CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 173160|Reply: 123

#####::::: AAMIR KHAN :::::#####

[Copy link]
Post time 24-8-2015 11:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by leon_mclaren78 at 13-10-2015 09:35 PM

"I am extremely happy to have been a part of the Indian film industry for so many years. Our film industry is celebrating its 100 years and I am lucky to have completed 25 years in it. I am thankful to my writers and directors and all those who have worked with me. Everyone has greatly influenced and helped me in my 25-year long career span." -- Aamir Khan (2013)





Thread ini khas utk peminat2 filem Bollywood, khasnya peminat2 setia pelakon hebat yang juga merupakan salah seorang daripada "King Khan", iaitu Aamir Khan. Di sini kita boleh berkongsi & mendapatkan info mengenai latarbelakang beliau, filem2 terdahulu & terbaru serta aktiviti2 terbaru Aamir Khan. Bagi generasi X, nama Aamir Khan tidak asing lagi dalam dunia filem Hindi. Manakala bagi generasi Y, Aamir Khan mungkin sudah menjangkau kategori otai... Otai2 pun masih berbisa lagi okeyy... at 50's Aamir still nampak hot! masih belum terlambat utk mengenali beliau... jom kita semak biografi ringkas Aamir Khan...

Nama Sebenar: Mohammed Aamir Hussain Khan
Nama Komersial: Aamir Khan
Nama Bapa: Tahir Hussain Khan
Nama Ibu: Zeenat Hussain Khan
Adik-beradik: 4 orang (Nikhat, Aamir, Faisal & Farhat)
Tarikh Lahir: 14hb March 1965
Umur 2015: 50 tahun
Tempat Lahir: Mumbai, India
Status: Berkahwin (Reena Dutta : 1986-2002), (Kiran Rao : 2005-sekarang)
Anak: 3 orang (Junaid Khan, Ira Khan & Azad Rao Khan)
Warganegara: India
Agama: Islam
Kerjaya: Pelakon, produser, pengarah, & penulis skrip
Pendidikan Terakhir: Gred 12 di Narsee Monjee College, Mumbai
Filem pertama: Yaadon Ki Baaraat (1973)
Syarikat Filem: Aamir Khan Production (2001)

      
Aamir Khan ketika zaman kanak2


Ketika membintangi filem "Yaadon Ki Baaraat" (1973), Aamir berusia 8 tahun.

Ketika berusia 9 tahun Aamir membintangi filem "Madhosh" (1974).

   
Aamir ketika perkahwinan pertama beliau dengan Reena Dutta. Mereka dikurniakan sepasang anak lelaki (Junaid) & perempuan (Ira). Mereka berpisah pd tahun 2002. Hubungan dengan bekas isteri masih baik sehingga sekarang. Malah Junaid & Ira juga secara tidak langsung turut terlibat menyokong bapa mereka di dalam dunia selebriti walaupun hanya di belakang tabir. Junaid walau bagaimanapun kini sedang melanjutkan pelajarannya di USA manakala Ira masih lagi bersekolah menengah.

  
Ira (17 tahun) & Junaid (22 tahun)


  
Aamir bersama-sama anak sulung beliau, Junaid Khan... boleh tahan hensem..baka baik la katakan..

   
Aamir bersama-sama anak gadis beliau, Ira Khan... blum pandai melawa lagi..mesti lawa gak ni nnt..



  
Perkahwinan kedua Aamir dengan Kiran Rao, dikurniakan anak lelaki, Azad melalui kaedah ibu tumpang.



Kakak sulung Aamir, Nikhat bersama-sama ibu mereka, Zeenat.

  
Aamir bersama-sama adik lelaki beliau, Faisal & bapa mereka, Tahir.



Aamir & adik lelaki beliau, Faisal (kiri) pada hari kematian bapa mereka, Tahir Khan pada 3hb Feb 2010.


Aamir telah menunaikan ibadah haji di Makkah bersama-sama ibunya, Zeenat pada tahun 2012. So boleh la panggil beliau Haji Aamir gituhh..




***********************************************



NEXT...... filem2 lakonan Aamir Khan..









This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-8-2015 12:05 AM | Show all posts
Edited by leon_mclaren78 at 28-9-2015 11:39 PM

Before ai teruskan dgn filem2 lakonan Aamir Khan, mari kita sama2 saksikan gambar2 selebihnya semasa Aamir mengerjakan ibadah haji dgn ibunya pada tahun 2012 yg lalu.... sejukkk mata memandang kan...
   
Gambar2 semasa baru sampai kat airport & sebelum bertolak ke tanah suci Makkah.



Ada je org yg terperasan Aamir kat dlm flight!
                          
Ketika berada di tanah suci Makkah.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2015 12:05 AM | Show all posts
Edited by leon_mclaren78 at 8-1-2017 01:00 PM

Filmography Aamir Khan
Utk makluman semua, list movie Aamir kat bwh ni ai dh tapis siap2...which movie yg dia jadi cameo (pelakon jemputan, muncul kejap je), ai x masukkan kat dlm list.

1. Yaadon Ki Baaraat [1973] - [role: young Ratan] - [co-star: Dharmendra, Zeenat Aman]
2. Madhosh [1974] - [role: young Raj] - [co-star: Rina Roy, Rakesh Roshan, Helen]
3. Holi [1984] - [role: Madan Sharma] - [co-star: Naseeruddin Shah]
4. Qayamat Se Qayamat Tak [1989]- [role: Raj] - [co-star: Juhi Chawla]
5. Raakh [1989] - [role: Aamir Hussain] - [co-star: Supriya Pathak]
6. Love Love Love [1989] - [role: Amit] - [co-star: Juhi Chawla]
7. Awwal Number [1990] - [role: Sunny] - [co-star: Dev Anand]
8. Tum Mere Ho [1990] - [role: Shiva] - [co-star: Juhi Chawla]
9. Dil [1990]- [role: Raja] - [co-star: Madhuri Dixit]
10. Deewana Mujh Sa Nahin [1990] - [role: Ajay Sharma] - [co-star: Madhuri Dixit]
11. Jawani Zindabad [1990] - [role: Shashi Sharma] - [co-star: Farha Naaz]
12. Afsana Pyaar Ka [1991] - [role: Raj] - [co-star:Neelam Kothari]
13. Dil Hai Ke Manta Nahin [1991] - [role: Raghu Jetly] - [co-star: Pooja Bhatt]
14. Isi Ka Naam Zindagi [1992] - [role: Chotu] - [co-star: Farha Naaz]
15. Daulat Ki Jung [1992] - [role: Rajesh Chaudry] - [co-star: Juhi Chawla]
16. Jo Jeeta Wohi Sikandar [1992] - [role:Sanjaylal Sharma] - [co-star: Ayesha Jhulka]
17. Parampara [1993] - [role: Ranbir Prithvi Singh] - [co-star: Raveena Tandon, Saif Ali Khan]
18. Hum Hain Rahi Pyar Ke [1993] - [role: Rahul Malhotra] - [co-star: Juhi Chawla]
19. Andaz Apna Apna [1994] - [role:Amar Manoha] - [co-star: Salman Khan, Karisma Kapoor, Raveena Tandon]
20. Baazi [1995] - [role: Amar Damjee] - [co-star: Mamta Kulkarni]
21. Aatank Hi Aatank [1995] - [role: Rohan] - [co-star: Rajinikanth, Juhi Chawla]
22. Rangeela [1995] - [role: Munna] - [co-star: Urmila Matondkar, Jackie Shroff]
23. Akele Hum Akele Tum [1995] - [role: Rohit Kumar] - [co-star: Manisha Koirala]
24. Raja Hindustani [1996] - [role: Raja Hindustani] - [co-star: Karisma Kapoor]
25. Ishq [1997] - [role: Raja] - [co-star: Juhi Chawla, Ajay Devgan, Kajol]
26. Ghulam [1998] - [role: Siddarth Marathe] - [co-star: Rani Mukerjee]
27. 1947 Earth [1998] - [role: Dil Navaz] - [co-star: Maia Sethna, Nandita Das]
28. Sarfarosh [1999] - [role: Ajay Singh Rathod] - [co-star: Sonali Bendre]
29. Mann [1999] - [role: Dev Karan Singh] - [co-star: Manisha Koirala, Anil Kapoor, Sharmila Tagore]
30. Mela [2000] - [role: Kishan Pyare] - [co-star: Twinkle Khanna, Faisal Khan]
31. Lagaan [2001] - [role: Bhuvan] - [co-star: Gracy Singh]
32. Dil Chahta Hai [2001] - [role: Akash Malhotra] - [co-star: Akshaye Khanna, Saif Ali Khan, Preity Zinta]
33. Mangal Pandey: The Rising [2005] - [role: Mangal Pandey] - [co-star: Rani Mukerjee, Amisha Patel]
34. Rang De Basanti [2006] - [role: Daljit "DJ" Singh / Chandrashekar Azad] - [co-star: Siddarth Narayan, Sharman Joshi, Madhavan]
35. Fanaa [2006] - [role: Rehan Qadri] - [co-star: Kajol, Rishi Kapoor, Tabu]
36. Taare Zameen Par [2007] - [role: Ram Shanker Nikumbh] - [co-star: Darsheel Safary]
37. Ghajini [2008]- [role: Sanjay Singhania] - [co-star: Asin Thottumkal, Jiah Khan]
38. 3 Idiots [2009] - [role: Ranchhoddas Shamaldas Chanchad / Phunsukh Wangdu] - [co-star: Kareena Kapoor, Madhavan, Sharman Joshi]
39. Dhobi Ghat [2011] - [role: Arun] - [co-star: Prateik Babbar, Monica Dogra]
40. Talaash: The Answer Lies Within [2012] - [role: Surjan Singh Shekhawat] - [co-star: Rani Mukerjee, Kareena Kapoor]
41. Dhoom 3 [2013] - [role: Sahir Khan / Samar Khan] - [co-star: Abhishek Bachchan, Katrina Kaif, Jackie Shroff]
42. PK [2014] - [role: PK] - [co-star: Anushka Sharma, Sanjay Dutt]
43. Dangal [2016]- [role: Mahavir Phogat] - [co-star: Sakshi Tanwar, Fatima Sana Shaikh]

******************************************************





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2015 12:06 AM | Show all posts
Edited by leon_mclaren78 at 13-10-2015 10:03 PM

Fakta2 menarik mengenai Aamir Khan

  • Sebelum melibatkan diri sebagai pelakon filem secara serius, Aamir Khan merupakan penolong pengarah filem sekitar tahun 1983-1985.

  • Aamir Khan digelar Mr. Perfectionist di India kerana sikap beliau yg amat berhati2 dlm memilih filem lakonannya. Beliau juga ingin memastikan semua hasil kerjanya berkualiti & berada di tahap yg terbaik. Sbb itu la bilangan filem lakonannya tidak sebanyak pelakon2 lain terutama sekali SRK & Salman Khan.

  • Walaupun filem2 Aamir kebelakangan ini merupakan filem2 pecah panggung & box-office, namun Aamir hanya pernah menang Best Actor award sebanyak 3 kali sahaja melalui filem Raja Hindustani (1996), Sarfarosh (1999) & Lagaan (2001).

  • Sejak awal tahun 90an Aamir enggan menerima apa2 award filem, apa lagi untuk menghadiri majlis2 tersebut. Aamir tidak pernah hadir ke pentas utk menerima award pelakon terbaik dan juga pengarah filem terbaik yg pernah dimenanginya.

  • Filem pertama arahan Aamir ialah "Taare Zameen Par" (2007).

  • Aamir pernah "bersara sementara" dalam bidang lakonan antara tahun 2002 sehingga 2004 disbbkan beliau mengalami masalah perceraian dengan isterinya, Reena.

  • Aamir memiliki syarikat perfilemannya sendiri, iaitu Aamir Khan Production yang ditubuhkan pada tahun 2001 semata-mata utk menerbitkan filem "Lagaan". Filem ini merupakan filem terbitan pertama Aamir Khan Productions.

  • Pada tahun 2012 Aamir menerbitkan sebuah rancangan talkshow "Satyamev Jayate" di mana beliau sendiri menjadi hos. Rancangan ini mengetengahkan isu2 sosial & masyarakat di India. Rancangan ini juga berjaya disiarkan sebanyak 3 season (yg berakhir pd 09 Nov 2014).

  • Untuk persediaan berlakon dalam filem "Mangal Pandey"(2005), Aamir sanggup menunggu selama lebih setahun utk proses memanjangkan rambut. Beliau enggan menggunakan rambut palsu sbb x de feel katanya..

  • Same thing utk melakonkan watak dalam filem "Ghajini" (2008), Aamir terpaksa melalui work out yg menyakitkan selama setahun bagi mendapatkan bentuk badan 6-pax. Hasilnya mmg wow walopun ketika tu usia beliau telah mencecah 43 tahun!

  • Selepas habis shoot filem "Ghajini", Aamir terpaksa menurunkan berat badan beliau hampir 10 kg utk menyesuaikan watak pelajar berusia 22 tahun bagi filem "3 Idiots" (2009). Hasil yg ni pun wow!

  • Bagi menjayakan watak dlm filem terbaru "Dangal" (2016) pula, Aamir sanggup menaikkan berat badan dari 60kg ke 90kg. Setelah selesai shoot watak versi 50an kelak, Aamir terpaksa menurunkan kembali berat badannya ke asal bagi memenuhi tuntutan watak versi 27 tahun pula. Yg ni lagi berganda2 wow! Adakah beliau akan berjaya melakukannya? Sama2 la kita tunggu & lihat...

  • Setakat ini Aamir tidak pernah lagi berlakon bersama-sama pelakon no.1 Bollywood, iaitu Shah Rukh Khan.

  • Aamir pernah berlakon dengan Saif Ali Khan sebanyak 2 kali (Parampara dan Dil Chahta Hai). Juga pernah berlakon bersama-sama ibu Saif, iaitu Sharmila Tagore (Mann) dan juga bersama-sama adik perempuan Saif, iaitu Soha Ali Khan (Rang De Basanti), dan juga isteri Saif, iaitu Kareena Kapoor (3 Idiots dan Talaash).

  • Sebelum mengambil keputusan berlakon dlm filem2 tertentu, perkara utama yg perlu diambil kira oleh Aamir ialah skrip filem tersebut. Sekiranya jalan cerita filem tersebut menarik pada pandangan peribadi beliau, barulah ia akan dipertimbangkan.

  • Aamir lebih menyukai filem-filem romantis & sentimental berbanding filem2 aksi yg biasanya digemari oleh kaum lelaki.

  • Aamir akan berada 2-3 jam lebih awal dari jadual di lokasi shooting filem. Alasan beliau: " I am very slow".

  • Sewaktu shooting filem Ghulam, Rani Mukerji (Ghulam merupakan filem ke-2 Rani) tak berani memandang ke wajah Aamir Khan & keep on pandang ke arah kasut Aamir sewaktu berdialog. Ini membuatkan Aamir rasa kekok & meminta Rani pandang ke arah mata beliau sewaktu berlakon. Alasan Rani ketika itu takut terjatuh cinta dgn Aamir (katanya you are so cute that time!). Dgn muka selamba Aamir kata kat Rani, "it's ok if you fall in love!" Baru ada feel katanya...

  • Semua scene yg memerlukan Aamir mengeluarkan airmata, Aamir melakukannya tanpa bantuan airmata pelesu okeh, even bantuan bawang merah pun x diperlukan.. semuanya airmata original. Beliau sememangnya bintang airmata gituhh...

  • Hobi Aamir pada waktu lapang? Membaca skrip2 filem. Boring, bukan? Tp itu la yg dia suka...


Aamir & co-star

  • Juhi Chawla = 7 kali (termasuk 1 cameo)
  • Rani Mukerji = 4 kali (termasuk 1 cameo)
  • Kajol = 2 kali
  • Madhuri Dixit = 2 kali
  • Karisma Kapoor = 2 kali
  • Kareena Kapoor = 2 kali
  • Manisha Koirala = 2 kali
  • Raveena Tandon = 2 kali
  • Saif Ali Khan = 2 kali
  • M. Madhavan = 2 kali
  • Sharman Joshi = 2 kali

Aamir paling banyak digandingkan dgn Juhi, namun mereka tak pernah pun dikatakan pasangan yg ideal. Sebaliknya ramai org prefer Aamir dgn Manisha sbg pasangan yg ideal walopun mereka berdua hanya pernah berlakon 2 kali shj setakat ni.



khas utk peminat2 Aamir Khan sahaja...mari cuci mata...
               

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 12:17 AM | Show all posts
Edited by merrissa at 25-8-2015 12:25 AM

fuyoooo....tahniah TT sebab bukak thread pasai amir khan...iols pon peminat AK!.....
p/s: jaan tak termasuk ke?hehehe....alleged son kata nya
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 12:28 AM | Show all posts
Hahahaha ..... minat Amir Khan ni .... kbnykn filem die semua meletopppppsss kan..... the latest filem Amir Khan yg baru tgk ---- PK (kelakar tp membawa mesej yg mendalam)
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-8-2015 09:08 AM | Show all posts
merrissa replied at 25-8-2015 12:17 AM
fuyoooo....tahniah TT sebab bukak thread pasai amir khan...iols pon peminat AK!.....{:1_152 ...

Thanks! Ai memula try cari tp x de benang Aamir...sbb kekadang nk diskas gak pasal movie dia. Yg ada general info about Bollywood...so mcm x best sgt. Sbb tu ai bukak benang ni. Aamir mmg x byk hasilkan movie, tp ya... movie2 lakonan Aamir majority best2.

Tau gak pasal Jaan tuh. Tp Aamir x nk ngaku tu anak dia kan. So ai amik info yg official jah..

Kalo ikutkan Aamir ni byk gak kontroversi kat Bollywood tuh..anyhow ai just impress dgn movie2 lakonan dia.

Tang private life dia... bior le antara dia dgn Tuhan kan. Wife dia dedua pun Hindu, tp dia kata dia akan make sure anak2 dia follow agama Islam.

p/s: Penah tgk interview Aamir & Ira tahun 2014 lps (Aamir tolong promote charity project sekolah Ira kat TV yg melibatkan selebriti Bollywood)... Ira ada sebut nama2 kawan artis ayah dia...cth uncle Abishek..then Aamir kata x pyh la sebut "uncle", then Ira kata kan ayah yg pesan suruh panggil org yg lebih tua dgn panggilan "uncle".. Aamir gelak je & ckp kalo dpn public x perlu la sebut "uncle" tu... pastu bila ditanya Ira nonton ke movie lakonan ayah dia & apa pendapat dia ttg ayah dia.. Ira kata ya, ada..dia rasa ayah dia cool..tp adakalanya show-off...Aamir terus pandang Ira & tanya, "bila masa ayah show-off?"..Ira just gelak je... sweet la diaorg!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2015 09:12 AM | Show all posts
CariCari621 replied at 25-8-2015 12:28 AM
Hahahaha ..... minat Amir Khan ni .... kbnykn filem die semua meletopppppsss kan..... the latest fil ...

Filem PK ni kalo nk layan, kena lapangkan fikiran sket sbb byk melibatkan isu pelbagai agama.
Tp mmg filem ni pun best...lawak sgt2 (walopun 3 Idiots lagi best gilak)..
Boleh dikatakan lately movie lakonan Aamir byk mesej yg tersirat... mmg terbaik!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2015 09:36 AM | Show all posts
leon_mclaren78 replied at 25-8-2015 09:08 AM
Thanks! Ai memula try cari tp x de benang Aamir...sbb kekadang nk diskas gak pasal movie dia. Yg a ...

kalo TT tepek pasai kontroversi pon besh gak hehehe....

tapi best gak biler tengok dia dah wat haji...dengan mak dia lagi....

n muke sepupu sepapat dia nampak sama je....<---refer to gambar time angkat jenazah ayah dia
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 11:01 AM | Show all posts
baru lepas layan mann weekend ritu~~ i pon minat aamir khan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 11:04 AM | Show all posts
tak sangka dah naik hj rupanya aamir khan..kena panggil hj la pasnih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2015 11:37 AM | Show all posts
merrissa replied at 25-8-2015 09:36 AM
kalo TT tepek pasai kontroversi pon besh gak hehehe....

tapi best gak biler tengok dia dah wat  ...

Nnt malam2 sket ai tepek eaa... skrg office hour, dpt curi2 bace porem ms tgh take-5 gituh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2015 11:40 AM | Show all posts
lucky_peace replied at 25-8-2015 11:01 AM
baru lepas layan mann weekend ritu~~ i pon minat aamir khan...

Movie Mann mmg berhantu walopun idok le box-office or pecah panggung.
Lagu2 dia sampai skrg pun ai still enjoy dengar...zmn2 ai study dulu siap beli kaset OST movie Mann ni lagi.. nostalgia sungguh!
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 11:44 AM | Show all posts
leon_mclaren78 replied at 25-8-2015 11:40 AM
Movie Mann mmg berhantu walopun idok le box-office or pecah panggung.
Lagu2 dia sampai skrg pun a ...

samalah... i mase darjah lima tahun 2000 rasanya, pergi jalan masjid india cari cd filem mann~~

then i suke filem die dgn manisha yang dorang ada anak laki tu... lagunya i love u papa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2015 11:47 AM | Show all posts
saladin780 replied at 25-8-2015 11:04 AM
tak sangka dah naik hj rupanya aamir khan..kena panggil hj la pasnih

Kan...boleh panggil Pak Aji Aamir...
Aamir kata dia mmg nk tunaikan hajat emak dia utk mengerjakan haji...anak yg soleh kan...dh tanggungjawab dia pun sbb anak lelaki sulung. Beliau ni mmg jenis yg family-man gituh. Tang ni ai mmg salute dia lah..

Rezeki beliau sbb dh settle rukun Islam yg ke-5 diusia yg boleh dikatakan masih muda & masih bertenaga (walopun dh otai)... rezeki kita ntah bila agaknya...

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 11:53 AM | Show all posts
leon_mclaren78 replied at 25-8-2015 11:47 AM
Kan...boleh panggil Pak Aji Aamir...
Aamir kata dia mmg nk tunaikan hajat emak dia utk menge ...

kiranya dia ni islamik la gak kan banding dgn salman n shahrukh khan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-8-2015 11:54 AM | Show all posts
lucky_peace replied at 25-8-2015 11:44 AM
samalah... i mase darjah lima tahun 2000 rasanya, pergi jalan masjid india cari cd filem mann~~

...

Movie Akele Hum Akele Tum kan? Movie ni pun best sgt2...  lagu yg ai suka dlm movie ni "Raja Ko Rani Se Pyar Ho Gaya".

Nnt ai akan post more info ttg semua movie2 lakonan Aamir... just tungguuuuu...


p/s: Ai tgh dlm projek menorrent semua movie2 lakonan Aamir...sbb tu la ai bersemangat bukak benang ni sambil share2 & diskas2 info ttg movie beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 11:58 AM | Show all posts
leon_mclaren78 replied at 25-8-2015 11:54 AM
Movie Akele Hum Akele Tum kan? Movie ni pun best sgt2...  lagu yg ai suka dlm movie ni "Raja Ko Ra ...

yup.. betul tajuk tu.... selalu layan lagu tu kat utube... now layan balik... tag i pliss any yours update...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2015 12:03 PM | Show all posts
Edited by leon_mclaren78 at 25-8-2015 12:05 PM
saladin780 replied at 25-8-2015 11:53 AM
kiranya dia ni islamik la gak kan banding dgn salman n shahrukh khan

Boleh dikatakan gitu gak la kot... Salman Khan tu x pelik sgt sbb emak dia mmg Hindu... half2 gituh.

Harap2 dh lepas jadik pak aji ni, Aamir dpt kurangkan kontroversi2 (akhir2 ni pun dh kurang berbanding dulu) .. tp sygnya wife dia pun still Hindu. X paham la mazhab kat India tu mcm mana.. sbb membolehkan diaorg kawin campur walopun berlainan agama. Ramai jah artis Bollywood buat gitu. Praktis Islam sekular kekdahnya kot... Pandai2 la diaorg jawab akhirat nnt. Siapa la kita nk judge diaorg kan... Yg elok kita folo, yg x elok tu sendiri boleh fikir..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 12:49 PM | Show all posts
akhirnya ada thread artis asia selain artis Kpop
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 1.542895 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list