Edited by CARI-IIN at 25-8-2015 11:25 AM
Oleh Izzah Abbasy
"Ala, penatlah!" "Sorry, tak ada masa nak bersenam semua ini". "Rasanya belum masa lagi nak fit" "Panaslah, nanti berpeluh dan bau busuk". "Kalau sakit-sakit badan bagaimana?"
Wah, banyaknya alasan? Anda tidak perlu risau. Senaman tidak membebankan anda jika anda tahu cara yang mudah. Tidak perlu menghabiskan masa di gym atau taman rekreasi dan tidak perlu juga berjoging.
Apakah yang perlu kita lakukan?
Berjalan laju.
Tahukah anda, dengan berjalan laju sahaja ia dapat membakar kalori anda. Buktinya ;
- The Diabetes Prevention Program menunjukkan yang berjalan 150 seminggu dan menurunkan berat badan anda sebanyak 7% akan menurunkan risiko penyakit kencing manis sebanyak 58%.
- Dalam satu kajian, kadar kematian dalam kalangan lelaki yang berjalan kurang dari sebatu atau 1.6 kilometer sehari dua kali tinggi daripada mereka yang berjalan lebih dari dua batu sehari.
- Dalam kajian ke atas wanita yang dibuat oleh Nurse’s Health Study (72,488 jururawat wanita) mereka yang berjalan tiga jam atau lebih sehari mengurangkan risiko sakit jantung atau apa2 penyakit jantung yang lain sebanyak 35% jika dibandingkan dengan wanita yang kurang berjalan.
- Berjalan selama 30 minit, tiga ke lima kali seminggu selama 12 minggu mengurangkan simtom atau tanda-tanda kemurungan sebanyak 47% yang diukur dengan soalan piawai kemurungan.
- Berjalan laju dalam masa yang singkat (tiga sesi sehari dan 10 minit setiap sesi) akan menghasilkan peningkatan yang sama dalam kecergasan dan sama berkesan dalam menurunkan lemak badan.
Kenapa perlu jadi Fit?
- Awet muda
- Jantung lebih sihat dan kuat
- Kurangkan risiko kanser
- Untuk tingkatkan kadar metabolisme dalam badan
- Otot menjadi kuat dan berfungsi atau bertahan dengan lebih lama
- Badan sentiasa sihat
- Kurangkan obesiti
Jangan pandang remeh dengan setiap sukan atau senaman yang perlu kita lakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu. Ternyata, untuk ke tempat kerja, pusat membeli belah atau ke mana sahaja, kita perlu berjalan. Jadi, apa kata tukarkan langkah perlahan anda kepada pantas, sekurang-kurangnya secara tidak langsung ia membantu anda bersenam.
Dengan hanya berjalan laju, anda tidak perlu untuk melakukan senaman berat. Mudah kan? Jom, sama-sama kita praktikkan agar jalani hidup yang lebih cergas dan sihat. Tinggalkan alasan-alasan anda. Bersama kita menjadi fit. - CARI Infonet
#FitMalaysia #FitMalaysians
|