CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8045|Reply: 4

Cakoi - Hidangan Kuih Untuk Lepas Kegeraman

[Copy link]
Post time 21-8-2015 04:54 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO



Cakoi merupakan doh berbentuk panjang, berwarna perang keemasan setelah digoreng dengan menggunakan minyak yang banyak.




Cara penyediaannya adalah dengan cara goreng dengan menggunakan minyak yang banyak dan merupakan satu masakan orang Cina dan di Indocina.



sumber foto : http://img.jianke.net/



Sebenarnya ia merupakan sejenis hidangan kuih-muih yang biasanya dimakan ketika sarapan bersama bubur nasi, kanji atau air kacang soya.


Sebahagian penduduk di utara semenanjung Malaysia, cakoi juga dikenali sebagai patongko, iaitu asal perkataan dari Thailand yang juga merujuk kepada kuih jenis ini.


Di Myanmar (Burma), ia dikenali sebagai e kya kway. Bagi orang di Vietnam, masakan jenis ini dikenali 'dau cháo quy', yakni ia merupakan satu perkataan yang berasal dari sebutan Kantonis.


Di China, cakoi dikenali dalam Mandarin sebagai 'Youtiao', ia juga dikenali dibahagian utara dan selatan China sebagai guozi.




Manakala bagi kaum Cina yang berketurunan Canton pula, ia dikenali sebagai 'yau ja gwai' yang membawa maksud "hantu yang digoreng minyak".


Bagi orang cina berketurunan Hokkien pula dikenali 'u char kway'.


Di Filipina, cakoi disebut sebagai bitsu. Walaupun masakan jenis ini bukan global, tapi ia boleh didapati di Australia dengan nama chopstick cake yang dipanggil oleh orang cina Kemboja disana, dimana masakan ini dipanggil kerana ia menyerupai seperti kayu sepit.


Cakoi juga boleh didapati di negara-negara lain yang mempunyai penduduk pendatang dari kalangan negara China dan Indo-China.








Mengikut sejarah China, ketika Dinasti Song, seorang perdana menteri bernama Qin Kuai yang berniat jahat dikatakan bersubahat dengan negara Jing untuk menjatuhkan jeneral Yue Fei, seorang laksamana yang taat setia. Akhirnya jeneral Yue Fei berjaya dibunuh dan disnasti Song dirampas oleh keraajan Jing.


'U' makna minyak, 'char' makna goren dan 'Kuai' bererti Qin Kuai.


Jadi, cakoi dimakan dan digoreng dengan minyak yang banyak, seolah-olah masyarakat Cina ingin melepaskan kegeraman dan kebencian Qin Kuai yang jahat.




China
Merupakan satu makanan sarapan pagi, dimakan dengan bubur.


Indonesia
Dimakan bersama sambal asam cair (dicecah).


Malaysia
Cakoi bukanlah satu makanan atau masakan yang asli orang Melayu, ia tercetus dari kedatangan pendatang orang-orang Cina, orang Siam dan juga orang Indo-China yang datang ke Malaysia.
Namun, cakoi dimakan oleh orang Melayu bukan ketika sarapan, kebanyakkannya dimakan ketika waktu petang dan ia dicecah dengan kuah kacang cair.




Cakoi jarang dibuat dirumah tapi hanya banyak dibeli digerai jalanan dan ketika pasar malam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2015 04:13 PM | Show all posts
jarang makan cakoi..sbb tengok mcm berminyak jer..huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 10:45 AM | Show all posts
sedap ni klu makan panas2
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedap cakoi ni. Tambah2 dicicah dgn kopi o kaw!
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2015 08:59 AM | Show all posts
mkn panas2 sedap...dah sejuk liat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.058403 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list