CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

(GAMES) MARI SAMBUNG CERITA - TAMAT KISAH 1 (PAGE 10). BOLEH MULA CERITA BARU

[Copy link]
Post time 8-9-2015 10:57 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 8-9-2015 05:41 PM
errrr... maafkan saye (baca ala2 nada nobita)... saya dah menyesatkan ini cerita

Belum lagi ajaran sesat..masih boleh pulang ke pangkal jln
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2015 08:01 AM | Show all posts
Ipo replied at 8-9-2015 10:57 PM
Belum lagi ajaran sesat..masih boleh pulang ke pangkal jln

tu yg aku matikan watak malik cepat2 sebab nk try kembalikan cerita ni ikut jalan asal......
masih boleh kembali ke pangkal jalan ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 08:04 AM | Show all posts
Ipo replied at 8-9-2015 10:57 PM
Belum lagi ajaran sesat..masih boleh pulang ke pangkal jln

tu aku matikan watak malik cepat2 sebab nk kembalikan cerita ni ikut jalan asal....

boleh kembali ke pangkal jalan ni....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2015 08:53 AM | Show all posts
Don't worry, don't worry....

Masih boleh kembali ke pangkal jalan.

Yang diperlukan adalah daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2015 09:01 AM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 9-9-2015 09:06 AM

Azam masih melingar di ruang tamu. Sekejap ke pintu masuk, sekejap ke arah dapur, kemudian kembali pada komputer riba yang masih terang dihadapannya itu. Manuskrip yang bertajuk Phantasmargoria itu masih berbaki 10 bab. Dek kerana kekangan masa, otak yang tepu dan idea yang kian tumpul, dia tak mampu menyambung untuk bab seterusnya walaupun sudah setahun manuskrip itu dikerjakan.

“Ah!”  Azam menguap. Sempat menjeling jam di skrin.

11:45 malam.

Dia menggeliat, meregang segala urat saraf yang tegang. Lega sedikit rasanya. Kemudian, fail manuskrip Phantasmargoria itu ditutup. Satu fail baru dibuka. Fail yang dia beri tajuk KUCING JADIAN. Sejenak, teringat perbualan dengan Budin tentang manuskrip baru ini. Budin mentertawakannya. Memberi komen bahawa ceritanya tidak logik, mengarut dan komikal yang melampau. Masakan kucing boleh bertukar menjadi manusia?

Dah temanya pun fiksi fantasi…

Apa yang Budin tidak tahu, segala apa yang dia coretkan dalam manuskrip itu adalah mimpi yang benar-benar berlaku. Dia berniat untuk perjelas pada Budin tetapi, dengan sikap Budin yang sengal-sengal ubi, lebih baik dilupakan saja. Dia tahu, Budin tidak akan percaya. Sedangkan dia sendiri sukar untuk percaya pengalaman surreal sebegitu, apalah sangat yang mahu diharapkan pada Budin…

Perlbagai persoalan mulai bersusun dalam mindanya. Tentang mimpi-mimpi peliknya, tentang hutan yang menakutkan dan suram.

Tentang Permata Indera.

Nenek Kebayan jelita.

Kucing yang boleh bertukar rupa.

Gadis yang bernama Qaseh.

Qaseh.

Qaseh…

“Qaseh!” Terbit nama itu di bibir.

Iya. Gadis itu mesti di cari. Mungkin gadis itu mampu merungkaikan persoalan yang ada. Mungkin gadis itu punya jawapan kepada misteri ini.

Mungkin, Qaseh itu jodohnya? Mungkin…

Qaseh, walaupun nama gadis itu serupa dengan nama anak Amran, itu bukan penghalang niatnya untuk mencari. Yang pastinya, Qaseh yang ini tiada kena-mengena langsung dengan Amran.

Bagaimana pula dia harus menjejaki Qaseh?

“Meow.”

Monolognya mati. Azam berpaling ke kiri. Tok Ki sudah memanjat sofa lalu duduk di sebelah, manja.

Tok’Ki, dengan matanya yang biru jernih.

Azam menghela oksigen sedalam-dalamnya. Terasa seram.

Tok’Ki seolah-olah sedang tersenyum manis pada dia...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 11:58 AM | Show all posts
Tok’Ki seolah-olah sedang tersenyum manis pada dia...


oh no! not againnnnn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2015 02:55 PM | Show all posts
Hok aloh...konpius doh ni..
pah guano ni?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 05:21 PM | Show all posts
ontah...aku pun nak conpius ni......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-9-2015 05:27 PM | Show all posts
Wait seminit....

Balik ke pangkal jalan tu....

Pangkal jalan alam nyata ke?

Alam tak berapa nyata?


Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 11:11 PM | Show all posts

jangan2 azam tu zoophile tak?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 11:13 PM | Show all posts
Ipo replied at 8-9-2015 05:54 PM
Ko ni..asyik hat tu jek

udoh memasing ada berteman kannn? ate ngape nak dibiorkan aje romancing depan2...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 01:11 PM | Show all posts
'Cantiknya mata TokKi ni. Warna biru laut, lembut. Macam warna batu..eh? Batu?' Azam mengelip-ngelipkan matanya. Hilang wajah senyum TokKi. Yang ada hanyalah pandangan dari seekor kucing yang sedang mengantuk.

'Hari tu ada suara suruh aku jaga batu. Itu betul-betul ke mimpi? Kalau betul, batu apa pulak? Jaga batu.. jaga batu.. cakap biar terang! Batu apa? Warna apa? Jaga untuk apa? Motip tengah malam buta menceceh ni?' Azam sudah ke hulu ke hilir di ruang tamu itu sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Lantas dia berkejar ke biliknya. Laci meja solek diselongkar. Jumpa! Benda di tangannya diperhati lama. Beberapa hari sebelum Atoknya meninggal, benda ditangannya itu telah diserahkan kepadanya. Amanat Atoknya supaya menjaga benda itu baik-baik. Jangan dihilangkan, Jangan diserahkan kepada sesiapa, tak kira orang itu baik atau tidak. Kata Atoknya, suatu hari nanti, tuannya akan datang menuntutnya kembali. Masalahnya sekarang siapa tuannya?

Sejak itu batu biru lembut sebesar batu cincin itu berada dalam simpanannnya. Mahu dibuat cincin, dia bukannya suka memakai barang-barang kemas seumpama. Sudahnya disimpan di dalam dompetnya. Dibawa ke sana ke mari, hinggalah pada suatu hari dia diragut. Dompetnya dicopek. Nasiblah cuma ada sepuluh ringgit saja. Kad kredit pun tak ada. Cuma jenuh la turun naik bangunan JPN dan JPJ untuk membuat balik IC dan lesen memandu yang baru. Dua hari kemudian, elok saja batu itu dilihatnya berada di atas meja soleknya itu. Seram juga memikirkan bagaimana batu di dalam dompet yang telah dicuri itu boleh kembali ke meja solek itu.

Errkkk! Matanya membulat. Peluh merenik di dahi. Muka sudah pucat. Badan, kaki, tangan sudah terasa seram sejuk. Kucing jadian, Kucing jadi orang, Qaseh itu semua benar-benar terjadikah? Mungkin.. tak mungkin.. mustahil.. tak logik tak logik.. mana mungkin.. dia sudah tergeleng-geleng di situ. Tangan menekup dahi.

"Azam? Kamu tidak apa-apa kah?" lantas dia berpaling. Di pintu biliknya, seorang gadis jelita, bermata biru sedang memandang ke arahnya dengan riak yang sukar ditafsir.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Jeng. ..jeng... jeng....
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 10:24 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 10-9-2015 12:11 PM
'Cantiknya mata TokKi ni. Warna biru laut, lembut. Macam warna batu..eh? Batu?' Azam mengelip-ngelip ...

siapakah gerangannya gadis bermata biru itu?

Nike kah?

Puteri Ipo kah?

atau.......

Ratu Neng kah?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 10:25 PM | Show all posts
aku nak sambung..tapi aku dah lost citer nih...
kena throwback lerr nampaknya start dari pertarungan tu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 11:05 PM | Show all posts
Ipo replied at 10-9-2015 10:24 PM
siapakah gerangannya gadis bermata biru itu?

Nike kah?

puteri ipo nak ngorat azam pulak ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2015 09:01 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 10-9-2015 10:05 PM
puteri ipo nak ngorat azam pulak ke?

hahahha...puteri ipo hanya minat Adam je..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2015 09:19 AM | Show all posts
Ipo replied at 11-9-2015 09:01 AM
hahahha...puteri ipo hanya minat Adam je..

Adam tu ekceli nama penuh Xain

Xain Adam Arjuna




Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 12:27 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 11-9-2015 08:19 AM
Adam tu ekceli nama penuh Xain

Xain Adam Arjuna

mak aih...kalah nama budak zaman sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 12:29 PM | Show all posts
Ipo replied at 11-9-2015 12:27 PM
mak aih...kalah nama budak zaman sekarang

nama penuh mr.X kah (sblm jadi jahat)?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.122508 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list