitu tuan hamba, hamba hanya bertanya."

Ikram cuba menahan ketawa. Entah bagaimana terpacul bahasa dahulukala dari mulutnya. Ah, persetankan. Sekarang ini dia perlu mencari tempat tinggal untuk gadis itu. Tidak mungkin dia membawa gadis itu tinggal di rumah orang tuanya di Bandar Baru Bangi. Kalau di rumah sewa Mila, entah apa pula Mila anggap nanti. Sudahlah Mila terlalu mengharapkan cintanya dibalas. Mahunya diganyang gadis misteri ini nanti.

"Haih..mana aku nak letak minah ni?" Ikram berkata sendiri, kepala digaru seketika. Sebelah tangan lagi memegang stereng.

"Err..tuan hamba bicara dengan siapa?"

Pantas Ikram berpaling. Dia sengih. Telinga lintah juga minah ini. "Tak ada...sekejap ya."

Ikram berhentikan keretanya di bahu jalan. Dia mula menghubungi Ipo. Tadi dia jenuh berfikir tempat tinggal untuk gadis ini dan dia mendapat idea. Arisha dan Ezzie tinggal di rumah sewa berdua saja. Mungkin ada lagi bilik kosong dalam rumah itu. Sepuluh minit berbual, kereta dipandu semula menuju ke destinasi yang sudah dijanjikan dengan Ipo. Ipo pula disuruh menghubungi Arisha dan Ezzie tentang itu. Dia harus bertindak cepat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2015 01:52 AM | Show all posts
IKRAM tersenyum bila terpandang Ipo dan dua gadis yang dinantikan sudah berada di tasik Titiwangsa itu. Dia berhentikan kereta di bawah pokok kayu ara. Bersama gadis itu, Ikram beriringan berjalan ke sebuah pondok menghadap tasik. Kelihatan Ipo bersama Arisha dan Ezzie sudah menunggu di situ.

"Err..saya panggil awak mawar boleh?" Ikram berhenti sebentar dari melangkah. Gadis itu diperhatikan. Berkerut wajahnya saat nama itu diberikan.

"Mawar?"

Ikram mengangguk. "Memandangkan awak tak ingat siapa awak, mulai sekarang nama awak adalah Mawar. Dan satu lagi..jangan bahasakan hamba dan tuan hamba. Awak guna je saya dan awak. Awak untuk ganti tuan hamba dan saya untuk ganti nama hamba, boleh?"

Semakin berkerut dahi gadis itu mendengar tuturkata Ikram. "Awak, saya?" Sambil menuding ke arah Ikram dan dirinya.

Sekali lagi Ikram mengangguk. Bimbang juga nanti jika kawan-kawannya mencurigai tentang gadis itu dan yang paling penting, mereka tidak ketawakan gadis itu yang kini sudah diberikan nama Mawar.

"Cuba cakap macam saya cakap.." Suruh Ikram lagi. Dia perlu latih gadis itu bercakap mengikut rentak zaman sekarang.

"Err..ham..err..saya cuba.." tergagap-gagap gadis itu bersuara.

"Emm...bagus." Ikram berpuas hati walaupun kedengaran bahasa gadis itu masih seperti bahasa baku dan nada zaman dahulukala.

Keduanya segera menyambung langkah menuju ke pondok tadi. Tiba di sana, Ikram perkenalkan Mawar kepada Ipo, Arisha dan Ezzie. Ipo hanya melihat gadis misteri itu yang duduk di sebelah Ikram. Dia tahu, itulah gadis yang dilanggar oleh Ikram pada malam itu. Atas bawah gadis itu di'bedahsiasat'. Rupa paras gadis itu cantik asli. Rambut mengurai panjang ke pinggang. Memang cantik asli.

Arisha berdehem kecil bila tersedar yang Ipo asyik menilik rupa paras gadis itu. Tidak berkelip mata lelaki itu menatap gadis yang bernama Mawar. "Maaf..awak ni siapa ya? Pelajar univerisiti ni juga ke?"

Mawar pandang Ikram. Dia teragak-agak untuk bersuara. Tidak faham sebenarnya apa yang ditanya oleh Arisha tadi.

"Tak...dia ni sebenarnya saudara jauh aku. Dia datang sini sebab nak cari kerja kat KL ni. Dia baru je grad dari Holland. Bidang pemasaran.." Ikram terpaksa menipu. Dia luku kepalanya sendiri.

"Oh..macam tu. So, nak cari rumah sewa la ni?" Tanya Arisha lagi, pelik juga melihat keadaan gadis itu yang seperti ketakutan dan teragak-agak untuk bersuara.

"Ya..hamba..err..saya mahu cari tempat tinggal untuk berteduh." Mawar mula berbicara. Tersekat-sekat.

Arisha dan Ezzie saling berpandangan. Arisha pandang pula pada Ipo yang turut terdiam mendengar bicara dari Mawar tadi. Kedengaran seperti orang zaman dahulukala bertutur.

"Boleh je. Lagipun rumah saya tu ada dua lagi bilik kosong. Tak payah bayar sewa..duduk je. FOC." Arisha mengukir senyum.

Ipo menjeling Arisha. Dia tahu Arisha anak orang berada berpangkat Tan Sri. Sudah tentu rumah yang gadis itu huni sekarang adalah rumah pemberian ayahnya yang kaya raya itu. Tidak hairan semua itu. Entah-entah Ezzie pun selama ini tinggal percuma saja, sekadar menemankan Arisha di rumah banglo mewah itu. Kini ditambah pula dengan Mawar.

"Maaf ya..FOC itu apa ya? Tidak pernah hamba..err..saya mendengarnya." Tanya Mawar.

"FOC tu..percuma.." Cepat Ikram menjawab sambil ketawa. Dia sengaja ketawa kuat supaya nampak yang Mawar hanya berjenaka. Sempat dia menjeling Arisha dan Ezzie yang turut tersenyum.

"Oh...apa tidak perlu membayar apa-apa?" Mawar mengerutkan kening. Tadi, pertama kali melihat kedua gadis itu, dia terdiam. Pakaian kedua gadis itu amat berbeza dari pakaian yang selalu dipakainya. Ralit dia melihat blaus dan seluar jeans yang dipakai Arisha. Ezzie pula mengenakan skirt labuh kembang dan baju putih berlengan panjang.

Arisha mengangguk.

"Cantik pakaian awak itu..apa, tuan..err...awak menjahitnya sendiri?" Mawar menyentuh blaus yang dipakai Ezzie.

Ezzie masih melabuhkan matanya pada gadis itu. Pelik mendengar percakapan Mawar. Mawar diamati. Walaupun rambut agak tidak terurus tetapi keayuan tetap terserlah. Pertama kali memandang tadi, agak terkesima juga melihat kesopanan gadis itu. Baju kurung pahang yang tersarung di tubuh gadis itu cukup sopan dan menampakkan kecantikan bentuk badan gadis itu. Sekali imbas, gadis itu seperti seorang gadis kampung dari zaman dahulukala.

"Beli je..kat kedai banyak. Butik lagi banyak.." Balas Ezzie menjawab pertanyaan Mawar tadi. Dia juga merasa pelik bila Mawar menyentuh blaus putih yang dipakainya seolah gadis itu tidak pernah melihat semua itu.

"Ehem..Mawar ni jarang pakai macam korang pakai tu. Sebab tu dia macam jakun sikit..mak ayah dia dah ajar dia pakai baju kurung.." Ikram terpaksa berbohong lagi. Kantoi pula jadinya. Tadi baru saja dia beritahu yang Mawar lulusan dari luar negara.

"So, boleh ke Mawar ni tinggal di rumah kau Arisha?" Sambung Ikram lagi. Dia cepat-cepat kembali ke topik asal. Nanti banyak pula yang kantoi pasal Mawar.

"Boleh..bila nak masuk?" Ezzie sengih.

"Hari ni jugak." Jawab Ikram.

"Baiklah. Nak ikut kami ke..atau kau hantar dia ke rumah aku?" Arisha pandang Mawar yang masih terkebil-kebil di sebelah Ikram. Seperti orang yang tidak tahu hujung pangkal cerita.

"Tak apa..aku hantar dia. " Ikram sengih.

Mereka berlima mula berbual mesra dan Ikram sedaya upaya cuba menjawab bagi pihak Mawar. Dia tahu banyak yang gadis itu tidak tahu. Lega bila gadis itu mudah dan senang bergaul. Sudah ada perubahan dari segi tutur bicara walaupun baru saja satu jam mereka semua berbual di situ. Bagi Ikram, biarlah Mawar tinggal di rumah Arisha dahulu untuk sementara ini. Dalam masa yang sama, dia akan menyiasat siapa Mawar sebenarnya dan jika dia sudah mendapat maklumat nanti, gadis itu akan diberitahu dan dihantar pulang ke tempat asal. Walau bagaimana pun, dia tidak boleh biarkan Mawar lama di rumah Arisha. Bimbang juga akan berlaku kekecohan nanti dengan keadaan Mawar yang masih hilang ingatan. Dia perlu fikirkan sesuatu.


Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 08:58 AM | Show all posts
zameyla replied at 24-8-2015 05:48 PM
haha.........
Bila mau sambung rumah Syakilla tu???

Sedang usaha gigih ni. Nak siapkan sampai tamat, lepas tu post terus kat benang sekali harung.

Masalahnya, masa terlalu mencemburui diriku ini....
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 09:00 AM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 25-8-2015 09:25 AM
"Tak...dia ni sebenarnya saudara jauh aku. Dia datang sini sebab nak cari kerja kat KL ni. Dia baru je grad dari Holland. Bidang pemasaran.." Ikram terpaksa menipu. Dia luku kepalanya sendiri.

"Holland Wak Luuuuuu...." Nicki berkata sekuat hati tetapi yang kedengaran, hanya bunyi mengiau.


Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 09:24 AM | Show all posts
nak nipu agak2 ler ikram oiii... nampk nau x pernh nipu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2015 09:27 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 25-8-2015 08:58 AM
Sedang usaha gigih ni. Nak siapkan sampai tamat, lepas tu post terus kat benang sekali harung.

...

hehe...pelan2 kayuh...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 01:14 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 25-8-2015 09:00 AM
"Holland Wak Luuuuuu...." Nicki berkata sekuat hati tetapi yang kedengaran, hanya bunyi mengiau.
...

macam mana plak nicki bleh sesat ke tasik titiwangsa neh??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2015 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Best la ipo citer baru...mmg selalu tertunggu2 karya terbaru ni..love u la ipo
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 01:34 PM | Show all posts
Dah lama tak jenguk masuk forum ..meluat dengan iklan2..
...tetiba nampak karya baru @Ipo....
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 01:50 PM | Show all posts
adoiiii Ikram.....nak menipu pun agak2 la....

dahla nama Mawar, baju pun ala kampung tapi cakap belajar sampai Holland...memang tak masuk akal la.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2015 07:31 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 26-8-2015 06:32 PM

MAWAR hanya mengikut rentak Ikram yang membawanya ke beberapa buah kedai. Entah apa yang dibeli oleh Ikram. Semuanya dimasukkan ke dalam satu beg. Lima pasang baju kurung dibeli dengan pelbagai warna.

"Emm..rasanya dah cukup ni.." Ikram melihat-lihat barangan yang dibeli tadi. Semua barang keperluan dan juga pakaian untuk Mawar.

"Err...rasanya tuan hamba tertinggal satu perkara." Rasa tersekat kata-kata Mawar. Dia malu untuk berterus terang.

"Apa dia?"

Mawar gelisah. Rambutnya dipintal-pintal. Puas pintal rambut, dipintal pula bucu blaus. Tadi, dia disuruh untuk menukar baju yang baru dibeli. Agak janggal mengenakan blaus dan skirt labuh. Kalau boleh  dia mahu berbaju kurung saja. Sudah selesa sejak dulu.

"Apa dia? Ada lagi ke barang yang saya tak beli?" Ikram garu kepala. Dibelek lagi barang-barang yang sudah siap dibeli dari dalam beg plastik besar. Rasanya semuanya sudah ada. Barang mandian, sikat, kasut.

"Anak kecil.." Mawar berkias. Dia menundukkan wajah.

Anak kecil?? Ikram tepat memandang Mawar yang sedang menundukkan wajahnya. Ada rona kemerahan pada seraut wajah mulus milik gadis misteri itu. "Awak..ada anak ke?"

Mawar cepat-cepat mendongak. Muka ditala ke arah Ikram. "Anak??"

Ikram mengangguk. Mukanya sudah berkerut seribu. Betul, dia memang tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Mawar tadi.

"Err..tidak mengapalah tuan hamba." Mawar tunduk semula. Dia tidak akan berterus terang dengan lelaki tentang hal itu. Malu.

Usai membeli belah, Ikram menghantar Mawar ke rumah Arisha. Jam sudah hampir sembilan malam. Isyak masih belum ditunaikan. Tadi dia ingin singgah di masjid tetapi kasihan pula pada gadis itu yang terpaksa duduk dalam kereta seorang diri. Bila diajak sekali, katanya uzur.

Sampai di rumah Arisha,  Mawar dihantar sehingga ke muka pintu. Salam yang diberi disambut Arisha yang sudah membuka pintu. Ikram menyua satu beg besar kepada Mawar dan memberi pesan pada gadis itu tentang apa yang diajarnya sebentar tadi. Harap gadis itu dapat menyesuaikan diri di rumah Arisha nanti. Dia akan mencari tempat tinggal lain untuk Mawar setelah tamat belajar. Tiga bulan sahaja lagi. Tidak lama. Dalam waktu itu, dia perlu siasat siapa Mawar. Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Cuma satu saja yang dia cukup bimbang, bimbang jika Arisha dan Ezzie mendapat tahu tentang Mawar. Salahnya juga yang tidak pandai menipu. Mulutnya laju saja memberitahu yang Mawar adalah lulusan dari Holland.

Ikram menapak semula ke kereta. Dia meninggalkan halaman banglo itu menuju ke asrama. Teringat pada bunga mawar putih di dalam laci. Ah, esok sajalah dia pulangkan pada Mawar.  Dia senyum bila teringat gadis itu menutur bahasa Inggeris yang sempat diajar tadi. Bahasa Inggeris yang mudah dan biasa dituturkan.

"Aku harap..dia boleh cakap Inggeris. Aku dah ajar sikit-sikit tadi." Ikram meluku kepalanya sendiri. Dia tidak boleh berlengah. Mawar perlu dipulangkan ke pangkuan keluarganya.







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2015 09:31 PM | Show all posts
BAB 4


AHHH... RASA lega bila dapat berehat di atas tilam yang empuk. Meregangkan otot-otot yang kepenatan. Ikram baring malas usai solat Isyak. Hari ini dia ke hulu ke hilir untuk menyelesaikan kes Mawar. Dari hospital sehinggalah ke kedai membeli belah. Tersengih-sengih Ikram mengenangkan semua itu. Terjerumus dalam dunia gadis misteri. Bila difikirkan semula apa yang berlaku pada Mawar, ada hikmahnya. Dia menjadi bertambah rajin dan tidak lagi bermalasan terutama soal belajar. Jadual yang padat dengan kelas, buku dan sekarang ini ditambah pula dengan seorang gadis yang hilang ingatan.

"Hmm...kalau dia benar-benar hilang ingatan, mengapa dia cakap bahasa zaman sultan?" Sehingga kini Ikram masih bingung dengan apa yang terjadi. Setahunya, bila seseorang itu bertutur dalam bahasa selain dari percakapan harian, mungkin orang itu dirasuk.

"Tak ada pulak minah tu macam dirasuk ke apa ke. " Tubuhnya dialih dan mengiring pula menghadap meja belajar. Dia bingkas bangun. Baru teringat bunga mawar putih yang disimpan dalam laci.

Ikram merapati meja lalu laci dibuka. Bunga mawar putih itu masih elok di situ. Bunga itu diambil dan diperhatikan sejenak. Ada tompok darah kering di kelopak bunga. Sebotol air dari atas meja kecil dicapai lalu dituang sedikit ke atas tompokan darah pada bunga mawar putih. Dia cuba menghilangkan tompokan darah itu dengan menggosok perlahan.

"Hmm...dah kering sangat. Dah sebati dengan kelopak bunga  ni." Ikram sekali lagi cuba membuang tompokan darah itu. Sia-sia percubaannya. Tompokan darah itu masih kuat melekat pada kelopak bunga. "Ah, aku bagi jelah kat minah tu."

Kali ini bunga mawar putih  itu diletakkan dalam bekas tin supaya ianya tidak penyek jika dimasukkan ke dalam beg sandangnya nanti. Esok, habis saja kelas pada jam tiga petang, dia akan pulangkan kepada Mawar. Kali ini dia akan mengajak Badrul sekali.

Ikram pandang katil Ipo. Teman sebiliknya masih belum pulang. Mungkin Ipo ada hal di luar.

"Takkan dia ke library?" Ikram senyum kelat. Dia tahu, Ipo juga sepertinya, tidak suka menelaah di perpustakaan.

Ikram menapak pula ke sangkar Nicki. Sepinggan Firskies yang sudah habis diambil lalu ditambah lagi. Semangkuk air turut ditambah. Kucing kesayangannya sedang lena tidur dalam sangkar. Perlahan kepala dan badan Nicki diusap.

"Bila kau balik?"

Ikram yang ralit mengusap bulu tebal kucingnya mula mengangkat muka. Tidak sedar pintu dikuak. Ipo sudah menapak masuk ke dalam bilik. Dia angkat Nicki dan dibelai-belai.

"Dah satu jam..kau dari mana ni?"Ikram pula bertanya. Pelik pula melihat Ipo yang sudah bertukar angin. Selalunya, waktu siang dia selalu keluar. Ini malam-malam keluar dan hampir tengahmalam baru balik.

"Aku jumpa Conan tadi. Terserempak pulak dengan Mila. Aku kesian dengan Mila tu. Dia tu cinta mati dengan kau, tahu tak?" Ipo mula rebahkan badannya di atas katil. Beg sandangnya sudah diletakkan di atas meja belajar.

Ikram ketawa gelihati. Ada juga istilah cinta mati!

"Weh..aku serius ni. Aku tengok Mila tu, ok je. Apa yang kurang di mata kau?" Ipo geram juga dengan sikap Ikram yang buat acuh tak acuh saja pada Mila. Dia faham perasaan gadis itu. Dia juga mempunyai rasa yang sama pada Arisha tetapi sampai sekarang Arisha buat dek je.

"Bukan soal kurang atau lebih. Aku yang tak ada rasa cinta kat dia. Cinta bukan boleh dipaksa bro. Macam kau, kau ada hati kat Arisha tu, kau pun mana boleh paksa Arisha tu cintakan kau?" Ikram pulangkan soalan pada Ipo.

Ipo diam. Dia melepaskan matanya ke siling bilik. Benaknya mula memikirkan kata-kata Ikram tadi. Memang benar, cinta tak boleh dipaksa. Pening memikirkan hal cinta dan perempuan. Matanya dikalih pada Ikram yang asyik mengusap Nicki di atas riba. Bunga di atas meja dipandang sekilas.

"Ikram..kau belum pulangkan bunga tu pada Mawar?" Tercegat Ipo bangun. Kali ini terasa pelik. Tiada lagi darah mengalir dan tiada lagi bau hanyir pada bunga itu. Hanya ada tompok darah kering sahaja.

"Belum...aku ingat nak pulangkan esok lepas habis kelas. Kenapa?" Ikram mengangkat muka. Wajah Ipo sudah berlainan riak.

"Tak adalah..hari ni tak ada pulak darah menitik. Bunga tu elok pula aku tengok. Ke...mata aku yang blur?" Ipo genyeh mata berkali-kali. Kaca mata dibuka dan disapu sebelum dipakai semula. Bunga itu dipandang lagi. Memang sah, tiada darah mengalir.

"Perasaan kau saja tu. Sudahlah. Dah lewat ni. Esok kelas aku start pukul sembilan. Aku nak tidur." Ikram bangun dan meletakkan Nicki dalam sangkar semula. Kucingnya juga tidak lagi melompat keluar dari bilik. Manja saja di atas ribanya tadi.

Ipo masih kekal di situ memerhati bunga mawar putih di atas meja Ikram. Pelik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2015 12:18 AM | Show all posts
SEAWAL lapan pagi, Ikram sudah tercongok di depan bangunan kelasnya. Sementara menunggu Badrul tiba, dia duduk di atas bangku di bawah pokok rendang. Udara segar di waktu pagi sungguh menyenangkan. Menurut kajian saintis, cahaya matahari ketika ini adalah yang terbaik untuk kulit. Beg sandang diletakkan di sebelah.  Sesekali dia melihat jarum jam di pergelangan tangan.
"Mana la Bad ni. Dah sepuluh minit aku tunggu. Perut aku pun dah nak menyanyi ni." Perut diusap berkali-kali.

Bosan menunggu, Ikram keluarkan nota dari beg sandangnya. Mata tertancap pada tin yang mengandungi bunga mawar putih. Tin itu dicapai dan dibuka. Sekuntum bunga mawar putih dengan tompokan darah yang sudah kering masih elok dan segar. Langsung tidak menunjukkan tanda kering atau layu. Kelopak bunga itu dibelek-belek. Ada sekeping daun di batang berduri. Segalanya masih segar, seolah baru dipetik dari pokok.

"Assalamualaikum.."

Terkejut Ikram dengan suara salam dari seseorang. Bunga yang dipegang tadi terjatuh ke atas tanah. Belum sempat dia mengambil bunga itu, Mila terlebih dulu mengutip.

"Untuk saya ke?" Senyuman dari bibir Mila mula diukir. Bunga itu masih dalam genggamannya.

"Tak..bunga tu dah ada yang punya." Ikram ambil bunga dari tangan Mila. Dia cepat-cepat masukkan ke dalam tin semula.

"Siapa?" Hati Mila sudah tidak keruan. Tidak pernah dia melihat Ikram memegang bunga seperti tadi. Sudah tentu bunga itu untuk seseorang yang istimewa. Sekali lagi hatinya terusik.

"Tak perlu tahulah. Awak dari mana ni? Kelas start pukul 9." Ikram mula menukar topik bicara. Dia jenguk ke arah jalan, kalau-kalau kelibat Badrul sudah ada di situ.

"Awak tunggu siapa?" Mila turut menjenguk ke arah yang sama. Tiada sesiapa. Matanya kembali menala pada Ikram. Jelas terpancar wajah gelisah pada seraut wajah tampan itu.

"Badrul.." Ikram mula bangun dan ingin beredar dari situ.

"Ikram.." Sempat Mila menahan Ikram dari pergi. Lelaki itu nampaknya selalu ingin mengelak dari berbual dengannya. "Please..."

Ikram menoleh. Wajah sayu gadis itu ditatap sejenak. Rasa bersalah pula. "Ada apa?"

Mila menatap wajah Ikram dengan hati sayu. Apakah lelaki itu tidak membaca nota yang diselitkan dalam buku rujukan yang telah dipulangkannya dulu? Reaksi Ikram seolah dia tidak pernah tahu tentang hal itu. Entah-entah buku itu pun sudah dicampak entah ke mana agaknya. Sudah jelas yang Ikram langsung tidak mengendahkannya.

"Nota tu..awak dah baca?" Terpaksa juga Mila bertanya.

"Nota? Nota apa?" Ikram mengerutkan kening.

Mila senyap. Sudah jelas sekarang yang Ikram langsung tidak membaca nota itu. Bermakna buku rujukan itu tidak dibuka. Bergenang air mata di kelopak mata. Terasa dirinya yang terhegeh-hegeh. "Tak apalah.."

"Kalau tak ada apa, saya minta diri dulu." Laju saja Ikram melangkah dan berlalu pergi dari situ. Dia capai telefon bimbit dan menghantar teks mesej kepada Badrul, dia tunggu di medan selera sajalah. Pagi-pagi begini anginnya sudah terasa panas.

Mila hanya melihat Ikram berlalu pergi. Sungguh keras hati lelaki itu untuk menerima cintanya. Bagai sebutir batu yang sudah lama terbenam di dasar bumi. Keras dan padat. Matanya tertancap pada satu tin di atas bangku. Tin  itu diambil dan dimasukkan ke dalam beg. Dia tahu di dalamnya ada sekuntum bunga mawar putih yang bakal dihadiahkan pada seseorang yang istimewa. Dia akan tahu juga nanti, siapa sebenarnya pemilik bunga mawar putih itu nanti. Bunga itu akan diserahkan selepas Ikram memberitahunya siapa gadis bertuah itu. Untuk sementara waktu ini, biarlah bunga itu dalam simpanannya.

"Emm...nanti Ikram ingat aku yang curi.." Mila mula terfikir.

Dia segera beredar  dari situ menuju ke kereta. Kereta dipecut laju menuju ke Bangsar, lebih tepat ke kedai bunga sepupunya yang berniaga di situ. Harap-harap kedai bunga sepupunya sudah dibuka. Dia perlu gantikan bunga mawar putih itu dengan bunga mawar lain dan bunga itu akan diletakkan di dalam tin itu semula. Selepas itu, dia akan serahkan tin itu kepada Ikram. Mila senyum sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 01:00 AM | Show all posts
erkkk.. bunga sudah bertukar tangan.. abis laa nanti mila pulak yang gila..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 09:22 AM | Show all posts
alamak....mesti ada perkara misteri jadi lepas nie....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2015 10:44 AM | Show all posts
Gila lah Mila ni...nak mampuih dah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 11:05 AM | Show all posts
cegitu replied at 27-8-2015 10:44 AM
Gila lah Mila ni...nak mampuih dah...

haha...marah ke Mila pulak...mana la dia tau perkara sebenar...




Sambung lg Ipo......
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Alamak misteri nya bunga mawar tuh..x layu2 lak tuh..bunga tu dah disihir ke ipo?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 09:58 AM | Show all posts
makin misteri la pulak.....makin lama makin nak tahu jadinya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.098273 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list