CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8275|Reply: 49

[CONTEST] CERPEN SEMPENA KEMERDEKAAN (deadline 16/9/215)

[Copy link]
Post time 23-8-2015 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by cmf_conan at 10-9-2015 10:07 PM

Sempena nak sambut MERDEKA pada 31 Ogos 2015 ni... Iols sekali lagi nak buat contest MARI MENULIS CERPEN...

TEMA : AKU DARAH ANAK MALAYSIA [MERDEKA]

CERPEN DALAM SATU BENANG SAHAJA SUBMIT.

KENA POST DALAM BENANG NI JUGAK YERR...

KREDIT YG DI BERIKAN MACAM BIASALAH

NO 1 - 400 KREDIT

NO 2 - 300 KREDIT

NO 3 - 200 KREDIT

PENYERTAAN - 50 KREDIT

pssttt.... @cmf_conan tolong hilit kn......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2015 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tarikh tutup = 16/9/2015
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2015 04:40 PM | Show all posts
Berapa pjg Nay? Kena buat satu post ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2015 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 23-8-2015 04:40 PM
Berapa pjg Nay? Kena buat satu post ke?

limit 2 post tuk cerpen....
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 07:15 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 26-8-2015 08:00 PM

LAHIRNYA SEBUAH CINTA





TERKEJUT dengan bunyi deringan loceng jam, Nazim bingkas dari tidurnya. Selimut dilontar ke lantai. Berpisat-pisat matanya melihat sekitar. Cahaya matahari mula menerobos masuk ke dalam bilik yang hanya berukuran loteng. Ya, loteng yang dihuninya sejak empat tahun dahulu. Sejak pertama kali menjejakkan kaki ke bumi asing ini atas dasar mencari ilmu.

Tangan didepa dan mulut menguap berkali-kali. Ah! Malas sungguh rasanya hendak menapak ke bilik air tambah lagi dalam keadaan cuaca sejuk begini. Jika kelasnya tidak ada hari ini, mahunya dia membuat tahi mata sehari suntuk! Dengan malas, Nazim menapak ke bilik air. Bak cerita P. Ramlee, dia hanya menitikkan air ke mata sahaja dan seterusnya memberus gigi dan berkumur ala kadar. Tinggal di bumi sejuk ini, sudah jarang dia membasahkan tubuh dengan air. Tidak sampai lima minit, Nazim menapak keluar dari bilik air menuju ke almari pakaian pula.

Satu jaket tebal bersama jeans disarung ke tubuh. Mafla yang disangkut di tepi cermin besar dicapai dan dililit di leher. Topi berjenam MU dipakai kemas selepas rambut disikat rapi.

"Hey Nazim! Where are you going?"

Nazim yang masih melihat imej dirinya di cermin mula berpaling. John sudah tersengih di muka pintu bilik kecilnya sambil menghisap sebatang rokok. John, rakan sekampus yang sama-sama mengambil bidang kejuruteraan di universiti Sheffield itu juga sepertinya, adakalanya malas untuk bangun pagi. Apakan daya, kelas yang ada perlu dihadiri untuk mencukupkan kredit belajar.

"Yeah..I have class today. You?" Nazim betulkan mafla di leher.

"Nope!" John menapak ke arah Nazim yang masih bersiap-siap." Dont forget our party tonight."

Nazim senyum penuh makna. Sejak bergelar pelajar di negara asing, dia sudah lupa siapa dirinya dan dengan bangga mengikut rentak gaya hidup orang asing yang hanya tahu untuk berseronok. Dia mengangguk tanda tidak lupa pada parti liar yang akan dihadiri malam nanti di rumah Nancy dan di situ nanti, dia akan berjumpa dengan ramai perempuan seksi. Dulu dia malu-malu untuk turut sama berparti seperti itu tetapi setelah selalu sangat diasak oleh kawan-kawan, baik dari Malaysia sendiri mahupun mamat saleh, dia terpengaruh juga. Mudah...memang mudah terpengaruh bila di sekeliling rata-ratanya berperangai begitu. Sejak itu dia berjinak-jinak dengan semua maksiat itu walaupun belum sampai ke tahap merosakkan anak dara orang.

"Ok! See you tonight!" Nazim capai beg sandang dan buku rujukan dari atas meja sebelum melangkah keluar dari bilik. John sudah baring malas di atas katilnya.



NAZIM berjalan menuju ke kelas. Bangunan kelasnya tidak jauh dari rumah yang disewa dan sebenarnya rumahnya berada dalam lingkungan kawasan kampus. Di sekeliling kampus pula banyak kemudahan termasuk pasaraya. Jadi, jika hendak memasak dan merasa makanan melayu, dia beli saja di pasaraya itu. Segalanya ada dijual di situ.

Langkah diatur semakin laju. Sepuluh minit lagi, kelasnya akan bermula. Dia perlu sampai awal ke kelas, bimbang pensyarah yang seperti mulut harimau itu mengaum nanti. Terkocoh-kocoh dia berjalan, sesekali berlari anak.

"Sir!"

Nazim berpaling. Seorang gadis bertudung sedang berdiri di belakangnya sambil menghulur sekeping kertas. "Yes?"

"  Please take one."

Nazim hanya menyambut kertas sehelai itu dari tangan gadis itu. Dia meneruskan langkah menuju ke kelas. Kertas yang dihulurkan kepadanya tadi dimasukkan ke dalam poket beg. Dalam kelas, dia menumpukan sepenuh perhatian. Banyak nota dicatat. Habis sahaja kelas, Nazim bersama pelajar lain mula keluar dari kelas dan menuju pula ke kafeteria. Spagetti dan jus epal dibeli. Sambil menikmati spagetti bolognese, Nazim memerhati sekitar. Ada beberapa pelajar Malaysia sedang makan di hujung kafeteria. Dia tersenyum sinis. Kolot benar nampaknya pelajar perempuan yang bertudung yang sedang bersembang di hujung sana. Baginya mereka itu tidak mengikut peredaran zaman.

Ketika ini teringat pada kertas yang diberi oleh gadis bertudung tadi sebelum masuk ke kelas. Kertas itu dicapai dari dalam poket beg. Kertas yang berlipat itu dibuka perlahan.

'Malam kemerderkaan'

Nazim senyum sinis. Apa jadahnya menyambut malam kemerdekaan di bumi asing ini? Apa yang dia tahu, di bumi sendiri pun, sambutan hari kemerdekaan sudah lari dari tujuan asal. Anak muda terkinja-kinja di dataran merdeka bersorak dengan percikan bunga api dilepaskan tepat jam 12.01 pagi tanda tahun baru bertukar. Dia menyambung membaca lagi apa yang tertulis di atas kertas itu sebelum kertas itu dilipat semula.

"Islamik la konon.." Cebik Nazim bila dia membaca sebaris ayat tentang sambutan hari kemerdekaan mengikut cara Islam dan mencintai agama dan negara. Baginya semua itu membuang masa! Spagetti dihabiskan dan jus epal dihirup sampai separuh gelas. Dia bangun dari situ dan beg digalas di bahu kanan. Sengaja dia lalu berhampiran dengan sekumpulan gadis bertudung yang pada hemahnya tentu dari Malaysia.






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 07:16 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 26-8-2015 07:23 PM

Sampai di tempat gadis bertudung itu berbual, Nazim berdehem beberapa kali. Wajah-wajah gadis itu diperhatikan seorang demi seorang. Dia mula keluarkan kertas yang dibaca tadi dan diletakkan di atas meja.

"I think...all of you should attend this.." Kata Nazim, senyuman dilemparkan kepada mereka.

Salah seorang pelajar itu mula melihat apa yang ditulis di atas sekeping kertas itu.


'Malam Kemerdekaan'
Sebuah pentomen kemerdekaan dari pelajar Malaysia dipersembahkan khas sempena hari kemerdekaan Malaysia yang ke 58.Tujuan memupuk kesedaran dan kecintaan kepada agama, bangsa dan negara.'


"You pun sepatutnya attend pentomen ni. You are Malaysian right?" Zulaikha yang bertudung lilit itu berkata tegas. Matanya tajam merenung anak muda itu yang kedengaran sinis nadanya tadi. Dia tahu dari nada suara lelaki itu, ada sindiran.

"Huh..I don't think so. Semuanya mengarut!" Nazim ketawa sinis. Dia mula ingin beredar dari situ. Namun terasa tangannya disambar seseorang.

"Wait! " Zulaikha yang duduk tadi tercegat bangun. Lengan lelaki itu dipegang kuat. Tindakan lelaki itu sudah mencabar dirinya.

Langkah Nazim terhenti. Dia melihat lengannya dicengkam kuat. Matanya beralih pada wajah pemilik tangan yang memegang lengannya. Lama mata bertaut. Wajah putih mulus itu ditatap lama. Mata gadis itu bersinar. Cantik...desis hatinya.Itulah pertama kali dia melihat perempuan melayu bertudung dengan wajah cantik asli tanpa sebarang solekan.

" I cabar you. Kalau you boleh hadir malam kemerdekaan ni untuk setengah jam, I akan hadir parti liar you tu."Serius kata-kata Zulaikha pada Nazim.

Nazim terdiam. Zulaikha dipandang atas bawah. Bukan sekali tetapi berkali-kali. Tidak percaya dengan kata-kata yang baru dilontarkan tadi. Sudah gila ke minah ni? Sudah tak ada maruah ke apa?? Bagaimana perempuan ini tahu yang malam ini dia akan hadir parti itu??

"You what??" Nazim bingung.

"Yes..you've heard that. Kalau you boleh hadir malam kemerdekaan malam ni, I akan hadir parti liar you selepas tu. " Ulang Zulaikha.

Sekali lagi Nazim pandang gadis itu yang seperti mencabarnya. Ya, jelas di wajah mulus milik gadis itu ada riak serius.Tiada nada bergurau.

"Ika, kau ni kenapa? Kalau mamat ni betul-betul datang malam kemerdekaan tu, kau nak pergi parti maksiat tu??"Roslina, salah seorang dari kawan Zulaikha mula bangun dan memarahi Zulaikha.

"Lina, I know what I'm doing."Zulaikha cuba tenangkan Roslina yang nampaknya tidak senang dengan 'offer'nya pada lelaki itu tadi.

"And you are Nazim..that is your name,correct me if I'm wrong." Zulaikha mengetap bibir. Sudah lama dia memendam rasa pada lelaki itu yang selalu perlekehkan agama dan kali ini perlekehkan pula kemerdekaan tanah air sendiri.

Nazim terpana. Lantang sungguh! Dia tidak pernah kenal siapa gadis di depannya. Sungguh,  langsung dia tidak kenal. Sehingga ke hari ini, semua pelajar perempuan yang menjadi temannya semuanya tidak bertudung. Memang jauh sekali untuk dia mendekati gadis bertudung. Bukan citarasanya!!

"Ok! Kalau I hadir malam kemerdekaan malam ni and spend half an hour there, you have to accompany me to that party then, deal?" Nazim mula rasa tercabar. Dia tahu, hati perempuan mudah dilentur. Lontar saja kata-kata manis, terus terlentuk. Nampaknya Zulaikha sendiri yang datang menyerah.

"Deal!" Zulaikha setuju. Dia perlu mengajar lelaki yang sudah lupa asal usulnya itu.

Sejak dia pertama kali menjejakkan kaki ke bumi UK ini, lebih tepat lagi kampus ini, dia selalu perhatikan kehidupan Nazim. Tidak sangka, Nazim adalah bakal  tunangnya yang dibantah oleh Nazim sendiri atas dasar itu adalah pilihan keluarga. Syukurlah Nazim tidak pernah ingin kenal siapa bakal tunangnya selama ini. Memang pada mulanya dia ingin putus saja sebaik mendengar dan melihat sendiri sikap Nazim yang suka berfoya-foya dan hanya memandang ringan suruhan agama. Untuk apa dia bersuamikan lelaki seperti itu tetapi bila difikirkan semula, tidak sepatutnya dia membiarkan lelaki itu terus hanyut di lautan dalam. Dia nekad untuk mengubah Nazim.

Nazim melemparkan senyuman sinis.Sesekali mata nakalnya merayap pada tubuh Zulaikha yang berseluar jeans dan baju sejuk berona coklat muda. Mafla yang berwarna hitam hanya dililit longgar di leher sekadar untuk berfesyen. Tudung berona merah jambu tersarung kemas. Sekali imbas,terpancar wajah asli gadis itu dengan pipi kemerahan dan bibir juga kemerahan. Mungkin kerana cuaca sejuk yang melanda sekarang ini. Gadis itu sudah mencabarnya dan gadis itu harus juga diajar! Biar gadis itu tahu tidak semudah itu lelaki bernama Nazim, anak Datuk Hakim ditumbangkan dengan perkara remeh temeh seperti itu. Dia melangkah pergi selepas cabaran Zulaikha disahut.

***************



HAMPIR sepuluh minit menunggu, Zulaikha mula menguntum senyum. Dari anak tangga dewan pentas itu, dia melihat Nazim sedang berjalan menuju ke arah dewan.

"Lina..kau tengok tu. Nazim dah datang.." Zulaikha tuding ke arah Nazim.

"Ika..kau pasti ke dengan keputusan kau ni? Aku risau la. Kau tu perempuan..kalau Nazim tu menagih janji kau? Lepas dia spend setengah jam kat sini, kau kena ikut dia ke parti tu. Kau masih ada masa lagi Ika. Jangan buat kerja gila ni. Nanti body kau tergadai."Roslina semakin risau. Dari siang tadi lagi dia tidak senang dengan cabaran gila Zulaikha. Mencabar tak kena tempat!

"Kau jangan bimbang Lina. Aku tahu apa yang aku buat. Aku tahu kelemahan dia. Mama dia dah bagi tahu aku semuanya.." Zulaikha memujuk Roslina supaya masuk dulu ke dalam dewan.Sepuluh minit lagi pentomen akan dipersembahkan.

"Hati-hati Ika. Kalau kau perlukan bantuan aku, aku ada sebagai talian hayat kau." Sempat Roslina bergurau.

Zulaikha hanya mengangguk-angguk.Roslina sudah mula menapak masuk ke dalam dewan. Dia kembali melihat ke arah Nazim yang masih mengatur langkah menghampirinya.

"Hmm...tahniah! You sahut cabaran I." Senyuman Zulaikha diukir kepada Nazim yang sudah berada di sebelahnya.Dalam cuaca sejuk dan berkabus begitu cukup membuat tulang temulang menyucuk.

"Hey..this is Nazim. Now, I'm here.So, setengah jam lepas ni, you kena bersedia temankan I ke parti. Promise is a promise!" Nazim berkata bangga. Cabaran gadis itu perlu disahut dengan rasa bangga. Apa sangatlah cabaran gadis itu!

"Emm..alright. Shall we?"Zulaikha mengajak Nazim masuk ke dewan.

Sudah ramai penonton memenuhi ruang tempat duduk. Keadaan di pentas sudah dihias dengan bendera Malaysia dan suasana kampung dan replika bangunan mercu tanda Malaysia.  Masing-masing mengambil tempat duduk.  Nazim hanya melihat pentas yang sudah dihias sebegitu rupa, mungkin mengikut jalan cerita sesuai dengan sambutan malam kemerdekaan. Dia senyum sinis. Begitu bersungguh anak muda di perantauan mengingati hari kemerdekaan. Entah-entah erti merdeka itu sendiri pun mereka tidak tahu.

Sementara menunggu persembahan dimulakan, Zulaikha mengambil kesempatan itu untuk berbicara dengan Nazim. Nazim perlu tahu siapa dia sebenarnya. Kehidupan Nazim ternyata sudah jauh dari kehidupan seorang Melayu apalagi kehidupan seorang muslim. Pesanan Datin Habibah, mama Nazim,  padanya sebelum dia berangkat ke UK dulu, masih kukuh di ingatan. Datin Habibah berharap sangat yang dia akan mengubah sikap dan perangai Nazim yang sudah kebaratan.

"So, how do you feel? I mean...bila you dah ada di sini." Zulaikha mulakan bicara.

"Biasa...nothing special.."Nazim jongketkan bahu. Dia memandang sekilas pada Zulaikha yang duduk di sebelahnya sebelum berkalih pada pentas di hadapan.

"Ok...so, cuba you tengok betul-betul penonton kat sini. Berapa ramai Melayu?" Jari telunjuk Zulaikha menuding ke arah penonton di dewan itu.

Nazim memerhati ke segenap ruang dewan.Dia berkerut kening. Rasanya tidak sampai separuh. "Hmm...tak ramai,kenapa?"

"Kerana inilah jumlah pelajar Melayu yang belajar di universiti ni. Selebihnya adalah pelajar bukan Melayu dan you know what? More than half penonton di sini adalah bukan bangsa Melayu. So, my question is, why you kata I dan kawan-kawan I yang kena hadir malam kemerdekaan ni? Just give me one good reason." Mata Zulaikha memandang tepat ke anak mata Nazim.

Nazim diam.

"Kalau reason you adalah kerana I dan kawan-kawan I Melayu, you juga Melayu!" Balas Zulaikha.

"So?" Nazim tidak mahu mengalah.

Zulaikha ketawa, dua ulas bibirnya ditutup dengan tapak tangan. Ketawa masih kedengaran. Terasa lucu pula dengan satu perkataan yang terpacul dari mulut Nazim.

"See? You tak ada reason nak sangkal kan?  Let me tell you one thing. Sedar atau tidak, kita sebenarnya masih dijajah. Pemikiran kita masih dijajah. Walau negara sudah merdeka selama 58 tahun, tetapi kita masih mengagungkan penjajah. Kenapa I cakap macam tu? The best example is you! You benarkan penjajah menjajah pemikiran you, sikap you dan tindak tanduk you." Geram sudah menapak dalam hati.  Zulaikha menghambur kata-kata sindiran pada Nazim.

"So, you think mereka tu jajah pemikiran I? Nonsense!" Nazim sinis berbicara, cuba menidakkan kata-kata Zulaikha.

"Ya! You sedar tak, apa yang you buat selama ni sebenarnya adalah kemenangan bagi mereka? Mereka bertepuk tangan kerana dengan senang pemikiran you dikotori. You lupa pada agama, pada bangsa dan sekarang ini you  perlekehkan negara sendiri, kemerdekaan negara sendiri.Kalau dulu penjajah tersenyum gembira kerana dapat menjajah negara dan mencuri hasil khazanah kita, sekarang ini mereka tersenyum puas kerana dapat menjajah pemikiran pula. Kita bila berada di negara orang, kita ibarat sebuah bendera. Kita akan jaga bendera itu dengan sebaik mungkin, tidak benarkan ia dipijak-pijak. Lebih kasihan, bila agama juga dipijak-pijak.  Kita adalah penyambung warisan..kalau warisan pun dilupakan..tak tahulah.." Sengaja Zulaikha melontar falsafah seperti itu. Dia sedar, Nazim seperti tidak berminat.

"And you..one of them. Salah seorang yang pemikirannya dijajah!" sambung Zulaikha, puas hatinya bila dapat meluahkan semua itu. Sudah lama dia ingin menghentam Nazim dengan kata-kata sindiran dan pedas.

"Oh my...pemikiran you yang sempit!You yang sebenarnya masih di zaman kuno! Masih di takuk lama! " Tempelak Nazim pula. Menggelegak hatinya bila dituduh begitu.

"Oh really? Then you rasa...dengan ikut adat yang kurang ajar tu..ikut peredaran zaman? Hidup bebas, suka hati nak buat apa tanpa ada batasan tu, halal haram, you kata itu ikut zaman? Moden??"Zulaikha ketawa sinis.

"Whatever!" Nazim malas melayan.

"Kalau semua boleh dibuat rasanya tak salahkan kalau I lempang you!" Sinis nada Zulaikha.

"Stupid!" Nazim  bangun dan ingin beredar dari situ.

"I know..you tahu semua tu tapi you buat-buat tak tahu kerana otak you sudah dikotori!. Orang yang tahu tak semestinya dia sedar dan orang yang sedar, sudah semestinya tahu." Zulaikha berkata sinis. Nazim dibiarkan pergi meninggalkan dewan pentas itu. Puas hatinya dapat membasuh otak Nazim yang sudah disumbat dengan budaya asing.




NAZIM pulang dengan hati yang panas. Kata-kata Zulaikha tadi cukup membuatkan hatinya menggelegak panas! Semudah itu gadis itu menuduhnya mempunyai pemikiran yang dijajah! Langkahnya laju menuju ke kereta. Dia perlu tenangkan fikiran dan hati. Parti yang sudah dijanjikan bersama John akan dihadiri juga walaupun tanpa gadis berlagak patriotik dan ustazah itu!

Kereta dipandu laju menuju ke rumah Nancy. Dia tahu, parti malam itu akan berlanjutan sehingga pagi. Setengah jam memandu, akhirnya Nazim tiba di perkarangan rumah Nancy. Meriah dengan para jemputan berbagai ragam dan alunan muzik di segenap ruang di persekitaran rumah itu. Nazim mula keluar dari perut kereta. Dia masih berdiri di tepi kereta. Matanya liar memerhati semua tetamu yang hadir. Ada yang sudah mabuk, ada yangberpelukan dan yang pasti hampir kesemuanya adalah orang asing. Terfikir kata-kata Zulaikha tadi. Apakah begitu kehidupan yang dia inginkan nanti? Bertukar pasangan, hidup bebas dan lebih menyedihkan, agama langsung tiada dalam kamus hidup. Apa lagi memikirkan hal negara.

"Hey! Nazim! Come on!" John melaung dari balkoni.

Nazim melambai sambil tersenyum. Di samping lelaki Inggeris itu, seorang gadis melayu yang juga pemikirannya sudah dijajah jika itu yang dimaksudkan oleh Zulaikha tadi. Dia melihat lagi sekeliling. Rata-rata tetamu yang datang mempunyai sikap dan perangai seperti John. Bergembira dan berseronok. Dia tahu semua itu hanyalah sementara saja dan semua itu adalah untuk keseronokan di dunia. Dia tahu semua itu menyalahi agama.

"Come on!" Ajak John lagi.

"Sorry..." Nazim menolak ajakan John. Gadis melayu di sebelah John dipandang dengan perasaan meluat. Begitu senang gadis itu diperlakukan begitu oleh John. Entah kenapa dia mula terfikir kata-kata Zulaikha. Begitu mudah maruah tergadai dan yang bersorak kemenangan siapa??

"You are Nazim right?"

Nazim mengundur bila gadis itu mula mendekatinya dan ingin memeluknya.

"Behave yourself! Tak malu ke, you tu perempuan Melayu, agama Islam! Mana maruah you?" Kali ini Nazim pula yang merasa malu dengan tindakan gadis itu tadi.

Gadis itu ketawa terbahak-bahak. "Hey..you kata kat I, you tak sedar yang you pun sama! Melayulah sangat! Diri sendiri pun malu nak mengaku Malaysian!"

"You!!" Nazim ingin saja menampar mulut celupar gadis itu. Sungguh dia terasa tercabar bila bangsa sendiri mudah diperkotak-katikkan oleh orang asing.

"Stop it! Both of you! Just forget your stupid country! Now, we need some fresh air, party! Remember!" Teriak John pula dalam ketawa besar.

Nazim mengetap bibir. Itulah pertama kali hatinya bernanah, berdarah, mendengar kata-kata John. Sebiji penumbuk singgah di muka lelaki itu. Baru kini dia tahu apa yang dirasakan oleh Zulaikha bila dia perlekehkan itu semua tadi dan sekarang ini buku bertemu ruas! Bila kata-kata itu keluar dari mulut lancang John, dia tidak boleh terima. Darah yang mengalir dalam tubuhnya adalah masih darah anak Malaysia! Aku darah anak Malaysia!

"Hey! What's wrong with you?" John menggosok rahangnya yang terasa sakit.

"I'm  Malaysian and I'm proud of it! " Laung Nazim sambil menuju ke keretanya semula. Kereta dipecut laju meninggalkan majlis maksiat itu.



NAZIM berhentikan keretanya di depan bangunan dewan pentas. Dia memerhati saja dari dalam kereta. Agaknya persembahan itu sudah lama bermula. Perlukah dia hadir sekali lagi? Ah, tentu dia akan ditertawakan oleh Zulaikha, gadis yang hanya dikenali siang tadi, atas sebab menyahut cabaran. Tika ini, hatinya terasa tenang. Rasanya puas dapat memberi sebiji penumbuk kepada John tadi.

Perlahan Nazim menapak keluar dari perut kereta. Dia melangkah masuk ke dalam dewan yang sudah gelap. Hanya di atas pentas sahaja, cahaya dari lampu menyuluh terang. Dia hanya berdiri di tepi pintu, menyaksikan persembahan pentomen yang hampir selesai.

'Darah yang mengalir..
keringat yang menitik..
tidak terhitung....
tanah air tetap kujunjung...'

Kedengaran lagu patriotik dimainkan.  Bergema seluruh dewan itu.

'Di sini...
lahirnya sebuah cinta..
Yang murni abadi sejati..
Di sini..
Tersemai cita-cita..
Bercambah menjadi warisan...'


Lagu itu dihayati. Bergenang airmata mendengar setiap bait lirik yang penuh bermakna. Sungguh..dia sudah jauh dari semua itu. Kata-kata Zulaikha sekali lagi terngiang-ngiang di telinga. Sesungguhnya manusia sepertinya penyambung warisan...

Nazim menepuk tangan sebaik pentomen itu tamat dengan laungan merdeka dan diakhiri dengan doa selamat. Walaupun hanya babak terakhir yang sempat ditonton, hatinya sudah mulai sedar. Sedar setelah sekian lama tahu. Dia segera mengatur langkah keluar dari situ bila orang ramai mula bangun dari tempat duduk masing-masing.

"Nazim.."

Nazim berpaling. Zulaikha tersenyum padanya. Kini hatinya terusik..terusik dengan malam kemerdekaan dan terusik dengan kehadiran gadis itu. Lahirnya sebuah cinta.....








TAMAT........maaf..citer ni rasanya kurang menepati tema...












Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2015 08:53 AM | Show all posts
saja nak tanya...berapa patah perkataan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2015 03:08 PM | Show all posts
spankee_fili replied at 26-8-2015 08:53 AM
saja nak tanya...berapa patah perkataan?

cerpen kan... x limit kan berapa patah perkataan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2015 03:21 PM | Show all posts
NaylaArisha replied at 26-8-2015 03:08 PM
cerpen kan... x limit kan berapa patah perkataan

owh...macam kita buat karangan bebas kat sekolah tu kan..iols tak penah buat cerpen pun sebenarnya...
nantila nak try submit untuk tacang...

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 01:28 PM | Show all posts
spankee_fili replied at 26-8-2015 02:21 PM
owh...macam kita buat karangan bebas kat sekolah tu kan..iols tak penah buat cerpen pun sebenarnya ...

eh..karang la spankee..
tak sabar nak baca spankee punya citer

cayok!
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 01:33 PM | Show all posts
Ipo replied at 27-8-2015 01:28 PM
eh..karang la spankee..
tak sabar nak baca spankee punya citer

haippp jangan baca...iols sumbit untuk tacang jek...
iols sebenarnya takde idea pun nak menulis...
tak tau mana nak stat apetah lagi mana nak stop..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 02:13 PM | Show all posts
Ipo replied at 25-8-2015 02:16 PM
Sampai di tempat gadis bertudung itu berbual, Nazim berdehem beberapa kali. Wajah-wajah gadis itu di ...

wow bagus citernya tu Ipo. Mmg masuk dgn tajuk.

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2015 10:38 AM | Show all posts
kambeng_masam replied at 27-8-2015 01:13 PM
wow bagus citernya tu Ipo. Mmg masuk dgn tajuk.

tak yah duk wow..wow..
join contest ni cepat

kan beng darah anak Mesia??
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2015 06:10 PM | Show all posts
Ipo replied at 29-8-2015 05:38 AM
tak yah duk wow..wow..
join contest ni cepat

EErrr....50% je malaysia...25% thai, 25% lagi pakistan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 10:57 AM | Show all posts
kambeng_masam replied at 30-8-2015 05:10 PM
EErrr....50% je malaysia...25% thai, 25% lagi pakistan...

oh ye ke?
ambe lebih sikit dari beng...>25% darah siam..
sawadikaa...

cepat anto cerpen..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 12:33 PM | Show all posts
mna penulis2 lain ni..
xkan Ipo sorg je  yg ada darah Malaysia...



#sehatisejiwa#58
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2015 02:18 PM | Show all posts
Ipo replied at 1-9-2015 05:57 AM
oh ye ke?
ambe lebih sikit dari beng...>25% darah siam..
sawadikaa...

oh yer? nantilah beng tgh wat cite pasal awek legenda siam...tunggu...tgh rangka plot. tapi bukan kat sini...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 02:45 PM | Show all posts
ipo je ke yang hantar?
dengan ini sy mengumumkan ipo menang tanpa bertanding
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 09:35 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 8-9-2015 01:45 PM
ipo je ke yang hantar?
dengan ini sy mengumumkan ipo menang tanpa bertanding

kih kih kih...
kalau pilihanraya ni...dah menang tanpa bertanding..dapat balik duit..

Nay...kasi tacang

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 09:37 PM | Show all posts
awanjingga replied at 1-9-2015 11:33 AM
mna penulis2 lain ni..
xkan Ipo sorg je  yg ada darah Malaysia...

depa tu darah kaukesen gitu..
sikit mesia, sikit london, sikit indon, sikit siam, sikit bangla, sikit nepal..

ipo pun bukan 100% darah mesia..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.088451 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list