CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12062|Reply: 73

6 Jenis Makanan Pelik Dan Kreatif Yang Dicipta Rakyat Malaysia

[Copy link]
Post time 19-8-2015 11:13 AM | Show all posts |Read mode
Tidak dinafikan Rakyat Malaysia hari ni terlalu kreatif dalam mempelbagaikan citarasa makanan. Malah, ianya lebih sedap dan unik berbanding resipi yang asal. Anda sedar tak ada beberapa jenis makanan tempatan yang mempunyai kombinasi yang sungguh unik tapi sangat sedap dan boleh diterima tekak?


Di bawah seperti yang dikongsikan dari blog SajaKongsi, adalah senarai 6 jenis makanan unik dan kreatif yang dicipta oleh Rakyat Malaysia.

1. Roti Canai Meriah


Kredit: Shasheela Rizqi



Cantikkan roti canai ni dengan macam-macam warna ada. Melalui info yang dikongsikan, setiap warna mempunyai rasa yang berlainan:-

Biru: Perisa Vanila
Hijau: Perisa Pandan
Kuning: Perisa Pisang

Lokasi kedai ini terletak di Kampung Mak Lagam, Kemaman, Chukai, Terengganu. Sekali sekala bolehlah cuba roti canai meriah ni sebab dia punya perisa yang sangat menarik seperti vanilla.

2. Karipap Inti Bihun


Imej dari tokchiksincan.blogspot.com

Kebiasaannya, bahan utama inti karipap ialah daging dan kentang. Ubi kentang sering digunakan sebagai inti karipap, adakalanya inti ubi keledek juga turut digunakan. Tetapi bagaimana pula rasanya apabila bihun dijadikan sebagai inti karipap? Ramai yang cakap karipap jenis ni memang popular dekat Sabah. Kombinasi yang sangat menarik dan kreatif.

3. Popia Pisang


Imej dari sembangmakan.com

Terliur kan tengok popia pisang ni? Hihi. Biasanya popia yang kita makan tu digoreng dengan sayur dan dibalut dengan kulit popiah serta dicicah dengan sos. Tapi resipi popia pisang ini sangat unik sebab ianya cepat, mudah dan murah. Anda tak perlu cicah dengan apa sos pun sebab makanan ni dah memang manis.

4. Belalang Goreng



Belalang goreng ini agak popular dan banyak kali kita pernah dengar, cuma tak pernah lihat sahaja. Ada yang digoreng dan ada juga yang menggunakan santan untuk lebih sedap. Anda berani cuba tak?

5. Landak Masak Rendang


sumber dari travelogbyka.blogspot,com

Siapa sini pernah makan landak? Mesti “scary” kan? Landak? Tajam-tajam tu ? Sedap ke?. Yelah kalau biasa yang kita selalu makan pun rendang ayam dengan daging je kan. Ramai yang suka daging landak ni. Kata mereka daging landak lebih sedap dari daging ayam tetapi cuma liat sedikit sahaja. Ada yang digoreng, dibuat rendang dan juga dimasak lemak. Macammanalah rupanya kulit landak yang tajam-tajam tu dibuat rendang.

6. Yong Tau Foo Pasu



Kreatif betul rakyat Malaysia ni. Tahulah dah ada aiskrim pasu tapi takkan semua benda nak dipasukan?
penpatah


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2015 12:12 PM | Show all posts
kat mana ada jual belalang goreng?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 12:18 PM | Show all posts
landak msk rendang tu tak kreatif la..dari aku zmn kanak2 lagi dah ada org kg makan...org kg biasa la pegi berburu..dpt rusa la..pelanduk la..kijang la..landak la..semua msk rendang...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 12:40 PM | Show all posts
hahahah.apa la sgt yg kreatifnya.roti canai tu je kot.dah dlu ais krim dlm pasu skrg yong taufu pun nak buat cmtu
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 12:48 PM | Show all posts
yong tau fu pun nak berpasu..
rasa sama je..
apa kata nasi goreng pun letak dalam pasu, bihun goreng, mee goreng..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 12:50 PM | Show all posts
mattzzx replied at 19-8-2015 12:12 PM
kat mana ada jual belalang goreng?

yup...teringin gak nk makan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2015 12:50 PM | Show all posts
tk berkenan pulak aku tgk roti canai warna warni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 01:25 PM | Show all posts
@inardni replied at 19-8-2015 12:50 PM
yup...teringin gak nk makan..

amboiii....mengidam kee?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2015 01:33 PM | Show all posts
mattzzx replied at 19-8-2015 01:25 PM
amboiii....mengidam kee?

hehe..just teringin.at least seumur hidup pena rasa
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 01:37 PM | Show all posts
@inardni replied at 19-8-2015 01:33 PM
hehe..just teringin.at least seumur hidup pena rasa

oooo...agaknya tak rasa geli masa nak makan?

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 01:42 PM | Show all posts
kalau da goreng macam gambar tu harus la garing & rangup.hehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 02:03 PM | Show all posts
tak pernah Nampak kedai yg jual belalang goreng
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 02:13 PM | Show all posts
Keatif boleh meningkatkan jualan nampak berbeza makanan yang dijual berbanding dengan peniaga lain
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 02:16 PM | Show all posts
arwah nenek dulu selalu buat belalang goreng. tapi idok ler teman nak makan...geli tekak rase hehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 03:44 PM | Show all posts
popia pisang tu cambest je kalau nak buat..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 03:46 PM | Show all posts
tak dapat bayangkan kalau dah makan habis rendang tu, pastu baru tau tu rendang daging landak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2015 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
popiah pisang, prnah try buat..dappp
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 05:51 PM | Show all posts
hanamunir replied at 19-8-2015 12:48 PM
yong tau fu pun nak berpasu..
rasa sama je..
apa kata nasi goreng pun letak dalam pasu, bihun gore ...

hehehe...
nasi goreng pasu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 05:58 PM | Show all posts
belalang goreng? mesti crispy crunchy..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 07:10 PM | Show all posts
belalang goreng tu ktneeeeeee?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.043636 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list