CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14382|Reply: 120

[Politik] Amboi kemain suka ye Ringgit merundum. Siap countdown lagi..Meh fikir Jap..

  [Copy link]
Post time 25-8-2015 11:08 AM | Show all posts |Read mode
👍 Since ramai sangat yang tanya apa yang bakal berlaku bulan 9 ni... sini aku jelaskan apa yang MUNGKIN berlaku berdasarkan ilmu SEBAB DAN AKIBAT.

1. Ekonomi Malaysia merudum, disertai oleh pemerintah yang korup dan sistem beraja yang tidak berfungsi. Rakyat mendukung biawak hidup.

2. Nilai matawang sesebuah negara adalah disebabkan oleh "keyakinan" masyarakat dunia terhadap kebolehpercayaan sesebuah negara. Penurunan nilai matawang ringgit menandakan penurunan "keyakinan" kebolehpercayaan Malaysia dari segi kuasa ekonomi dan politik di pentas dunia.

3. Hal ini didorong oleh begitu banyak kejadian peringkat antarabangsa mutakhir ini, bermula dari pembelian kapal selam, serangan ke atas lahad datu, mh 370, mh 17, FGV ditarik kembali dari bursa saham, kapal terbang Air Asia terhempas, skandal 1MDB, perbelanjaan mewah PM dan isteri serta menteri-menteri, dan isu-isu besar lain yang tidak selesai.

4. Keyakinan pelabur luar terhadap ekonomi Malaysia turut menurun sehingga banyak kilang-kilang ditutup apabila pelabur memutuskan untuk menutup operasi di Malaysia. Penutupan operasi ini menyebabkan ramai orang menjadi penganggur, seterusnya mengurangkan kuasa beli dalam pasaran.

5. Pengurangan kuasa beli dalam pasaran menyebabkan persaingan antara peniaga menjadi semakin sengit. Peniaga yang gagal mencapai jualan melebihi kos operasi akan menanggung kerugian dan sekaligus terpaksa menutup operasi sehingga menyebabkan lebih ramai pekerja dipecat. proses 4 dan 5 berulang-ulang sehingga begitu ramai orang menjadi penganggur.

6. 2 dan 3 menyebabkan penurunan nilai Matawang Ringgit Malaysia sehingga menyebabkan masyarakat antarabangsa merasakan ianya satu kerugian untuk menyimpan RM kerana nilainya turun setiap hari. Jadi, masyarakat antarabangsa mula memulaukan RM. Dalam ertikata lain, RM tidak lagi diterima untuk berdagang di pentas antarabangsa.

7. Penurunan nilai RM menyebabkan jumlah RM yang diperlukan untuk mengimport sesuatu barangan bertambah. Ini bermaksud, kos operasi syarikat pengimport bertambah sehingga pilihan yang ada untuk terus kekal beroperasi adalah dengan menaikkan harga barangan atau meningkatkan kualiti jualan. 4 dan 5 menyatakan bahawa kuasa beli rakyat Malaysia berkurangan. Kedua-dua pilihan syarikat pengimport didapati tidak relevan sehingga memaksa mereka membuat pilihan untuk mencari jalan bagi meneruskan operasi atau mengambil jalan mudah untuk menutup operasi, sekaligus menyebabkan no. 5 berulang lagi.

8. Makanan di Malaysia banyak yang diimport. Kita mengimport buah-buahan dan sayur-sayuran mencecah ratusan juta rm setahun. Itu tidak termasuk daging dan kambing. Beras yang ditanam di Malaysia hanya cukup untuk menampung 30% dari keperluan rakyat Malaysia, oleh itu, selebihnya diimport dari luar negara. No 7 menyatakan syarikat pengimport mungkin perlu menaikkan harga barangan, jadi, harga makanan yang diimport mungkin melambung tinggi. Ubat-ubatan juga bakal melambung.

9. Masyarakat Malaysia banyak membazir makanan. Kedai makan saban hari membuang makanan, tidak termasuk hotel, dan juga perumahan. Pengurangan makanan dalam negara mungkin satu bentuk tarbiah daripada Allah swt supaya kita kembali belajar untuk menghargai rezeki dan jangan buang rezeki sewenang-wenangnya.

10. Bulan 9 dijangka meletup bom ekonomi sehingga menyebabkan berlakunya pengangguran besar-besaran, kekurangan import bahan makanan, ubat-ubatan dan keperluan-keperluan lain. Sekiranya ada sekalipun, harganya melambung.

11. Meletusnya bom ekonomi menyebabkan panik dalam masyarakat. Orang ramai berpusu-pusu mengeluarkan duit dari bank untuk membeli barangan keperluan. Malangnya, wang kertas yang wujud hanya 1.5-3% dari duit digital. Ini bermaksud, bank run atau bank kehabisan wang kertas bakal berlaku. Semua orang hanya boleh mengeluarkan 1.5-3% dari jumlah wang yang disimpan di bank, atau hanya 1.5-3% orang boleh mengeluarkan semua simpanannya di bank. Yang pasti, semua orang boleh mengeluarkan walau 10% simpanan di bank adalah insiden yang mustahil berlaku.

12. Kemungkinan juga bagi mereka yang mempunyai simpanan melebihi rm 10,000 akan disita sebahag
iannya oleh kerajaan bagi menampung hutang negara.

13. Apabila bank run berlaku, pembelian panik berlaku sedangkan matawang RM tidak diterima di peringkat antarabangsa.

Adakah cukup beras dan barang keperluan lain ketika itu?Ini cerita yang dijangka berlaku. Nak percaya atau tidak, terpulang.

Bala..bala..semua ni bala ni.. - Hantu Kak Limah Balik Rumah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2015 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
ni fakta sukati pikir sendiri ke apa ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
nampak gaya mcm langsung x ambik tau hal ekonomi je gayanya. mcm main hentam asal bunyi sedap lol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2015 11:13 AM | Show all posts
Ok teruskan countdown..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by belilies at 25-8-2015 11:41 AM
sofiazara replied at 25-8-2015 11:12 AM
nampak gaya mcm langsung x ambik tau hal ekonomi je gayanya. mcm main hentam asal bunyi sedap lol


Ke tt copy paste dr kisah greek?

Kat post bwh sz dia kata "teruskan countdown". Nampak cam dia main2 ngan benda ni.

I'll call @cancer_files and @lkick2113 to comment...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 11:48 AM | Show all posts
Celoteh bahalol sekor ini pun nak dijadikan isu semasa ka ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2015 11:48 AM | Show all posts
USD naik mencanak, tapi DOW JONES jatuh menjunam 1085 points.
But, Ringgit menjunam, index BSKL naik mencanai sekarang dah 14 points.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 11:50 AM | Show all posts
sofiazara replied at 25-8-2015 11:11 AM
ni fakta sukati pikir sendiri ke apa ni

Nukilan syok sendiri jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2015 11:55 AM | Show all posts
hanya ameno boleh memerintah malaysia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2015 11:55 AM | Show all posts
so nk ckp kejatuhan ringgit ni baik utk negara mcm menteri ckp tu aje ke? Ringgit jatuh so apa implikasi kpd kita? ke cuma dlm kepala otak korang yg bijak ni cuma pk apa nk mkn tgh hari ni aje? esok lusa tunggu nasib saja?
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 11:58 AM | Show all posts
ini dh kira mewujudkan perasan takut di kalangan rakyat.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 11:59 AM | Show all posts
belilies replied at 25-8-2015 10:39 AM
Ke tt copy paste dr kisah greek?

Kat post bwh sz dia kata "teruskan countdown". Nampak cam di ...

amboi....tu macam kisah Indonesia tahun 1998....
yang bagian rush tu yang bahaya, orang berpusu2 nak keluarkan duit dari bank, bank has no liquidity, terpaksa bank pusat bail out...dah pasti ringgit akan di print banyak, mesin printer stand by 24/7...

sekarang kembali ke masyarakat, nak kah begitu?
countdown? ke bukannya ummah sendiri yang suka buat do'a nak harap ringgit sama dengan cgpa AM, nak Po-plet sekarang nak 5 hengget ? Allah kabulkan semua, kang baru tahu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2015 11:59 AM | Show all posts
so skrg ni kita nk kena takut ke kena hepi dgn kejatuhan ringgit?
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 12:01 PM | Show all posts
Edited by akusukaq at 25-8-2015 04:03 AM

Tak kuasa nak jadi bodoh dah byk kali sgt terbodoh sejak 30 tahun dulu. Sekarang biarkan golongan bbnu plk

Teruskan meratip sampai leteh. Aku senyum aje
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2015 12:03 PM | Show all posts
cancer_files replied at 25-8-2015 11:59 AM
amboi....tu macam kisah Indonesia tahun 1998....
yang bagian rush tu yang bahaya, orang berpus ...

apa yg jadi kat Malaysia ni semua dh jadi bahan lawak jenaka..mcm cerita p ramlee ini..ini betol2 bukan cobaan..sampai dh kepala kena ketuk pon dok cobaan cobaan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 12:06 PM | Show all posts
Eh bukan Nazri Aziz cakap kita dah tak import bahan makanan ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2015 12:07 PM | Show all posts
tt harap dapat sertakan sumber sebab rasanya ini dari blogger terkenal.kadang2 blogger2 tu masuk cari & komen dari pemerhatian saya
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 12:16 PM | Show all posts
akak speku ni mesti gara2 kaki jual forex jual RM to US..ujung2 RM jatuh teruk sebab dia dok bawak masuk USD msuk lebih dari RM..betul tk? hepi la korang..pastu point org sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 12:20 PM | Show all posts
GhostWalking replied at 25-8-2015 04:07 AM
tt harap dapat sertakan sumber sebab rasanya ini dari blogger terkenal.kadang2 blogger2 tu masuk car ...

Kutip dr blogger banggang semua pun ikut jadi banggang
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 12:28 PM | Show all posts
malaysia akan jadi negara miskin,pariah dan bangsat
tempat yg sgt sesuai utk perkembangan puak pengganas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:21 PM GMT+8 , Processed in 0.070165 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list