CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NaylaArisha

[CONTEST] CERPEN SEMPENA KEMERDEKAAN (deadline 16/9/215)

[Copy link]
Post time 10-9-2015 01:09 PM | Show all posts
Ipo replied at 8-9-2015 09:37 PM
depa tu darah kaukesen gitu..
sikit mesia, sikit london, sikit indon, sikit siam, sikit bangla, s ...

gamaknya la..

hakak pun ada beberapa persen darah yenna + yendon....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2015 01:16 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 8-9-2015 02:45 PM
ipo je ke yang hantar?
dengan ini sy mengumumkan ipo menang tanpa bertanding

hebak hebak... aku ingat kot dah ramai yg anto tengok banyak reply
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 06:08 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 10-9-2015 12:16 PM
hebak hebak... aku ingat kot dah ramai yg anto tengok banyak reply

benang ni kena up sokmo la...tinggal seminggu je lagi tarikh tutup
aku yakin dan pasti..sehari atau sejam sebelum masa ditutup, berbondong2 cerpen masuk
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 05:26 PM | Show all posts
sorry @NaylaArisha gam sementara jek ye..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2015 06:22 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 14-9-2015 11:23 AM

Firstly maaf kalau cerpen ini tidak menepati tema. Idea spontan.

MERDEKA

Typical human mentallity ! Sempat Nora menggumam dalam hati mendengar soalan 'cliche' dari mak cik mak cik yang bertandang ke rumah Umi. Umur masih muda sudah dibilang anak dara tua? Oh my God ! Baru 25 tahun hidup didunia. Takkanlah Nora harus tergesa gesa menamatkan zaman bujang dalam usia sementah ini ? Tidak mungkin sama sekali ! Bentak hati yang masih menyimpan geram. Sesekali mata menjeling tajam mak cik bertudung bawal disebelah. Entah siapa gerangan Nora malas ambil tahu. Namun yang pasti soalan mak cik itu tadi memang membuat Nora bengang.

Bila nak kahwin? Takkanlah orang secantik Nora masih sendiri ? Acapkali soalan sama ditanyakan. Persis radio Era atau Hot FM memutarkan lagu sama berulang ulang. Anggap saja mereka tak ada modal lain, Nora ! Cuba menyabarkan hati. Kalau Nora tidak memikirkan air muka Umi mungkin Nora sudah lama berlalu masuk ke bilik. Main game lebih 'enjoy' rasanya.  


"Nora kata tadi nak ikut Abah pergi office? Cepatlah Abah tunggu Nora.." Haniff mengerti ketidakselesaan anak tunggalnya sengaja berkata begitu. Menarik Nora untuk keluar dari kelompok kawan kawan isterinya. Kasihan melihat sang anak dijadikan bahan cerita dan gurauan kerana masih sendiri hingga kini.

Mengerti taktik Abah, Nora segera bangkit. Meminta izin dari Umi dan rakan rakan Umi untuk mendapatkan Abah diruang parkir depan. Lega tidak perlu berlagak hipokrit lagi.

"Terima kasih Abah ! Nora sayang Abah 'beribu ribu lemon'..." Sekadar berseloroh. Nora memeluk erat Haniff. Memang Abah adalah lelaki yang hebat pernah Nora temui. Memahami kehendak dan cita cita Nora. Abahlah sumber inspirasi Nora. Mungkin Nora takkan berkahwin selagi tidak bertemu lelaki sehebat Abah.

"Abah pun sayang Nora !" Haniff membelai lembut rambut anak tunggalnya. Itulah satu satu permata hati. Hampir 5 tahun berkahwin, barulah Haniff merasa nikmat memiliki zuriat sendiri.


Justeru, Nora ditatang seperti minyak yang penuh. Segala kehendak Nora akan dituruti. Bersyukur Nora membesar sempurna. Cantik dan berkarisma. Menyandang jawatan tinggi dalam usia muda. Satu pencapaian membanggakan setiap ibu bapa.

Alhamdulillah ! HambaMu bersyukur dengan anugerah ini Ya Allah ! Haniff meluahkan kesyukuran dalam hati. Senyum senang melihat anak kesayangan berjaya dalam hidup.

Soal jodoh Nora yang sering dipertikaikan, Haniff hanya mampu berdoa. Yakin pasti Nora bakal ke temu lelaki sesuai satu hari nanti.. Insya Allah. Andai itu terjadi, Haniff lega. Sekurang kurangnya Nora tidak sendirian melayari hidup didunia serba mencabar ini.

"Abah nak kenalkan Nora dengan Graphic Designer baru kita.." Alang alang sudah membawa anaknya ke pejabat pencetakan yang diusahakan bertahun lama, Haniff tergerak hati untuk memperkenalkan pekerja baru disyarikatnya. Walau hanya perniagaan kecil, agak besar harapan Haniff agar Nora meneruskan legasi ini. Enggan membiarkan segala penat lelah terkubur jika diri ditakdirkan mati kelak.

"Ini Jones !" Haniff memberitahu nama lelaki bermata sepet yang sedang leka menghadap program Adobe Illustrator dikomputer. Jones berpaling senyum mengiyakan kata kata Haniff.

"Kenalkan anak Uncle, Nora .." Haniff memperkenalkan Nora pula kepada Jones.

"Hai Cik Nora.." Jones pamit hormat. Meneruskan kerja semula. Ada tujuh rekaan perlu disiapkan hari ini juga sebelum boleh dihantar ke kilang untuk proses cetakan.

Nora terpegun melihat ketekunan Jones menyudahkan kerja. Lepas satu siap, Jones dilihat akan membuat rekaan lain pula. Kagum dengan otak kreatif Jones. Kualiti yang jarang ada pada lelaki zaman sekarang.

Nora berjalan pula ke arah pintu yang memisahkan antara pejabat dan kedai. Haniff sedang sibuk berurusan dengan pembekal ditalian.

Selain menawarkan khidmat pencetakan, syarikat Abah juga membuat kerja penjilidan dan menjual barang keperluan sekolah maupun pejabat.

Mata Nora melilau memerhati pembantu jualan membuat kerja pula. Ada yang sedang mengambil tempahan pelanggan biasa dan terdapat segelintir pekerja mencuri tulang.

Gelagat seorang pelanggan menarik perhatian Nora. Memarahi pekerja Abah sesuka hati.

"Mahallah harga ini.. Mark up lebih sangat ! Kedai you dah lah kecil ! Kalau harga macam inilah, elok I pergi print tempat lain !"

Gaya berlagak tak tentu pasal lelaki itu membuatkan Nora jadi angin seketika. Pantas berjalan ke kaunter dan menghampiri lelaki itu.

"Sorry to interrupt.. Boleh saya tahu ada masalah ke? Mungkin saya boleh bantu.." Nora masih mampu berhemah. Merenung wajah lelaki depan mata.

"I nak print name card urgent ! Tapi harga sekotak dah cecah RM35 ! You all cekik darah ke apa?" Padanya harga yang dicaj agak melampau. Masakan Rayqal perlu membayar semahal itu semata mata untuk kad nama.

"Macam ini Encik.." Nora mencapai borang tempahan milik Rayqal di atas meja. Meneliti seketika.

"Memang polisi kami akan ada urgent fee sebanyak RM10 sekiranya Encik nakkan name card Encik siap cepat. Tambahan caj untuk material yang Encik pilih dan finishing spot UV..Tapi kalau Encik rasa harga kami offer mahal, Encik boleh survey kedai lain dulu.."

Pesanan Abah masih diingati. Jangan mudah melenting didepan pelanggan. Nora senyum manis.

"I am not interested to deal with you !!" Rayqal mendengus kasar. Ingin segera berlalu.

"So do I !" Nora hilang sabar. Ikutkan hati mungkin Rayqal akan menerima berbakul makian darinya. Berharap lelaki itu segera berlalu.

"What did you say just now?" Rayqal terpempan. Langkah mati.

"I said , so do I !  Isn't that clear ?!" Nora menjeling menyampah.

"Hey you.." Rayqal ingin membalas balik namun kata kata terhenti apabila Jones turut masuk campur.

"It's not a proper way to talk to woman.. Please behave !" Jones berura ura untuk keluar mencari makanan terkejut menyaksikan pertikaman lidah antara Rayqal dan Nora.

"Keep your mouth shut !" Rayqal bertambah marah. "You and your stupid race should pack up and go back to your own country !! One more thing apek, mind your own business !" Giliran Jones menjadi mangsa kebiadapan Rayqal.

Nora kaget mendengar. Sudah hampir 58 tahun merdeka takkanlah masih ada manusia bodoh mempertikaikan isu perkauman ? Pasti Rayqal datang dari ceruk hutan !

"I don't get you ! I was born here ! I am Malaysian.. You may have a look on my IC.." Jones berpura tidak memahami provokasi murahan Rayqal.

"It's okay Jones ! Biarkan Si Luncai terjun dengan labu labunya.." Usai berkata begitu, Nora segera keluar. Bosan menghadap manusia sedungu Rayqal !



Lauk asam pedas ikan tenggiri masakan Umi memang menyelerakan. Abah dan Nora makan bertambah. Tambah pula berulamkan timun cicah sambal belacan. Air tangan Umi memang sedap. Rasa sekali pasti hendak lagi.

Mak mertua lalu depan mata pun Nora takkan perasan. Eh silap tu ! Boyfriend pun tak ada macam manalah nak dapat mak mertua.. Sempat mengarut dalam hati.

"Sebenarnya Umi ada benda nak cakap dengan Nora.."

Halida bimbang melihat anak yang sudah menjangkau usia suku abad namun masih menyendiri. Belum pernah sekalipun Nora memperkenalkan mana mana lelaki sebagai calon suami. Justeru Halida nekad. Memandangkan temannya Fatimah sudah merisik tadi, eloklah disegerakan perkara yang baik. Kalau hendak mengharapkan suaminya, mungkin sampai kiamat Halida kempunan melihat Nora melangkah ke pelamin.

"Apa dia Umi?" Nora endah tak endah. Meneruskan suapan dimulut. Berselera menjamah hidangan.

"Nora kenal Aunty Fatimah, kan ?" Nora dilihat hanya angguk.

"Dia ada anak lelaki. Ala Iqbal yang duduk Putrajaya tu.." Halida cuba menarik perhatian Nora.

Nora masih lagi beriak selamba. Mencapai cawan berisi air kopi pula.

Kecewa melihat reaksi si anak, Halida meneruskan bicara.

"Aunty Fatimah nak jodohkan Iqbal dengan Nora.. Umi dah setuju ! Merdeka ini mereka hantar rombongan.. Nora tunang dulu dengan Iqbal ye nak.. Lepas sebulan tunang, bolehlah kita langsungkan majlis.."

Hampir tersembur air kopi yang diminum oleh Nora. Tersedak dibuatnya. Selera untuk makan mati.

"Nora tak setuju !"

Bukan mahu menjadi anak derhaka namun Nora ada hak menentukan calon suami sendiri. Semua ini idea gila ! Hati membentak.

Hanya tinggal seminggu lagi merdeka. Masakan Umi mahu Nora tunang dan kahwin ekspress begini? Dengan lelaki yang tak diketahui latar belakang pula itu. Manalah tahu Iqbal itu maniac ke..Kaki perempuan ke.. Pelbagai spekulasi negatif bermain di minda. Nora bungkam. Belum sanggup memperjudikan masa depan. Perjalanan hidupnya masih panjang. Biarlah Nora menikmati hidup bujang sepuasnya.

Berlari pantas masuk ke bilik usai membasuh tangan di sinki. Nora memprotes tindakan Umi.

Abah cuba memujuk namun diabaikan oleh Nora. Menentang pandangan menyinga Halida. Haniff juga tidak bersetuju dengan idea isterinya. Mana mungkin membiarkan anak gadisnya mengahwini sebarangan lelaki.




Novel nukilan Ramlee Awang Murshid memang kegemaran Nora sejak dulu. Berlatarkan cerita sains fiksyen berbeza dengan novel lain dipasaran. Muak dengan kisah kahwin paksa. Dari benci membenci kemudian jatuh cinta. Watak hero digambarkan kacak, beriman dan kaya. Heroin pula haruslah jelita dan sempurna seperti wanita melayu terakhir. Sedangkan realiti hidup berbeza. Mustahil ada lelaki atau wanita sesempurna itu.

Namun plot novel yang dibenci itu menghantui Nora sekarang. Diri bakal menjadi mangsa perkahwinan paksa. Satu perkara yang pasti Nora bukan lembik seperti watak telemovie adaptasi dari novel. Pantang menyerah sebelum berjuang.

Ini Noralah.. Takkan Melayu hilang didunia dan takkan Nora tunduk mengalah ! Semangat meluap luap untuk mematikan rancangan Umi.

Nora akan bersemuka dengan Iqbal. Biar lelaki itu tahu pendirian Nora dan memujuk Aunty Fatimah pula supaya menghentikan rancangan menjodohkan mereka.

Tapi.. Tetap ada tapinya.. Nora buntu. Siapa Iqbal? Macam mana mahu menemuinya? Pusing kepala memikir.

Satu idea terbit. Mata bercahaya gembira. Bingkas bangkit keluar dari bilik. Nora yakin akan mendapat jawapan yang dicari.




Memang tak menepati masa betul !!  Nora memaki dalam hati. Pendingin hawa di KFC gagal menyejukkan hati yang panas. Bayang lelaki bernama Iqbal masih belum kunjung tiba. Masa terbazir sia sia. Dua jam Nora duduk menanti umpama pungguk rindukan bulan.

"So you are Nora?!"

Seorang lelaki menghampiri Nora. Yakin tekaan benar. Gadis ini mirip gambar yang diberi oleh Mama. Memang gadis sama bertekak dengannya semalam. Cantik tapi kuat melawan ! Itulah persepsi awal terhadap Nora.

"La awak ke Iqbal?" Nora terpana.

Inilah lelaki typical racist dan menjengkelkan diri dikedai Abah. Minta simpang berjodoh dengan manusia macam ini.

" Pasal semalam itu.. Sorry ! I memang hot temper sikit.. Cakap ikut sedap mulut ! By the way I am Rayqal Iqbal. Kawan kawan biasa panggil I Rayqal tapi Mama panggil I Iqbal."

Rayqal atau dikenali juga sebagai Iqbal sengih. Malu mengenang khilaf diri.

"Being arrogant and racist got nothing to do with hot temper.. Apapun awak bernasib baik sebab Jones tak bawa perkara ini ke tengah.." Nora sempat menyindir pedas.

"My mistake.." Rayqal malas mahu panjang cerita.

Sejak mengetahui rancangan Mama untuk menjodohkan Rayqal dengan Nora, Rayqal bertekad untuk memenangi hati Nora. Bukan kerana terpikat tetapi lebih kepada suka suka. Bangga melihat gadis cantik melutut menagih cinta darinya.

" Tentang rancangan nak menyatukan kita, saya nak berterus terang dengan awak.. Saya dah ada teman istimewa dan saya perlukan kerjasama awak untuk pujuk Aunty Fatimah batalkan rancangan pertunangan kita hujung minggu ini."

Nora terpaksa menipu. Sekarang hanya menanti kesudian Rayqal untuk memastikan rancangan pertunangan mereka terbatal.

"What?" Rayqal tersentak. Setahunya Mama memberitahu anak Aunty Halida mengajak berjumpa untuk membeli cincin tunang.

"You tau tak dekat luar sana ramai perempuan beratur untuk bersama I? You bertuah sebab Mama I pilih you untuk jadi isteri I ! I dah janji akan ikut pilihan Mama ! Kalau you nak protes, sila jumpa Mama I sendiri !"

Rayqal geram. Seumur hidup belum pernah ada gadis berani menolak dirinya. Nora memang cari pasal. Menggenggam penumbuk. Marah.

"Oklah kalau macam tu ! Saya sendiri akan bersemuka dengan Mama awak !"  

Enggan membuang masa lagi Nora terus berlalu meninggalkan Rayqal sendirian. Bengang dengan tingkah Rayqal. Berjalan pantas menuju ke kereta.




Alamak aku dekat mana ni ? Nora keliru. Rasa tadi dia baru lepas bertikam lidah dengan Rayqal. Macam mana pula boleh berada disini. Sudahlah terbaring dipinggir laut. Habis seluar jeans yang dipakai kotor terkena pasir.

Mungkin Rayqal sengaja mengenakannya. Membuat Nora pengsan dan membiarkan diri terdampar disini.. Prasangka terbit.

Lelaki tak guna ! Desis hati Nora.

Mencapai sandal miliknya lalu berjalan menyusuri pantai. Meneriak meminta pertolongan. Untung nasib ada mendengar dan sudi menghulur pertolongan.

"Siapa gerangan tuan hamba?" Seorang lelaki berpakaian laksana hulubalang lampau mengacu tombak ke arah Nora.

"Please lah Iqbal.. It's not funny !"

Nora yakin ini rancangan jahat Rayqal untuk mempermainkannya.

Satu usaha yang agak berjaya namun Nora bukan bodoh. Bersedia untuk menyerang. Ilmu tempur tanpa senjata yang dipelajari harus dipraktikkan sekarang.

Lelaki hulubalang kaget menerima penangan seorang wanita. Tombak terlepas dari genggaman. Perlawanan hebat terjadi. Sehinggalah satu letupan meriam mengganggu pergaduhan mereka.

Nora dan lawannya saling berpandangan.

Satu jeritan bergema. Manusia bertempiaran lari. Pertempuran sengit kedengaran. Suasana hiruk pikuk.

"Feringghi menyerang !!"

Nora hampir pengsan. Akal logik sukar menerima kejutan depan mata.




"Nampaknya Melaka sudah berada diambang kejatuhan. Sultan pula mundur ke Selatan. Apalah malang nasib kita, anakku !" Malik bersuara sayu. Merintih untung nasib mereka dijajah oleh kuasa asing.

"Kalaulah Tuah dan Tun Perak masih ada.." Malik takut memikir masa depan. Sedar kelemahan kepimpinan Raja Melaka punca berlaku pergolakan dalaman sehingga Portugis mampu mencari peluang menawan.

"Mungkin ini suratan takdir dari Ilahi, Ayah ! Doakan saja mudah mudahan bumi Melaka kembali berdaulat."

Nedim cuba menenangkan ayahnya. Menjinjing berat dibahu bungkusan makanan dan pakaian. Merenung sebentar manusia asing yang ditemui dipersisiran pantai tadi. Masih pengsan tidak sedarkan diri. Serba salah untuk membiarkan saja atau membawa bersama mereka sekeluarga melarikan diri ke hutan.




"Panggil saja hamba Nedim. Ini Ayah dan Bonda hamba. Siapakah pula gerangan tuan hamba?"

Nedim tertarik untuk mengetahui nama pemilik wajah anggun dihadapannya. Serasa aneh melihat cara pakaian gadis itu. Malah pintar bertempur meski tanpa senjata.

Nora keliru lagi. Nampaknya ini bukan perangkap atau muslihat Rayqal. Mustahil Rayqal bertindak sejauh ini. Persekitaran juga agak asing bagi Nora. Loghat bahasa berbeza.

Mungkinkah Nora kini kembali ke tahun 1511 saat empayar Melaka ditawan Portugis? Tapi bagaimana? Mustahil ! Mustahil ! Hati menidakkan. Kepala tergeleng kiri kanan.

"Tuan hamba sakit ?"Nedim prihatin. Kasihan melihat wanita asing itu menggeleng dari tadi.

"Please stop this nonsense ! I need to go home !! Iqbal !!" Nora memekik sekuat hati.

"Barangkali anak ini kerasukan.." Malik bersuara usai mendengar bahasa asing yang dituturkan oleh Nora.

"Izinkan Ayah berbicara sebentar dengannya.." Malik segera mendekati Nora.

"Silakan Ayah.." Nedim bangkit memberi ruang Malik untuk mengambil tempat duduk berhadapan dengan Nora.

"Help me.. I wanna go home !!" Air mata berjuraian dipipi Nora. Memohon simpati dari Malik.

Malik gagal memahami  butir bicara Nora. Meminta isterinya memujuk Nora pula.




Gila ! Namun itulah hakikat. Nora sedar dirinya kini sudah berundur lebih 500 tahun ke belakang. Bukan fantasi tapi inilah realiti. Diri tercampak jauh disini. Nora sendiri buntu memikir bagaimana semua ini terjadi. Sepatutnya Nora bersyukur kerana terlepas dari rancangan gila Umi untuk menyatukan dirinya dengan Rayqal.

"Maafkan aku !" Nora bersuara sebaik melihat kelibat Nedim menghampiri.

"Oh.. Tuan hamba pandai berkata kata serupa kita.."

Nedim senyum. Beranggapan Nora mungkin tidak tahu bertutur dalam bahasa mereka memandangkan percakapan Nora sukar difahami tadi.

"Aku ingin pulang.." Nora benar benar mahu kembali ke rumah. Hati merindukan Abah dan Umi.

"Tuan hamba berasal dari mana? Majapahit atau Acheh?" Nedim kepingin tahu.

" Panggil saja aku Nora. Usah bertuan hamba denganku." Nora kekok menggunakan loghat Melayu dahulu.

"Oh begitu.. Andai Nora tidak keberatan boleh aku tahu asalmu dari mana?" Soalan yang sama diulang oleh Nedim.

"Aku adalah manusia masa depan ! Ah.. kau takkan faham.."

Nora enggan meneruskan perbualan mereka. Merenung jauh bulan dilangit kelam. Memikir untung nasib diri.

Abah.. Umi.. Nora rindu ! Air mata Nora menitik lagi.










Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2015 06:29 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 13-9-2015 05:11 PM

Sudah beberapa purnama Nora tinggal bersama Nedim sekeluarga. Alah bisa tegal biasa. Kalau dulu Nora janggal hidup disini namun sekarang tidak lagi. Rutin harian Nora membantu Melur, ibunya Nedim membuat kerja rumah. Di masa senggang menolong Malik dan Nedim berdagang dikota pula.

Ada ketika mencuri keluar menemani Nedim menjenguk 'benggali putih' mengerah buruh paksa membina kubu besar. Hampir separuh siap. Tampak kukuh dan gah dipandangan mata.

Nora yakin itulah A Famosa yang menjadi pertahanan Portugis sewaktu menduduki Melaka seperti tertera dalam buku teks Sejarah. Teruja dapat melihat secara langsung depan mata kelmarin.

Seketika kemudian, merenung jauh ke arah Selat Melaka. Sayu mengenang kejatuhan bangsa sendiri. Tamak haloba dan perebutan kuasa adalah punca utama. Sikap berpuak puak juga jadi pemangkin. Siapakah yang bersalah? Sultan atau rakyat? Tiada jawapan tercerna.

Kapal kapal berlabuh menarik perhatian Nora. Nampaknya, pelabuhan Melaka tetap dikunjungi para pedagang asing untuk memperdagangkan barangan mereka.

Mungkin tidak sepesat zaman keagungan Melayu Melaka dulu. Nora membuat analisis sendiri.

"Aku ada khabar gembira.."

Nedim senyum seraya mendekati Nora. Angin sepoi sepoi bahasa bertiup menerbangkan rambut perawan cantik itu.

"Kalau kau tidak keberatan, boleh aku tahu?" Nora senang dengan adanya Nedim disisi.

Nur terpancar diwajah jejaka itu membuat diri terpikat. Tambah pula bila mendengar Nedim melaungkan Azan. Sungguh mendayu menusuk hingga ke kalbu kalimah memuji kebesaran Allah. Bertuahlah gadis pemilik lelaki sehebat Nedim. Tidak kaya dengan harta tapi tinggi ilmu agamanya.

Sedar jarak antara mereka, Nora terpaksa memendam rasa. Dua dunia yang takkan mungkin bersatu. Justeru mencintai Nedim dalam diam adalah satu kebahagiaan buat Nora.

"Aku sudah lama kepingin berjuang disamping Sultan dan Laksamana merampas kembali Melaka. Harapanku agar bumi Melaka berdaulat dibawah naungan Tuanku !"

Bibir Nedim tidak putus putus mengukir senyuman. Puas apabila hajat hati hampir terlaksana.

Perutusan Sultan Mahmud Syah untuk mengumpulkan bala tentera bagi menawan semula bumi tanah tumpah darah membuatkan diri teruja turut serta. Lantas mengambil keputusan berangkat esok usai Subuh. Tidak sabar menghadap Sultan dan menjunjung titah.

"Lupakan saja hasrat murnimu Nedim.. Aku tidak mahu melihat kematianmu.."

Hati Nora dipagut kebimbangan. Membiarkan Nedim pergi bertarung menentang Portugis bagai meminta Nedim menghantar nyawa untuk dibunuh.

Sejarah sudah membuktikan Melaka kekal menjadi jajahan Portugis selama 130 tahun sebelum Belanda mengambil alih. Nora tidak mahu Nedim berkorban sia sia.

"Lancang sekali lidahmu bertutur begitu.."

Nedim agak berang. Menarik nafas panjang. Sempat beristigfar dalam hati. Enggan tunduk pada api kemarahan. Sedar amarah adalah hasil dari hasutan syaitan.

"Andai aku terpaksa mati demi Melaka, aku redha. Bukankah itu dikira jihad? Itulah angan anganku !  Aku rela nyawaku berakhir demi maruah bangsa, agama dan tanah airku."

Sukar untuk Nedim memahami reaksi Nora. Sangkanya Nora akan menyokong cita cita murni yang terpendam sekian lama.

"Aku cinta pada kau, Nedim ! Tolong jangan tinggalkan aku !"

Nora terpaksa mengungkap rahsia hati. Malu sudah tidak difikir lagi. Biarlah diri dianggap perigi cari timba. Kalau itu mampu mengubah pendirian Nedim.

"Cintaku pada dirimu tak sedalam cintaku pada bumi tanah tumpah darahku !" Nedim takkan mungkin berganjak. Biarpun terselit sayang pada si gadis.

"Melaka tidak akan berdaulat lagi.. Sultan Mahmud Syah adalah Sultan terakhir.. Mustahil Melaka ditakluk semula !  Aku mohon kau lupakan saja semua ini."

Kebenaran memang pahit. Sesiapapun menikmati hidup zaman kegemilangan Melaka pasti payah menerima hakikat sebenar. Era keagungan Melaka sudah berlalu. Masakan Nedim percayakan Nora tika ini.

"Hentikan madah pincangmu itu.. Aku cuma ingin berbakti pada Sultan dan negeriku.. Aku mohon kau mengerti.."

Nedim kecewa dengan sikap Nora. Harapkan sokong rupanya membawa rebah.

"Aku tahu semua usaha ini tidak akan berhasil, Nedim ! Maka aku enggan melihat kau terkorban sia sia."

Nora menyapu linangan air mata dipipi.

"Siapa kau untuk menentukan apa bakal terjadi hari esok, Nora?! Apa kau fikir kau Tuhan?!"

Agak sinis Nedim mengutarakan soalan.

"Aku datang dari 504 tahun ke hadapan. Aku hidup pada tahun 2015. Segala yang berlaku di zaman ini aku ketahui melalui pembacaan.. Susah untuk aku menjelaskan padamu.."

Nora meraup wajah. Fikiran buntu memberi penerangan lanjut. Segala yang berlaku pada dirinya tak terjangkau dek akal logik. Tiada siapapun akan percaya.

"Barangkali kau bercanda.. Begini saja Nora.. Tekadku sudah bulat ! Andai aku hidup dan Melaka aman dari Feringghi maka kau akan ku sunting sebagai suri. Jika aku ditakdirkan gugur dimedan tempur, aku mohon kau doakan aku mati sebagai syahid !"

Memang itu impian Nedim. Memperhambakan diri demi tanah air tercinta. Berjuang mempertahankan hak bangsa dan agama.

"Kalau itu keputusanmu, biar aku saja mati dulu, sebelum aku terpaksa menangisi kematianmu !!"

Nora hilang arah. Berjalan laju ke arah pelabuhan. Soldadu Portugis berkawal diperairan pantai meneriak memberi amaran kepada Nora supaya berundur. Tembakan amaran dilepaskan dan tepat mengenai dada Nora.

Nedim terpaku melihat. Hanya mampu menjerit hiba. Gadis kesayangan rebah di depan mata.

"Nora !!"



"Nedim !! Jangan tinggal aku !!"

Jeritan Nora mengejutkan Halida yang sedang lena disisi katil. Menepuk lembut pipi anak tunggalnya. Air mata kesyukuran mengalir. Nora sudah sedarkan diri setelah hampir 48 jam terbaring koma.

Teringatkan sesuatu, Halida segera mencapai loceng dihujung katil. Menekan butang untuk memanggil jururawat bertugas. Suasana wad sunyi sepi saat ini.

"Nora sayang..Umi ni.." Halida mengusap rambut Nora.

"Umi.. Nedim .. Nedim.."  

Nora teresak menangis mencari bayang Nedim. Pilu mengenangkan permintaan lelaki itu supaya merestui permergiaannya berbakti mengembalikan kedaulatan bumi Melaka.

"Astagfirullahalazim ! Mengucap Nora ! " Haniff beristigfar mendengar Nora meracau menyebut nama lelaki asing. Lena terganggu gara gara teriakan Nora. Berjalan ke arah katil dan memeluk erat tubuh Nora supaya bertenang.

"Abah.. Nedim.."

Nora meraung sekuatnya. Kesal gagal menghalang niat Nedim.

"Sabar nak.. Cuba ceritakan pada Abah.. Siapa Nedim tu?" Haniff berusaha memujuk.

Halida terduduk dibirai katil. Kesal bertandang. Gara gara idea gilanya untuk menyatukan Nora dan Iqbal, diri hampir kehilangan anak tunggalnya.

Pertemuan Nora dengan Iqbal diharap dapat membibitkan bunga bunga cinta namun mengundang kecelakaan pula.

Berlaku pertelingkahan antara dua anak muda itu dan Iqbal telah menolak Nora sehingga tersungkur jatuh di atas jalan raya lalu koma.

Mujur Nora masih kekal hidup. Bersyukur juga kerana Allah telah membuka hijab tentang perangai sebenar Iqbal sebelum lelaki muda itu bergelar menantu sekaligus menjadi suami Nora. Keghairahan untuk melihat Nora bersanding dipelaminan berubah malapetaka. Sungguh Halida serik untuk mencari pasangan buat Nora lagi. Biarlah Nora mengatur hidupnya sendiri.




Sehari sebelum Merdeka

Nora ralit menonton dokumentari bilamana rombongan Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj pulang dari London dan mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu. Air hangat mengalir dipipi. Kagum melihat semangat Tunku menyatu padukan rakyat berbilang kaum dibawah satu panji.

Serentak itu, fikiran melayang mengingati saat diri tercampak di bumi Melaka. Hingga kini Nora tidak pasti itu satu mimpi atau sekadar mainan minda.

Apapun, melihat sendiri huru hara di Jambatan Melaka sewaktu Portugis menyerang dan kesungguhan panglima perang Melaka bermatian mempertahankan kedaulatan negeri menerbitkan sejuta kesyukuran dalam diri.

Bertuah dilahirkan dalam suasana aman damai. Tidak perlu berjuang mengangkat senjata maupun berkorban nyawa. Cukup dengan hidup bermuafakat dan menolak sebarang anasir jahat bertujuan menjahanamkan kemakmuran Malaysia. Perbezaan fahaman politik juga anutan agama bukan alasan untuk berpecah belah.

Rakyat cuma perlu bersatu demi mengekalkan kemerdekaan Malaysia.

Dan Nedim.. Wajah itu akan kekal selamanya dalam hati Nora selagi hayat dikandung badan. Cinta sejati meski lelaki itu mungkin tidak pernah wujud dimuka bumi ini.

Allahuakbar Allahuakbar..

Kedengaran Azan berkumandang diudara menandakan masuk waktu solat fardhu Isyak. Nora mengamati suara bilal yang melaungkan azan disurau depan rumah. Lenggok dan merdunya molek sekali menerpa cuping telinga. Mungkinkah dia..?

Takkanlah.. Nora segera menidakkan kata hati. Usai membaca doa selepas Azan bangkit bangun untuk mengambil wuduk.

Abah sudah berangkat ke surau bersama Umi. Nora menolak turut serta walau sedar solat berjemaah itu lebih afdal dari melakukan sendirian dirumah. Enggan melambatkan waktu, Nora masuk ke bilik. Mencapai telekung lalu dipakai. Berdiri diatas sejadah yang sedia terbentang menghadap kiblat.

Nora khusyuk melakukan ibadah wajib. Mengikut tertib pergerakan solat. Selesai memberi salam, Nora menadah tangan berdoa. Memohon kepada Allah yang Maha Esa agar diampunkan segala dosa. Mengharap limpah rahmat supaya Umi dan Abah dipanjangkan umur dan sejahtera baik didunia mahupun akhirat.

Turut mendoakan agar Iqbal atau Rayqal dikurniakan hidayah supaya tidak lagi membangga diri. Riak dengan kekayaan yang hanya daki dunia. Semoga lelaki itu berubah ke arah kebaikan.

Bersedekah Al Fatihah buat roh keluarga yang sudah menemui Ilahi. Tidak dilupakan menitip doa buat Nedim, andai benar Nedim pernah bernafas didunia fana ini.

Selesai mengaminkan doa panjang, Nora mencapai tafsir Al quran. Mengalunkan ayat ayat suci penuh penghayatan. Sesekali air mata meleleh. Terngiang kelunakan suara Nedim ketika mengaji disamping Malik.

Ketukan kedengaran dipintu utama. Nora segera mengesat air mata. Bergegas keluar tanpa membuka telekung. Terkejut melihat Umi dan Abah membawa tetamu pulang.

"Jones?!

Nora terpana melihat Jones memakai baju melayu dan songkok. Wajah bersinar jernih dengan saki baki air wuduk. Berbeza dari saat pertama kali mereka bersua.

"Jones tu nama panggilan saya.. Mak saya Baba Nyonya kahwin dengan Ayah orang Melayu.."

Jones menerangkan tanpa dipinta. Memang ramai keliru dengan fizikalnya. Sedangkan Jones memang dilahirkan beragama Islam. Cuma rupa parasnya saja lebih mengikut Mak. Berkulit cerah dan bermata sepet.

"Kalau Nora nak tahu, inilah muazzin kita tadi.. Menggantikan bilal yang demam pula tiba tiba.. Sedap suaranya.."

Haniff memang menyukai tingkah Jones. Sejak dari kali pertama bersua. Berakhlak mulia dan berilmu agama tinggi.

Meski tidak kaya raya namun Haniff yakin berkat usaha berterusan Jones, anak muda itu bakal berjaya seumur hidup.

Nora terpaku mendengar kata kata Abah. Jadi suara mirip Nedim melaungkan Azan tadi adalah Jones ! Kebetulan yang tak disangka.

"Duduklah Jones.. Aunty buatkan air.." Halida mempelawa. Terlanjur bertemu disurau tadi maka suaminya menjemput anak muda itu ke rumah.  

"Tak apalah, Aunty.. Dah malam lagipun.. Saya balik dulu.."

Jones tidak betah bertandang lama. Sekadar menjaga hati Haniff yang beriya menjemput ke rumah. Lagipula Jones kepingin untuk mengetahui perkembangan kesihatan Nora. Mahu bertanyakan terus kepada Haniff terasa malu. Bimbang disalah erti.

"Jaga diri, Jones !" Sempat Haniff menitip pesan.

Jones hanya angguk.

"Assalamualaikum, Uncle, Aunty dan Cik Nora.. Saya balik dulu !"

Jones terus berlalu meninggalkan ketiga tiga anak beranak itu.

"Abah.. Siapa nama sebenar Jones?"

Entah kenapa hati Nora bagai digaru untuk tahu. Teringat kembali Jones mengatakan tadi nama Jones hanya sekadar panggilan.

"Erm kalau tak salah.. Nadim Nazrey.." Haniff menggaru kepala yang tidak gatal. Memikir sejenak.

"Nedim kot.."

Sebaik saja mendengar nama Nedim disebut, Nora segera berlari keluar. Niat untuk mengejar langkah Jones.

"Ya Allah budak bertuah ni nak ke mana?!" Halida berleter melihat Nora ligat berlari keluar dengan masih memakai telekung.

"Cik Nora kenapa ni?"

Jones pelik melihat Nora beriya mengejar dirinya. Langkah terhenti. Berpaling menghadap Nora.

"Nedim.." Mata Nora berkaca. Baru sedar wajah Jones mirip Nedim yang ditemui sewaktu alam koma. Cuma mata sepet dan kulit putih membezakan mereka.

"Cik Nora, kurang manis rasanya kalau kita berbual disini.. Saya harap Cik Nora tak kecil hati. Saya balik dulu !" Jones segera pamit.

Nora terpaksa akur. Membiarkan Jones berlalu pergi. Berjalan masuk semula ke dalam rumah. Telekung ditanggalkan.

Deringan telefon Samsung note 5 menarik perhatian Nora. Satu teks pesanan masuk. Pantas membaca mesej tertera.

Maaf sebab saya mengambil nombor telefon Cik Nora tanpa izin dari maklumat name card yang Cik Nora minta saya design hari itu..
Cik Nora nampak bertambah cantik bertelekung tadi..
Umpama memakai busana pengantin..
Sudikah Cik Nora jadi isteri saya?

Nedim Nazrey AKA Jones

Nora terkesima membaca SMS dari Jones. Tak sampai seminggu berkenalan sudah berani melamar. Mungkin Jones sekadar bermanis kata. Malas berteka teki, Nora terus menghubungi Jones. Sekadar inginkan kepastian.

"Assalamualaikum Cik Nora.."

Kedengaran suara Jones ditalian. Lidah Nora kelu seketika. Tiada bicara kedengaran. Menjawab salam dalam hati.

"Kalau Cik Nora nak tanya pasal lamaran saya, saya memang serius ! Saya dah lakukan solat isktikharah dan saya yakin dengan pilihan hati saya."

Jones bersuara apabila tiada sebarang respon dari Nora. Naluri mengatakan Nora masih berada ditalian.

"Saya nak awak yakinkan saya.."

Akhirnya Nora mampu berkata kata. Wajah merah padam. Malu meski Jones tidak berada didepan muka.

"Esok juga saya akan minta Mak dan Ayah datang meminang.. Cik Nora jangan risau ! Saya akan hubungi Uncle Haniff kejap lagi."

Nora terkedu mendengar. Esok? Biar betul..

"Cik Nora.. Cik Nora kenapa diam pula ni?" Jones menyoal setelah tiada jawapan balas dari Nora. Resah lamaran ditolak.

Talian dimatikan oleh Nora. Sukar menebak kemahuan sendiri. Buntu.





31 Ogos - Hari Kemerdekaan

Tarikh keramat buat semua rakyat Malaysia. Perbarisan menyambut hari kemerdekaan boleh ditonton melalui kaca televisyen. Sorakan bergema melaungkan merdeka menaikkan semangat cintakan negara. Berbangga lahir dibumi bertuah bernama Malaysia. Berbilang bangsa dan agama namun masih kekal harmoni. Berdoa agar kemakmuran ini berterusan sehingga ke akhir dunia.

Nora senyum sendiri. Kalau setahun lepas tarikh inilah diri bergelar tunangan kepada Nedim atau dikenali sebagai Jones. Sebulan selepas itu, mereka bersatu dalam ikatan perkahwinan. Impian Umi termakbul jua untuk melihat Nora berada dipelaminan. Rancangan Allah adalah yang terbaik. Siapa sangka Nora tetap tunang dan kahwin ekspress seperti kemahuan Halida cuma pasangan Nora saja berbeza. Tidak sekacak atau sekaya Rayqal. Namun budi bahasa dan ketinggian ilmu agama Jones memikat Nora.

Ternyata jodoh mereka memang unik. Tanpa perlu bercinta, terus saja melangkah ke gerbang perkahwinan. Benarlah kata orang. Bercinta selepas nikah lebih indah. Kini Nora bahagia hidup disamping Jones.

"Seperti mana pejuang Tanah Melayu bermatian membebaskan negara dari belenggu penjajahan , seperti itu juga Abang akan perjuangkan perkahwinan kita.. Selagi hayat dikandung badan.. Sehingga ke hembusan nafas terakhir.. Noralah pendamping abang.."

Bisikan romantis terluah dari bibir Jones membuatkan Nora terharu. Memeluk mesra tubuh kekasih halalnya.

"Terima kasih sebab 'merdeka'kan Nora.."

"Merdeka kan Nora? Maksud Nora?"  

Jones kurang mengerti. Merenung wajah sang isteri untuk mendapatkan kepastian.

"Kalau abang tak kahwini Nora, mungkin sampai hari ini Nora terpaksa menghadap soalan mak cik mak cik tanya bila Nora nak kahwin.. So abang dah 'merdeka' kan Nora dari soalan cepu mas itulah.."

Gelak kemudiannya menampakkan barisan gigi putih tersusun.

Jones turut sama ketawa. Mengusap bahu isterinya. Menung sejenak.

Merdeka.. Bukan setakat bebas dari penjajahan kuasa.. Meluas maknanya.. Buat mereka yang ingin mengerti..

Hati Jones berdetik tatkala mendengar sorakan kemerdekaan bergema.

Sayu memikir generasi muda kini kian hanyut sehingga hilang jati diri. Leka diulit kesenangan tanpa memikir kepayahan nenek moyang bergadai nyawa demi sebuah kemerdekaan.

Dewasa ini, fitnah dan provokasi berleluasa di media sosial. Bimbang perpecahan berlaku. Sejarah telah membuktikan bila rakyat bersatu maka negara menjadi teguh, andai rakyat berpecah belah, negara akan roboh. Itulah yang ditakuti Jones.

Meski ekonomi negara menunjukkan kemerosotan. Matawang Malaysia juga turun mendadak. Jones tetap yakin keadaan akan kembali pulih. Berkat usaha dan doa semua pihak. Baik pemimpin maupun rakyat. Insya Allah.   


TAMAT


*** Maafkan segala yang kurang


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2015 09:11 AM | Show all posts
elia201 replied at 13-9-2015 05:29 AM
Sudah beberapa purnama Nora tinggal bersama Nedim sekeluarga. Alah bisa tegal biasa. Kalau dulu Nora ...

wow! Ipo kagum!!

Jalan cerita menarik!

kipidap!!..

Note: Nedim dan Nora dah putus...


Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2015 02:30 PM | Show all posts
Edited by akudansesuatu at 14-9-2015 12:23 AM

Penyertaan dari aku...

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta : Anak Merdeka

29 Ogos, 2300 Jam
Aloha Club, Melaka

Keadaan kelab malam itu bising dan membingitkan telinga. Beberapa orang lelaki dengan wajah bengis dan bertatu duduk di satu sudut sambil menanti tetamu yang dijanjikan akan tiba bila-bila masa sahaja. Mata mereka meliar melihat pengunjung yang menari khayal, mabuk dan bergaul bebas dengan penuh curiga. Sesiapa sahaja antara pengunjung ini boleh jadi mata-mata pihak polis. Misi mereka malam ini tak boleh gagal, gagal bermakna mati! Seorang daripadanya bernama Ryan. Dia tetap tenang  menghisap rokok sambil ditangannya memegang segelas minuman keras. 2 orang gadis seksi yang hanya berpakaian nipis dan jarang sedang melayannya. Ryan tidak kisah apa pun yang 2 gadis itu ingin lakukan. Mereka memang sudah di bayar untuk menghiburkan hatinya.

Ryan merupakan orang paling kanan dan paling di percayai oleh Jalak, seorang ketua gangster paling berkuasa di Malaysia. Segala urusan dan kerja haram akan Ryan lakukan tanpa banyak soal. Lelaki berketurunan India itu sudah lama bergelumang dalam dunia jenayah dan dadah. Seingatnya sejak belasan tahun lagi. Dari satu kumpulan ke satu kumpulan, akhirnya Geng Jalak juga yang menerimanya kerana tahap kesetiaannya yang tinggi. Malah Ryan sendiri pernah menyelamatkan Jalak dalam satu serbuan polis beberapa tahun lalu.

Malam ini mereka ada misi penting, bahan mentah dadah akan sampai di sebuah kampung di peraliran Selat Melaka. Seorang pembekal dari Indonesia akan menghantarnya semasa air pasang merempuh kegelapan malam. Tugas Ryan mudah sahaja, pastikan barang tersebut sampai di markas sementara tanpa masalah. Jika cuba diganggu sesiapa, tembak sahaja.

Ryan tersengih, orang yang ditunggu akhirnya tiba juga.

"Hello Mr. Bimbo! Long tima no see!" Ryan menerpa ke arah rakan kongsinya yang berbangsa Eropah itu. Bimbo merupakan agen yang akan menguruskan penyeludupan malam ini. Seorang yang sangat berpengaruh dan mempunyai pengaruh di kalangan polis dan orang politik. Seorang lelaki melayu segera menghalang Ryan dari menghampiri. Tubuh sasa dan tegapnya menyebabkan Ryan nampak kecil dimatanya.

"Tak perlu mesra sangat." Lelaki melayu yang bertatu di dahi hingga ke leher itu berkata serius. Senyuman sinis dilemparkan kepada Ryan.

"It's okey Jack. He's our man." Bimbo cuba menenangkan lelaki itu. Jack merupakan orang kuatnya dan tugas Jack hanya satu. Dia ditugaskan untuk mencari perisik dalam setiap urusan mereka. Semenjak kebelakangan ini, pihak polis seakan tahu urusniaganya dengan Geng Jalak. Dia mensyaki ada polis yang menyamar dalam kumpulan Jalak. Sebab itu dia memerlukan pertolongan Jack. Gelaran Jack bukan suka-suka diberinya. Ia adalah gelaran pembunuh paling kejam di eropah satu ketika dulu. Jack The Ripper!

Ryan mendengus kasar. Dia tahu keadaan kritikal sekarang kerana menyedari kehadiran perisik dalam kumpulannya. Cuma siapa dia masih belum di ketahui. Jika dia tahu siapa yang jadi tali barut, peluru pasti akan terbenam dalam kepalanya. Ryan menyumpah.

"Don't waste our time. Let's go." Ryan memberi arahan pada anak buahnya.

+++++++++++

30 Ogos, 0300 Jam
Padang Temu

Pantai Kampung Padang Temu bergelap dan hanya bertemankan cahaya bulan. Sengaja Jalak menyuruh segala bekalan dinaikkan di Melaka kerana kedudukannya yang hampir dengan Indonesia. Lagipun selang sehari lagi Malaysia akan menyambut hari kemerdekaannya, pasti urusan mereka berjalan lancar. Ryan menunggu dari tepi pantai sementara anak buahnya memberikan isyarat untuk bot kecil yang berada di Selat Melaka untuk mendarat. Selang beberapa ketika, bot kecil berinjin 40 kuasa kuda mendarat dengan menggunakan pendayung. Di dalam bot itu ada 2 beg besar berisi dadah. Beratnya hampir 20 kilogram dan harganya mencecah jutaan ringgit. Ryan menelan air liur, inilah barang yang akan membuatkan setiap penagihnya gila. Gila pada rasa khayalnya dan gila pada rasa biulnya.

Sedang mereka memunggah barang-barang itu, tiba-tiba tempat mereka diterangi lampu limpah. "Polis! Jangan bergerak!"

Ryan terkejut beruk. Dia mengeluarkan sepucuk pistok automatik dan terus menembak ke arah lampu itu. Terdengar bunyi tembakan memecahkan suasana yang sunyi. Tembakan itu tepat mengenai lampu limpah itu dan memadamkannya. Ryan terus masuk ke dalam kereta dan memecut meniggalkan tempat itu. Dia tak tahu apa yang berlaku pada dadah yang baru hendak di masukkan ke dalam but keretanya. Bimbo juga dia sudah tak peduli sama ada mati atau hidup. Yang penting dirinya mesti diselamatkan.

"Sial! Siapa punya kerja ni???" Dia menjerit menyumpah! Rakan disebelahnya yang memandu berpeluh ketakutan.
+++++++

30 Ogos, 1100 Jam
Banda Hilir

"Kau gila Ajis! Kau tak bagitahu aku nak buat 'parti' semalam. Aku boleh mati tahu!" Niki menjerit memaki pegawainya di telefon awam itu. Dia menggunakan bahasa isyarat agar orang di sekelilingnya tidak megetahui perbualannya. 'Parti' yang dimaksudkan adalan serbuan yang berlaku malam tadi.

"Aku terpaksa bertindak. Aku takut kau berpaling tadah!" DSP Aziz masih mempertahankan tindakannya. Dia takut Niki bersetongkol dengan Geng Jalak kerana sudah terlalu lama Niki bersama kumpulan tersebut.

"Kau memang bodoh! Nasihat siapa yang kau ikut sampai buat 'parti' macam tu???" Niki makin geram. Dirasanya DSP Aziz memperbodohkan dan memandang rendah padanya. Walaupun bertahun lamanya dia bersama kumpulan Jalak, hatinya tetap memegang semangat Polis Diraja Malaysia! Semangat patriotiknya tinggi.

"Itu bukan isunya sekarang. Semalam semua bahan bukti diorang berjaya larikan. Macam ada orang dalam yang dah bagitahu pada mereka pasal serbuan semalam." DSP Aziz mengalihkan tajuk. Dia sudah biasa dengan maki hamun Niki. Terutamanya jika dia tak mengikut apa yang Niki mahukan. Baran Niki sudah lama diketahuinya.

"Itu bukan kerja aku Ajis! Kau cari 'duit' tu sampai dapat. Kalau tak jangan mimpi nak buat 'parti' lagi!" Segera ganggang telefon diletak kasar. Niki geram sebenarnya. Mengikut perancangan, serbuan sepatutnya berlaku malam ini. Semalam hanya satu per sepuluh sahaja dadah yang masuk kerana Bimbo risaukan keselamatan dadah-dadah itu. Katanya sekadar percubaan. Tapi selepas kejadian semalam, dia tak pasti bila lagi penghantaran akan berlaku. Pasti Jalak sudah berjaga-jaga. Lantas Niki meninggalkan kawasan itu. Dia terasa dperhatikan.

DSP Aziz termenung. Memang kesilapannya terlalu percaya pada gerak hati sendiri tanpa mengambil kira keselamatan anak buahnya yang sedang menyamar. Sikit sahaja kesilapan semalam, pasti nyawa Niki akan melayang. Dia meraut mukanya.

"Tuan okey ke?" Pembantunya Sabrina menegur. Dia dapat rasa yang serbuan malam tadi gagal hanya dengan melihat riak muka ketuanya itu.

"Saya okey. Tolong buat air teh untuk saya." DSP Aziz termenung sambil matanya menjeling Sabrina keluar dari biliknya. Dia menenangkan hatinya sendiri. Kesalnya masih tinggi kerana gagalnya operasi malam tadi.

++++++++++++++

30 Ogos, 1400 Jam
Dataran Pahlawan

"Kita akan ambil barang tu malam ni." Tenang sahaja suara Jalak dari hujung telefon.

"Lu mau mati ka Jalak??? Semalam kita kena ambush, takkan malam ni nak kena lagi???" Ryan mula bengang. Dia tak mahu mati dalam tangan polis. Belum masanya lagi.

"Ryan! Lu ikut saja cakap gua! Polis takkan tahu malam ni kita buat kerja. Diorang mesti ingat kita mahu bertenang dulu. Kita bikin malam ni. Malam merdeka tak ramai polis tengok kita." Ryan termenung seketika. Ada benar kata-kata bosnya itu. Tapi dia masih ada masalah lain.

"Lagi satu, lu kena ada malam ni. Bimbo dah tak percaya gua handle kerja ni. Apa mau buat?" Mukanya dikerutkan. Nampak bengis dan kejam.

"Gua ada malam ni. Lu jangan risau. Kerja lu lagi satu macam mana? Sudah jumpa siapa yang jadi barua polis?" Suara Jalak meninggi. Perisik dalam gengnya betul-betul menyusahkan dia. Walaupun dia sendiri ada pengintip dalam pasukan polis, tapi pengintip dalam kumpulannya lebih cekap. Sebab itu sehingga kini dia masih gagal mengesannya.

"Gua tau kerja gua! Nanti gua hantar dia punya kepala." Ryan ketawa terbahak-bahak. Dalam kepalanya sudah ada beberapa nama yang akan ditalkinkan. Terus ganggang diletakkan selepas Ryan memberitahu lokasi dan waktu untuk operasi malam ini.  Dia termenung memikirkan siapa lagi yang patut disyaki sebagai polis dalam kumpulannya.

"Kau telefon siapa?" Ryan terkejut dengan kehadiran Jack di belakangnya. Walaupun jack berbadan sasa, tapi sungguh dia tak perasan kehadiran lelaki itu.

"Lu mau mati ka? Apa pasal lu datang sini? Ini tempat gua." Ryan sudah mula bangun. Dia tak gentar dengan orang yang berbadan sasa itu. Dia sendiri handal berlawan.

"Bimbo minta aku bagitahu kau pasal tempat naik malam ni. Tempat baru." Selambar lelaki yang bertatu dari leher hingga ke dahi itu bercakap. Sebuah pistol automatik tersisip di pinggangnya.

"Telefon tak boleh ke bro? Lu ingat zaman atuk lu ka?" Ryan menguak jaketnya agar senjata apinya juga boleh dilihat Jack. Mudah sahaja sekarang untuk memiliki senjata api.

"No call this time. Mudah nak cari siapa pengkhianat." Jack memandang Ryan dengan perasaan curiga. Firasatnya mengatakan yang Ryan adalah pengkhianat dalam kumpulan Jalak. Tapi dia tidak ada bukti. Lagipun Ryan adalah orang kepercayaan Jalak.

Tiba-tiba mereka berdua disapa sekumpulan pelajar yang mempromosikan hari kemerdekaan pada tahun ini. Flayer di berikan kepada mereka berdua. Di situ tertulis perarakan perbarisan hari kemerdekaan yang akan bermula dari Banda Hilir berhadapan Padang Pahlawan dan berakhir di Stadium Kubu. Berpuluh unit, pasukan beruniform dan pelajar sekolah akan mengambil bahagian. Jack tersenyum sinis, dia benci pada hari merdeka.

"Bodoh punya budak sekolah. Korang sembang pasal merdeka tapi di tangan penuh gajet 25 jam. Langsung tak ambil tahu pasal krisis negara yang korup, rasis tapi bercakap pasal merdeka?" Terus flayer itu dikeronyokkan dan dicampak ke dalam longkang. Ryan memerhatinya tajam.

"Lu kalau tak suka, jangan hina diorang. Lu apa sumbang pada negara?" Tangan Ryan menunjuk ke arah muka Jack.

"Aku jual dadah la. Doktor!" Ketawa Jack menggila. Dia berlalu meninggalkan tempat itu membiarkan Ryan sendiri. Ryan menggelengkan kepala, bukan dia sukakan kemerdekaan, tapi dia tak suka jika orang lain memperlecehkan usaha orang lain. Baginya orang seperti Jack tiada hak untuk menjatuhkan usaha orang. Ryan tahu perasaannya kerana dia bermula dari bawah dalam ranjau ini. Tiada jalan pintas.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2015 02:31 PM | Show all posts
Edited by akudansesuatu at 14-9-2015 12:25 AM

30 Ogos, 2115 Jam,

Niki meninggalkan perkarangan Masjid Pengkalan Hulu yang merupakan masjid tertua di Melaka. Masjid yang berusia 286 tahun itu menjadi saksi yang jiwanya sudah merdeka. Selepas azan Isyak sebentar tadi, dia menghantar maklumat kepada seorang kariah masjid yang merupakan mata-mata gelap polis. Maklumatnya cuma satu, 'pesta merdeka akan berlangsung di kampung Portugis. Mungkin awal sedikit.'

Niki mengenakan jubah putih dah berserban dalam penyamarannya. Hampir tidak langsung menyerupai identiti sebenarnya. Di masjid itu jiwanya merdeka. Hatinya terasa setenang air yang mengalir perlahan. Dia nekad, habis sahaja tugasannya malam ini, dia akan berkelana mencari pencipta agung. Pencipta yang maha agung. Dia akan menghambakan dirinya seikhlas mungkin untuk yang Esa. Cukuplah kerjayanya yang gila dan hina, dia mahu kembali ke pengakhiran hidupnya.

Niki melangkah tenang. Jiwanya tenteram bagaikan tiada apa yang perlu dirisaukannya. Satu ketenangan yang tak pernah dapat dia gambarkan selama ini. Niki merenung langit yang gelap dan berbintang.

"Malam merdeka..." Bibirnya berkata perlahan. Niki memandang langit tidak berkelip.

"Selamat hari lahir Tuah, Jebat. Selamat hari lahir anak merdeka." Dia tersenyum. Ingatannya masih samar-samar dalam mengingati dua nama itu.

Niki berjalan pantas. Pandangannya mula tajam. Misi malam ini tak boleh gagal! InsyaAllah...

+++++++++++

Perkampungan Portugis
2300 Hr

Mata Niki tertangkap pada susuk tubuh yang sedang berbual dengan Jalak dan seorang lelaki. Dia memerhatikan dari jauh. Niki tidak nampak muka makhluk itu tapi apa yang menarik minatnya adalah sepucuk pistol automatik yang tersisip di belakangnya. Sepengetahuannya itu adalah pistol yang di gunakan oleh pihak polis. Dia cukup kenal dengan senjata itu kerana itu adalah mainannya semasa dalam latihan polis. Dia berteka-teki, inikah pemberi maklumat yang wujud dalam pasukan polis yang diketuai DSP Aziz? Niki berdiam diri. Dia perlu menunggu masa yang sesuai untuk bertindak. Pergerakannya sekarang tak ubah seperti menonjolkan diri untuk dibaham singa. Dia perlu sabar. Baju si pemakai yang berjaket jeans hijau dan ketinggian manusia itu direkodkan matanya. Dia akan menjejakinya sebentar lagi.

Sementara itu, Ryan masih menunggu sabar. Nampaknya pendaratan malam ini berjalan lancar. Tiada siapa pun di persisiran pantai berselut ini kerana masing-masing sudah ke Banda Hilir untuk menyambut malam kemerdekaan. Tapi hatinya tetap bimbang dan waspada. Takut serbuan dilakukan tanpa mereka sedari.

"Polis!"

Satu suara menjerit dari sebelah kanannya. Ryan terkejut. Kali ini tiada lampu limpah yang pihak polis gunakan. Mereka menggunakan night visor untuk menembak. Mati aku kali ni. Ryan mengeluarkan sepucuk pistol lalu ditembaknya ke udara. Serentak itu berpuluh tembakan menyerang kumpulannya. Ryan menangkap susuk tubuh seseorang yang berlari laju seolah-olah tahu di mana untuk dituju. Dia mengejar. Itu pembelot itu! Hatinya menjerit.

"Celaka! Kita kena ambush lagi! Bimbo! Ikut aku!" Jack menjerit lantang. Segera dia mencengkam kolar baju Bimbo dan menariknya keluar dari medan peluru itu.

++++++++++++

PANG!!!

Sebutir peluru menembusi pehanya. Kakinya terasa kebas. Dia ditembak dari belakang. Sial! Ada orang perasan aku. Dia terjatuh tersungkur. Pedih di pehanya bukan kepalang. Dia sudah tak mampu berjalan dan hanya mengesot. Dia terlalu takut jika penyamarannya dalam pasukan polis terbongkar. Lelaki yang menembaknya melulu ke arahnya dan menendang bahunya sehingga dia nampak jelas wajah lelaki itu. Dia kaget! Malam itu bertukar sunyi dari bunyi tembakan dari arah dia berlari. Wajahnya berpeluh.

"Sabrina???" Hati Niki hampir gugur. Dia tak menyangka yang Sabrina adalah pengintip bagi pihak Jalak. Dia mengenali Sabrina kerana DSP Aziz memberinya semua maklumat anggota yang bekerja dengannya untuk dia mencari pengintip dalam pasukan polis. Ryan mendengus kasar.  Selama ini perancangannya mudah terbongkar. Manusia ini yang membocorkannya kepada Jalak!

Sabrina kenal dengan muka itu. Tapi dia tak menyangka lelaki ini adalah Niki. Mata-mata untuk DSP Aziz. "Jadi, engkaulah Niki?"

Ryan tidak menjawab. Niki adalah nama kod polisnya. Dia sendiri kadang-kadang lupa pada namanya. Sudah lama dilupakan namanya yang tidak memberi makna apa-apa pada dirinya.

"Kau tak patut hidup Sabrina! Kau pengkhianat negara." Ryan sudah menggila. Tangannya dirasakan mudah untuk menarik picu pistol itu.

"Tunggu Ryan! Tunggu! Bukan aku! Aku hanya terima arahan Aziz! Dia yang suruh aku jadi tali barut!" Tindakan Ryan terhenti. Dia betul-betul terperanjat dengan pengakuan Sabrina.

"Tapi kenapa??? Aku berkhidmat untuk dia, kenapa dia nak kianat aku?" Ryan mengubah slanga percakapanya. Suaranya meninggi.

"Aku tak tahu... Aku tak tahu..."

Hati Sabrina ketawa. Mudah sangat aku bodohkan lelaki ini. Dia menarik keluar senjatanya dari sisipan belakangnya. Tanpa rasa bersalah terus di acukan ke dada Ryan dan di tarik picunya ketika lelaki itu terleka sebentar.

PANG!!!!

Peluru itu menembusi dada Ryan. Ryan rebah di situ. Nafasnya tercungap-cungap. Ryan berusaha membalikkan badannya melentang. Sabrina masih belum puas, dia ketawa besar kerana berjaya menipu lelaki ini. Air mata Ryan bergenang, inikah pengakhiran hidup aku? Mati di tangan polis jadian?

PANG!!!!!

Bunyi tembakan bergema memecahkan keheningan malam. Sabrina terjatuh tertiarap lagi dan pistol pada tangannya terlepas. Seseorang menembaknya di peha kirinya dari arah belakang. Kedua-dua kakinya kini lumpuh!

"Sial! Siapa lagi???" Dia menjerit nyaring tanpa mampu melihat penembaknya.

"Hohoho... 2 dalam 1. Lucky me!" Jack berjalan perlahan-lahan menuju ke arah 2 orang yang terbaring itu. Dia tersenyum sambil ketawa. Nampak dirinya tidak mempunyai belas kasihan. Dia sengaja menembak kaki seorang mangsanya untuk dia mengenali siapa mereka. Pakaiannya dilimuri darah pekat. Masih hanyir!

"Ha... biar aku teka, seorang pengintip polis dan seorang pengintip Jalak!" Dia ketawa lagi. Jack melihat peluru pada pistolnya, dia akan membunuh lagi!

"Minta maaf Sabrina, kau patut mati." Jarinya menarik picu pistol dan serta merta peluru berkelajuan tinggi itu menembusi tengkorak kepala Sabrina! Dia mati serta merta. Ryan masih tercungap-cungap. Dia pasrah pada takdirnya. Jack melihat Ryan yang terlentang berlumuran darah. Segera dia menyisipkan pistolnya ke pinggang lalu dia menampar-nampar pipi Ryan agar dia sentiasa tersedar.

"Kau okey ke Tuah?" Jack segera mengeluarkan telefon bimbitnya. "Ambulan operasi! ini Inspector Jebat. Datang ke lokasi telefon ini sekarang!" Jack kelam kabut kerana dia melihat keadaan Tuah yang kritikal.

Ryan mengelamun. Ingatannya menerjah ke satu masa dahulu. Tuah? Jebat? Tapi dia masih mampu mengingatinya. Dia memandang Jack dari mata sepetnya. Dia seakan pernah melihat wajah itu. Tapi...

+++++


"Tuah, Jebat! Kamu ni adik beradik ke?" Jurulatih bermisai tebal itu bertanya tegas. Dia hairan kerana tarikh lahir Tuah dan Jebat sama iaitu pada 31 Ogos 1979.

"Adik beradik encik! Lain mak dan tak sama bapak saja!" Jebat berkata selamba dengan muka selambanya itu.

"Kalau adik beradik kenapa dia gelap, kamu cerah?" Sekali jagi jurulatih itu bertanya serius.

"Lain mak tak sama bapak encik!" Lagi sekali Jebat menjawab begitu. Pelatih yang lain mula ketawa. Tuah di sebelahnya menahan gelak sehingga terkentut.

"Jebat, awak hutang saya 3 round padang kawad." Jebat terkejut. Eh, aku bergurau aje pun. Dia berkata dalam hati. Dia menyumpah jurulatihnya.

"Tuah, kenapa nama kau Tuah? Bukan Samy, Raju atau Ranjanika?" Tuah terkejut dengan soalan itu. Dia mati kutu nak jawab apa.

"Err... Nak panggil Amitabachan pun boleh..." Slanga Indianya masih pekat. Semua pelatih tergelak malah ada jurulatih lain turut tergelak.

"Ooo... korang main-main ye. Tuah, kau pun sama hutang denga saya 3 round padang kawad! Hari ni saya nak tengok anak merdeka ni berlari." Serentak jurulatih itu menutup buku pendaftaran yang dipegangnya dari tadi. Tuah mengerutkan dahi, aku ada salah cakap ke? Dia juga menyumpah jurulatihnya.

Mereka digelar anak merdeka kerana lahir pada 31 Ogos dan mereka juga adalah pelatih terbaik pernah dihasilkan. Tidak lama selepas itu Tuah diserapan dalam pasukan risik. Namanya dipadamkan dari pendaftaran negara, nama barunya Ryan atau nama risikannya Niki. Jebat pula diserap untuk pelapis pegawai. Haluan yang berlainan tapi matlamat yang sama.

+++++++++++++++

"Engkau Jebat?" Tuah bertanya sambil menahan sakit. Dirasanya nyawanya bagai sudah tinggal di kerongkong.

"Ini aku Jebat. Aku nak bawa kau keluar dari sini." Mata Jebat bergenang melihat kawan yang dicari selama ini terbaring lesu.

Tuah tersenyum. Tak menyangka orang yang menyelamatkannya adalah Jebat. Tiba-tiba langit diterangi dengan cahaya bunga api. Tahulah mereka yang jam sudah mencecah 12 tengah malam. Semasa rakyat Malaysia yang lain bergembira menyambut merdeka, mereka berdua menyambut hari lahir dan merdeka dengan darah. Pengorbanan yang tidak perlu ditulis, tidak perlu di iklankan.

"Jebat..." Tuah memanggil Jebat perlahan. Dia membisikkan sesuatu ke telinga Jebat. "Aku dah muslim..." Perlahan suara itu singgah ke telinga Jebat. Dia jadi sebak.

Air mata Jebat tumpah akhirnya. Dia mengangguk faham. Permintaan terakhir Tuah akan di tunaikan. Tuah memandang langit yang masih terang dengan percikan bunga api berbantalkan pengkuan Jebat. Dia tersenyum bangga. Dia tak mati di tangan polis, tapi mati di pangkuan polis.

"Jebat..." Panggil Tuah atau Niki atau Ryan perlahan.

"Jangan benci pada generasi baru... Mereka bukan anak merdeka..." Tuah tersenyum menampakkan giginya yang putih. Ajalnya semakin hampir.

"Aku bergurau saja semalam. Kau jangan bercakap lagi." Air mata Jebat mengalir deras. Tak pernah dia menangis sepanjang dia bergelar polis.

Nafas Tuah semakin deras. Dia berusaha mengucapkan 'laailaahaillallah' walaupun tersekat sekat. Jebat membantunya mengajarnya mengucap. Percikan bunga api menerangi 2 sahabat itu. Anak merdeka yang rebah di malam merdeka kerana menjaga negaranya. Gema bunga api bersahutan di langit alam. Menenggelamkan kehibaan malam merdeka. Ia adalah makna merdeka buat yang bakal dijemput Ilahi. Tuah rebah membisu. Jebat menjerit panjang.
TAMAT

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2015 02:32 PM | Show all posts
Edited by akudansesuatu at 14-9-2015 12:28 AM

Sorry...terdouble...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2015 02:37 PM | Show all posts
Edited by akudansesuatu at 14-9-2015 12:27 AM

Ish....awat double ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2015 02:54 PM | Show all posts
Semoga kena dengan tajuk....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2015 03:46 PM | Show all posts
akudansesuatu replied at 13-9-2015 01:37 PM
"Tuah, Jebat! Kamu ni adik beradik ke?" Jurulatih bermisai tebal itu bertanya tegas. Dia hairan kera ...

tu dia...Jebat aka Jack The Ripper gitu....hebak

mula2 baca...ni kes gangster/dadah..
pastu..dah masuk jebat tuah pulak..
garapan yang menarik..
part yang budak hantar flyers tu kelakar..boleh pulak Ryan 'berceramah' kat Jack..


Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2015 11:52 PM | Show all posts
errrr.. @NaylaArisha kata limit 2 post satu cerpen.. errr err...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2015 09:34 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 13-9-2015 11:52 PM
errrr.. @NaylaArisha kata limit 2 post satu cerpen.. errr err...

kalau terlebih 1 post tu masih boleh di terima
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 10:10 AM | Show all posts
Edited by spankee_fili at 5-10-2015 07:47 PM

Contest Cerpen Sempena Kemerdekaan

Tajuk : Perjuangan kelas Calculus 101

Bunyi telefon bimbit yang bingit membangunkan aku daripada tidur yang sungguh nyenyak. Perlahan aku meraba dan mencari telefon di bawah bantal empuk dengan mata yang masih setia terkatup. Sedikit sahaja mata kanan kubuka untuk menjeling ke arah skrin telefon.

“8.45 pagi !” Jeritku sambil mataku terbuntang luas dan segar walaupun tiada kopi kuhirup seperti hari yang lain bagi mencetus sel-sel aktif di kepalaku untuk bekerja. Aku bingkas mencapai tuala dan menuju ke bilik air.

Stupid Spenki. Tidur mati sampai tak sedar diri !” Aku terus menerus memarahi diri sendiri sambil mencuci muka dan menggosok gigi ala kadar.

“Yang si Prof ni pun satu. Time cuti merdeka ni pun nak buat kelas. Komited sangatla kononnya kan. Kelas awal pagi pulak tu, pukul 9 ! Pukul 9 kot ! Buatlah kelas pukul 11 ke boleh aku terus lunch alang-alang dah keluar bilik. Tak efektif langsung pengurusan masa Prof ni. Harap terer matematik je,” ngomelanku berterusan sambil kusarung jeans Applemints dan tshirt HRC ke badan.

Aku terus berlari pantas mengejar masa yang sememangnya sangat pantas berlalu di situasi yang penuh caca merba ini. Ku kira Husain Bolt pun tergugat dengan semangat larianku ini. Aku anak darah Malaysia, haruslah gigih berlari menuju ke kelas tutorial Calculus 101 di awal pagi 31 Ogos ini. Terkagum aku seketika dengan semangat patriotik yang tersemat di dadaku ini.

Sebenarnya terus terang cakap, aku bukanlah pelajar yang rajin namun Prof Shamsiah telah memberi amaran keras bak PDRM yang menentang perhimpunan haram bahawa beliau akan memotong carry mark mana-mana pelajar yang tidak hadir ke kelas tutorial hari ini. Menurut beliau inilah masanya untuk kami buktikan semangat kesetiaan kami kepada Malaysia dengan menghadiri kelas pada tanggal 31 haribulan lapan. Aku menangis di dalam hati mendengar ulasan panjang Prof mengenai semangat cintakan negara di kuliah tempoh hari. Entah bagaimana slot 2 jam yang seharusnya diisi dengan kuliah Calculus 101 digantikan sepenuhnya dengan ceramah percuma beliau tentang sejarah Malaysia. Aku melepaskan keluhan yang berat, semput kerana berlari serta semput mengimbau inti pati kuliah istimewa Prof.

Aku dan kawan-kawanku memang telah membuat rancangan untuk keluar meraikan sambutan hari kemerdekaan yang ke 58 ini di Padang Kota. Memang menjadi rutin tahunan kami sebagai anak darah Malaysia bagi menunjukkan betapa dalamnya semangat kecintaan kami pada negara. Malam semalam kami melepak di Padang Kota sambil makan rojak berapi, pasembor, yong tau fu dan coconut shake. Disamping itu kami juga telah berjaya mencuci mata melihat jejaka-jejaka kacak yang lalu lalang di hadapan kami dan sesekali terlanggar bahu dek kesesakan orang ramai yang menunggu bunga api dilepaskan tepat jam 12 tengah malam. Memori yang sungguh indah.

Kami sampai ke bilik masing-masing kira-kira jam 3 pagi setelah dengan susah payahnya melepasi 5 sekatan jalan raya Ops SehatiSejiwa semalaman. Aku terus merebahkan diri kekatil dan berdengkur tanpa sebarang halangan dek terlalu kepenatan menggalas tugas belia muda yang patriotik. Untung kawan-kawanku yang lain kerana mereka tidak menduduki kelas Prof Shamsiah semester ini. Aku yang terlajak malang kerana harus menghadiri kelas pada hari cuti umum.

“Oh Prof, teruk sangat ke keputusan kami sampai kena buat kelas istimewa ni? Err sebenarnya memang teruk pun,” aku berbisik dalam hati sambil menggeleng kepala sendirian setelah keputusan terukku dalam peperiksaan pertengahan semester melintas di fikiran.

Akhirnya sampai juga aku dihadapan pintu masuk kelas tutorial di bangunan 6 tingkat Fakulti Matematik ini. Aku mengangkat tangan kiri untuk melihat jam Fossil yang biasanya tersemat di sana tapi kosong saja tangan kiriku kerana aku terlupa menyarung jam dalam kesibukan pagi yang penuh dugaan buat belia muda ini. Aku pantas melihat skrin telefon, tertera masa 9.10 am.

Oh jemmmm….” Aku meleretkan keluhan sendirian sambil menepuk dahi licin yang halus mulus ini.

Kelas sudah 10 minit bermula dan pastinya aku akan diperli hebat oleh Prof yang super sarcastic itu. Aku masih berkira-kira sama ada ingin masuk ke kelas atau terus sahaja ke kafeteria untuk menjamu perutku yang berdondang sayang ini. Setelah semua formula probability ku aplikasikan, hasil tambah tolak exponential square root dan sigma akhirnya membawa ke keputusan untuk aku menggagahkan diri mengetuk pintu dan membukanya perlahan. Semua pandangan mata tertancap ke arahku seolah-olah aku disabitkan kesalahan kerana menjadi pembunuh bersiri yang psikotik.

“Oh please….” Batinku menjerit.

Sorry I’m late” ujarku perlahan lalu terus duduk di atas kerusi yang kosong di belakang, tanpa menghiraukan pandangan tajam seluruh kelas ke arahku. Wajahku terus dikekalkan penuh kelembutan dan keinsafan. Aku langsung mengeluarkan buku nota dan berlakon khusyuk menatap ke papan putih bagaikan mataku telah digam kemas.

Selepas beberapa minit bertahan untuk fokus, aku sudah kehabisan tenaga untuk terus memandang ke papan putih yang penuh dengan formula yang tak tercapai dek akalku. Kepalaku mula terasa berat kerana tidur yang kurang dan pening dengan terma-terma yang terpacul keluar dari mulut Prof Shamsiah. Aku mula menyelak ke halaman paling belakang buku terbitan McGrawHill di hadapanku itu, ruangan belakang itu merupakan ruangan peribadiku untuk  melampiaskan kebosanan.

Aku bukanlah ingin memberontak namun tiada makna untukku terus mendengar syarahan pendidik separuh abad itu kerana mindaku tiada di sini. Aku mula melukis, sebuah hobi yang aku legasikan sejak di bangku sekolah. Mindaku terasa lebih tenang dan aku mula khayal dalam duniaku sendiri.

Spenki, the person who is always late to class, please solve this question,

Bagaikan halilintar yang menyambar, jantungku seolah-olah terhenti setelah mendengar sebaris ayat yang dihamburkan oleh Prof Shamsiah. Aku yang terlalu asyik memerhatikan belon-belon yang terapung di luar tingkap terkesima sebentar dan mataku tak henti-henti berkelip sebagai refleks memprotes permintaan Prof Shamsiah. Semua pandangan mata tertumpu ke arahku yang kelam kabut membuka buku bagi mencari jawapan.

No need to check the book darling. Even a secondary student can solve this. Come,” suara itu semakin menekan. Kelihatan beberapa orang pelajar ranking atasan yang mengangguk mengiyakan. Hatiku menyumpah seranah.

Perlahan aku menggerakkan kerusi ke belakang, bangun penuh kesopanan, membetulkan jeans dan melangkah keayuan menuju ke papan putih. Entah kenapa waktu sebegini satu saat terasa bagaikan bertahun lamanya sedangkan semasa aku berlari tadi berkelip mata sekejap saja dah habis seminit! Aku terus memandang ke papan putih, menggosok-gosok lembut dagu, menyengetkan sedikit kepala ke kanan dan menggigit ibu jari. Namun, masih tiada jawapan yang aku perolehi. Masakan tidak, soalan pun aku tidak faham apa yang dimahukan bagaimana harus aku beri jawapannya.

Aku tidak sanggup untuk menoleh ke belakang. Telingaku bagaikan dapat menangkap bisikan-bisikan halus dan ketawa-ketawa kecil yang kupasti ditujukan khas buatku. Pasti dalam hati mereka mempersoalkan bagaimana aku boleh berjaya memperoleh tempat di universiti berprestij ini.

“Entah-entah ada yang mengesyaki aku berscandal dengan Dekan bagi membolehkan aku belajar di sini. Tidak! Tidak ! Aku masih suci dan Dekan yang sebaya ayahku itu terlalu tua untuk aku jadikan kekasih gelapku! Tolonglah percayakan aku,” hati kecilku terus meronta akibat memikirkan pelbagai kemungkinan yang berlaku di belakangku. Aku benar-benar tidak berani untuk menoleh kebelakang, seolah-olah ada bisikan yang meyakinkan aku supaya jangan pandang belakang. Aku kengerian.

Tap ! Bunyi kuat di sebelah telinga membuatku menoleh ke kanan. Sebatang pen jatuh tepat disebelah kaki kananku setelah mengenai papan putih. Aku pasti ada pelajar yang tidak sabar menunggu telah membaling pen tersebut ke arahku namun tersasar.

“Oh no...” Aku berbisik perlahan sambil menoleh ke belakang. Aku dapat melihat wajah yang penuh kemarahan dan kebengisan yang terukir di setiap pelajar kelas ini. Tangan mereka terangkat tinggi lalu aku dihujani dengan pelbagai barangan yang dibaling oleh mereka yang menganggap aku sebagai pencemar gred purata kelas kami. Pen, pensel, buku dan tomato bersimpang siur di atas kepalaku. Aku memegang kepala dan terus duduk mencangkung sambil menjerit.

“Jangan...!”

Gedebuk ! Buku, kotak pensel dan komik One Piece milikku berselerak di atas lantai sebelah kakiku. Aku terpinga-pinga dan menggosokkan mataku yang sedikit kabur. Semua mata menoleh ke arahku sambil mengerutkan dahi seketika sebelum akhirnya semua kembali menoleh ke hadapan sambil menggelengkan kepala masing-masing  selepas menyedari Sleeping Beauty baru terjaga daripada tidur yang nyenyak.

Ya, akulah Sleeping Beauty yang malang itu, yang tertidur dalam kelas Prof Shamsiah. Perjuanganku ini seolah-olah tiada penghujungnya. Aku masih lagi berada di dalam kelas Calculus 101 yang penuh penyeksaan ini, minit-minit yang amat panjang bagiku ! Namun begitu aku perlu bertahan agar segala keringatku dan usaha gigih bermula jam 8.45 pagi tadi tidak menjadi sia-sia. Kerana aku anak darah Malaysia !

“Spenki, the person who is always late to class, please solve this question,”

Aku terkesima kerana apa yang diujarkan oleh Prof Shamsiah sama seperti mimpiku tadi. Dadaku berdegup kencang dan mataku membuntang luas sambil tanganku pantas mencubit lenganku. Sakit, itu bermaksud aku tidak bermimpi !

Aku menoleh ke kanan dan ternampak belon-belon yang berterbangan di luar tingkap kelas, juga sama seperti mimpiku tadi ! Darahku berderau, peluh seram sejuk menyelubungiku. Aku membuka buku untuk mendapatkan respon Prof Shamsiah.

No need to check the book darling. Even a secondary student can solve this. Come,” pantas Prof Shamsiah menuturkan bicara. Intonasi yang sama, pandangan mata yang sama serta barisan ayat yang seratus peratus sama seperti mimpiku tadi.

Memang sah ! Aku bukanlah remaja biasa, aku tidak sedar bahawa aku sebenarnya memiliki kuasa istimewa yang boleh melihat masa depan. Kebolehan ini sebenarnya tidaklah terlalu pelik kerana banyak watak-watak filem barat yang mempunyai kuasa sepertiku. Contohnya seperti filem Final Destination ada beberapa watak yang dapat melihat kemalangan yang akan berlaku melalui mimpi sama seperti yang aku alami ini.

Aku sudah lama mengesyaki diriku ini istimewa maka tidak hairanlah ketika usiaku 22 tahun ini akhirnya kuasaku diaktifkan. Walaupun sebenarnya agak terlewat namun aku yakin aku masih mampu menggunakan kebolehan ini sebaiknya dan aku menyedari betapa signifikannya ia diaktifkan tepat pada tanggal 31 Ogos, hari yang penuh bersejarah buat seluruh rakyat Malaysia. Pasti aku telah ditakdirkan menjadi individu yang penting kepada negara dan namaku akan tercatat dalam buku teks Sejarah kelak.

Ya, aku yakin. Kerana aku anak darah Malaysia oleh itu pada hari ini aku disedarkan bahawa aku perlu mempertahankan Negara yang tercinta ini. Mungkin kuasaku tidak sehebat Superman dan tidak sekuat Incredible Hulk namun berbekalkan semangat tidak mengenal kalah, aku yakin aku mampu melindungi negara tercinta dengan sepasang tangan yang halus dan lembut ini jika aku menggunakan kuasa ini sebaik-baiknya.

Lantas aku berdiri tegak seolah-olah mendengar lagu Negaraku berkumandang di udara mengiringi semangat patriotikku yang memuncak ini. Semua mata dalam kelas itu tertumpu ke arahku, kagum melihat aku yang mereka sangkakan berdiri untuk menjawab soalan Einstein di hadapan. Mungkin juga pelik bagi mereka kerana mengikut catatan sejarah, aku yang sering ponteng kelas ini tidak mungkin mampu menjawab soalan tersebut.

“Oh tidak sama sekali sahabat-sahabatku, hari ini juga aku akan berhenti menjadi seorang pelajar dan mula mengabdikan diri kepada Malaysia tercinta. Aku berjanji tidak akan menyalahgunakan kelebihanku ini untuk membeli loteri mahupun bertaruh dalam perjudian lumba kuda. Mungkin aku akan mulakan carian di Google pilihan-pilihan kostum yang sesuai untukku pakai, aku harus menyembunyikan identitiku agar tidak menjadi sasaran musuh,” aku terus berbisik di dalam hati.

Tetapi sebagai anak darah Malaysia, aku tidak seharusnya gentar dengan sebarang ancaman musuh yang mendatang. Darah pahlawan yang mengalir dalam tubuhku ini bukanlah calang-calang ! Aku anak darah…

Time’s up Prof!” Satu suara memecahkan lamunan panjangku. Prof Shamsiah melihat ke arah jam di tangannya,tepat jam 9.55 pagi! Kelas Calculus 101 ini sepatutnya berakhir sekarang. Semua pelajar mula menutup buku.

Ok class we stop here. Spenki, please ensure your presence and provide the correct answer in our next class. Class dismissed and salam merdeka,” Prof Shamsiah mula mengemaskan barang-barang beliau dan ingin melangkah keluar.

Wait, it’s not supposed to be like this,” protesku perlahan dalam kekeliruan. Kelas tidak sepatutnya berakhir begini, mengikut mesej bayangan yang kuterima tadi aku sepatutnya ke hadapan dan cuba menjawab soalan Einstein tersebut sebelum aku dilontarkan dengan pelbagai barangan oleh rakan kelasku. Tidak mungkin mesej yang kuterima itu salah !

Yes?” Prof Shamsiah menghentikan langkah dan merenung ke wajahku dengan penuh persoalan. Aku turut memandang beliau dengan kerutan di dahi. Pelajar yang lain sudah mula meninggalkan kelas.

No, nothing,” balasku setelah aku akhirnya menyedari apa yang berlaku. Aku hanyalah bermimpi di siang hari, bukannya memiliki kuasa untuk melihat masa hadapan seperti yang sering kutonton dalam filem. Mungkin disebabkan kurang tidur dan berlari sepanjang pagi dengan perut kosong membuatkan mindaku berhalusinasi perkara yang bukan-bukan.

Aku mengeluh perlahan setelah menyedari aku masih seorang pelajar biasa dan perlu menghadiri kelas Calculus 101 yang seterusnya. Nampaknya aku perlu berkampung di perpustakaan beberapa hari ini bagi mencari jawapan kepada soalan Einstein tersebut.

Aku mengemaskan buku-buku yang berselerak di lantai yang terjatuh akibat aku mengigau dalam mimpi singkatku itu. Semangat patriotik yang tadinya memuncak kini jatuh menjunam kerana perutku memprotes kelaparan. Perlahan langkahku atur menuju ke kafeteria yang terletak di bangunan sebelah, aku akan mengisi perut stokinku secukupnya lalu dengan pantas balik ke bilik untuk mendapatkan tidur yang cukup.

Salam merdeka !

TAMAT.



nota : harap maaf. ni first time iols menulis cerpen demi tacang merdeka. jika salah format / teknik penulisan mohon ampun seribu ampun....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2015 03:32 PM | Show all posts
spankee_fili replied at 14-9-2015 09:10 AM
Contest Cerpen Sempena Kemerdekaan
Tajuk : Perjuangan kelas Calculus 101
Bunyi telefon bimbit yang ...

wah spankee dah post citer...tahniah!

ipo dah baca...kelas time merdeka..teringat time ipo dulu..mcm ada chemistry je
citer kelakar...byk terms maths dan sains dalam ni..

nanti jangan lupa post citer lagi kat BOD BRP ni ya..
sama2 meriahkan bod ni..


Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 04:14 PM | Show all posts
Ipo replied at 14-9-2015 03:32 PM
wah spankee dah post citer...tahniah!

ipo dah baca...kelas time merdeka..teringat time ...

iols merepek2 jek nih Ipo...betul2 tak berbakat dalam penulisan...dateline dah dekat so edit gitu2 jek...
bila baca balik rasa cam plain nau cite nih....

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 12:43 AM | Show all posts
spankee_fili replied at 14-9-2015 10:10 AM
Contest Cerpen Sempena Kemerdekaan
Tajuk : Perjuangan kelas Calculus 101
Bunyi telefon bimbit yang ...

aku suka cerita ni.
mengingatkan aku pada satu tulisan yang ditulis seorang budak medik dalam paper dulu
sampai aku tak faham istilah2 sains
bagi aku cerita macam ni
gila kreatif!
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 08:29 AM | Show all posts
akudansesuatu replied at 15-9-2015 12:43 AM
aku suka cerita ni.
mengingatkan aku pada satu tulisan yang ditulis seorang budak medik dalam pap ...

omaiii...tima kasih banyak2....i'm flattered...
tak sangka cerita nih chuols suka...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.713604 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list