CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

(GAMES) MARI SAMBUNG CERITA - TAMAT KISAH 1 (PAGE 10). BOLEH MULA CERITA BARU

[Copy link]
 Author| Post time 1-9-2015 10:12 AM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 1-9-2015 11:15 AM

“Pulangkan!”

“Pulangkan apa? Kau siapa?”

“Permata Indera itu milik aku!”

“Permata Indera?”

“Pulangkan semula!”

“Permata apa? Pulangkan apa?”

“Usah berdolak-dalik lagi.”

“Kau cerita pasal apa ni?”

“Pulangkan Permata Indera. Jika tidak, kau akan mati.”

“Apa?”

“MATI! MATI! MATI!”

“Haaaaahhhhhh….”

Matanya terus terbuka. Azam tercungap-cungap menghirup oksigen. Dada terasa sesak. Matanya meliar memandang ke sekeliling. 10 saat masa diambil untuk memastikan bahawa dia berada di dalam bilik tidurnya sendiri. Bukan kawasan hutan nan suram dan menakutkan. Imej wanita yang mengerikan itu juga hilang serta-merta. Azam meraba leher. Masih terbayang-bayang apabila jejari runcing dengan kuku tajam milik wanita itu cuba mencapai lehernya.

“Astargfirullahhalad’zim. Mimpi…” Dua tapak tangannya kini meraup wajah. Mimpi yang pelik.

“Pulangkan Permata Indera. Jika tidak, kau akan mati.”

Terngiang-ngiang kata-kata itu ditelinga.

Permata Indera? Berkerut dahi Azam tatkala memikirkan tentang itu. Apa benda tu?

Nafas di tarik dalam-dalam. Rasa ngeri yang berkumpul hilang jua akhirnya. Pantas, tangannya mencapai telefon pintar yang terletak di tepi bantal.

Pukul 3:30 pagi.

“Huarrgggghh…” Mulut ternganga sepuasnya. Setelah menggeliat, Azam bangun, menuju ke dapur.

“Eh….”

Langkah kakinya terbantut. Sekali lagi, dia dilanda rasa terkejut yang melampau. Di dalam dapur, seorang gadis berbaju putih sedang duduk bersilang kaki di atas meja makan. Rambutnya panjang ikal mayang, mengurai sehingga ke pinggang. Wajahnya yang cantik berseri dapat dilihat walau dalam remang cahaya suram.

Pandangan mereka terkunci.

Azam terpana. Biru jernih warna mata si gadis. Pantas Azam menggosok-gosok mata.

“Eh…”

Terkejut untuk kesekian kali. Azam terkebil-kebil. Gadis cantik bermata biru itu telah ghaib. Yang ada di hadapannya kini adalah kucingnya, Tok’Ki.

“Tok’Ki…” Azam merenung kucing itu lama-lama. Kucing yang dia jumpai merayau-rayau tanpa arah tujuan seminggu yang lepas. Pada mulanya, dia sangkakan itu kucing jantan. Sehinggalah Budin memberitahu, kucing itu sebenarnya betina.

Masakan mungkin, Tok’Ki boleh bertukar menjadi gadis cantik bermata biru…

Azam melewati meja makan namun dia tetap merenung Tok’Ki. Sebiji mug diambil dari tepi sinki. Air masak dituang. Kemudian, dia pergi ke meja makan lalu duduk dihadapan Tok’Ki.

Mug dibawa ke mulut. Isinya di teguk sehingga habis lalu diletakkan di atas meja. Perlahan-lahan, tangannya mengusap kepala kucing itu. Tok’Ki membalas dengan mengiau satu kali.

“Tok’Ki…”

Kucingnya direnung lagi. Lama. Mahu memastikan sesuatu.

Biru jernih, warna mata kucingnya itu....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2015 10:15 AM | Show all posts
aku baca citer ni..dada aku yang sesak

jenguk kucing dulu..apa khabar Xain dan Nike
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2015 10:22 AM | Show all posts
Ipo replied at 1-9-2015 10:15 AM
aku baca citer ni..dada aku yang sesak

jenguk kucing dulu..apa khabar Xain dan Nike

Hahahha... jenguk-jenguk kucing...Macam ko lak yang membela si Xain dgn Nike...



Mungkinkah kau Pahlawan Warrior itew?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 10:32 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 1-9-2015 09:22 AM
Hahahha... jenguk-jenguk kucing...Macam ko lak yang membela si Xain dgn Nike...

...

huih...ada watak Ipo ke dalam citer ni???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2015 10:42 AM | Show all posts
Ipo replied at 1-9-2015 10:32 AM
huih...ada watak Ipo ke dalam citer ni???

Ipo si Helang Emas tu sebenarnya Pahlawan Warrior...

Boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 10:46 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 1-9-2015 09:42 AM
Ipo si Helang Emas tu sebenarnya Pahlawan Warrior...

Boleh?

makin poning den...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2015 11:15 AM | Show all posts
udah mimpi dicekik kuntilanak, bangun2 jumpa puteri bunian bersila atas meja pulok??

untung laaaaaaaa...

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 11:16 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 1-9-2015 10:42 AM
Ipo si Helang Emas tu sebenarnya Pahlawan Warrior...

Boleh?

yang menjelma jadi budin???
terus aku jdi ratu pe-neng
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-9-2015 11:19 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 1-9-2015 11:15 AM
udah mimpi dicekik kuntilanak, bangun2 jumpa puteri bunian bersila atas meja pulok??

untung laaa ...

Tang bunian tu kena tanya @akudansesuatu

Galaksi Miow Miow tu dunia bunian ke camner?



Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 11:22 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 1-9-2015 11:19 AM
Tang bunian tu kena tanya @akudansesuatu

Galaksi Miow Miow tu dunia bunian ke camner?

okey laa.. aku tukor jadi puteri mayang mengurai..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 11:28 AM | Show all posts
Galaksi Miow Miow tu penuh kucing la...
tapi ada separa bunian sikit...
separa jelmaan kucing sikit...
separa gadis bertudung putih sikit...

aku pun pe-neng...
bila nak masuk bab gaduh ni???
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 12:24 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 1-9-2015 11:48 AM

komen @cmf_conan kat benang nak tenggelam nun..

'ikut hati aku nak stick aje kat atas nun, bior die tak turun2 '


jawap kat benang sini...
ala sticker ko tu dah tak cukup gam..

sambung citer pe-neng ni cepat

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 01:24 PM | Show all posts
Mata Azam masih tunak merenung mata biru Tok Ki.

'Cantik betul mata Tok Ki. Biru bak air yang mendamaikan.'

'Di mana kau simpan batu itu Azam?'

'Batu? Batu Apa?. Kau memang cantik Tuan Puteri Mayang Mengurai.'

'Batu berwarna biru zamrud, seakan-akan batu cincin.'

'Aku tidak tahu batu apa yang kau maksudkan. Sudikah kau wahai puteri...'

'Tidak pernahkah kau terjumpa apa-apa batu? Atau sesiapa meminta engkau menyimpan apa-apa jenis batu yang berwarna seumpama?'

'Arwah datuk aku ada menyuruh aku menyimpan satu batu. Tapi aku sendiri tidak di mana telah aku letakkan batu itu.'

'Kau mesti cari batu itu dan simpan baik-baik. Mesti!'

PAP! Tiba-tiba semuanya gelap. Azam tidak ingat apa-apa lagi selepas itu.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2015 01:39 PM | Show all posts
Ada jugak kang yang buat sambungan - Rupa-rupanya Azam bermimpi - TAMAT

Tak payah dah nak PE - NENG
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 09:01 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 1-9-2015 08:06 PM

Bila tersedar, Azam terpinga-pinga. Suasana di sekelilingnya sudah berlainan. Tiada lagi meja makan, tiada lagi peti televisyen, tiada lagi kucing kesayangannya. Dia melingas. Sungguh asing sekali tempat itu. Hatinya semakin berdebar. Lorong kecil yang hanya ditembusi cahaya dari celah pokok yang agak tinggi itu menuju ke sebuah rumah yang pada hemahnya seperti sebuah gua.

Perlahan Azam menapak. Dalam keadaan gelap dan teraba-raba itu, dia terdengar sesuatu. Telinga ditadah semakin rapat ke kiri. Ya, jelas bunyi binatang mengaum seperti ngauman harimau.Langkahnya terhenti.

"Mahu apa kamu ke mari?"

Suara kuat bergema menujah gegendang telinganya. Terasa bergetar. Azam melilau mencari empunya suara. Suara seperti seorang perempuan. "Ish..takkan tempat gelap macam ni ada perempuan? hantu ke apa?"

Azam masih kaku di situ. Dia cuba menadah telinga lagi kalau-kalau suara tadi muncul lagi. Satu minit..dua minit..sepuluh minit. Tiada apa-apa. Hanya kedengaran suara cengkerik dan unggas sahaja yang bersahutan dalam keadaan hutan gelap itu. Mungkin hutan..pada fikirannya. Langkahnya disambung semula.

"Mahu apa kamu kemari?"

Kali ini semakin kuat. Sekali lagi Azam berhenti. Dia menelan liur berkali-kali. Suara apakah itu? Tiba-tiba satu asap menerawang dari arah lorong kecil. Lebih tepat dari arah gua. Asap putih itu meresap dan menembusi melalui celahan daun dan ranting pokok, makin lama makin mendekatinya. Pucat muka Azam ketika ini. Teringat cerita yang pernah ditontonnya dulu. Seorang ahli sihir yang hidup di dalam hutan dan akan membunuh siapa saja yang menceroboh kawasannya.

Kejung Azam di situ tatkala melihat asap itu sudah bertukar rupa. "Maleficent??"

Tergaru-garu kepala, mata berkedip-kedip, pipi ditampar kuat berkali-kali. Dia tidak bermimpi. Memang ada seorang perempuan di depannya yang berupa Angelina Jolie dalam cerita Maleficent itu.

"Kau Angelina Jolie?" Entah kenapa, terpacul soalan bimbo dari Azam. Mata masih melekat pada sosok tubuh menawan itu.

"Siapa Angelina Jolie?? Kau telah ceroboh kawasan aku! Aku bergelar Ratu Neng di sini!! Ratu paling biatch!! Dan kamu!! Siapa kamu? Adakah kamu makhluk suruhan perempuan yang sudah mengalahkan aku itu??" Tanya Ratu Neng pada Azam yang kelihatan terlopong mulutnya.

"Tutup mulut kamu! Jawap soalan aku!!" Sergah Ratu Neng.

"Haa...err...emm...perempuan mana?" Tergagap-gagap Azam bertanya semula.

Ratu Neng ketawa terbahak-bahak dengan suara bergema seluruh hutan itu. "General!!!" Lalu dilaung nama pembantunya yang cukup setia walaupun sedikit bodoh.

"Ai ai Neng..eh..Ratu Neng!" Mengadap si general dengan ekor terkibar-kibar kiri kanan.

Terbeliak Azam melihat general di sebelah perempuan sihir itu. Tok Ki ke??

"Tangkap makhluk itu! Sumbatkan dalam penjara!!"

Belum sempat General bertindak, satu cahaya tiba-tiba muncul dan bertukar menjadi seorang pemuda gagah di depan Ratu Neng. "Kamu yang patut ditangkap!!"

Azam terundur ke belakang. Dia melihat perempuan yang bergelar Ratu Neng itu sudah semakin galak ketawanya.

"Oh jadi kau muncul juga akhirnya, Xain.." Cebik Ratu Neng.

"Ya ..aku datang buat perhitungan! Kau dan general keparat ini sudah menghuru harakan galaksi kami. " Jawab Xain dengan suara tegas.


Azam bingung. Pemuda yang digelar Xain oleh perempuan sihir itu dipandang tak berkelip. Tak berkutik dia di situ.  Dia cuba amati wajah itu. Mata biru milik pemuda gagah itu memang ketara. Sama seperti mata kucingnya.
"Xain? Itu nama kucing aku wei!! Apakah aku berada di dunia kucing??" Matanya beralih pada Ratu Neng..ada sesuatu di belakang perempuan itu sedang bergerak-gerak. Kucing jugak ke dia??

"Hahaha!!! Galaksi Miow Miow akan jadi milik aku tak lama lagi!! Aku yang menguasai!!" jerit ratu Neng penuh bangga.

Xain yang sudah bertukar rupa mula melompat dan terawang-awang di udara. Kedua kakinya dilipat seperti bersila dan kedua tanganya bersedia untuk mencengkam mangsa. Gigi taring dan misai mula memanjang. Kali ini ekor mula keluar dari buntutnya. Mata biru sudah bersinar terang!

"Eh..ya la..itu rupa Xain..Tok Ki aku!!" Azam mendongak melihat pemuda itu yang sudah bertukar kepada seekor kucing pula. Segalanya sudah berubah seperti Tok Ki.

"General!! Hapuskan budak hingusan itu!!" Arah Ratu Neng.

Secepat itu juga, general turut melompat dan terawang-awang seperti Xain. Keduanya kini saling tenung merenung. Ratu Neng dengan kuasanya mula membaca mentera saktinya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 09:01 PM | Show all posts
fuh...aku dah sambung..
tak tahu lerr..ikut plot ke tak..

hari ni rajin sikit..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2015 09:32 PM | Show all posts
Edited by akudansesuatu at 1-9-2015 09:33 PM

XAIN menumpukan tenaganya sepenuh perhatian. Dia akan melakukan trasformasi sepenuhnya dan bukan seperti sebelum ini. Bertukar ke bentuk paling sempurna akan memberinya kekuatan paling masimum! Xain bersila sambil kedua-dua tangannya di kuak ke kiri dan kanan. Badannya mula berbulu, mukanya mula bermisai, giginya mula bertaring dan ekornya semakin panjang dan di lilitkan ke pinggangnya. Terdapat bahagian serupa poket muncul di lengan kiri dan kanannya. Xain membuka mata, dia sudah bersedia! Badannya mengeluarkan aura bewarna kuning keemasan seakan-akan berapi.

Xain mengeluarkan sesuatu dari poket lengan kirinya dan sebuah kaset berpita berwarna hitam kelihatan. Kemudian dia meletakkan kaset itu di bahagian poket lengan kanannya sambil matanya memerhati tajam General yang sudah bersedia untuk menyerangnya. Xain berhati-hati agar persediaannya lengkap sebelum pertarungan bermula. Kaset itu di masukkan kedalam sebuah walkman yang berada di dalam poket lengan kanannya. Dibesarkan suara walkman itu semaksima mungkin dan butang play ditekan. Kali kedua ditekan baru butang itu melekat. Cis! Barang murah! Dia mendengus. Lagu dari walkman itu mula berumandang.


Hei! kersani mengalir lah dikau
Menjadi raksa
Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak
Bagaikan laksmana Melayu
Hei! sepuluh helai daun sirih
Ku gentas bersama
Bunga cengkih jadilah dikau
Darah merah pekat
Mengisi uratku
Agar bisa aku berlangkah
Gagah dan tampan
Bagaikan sijantan yang berkokok
Di mana bumi ku pijak
Di situ langit ku junjung
Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan
Aku seru mentera pusakaku
Mentera semerah padi


Xain menarik nafas panjang lalu dihembusnya kuat. Yeah! Dia menerpa laju ke arah General. Lagu itu memberinya semangat luar biasa! Xain akan menyerang habis-habisan!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 10:58 PM | Show all posts
Ipo replied at 1-9-2015 09:01 PM
fuh...aku dah sambung..
tak tahu lerr..ikut plot ke tak..

aku rasa ko yang pe-neng ni wehhh.. Tok Ki ialah Nike.. Xain tu kucing Qaseh Sayang..
Xain dan Nike tu nama kucing 2 ekor tu dlm dunia kucing..
dlm dunia manusia tetap lah Tok Ki dan errr...err... kucing Sayang tadak nama lagik
tapi takper.. aku anggap Azam pon tengah pe-neng jugak lah
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 11:04 PM | Show all posts
akudansesuatu replied at 1-9-2015 09:32 PM
XAIN menumpukan tenaganya sepenuh perhatian. Dia akan melakukan trasformasi sepenuhnya dan bukan sep ...

uishhhh.. aku ingat nak kuar adegan silat naruto ke dragon ball ke tadi
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 07:55 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 1-9-2015 09:58 PM
aku rasa ko yang pe-neng ni wehhh.. Tok Ki ialah Nike.. Xain tu kucing Qaseh Sayang..
Xain dan N ...

hahahha....aku dah keliru
dan satu lagi..
rupanya Xain tu betina ek?

hahahha..aku siap tulis Xain bertukar jadi pemuda gagah lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.169599 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list