CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6957|Reply: 61

[Tempatan] “Saya Berani Mati Untuk Najib” – Ikrar Ketua UMNO Kepong

[Copy link]
Post time 24-8-2015 07:53 AM | Show all posts |Read mode
“Saya Berani Mati Untuk Najib” – Ikrar Ketua UMNO Kepong                                Aug 23, 2015                191






TERUS setia bersama kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua UMNO bahagian Kepong, Datuk Rizuan Abdul Hamid menegaskan bahawa beliau akan terus berjuang sehingga ke nafas terakhir.

Ujarnya dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kepong hari ini, Najib yang juga Presiden parti telah melakukan banyak sumbangan terutamanya pembaharuan yang diperkenalkan lebih baik berbanding PM terdahulu.

Memetik kenyataan Rizuan menerusi laporan Astro Awani, “Gagasan 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bantuan persekolahan, Klinik 1Malaysia, pelbagai jenama 1Malaysia… semuanya untuk bantu orang miskin tidak kira di kampung atau bandar.”

Katanya lanjut, Ahli UMNO Kepong harus memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Najib selaku pemimpin tertinggi negara dan parti.

“Saya berani mati untuk Najib. Jangan sentuh Najib. Kalau mahu mati, mahu mati bersama Najib. Itu ikrar kami (ahli UMNO bahagian Kepong). Mati dalam politik adalah lebih baik daripada mati katak.”

Dalam pada itu, menerusi platform sama, Rizuan turut mengkritik tindakan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bertindak menjelajah ke seluruh negara memburuk-burukkan isu dana derma RM2.6 bilion.

“Muhyiddin, bekas timbalan perdana menteri yang dipecat. Sudahlah dipecat, sering berkata tidak munasabah.

“Mereka ini makin dipecat makin garang, pergi ke merata bahagian dan persoalkan isu RM2.6 bilion,” katanya memetik sumber The Malaysian Insider. – MYNEWSHUB.CC

Sumber:http://mynewshub.cc/2015/08/23/s ... a89a9792f5e21c0bf27
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2015 08:01 AM | Show all posts
Saya berani mati untuk Najib. Jangan sentuh Najib. Kalau mahu mati, mahu mati bersama Najib. Itu ikrar kami (ahli UMNO bahagian Kepong). Mati dalam politik adalah lebih baik daripada mati katak.”

hehehe..tp nmpak cam da nak dekat2 rupa ...kodok...
da taksub sungguhh ..
agak nya sikit ari nk sembah PM kut..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 08:04 AM | Show all posts
Sis .. trid ni dah ada ler semalam sis ...

conclusion selepas perbincangan dari trid yang sama semalam...  "baguih ar kalo sanggup mati bersama sama ... lagi cepat lagi baguih..."
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 08:04 AM | Show all posts
lahai...sian betol..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko je lah mati sama2 najib tu. We all ramai2 tgk. Boleh??

Stupid to the max memasing!
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 08:36 AM | Show all posts
So, pegi mampos jer lar cakap banyak watpe?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2015 08:52 AM | Show all posts
“Saya berani mati untuk Najib. Jangan sentuh Najib. Kalau mahu mati, mahu mati bersama Najib. Itu ikrar kami (ahli UMNO bahagian Kepong). Mati dalam politik adalah lebih baik daripada mati katak.”




Astaghfirullahalazim....

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 08:53 AM | Show all posts
kalo boleh mintak ler sekubur sekali...sama2 jawab soklan mungkar nangkir berjemaah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2015 08:56 AM | Show all posts
Mohon Uncle AN boleh mencontohi sikap umno tegar sebegini. Jangan pula nanti bila PM sudah jadi mantan...terus dah tak setia junjung kasi sepak buang.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 08:58 AM | Show all posts
nak bodek pon agak-2 la..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa le mamat ni    ....... macam mana boleh jadi ketua bahagian.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 09:29 AM | Show all posts
masa skg ramai org ambil kesempatan...yg bijak hidup lah...tapi jangan sampai ayam terlepas tangan bau taik....menang sorak kampung tergadai...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 09:40 AM | Show all posts


sebelum mati baik pergi sembah berhala dulu...mana tahu mati masuk syurga
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 09:48 AM | Show all posts
protonpersona replied at 23-8-2015 01:40 PM
sebelum mati baik pergi sembah berhala dulu...mana tahu mati masuk syurga

Neh dewa Murujib yang famous tiew ker?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 09:50 AM | Show all posts
Lina66 replied at 24-8-2015 08:52 AM
Astaghfirullahalazim....

Orang yg beriman wajib mati dalam iman dan Islam kerana Allah. Kalau sanggup mati kerana bukan Allah dan Islam, sosekla jawabnya. Macam org berjihad mati syahid kerana harta,wanita,takhta bkn krn Allah maka mati sosekla jawabnya
Kalau Kutua amengok Kepong tu sanggup mati kerana mempertahankan AlJibby yg gigih melaksanakan perintah Allah,menjunjung alQuran dan Sunah serta mahu melaksanakan hukum hudud itu lainlah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 09:56 AM | Show all posts
kambeng_masam replied at 24-8-2015 08:56 AM
Mohon Uncle AN boleh mencontohi sikap umno tegar sebegini. Jangan pula nanti bila PM sudah jadi mant ...

laaaa .... jgn la hina pengecut teloq  ....  ramai yg xe teloq termasuk iols,   kan sis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2015 09:58 AM | Show all posts
baik la ko bercita-cita mati syahid
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Sabar atok ...... nanti dapat lebih dari 500k. Jangan susah hati. Kan Si Suaminya Dati Seri Rosmah dah janji.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 10:02 AM | Show all posts
Kenapalah taksubnya seorang manusia ini shng sanggup ia mati kerana seorang Najib?.   Ada apa2 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 10:02 AM | Show all posts
Nk jd ceo glc mana?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.213403 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list