View: 4126|Reply: 31
|
[Tempatan]
Ambil kesempatan kejatuhan nilai RM
[Copy link]
|
|
Peluang menambah pendapatan, merancakkan ekonomi negara
Tarik rakyat Singapura kunjungi Malaysia
23 Ogos 2015
Gambar hiasan
SINGAPURA - Ringgit yang lemah akan menarik lebih ramai pelawat dari Singapura mengunjungi Malaysia, kata Pengarah Tourism Malaysia (Singapura), Noor Aine Ismail.
"Ramai dilihat memanfaatkan mata wang Malaysia yang lemah untuk mengunjungi Malaysia memandangkan Malaysia kini merupakan destinasi nilai untuk wang," katanya kepada Bernama selepas makan tengah hari yang dianjurkan untuk peserta '3 Nations Merdeka Ride 2015' oleh Malaysia Agrobazaar di Singapura, di sini hari ini.
Lebih 90 penunggang Harley Davidson dari tiga negara - Malaysia, Singapura dan Indonesia - mengambil bahagian dalam acara itu.
Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Kamsiah Kamaruddin dan Ketua Kaunselor/Canseri Nur Azman Abdul Rahim.
Noor Aine diminta mengulas mengenai impak ketibaan pelancong dari Singapura ke Malaysia susulan penurunan nilai ringgit berbanding dolar Singapura.
Ringgit susut ke paras terendah berbanding dolar Singapura Jumaat lepas kepada 2.9708 pada 12 tengah hari berbanding 2.9463 pada penutup Khamis.
Ringgit, serta mata wang serantau turut menyusut ekoran pengukuhan dolar US serta harga minyak mentah yang rendah.
Pada minggu yang baru berakhir, ringgit susut berbanding dolar US pada 4.1800/1880.
Menurut Noor Aine, Singapura kekal sebagai pasaran utama pelancongan, menyumbang lebih daripada 50 peratus ketibaan pelawat ke Malaysia.
Beliau berkata, antara Januari dan September 2014, ketibaan pelawat dari Singapura menunjukkan pertumbuhan positif 10.6 peratus kepada 10.48 juta berbanding 9.47 juta pelancong yang direkodkan dalam tempoh yang sama pada 2013.
"Kami menyasarkan untuk menarik lebih ramai pelancong Singapura tahun ini dan berharap mereka akan mengambil kesempatan ke atas penurunan ringgit untuk mendapat perkhidmatan dan kualiti barangan terbaik yang ditawarkan Malaysia," katanya. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
Mau ka puak2 ketuanan jilat Singaporean for their dollars..... kita tau puak2 kiasu memang tak kisah janji huntong...
|
|
|
|
|
|
|
|
Melayu singapore tertekan dan tertindas oleh cina PAP |
|
|
|
|
|
|
|
macai tak perlulah nak buat kenyataan bodoh macam ni.
nak jilat pun agak2lah.
yang ko pegi promosi di singapura buat apa pula?
ko promosi jelah dalam negara ngok. takdelah duit negara bertukar keluar pula.
orang singapura pusing2 pun pergi ke johor dan lajak sikit ke melaka.
negeri lain dapat apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Aikk kata anti PAP Sibgkaypork. X malu ka panggil ramai2 Singaporean masuk utk dijilat SD nya. KhiarrrkhhKhiarrrkkkKhiarrrrrkkhhh |
|
|
|
|
|
|
|
warga singapore masuk malaysia byr guna dollar singapore eh,
|
|
|
|
|
|
|
|
kelakar jugak, punya segala bagai duk kutuk singapork la bagai...sudahnya harapkan belas ihsan singapork juga datang tlg merancakkan ekonomi negara. |
|
|
|
|
|
|
|
Toksah sibuk-sibuklah pasal kejatuhan matawang M'sia berbanding USD.
Sapa pun memerintah - Anwat, Rapijik, Guan Eng or Hadi Bawang,
USD tetap mencanak naik dan mata-wang negara lain merundum jatuh.
Apakah ini menguntungkan US...........................??????
Hari Jumaat lepas DAW jONES JATUH 530.94 points!.............
BSKL pun dah jatuh 30 points, sekarang Index BSKL 1545.
Mungkin dalam minggu ni akan jatuh ke bawah paras 1500.
Nak buat lagu mana........????
Since last year, orang dah predict menda ni.
So, janganlah keluar negara.
Duduk diam-diam dalam negeri sudah.
Sekarang duit Rial Saudi pun dah naik 1 Rial = Rm1.11
Orang yang mengerjakan Haji sekarang, tak bolehlah berbelanja
sakan macam dulu. Beli apa-apa yang patot, dah.
Tak payah nak beli cerek, kendi & segala mak bapak periok.......
Sume ADA kat Malaysia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada lak yg 'suka dn gmbira' nilai rm jatuh.....walhal yg merana lbh ramai drp yg gmbira.... |
|
|
|
|
|
|
|
apa yg kau tulis nie...
duit negara singapura yang bertukar keluar ke Malaysia...
|
|
|
|
|
|
|
|
pasaraya BSKL bukak jek terus menjunam lagi.....1usd = rm4.23
|
|
|
|
|
|
|
|
Org Spore x mau masuk Msia sbb kereta Spore sangat mnjadi sasaran pencuri kereta |
|
|
|
|
|
|
|
Mempromosi pelancongan bukan menjilat.
Tapi bahalol tu jakun la kalo sangka pelancongan dari luar mampu merancakkan ekonomi malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Org Singapore masuk Malaysia sb nak beli Tanah/Rumah dkt johor je |
|
|
|
|
|
|
|
Bila ramai pelancong datang...
bukan saja menguntungkan pengusaha sektor pelancongan lain2 sektor perniagaan jugak turut terlibat...
perlu bergerak dari satu tempat ke satu tempat yg lain...memerlukan pengangkutan....
menguntungkan peniaga dari sektor pengangkutan seperti teksi, bas ekspress, Feri, kapaterbang dll.
dah banyak bergerak dari satu tempat ke satu tempat, laparlah pulak....
menguntungkan peniaga dari sektor makanan seperti warung2, restoran2 dll.
dan membeli-belah, menguntungkan peniaga2 cenderahati, pakaian dll .
Kerajaan juga mendapat manfaatnya melalui cukai dari peniaga2.
|
|
|
|
|
|
|
|
--betul la apa dia cakap tu/ habis tu duit malaysia jatuh kita nak meratab jeee ke??? time ni patutnyaa kementerian pelancongan promo Malaysia kaw kaw punyaaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Melayu tak tau malu... sumpah seranah Singapura mcm2
tup2 nak suruh ramai2 masok Malaysia.. Harktuihhhhhhhhhhhhhhhh....
|
|
|
|
|
|
|
|
menguntungkan ya...
penyamun pon tunggu nak strike je..
|
|
|
|
|
|
|
|
ermmmmm...memandai je...jangan tengok satu sudut je....sudut lain...pun kena tengok juga...menagguk di air keruh toi pencacai... |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak mana sangat pelancong boleh belanja berbanding sebelum kejatuhan ringgit. Sekadar pengunjung tahap pprt yang kena tunggu ringgit jatuh sikit baru mampu nak datang ....laagi lah tak banyak bezanya kepada malaysia.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|