CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1883|Reply: 3

8 Tanggungjawab Suami Kepada Isteri – Imam Ghazali

[Copy link]
Post time 18-8-2015 01:57 PM | Show all posts |Read mode
8 tanggungjawab suami kepada isteri ini adalah hasil ilmu dan pesanan oleh Imam Ghazali yang terkenal dengan ketokohan agamanya.



Diharap artikel ini dapat membimbing para suami yang ingin memperoleh kebahagiaan disamping mendapat keberkatan dari Allah. Insya-Allah…



  

8 Tanggungjawab suami kepada isteri adalah:

1. Mengadakan walimah
Walimah atau kenduri kahwin adalah untuk menghebahkan perkahwinan kepada umum, agar tak timbul fitnah. Rasulullah memerintahkan agar dibuat kenduri perkahwinan walaupun hanya dengan seekor kambing.

2. Berakhlak baik dengan isteriWalaupun isteri wajib dengar cakap suami tetapi bukan bermakna suami boleh memberi perintah secara sesuka hati. Rasulullah memerintahkan agar isteri digauli dengan lemah lembut, dan suami hendaklah hormat isterinya. Jika berlaku sebarang kesalahan, tegur dengan lembut, bincang sama-sama. Jangan aibkan isteri atau memarahi secara membuta tuli.

3. Meraikan isteriSuami tunjukkan rasa gembira bila bersama isterinya. Layan isteri baik-baik. Tidak perlu bagi kemewahan, cukuplah dengan kata-kata yang baik, perbuatan yang baik.

4. Cemburu, tetapi jangan cemburu butaCemburu adalah sifat yang dikehendaki dalam perhubungan, dan salah satu ciri-ciri pasangan yang baik adalah berperasaan cemburu. Tetapi cemburu biarlah bertempat. Jangan sampai terlalu cemburu hingga menimbulkan prasangka.
Sifat cemburu seorang suami hendaklah ditunjukkan dengan menjaga dan melindungi isterinya, memerintahkan isterinya berpakaian elok-elok dan menutup aurat, serta melarang isteri ke tempat-tempat maksiat.

5. Sederhana dalam memberi nafkahMaksudnya tidak terlalu kedekut dan tidak terlalu boros. Berpada-padalah. Tidak salah belikan pakaian cantik bila isteri minta, tetapi biarlah mengikut lunas-lunas syarak dan janganlah membazir kerana membazir itu amalan syaitan.

6. Menggauli isteri dengan sebaik-baik adabMenggauli di sini maksudnya hubungan suami isteri mestilah mengikut adab. Kekerapan hubungan seks juga harus dijaga, sebagaimana saranan Rasulullah, selang 4 hari sekali adalah yang paling sederhana.

7. Tidak membuka rahsia suami-isteriRasulullah bersabda bahawa satu perbuatan yang sangat tercela ialah lelaki yang menyebarkan rahsia hubungan bersama isterinya kepada orang lain. Hubungan suami-isteri adalah rahsia peribadi kehidupan rumahtangga yang perlu dipelihara dan juga melibatkan soal maruah. Rahsia dan keaiban isteri adalah tanggungjawab suami untuk menjaganya.

8. SetiaSemua pasangan perlukan kesetiaan. Ini amat penting untuk menjaga keharmonian rumahtangga sehingga ke akhir hayat. Hubungan yang jujur dan ikhlas amat disukai oleh Allah.

Semoga bermanfaat!
fitrihadi.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2015 02:21 PM | Show all posts
Pelik dengan no.8 tu... SETIA yang di tekankan

so, kenapa perlu ada POLIGAMI dalam islam eh?

ke konsepnya isteri SETIA pada yang 1

suami SETIA pada yang 4????



Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 02:05 PM | Show all posts
cammie1711 replied at 18-8-2015 02:21 PM
Pelik dengan no.8 tu... SETIA yang di tekankan

so, kenapa perlu ada POLIGAMI dalam islam eh?

hermmm..setuju gak
suami ada isteri 4 macam mana nk setia?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 11:42 AM | Show all posts
cammie1711 replied at 18-8-2015 10:21 AM
Pelik dengan no.8 tu... SETIA yang di tekankan

so, kenapa perlu ada POLIGAMI dalam islam eh?

poligami tu halal
setia lah tu kot
yg tak setia tuh, dok gepren sana sini sebelum amal poligami
tuh mmg mintak parang namanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.551612 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list