CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15420|Reply: 119

[Tempatan] Generasi Kini Takut Nampak Miskin Tapi Hakikat Lebih Miskin

[Copy link]
Post time 27-8-2015 04:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by CARI-SFG at 27-8-2015 04:48 PM

oleh Fyruz Hanna






Mengapa dan kenapa generasi kini takut terlihat miskin dan berusaha nampak kaya tapi sebenarnya membuka lubang lebih miskin.


Rata-rata anak muda lepasan universiti misalnya, oleh kerana kelulusan yang difikirkannya tinggi menyebabkan mereka berusaha untuk 'nampak' lebih baik dari sebelumnya tetapi tak sedar mereka sebenarnya lebih miskin.






Bukan dari segi harta mereka juga miskin untuk mengetahui perangkap dunia.


Mungkin bebanan yang dirasakan dengan memiliki segulung ijazah membuatkan mereka mengawal masa depan mereka untuk nampak lebih baik.


Sebagai contoh, lepas belajar dan kerja di sektor kolar putih dan membuatkan mereka dibebani hutang yang tak terjangkau untuk membayarnya.


Bayangkan sahaja hutang kereta, hutang rumah, semuanya berhutang kadang-kadang sehinggakan telefon bimbit juga berhutang.




Kalau diambil kira, memang sukar remaja masa kini untuk bebas hutang tapi bukan bermakna ia tiket untuk kita menambah hutang.


Rasullullah sememangnya mengambil berat mengenai hutang dan didalam solatnya sering memohon supaya Allah SWT supaya terhindar dari masalah hutang.


Kerana kebiasaan Nabi SAW berdoa dengan kalimat tersebut, seorang sahabat bertanya kepada Nabi, "Mengapa Engkau banyak meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah?"


Jawab Nabi tegas, "Sesungguhnya seseorang apabila sedang berhutang ketika dia berbicara biasanya berdusta dan bila berjanji sering mengingkarinya," (HR Bukhori).


Jadi, oleh kerana mahu nampak 'gah' disekeliling masyarakat si polan bin si polan menambah hutang yang mana tiada jaminan bahawa umur kita panjang untuk lunaskan hutang tersebut.


Ambil contoh hutang kereta, tanyalah mana-mana graduan, sememangnya berlumba-lumba membeli kereta kerana ia dilihat seperti aset 'menunjuk' supaya terlihat hebat.


Apa yang penulis harapkan adalah jangan kita terperangkap dengan hutang hanya kerana segan terlihat miskin.


Ubah persepsi kita dengan melihat harta adalah segala-gala. Usaha untuk memiliki sesuatu dengan hasil tuai dan bukannya memakan hasil tuaian namun tuaian tak jadi. Menjadi kaya atau berharta bukan daripada berapa banyak hasil yang boleh kamu buat tetapi berapa banyak yang kamu boleh simpan.


Kayakan diri dengan ilmu. Untuk kaya kita harus berfikir dengan cara lain. Ubah kelakuan. Ubah corak perbelanjaan. -CARI Infonet.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2015 04:09 PM | Show all posts
huh

nope...miskin ke kaya aku bukan tun m tolong apa2 pon.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 04:12 PM | Show all posts
org zaman skrang ni kaya hutang bukan kaya harta pun.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 04:13 PM | Show all posts
renung-renungkan......
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 04:14 PM | Show all posts
org skrg sanggup jadi papa kedana...nak impress org dgn beg branded...kereta mewah...tp dlm bank, habuk pun tadak
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 04:16 PM | Show all posts
Ramai org sekarang ni.. ' Biar Papa Asal Bergaya!'
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2015 04:18 PM | Show all posts
banyak sangat pengaruh MLM sebab tu jadi macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 04:19 PM | Show all posts
betul lah apa yg dia komen tuh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2015 04:20 PM | Show all posts
mesti org lain ingat dlm handbag hakak xde duit
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama la mcm fresh grad skrg. Gaji starting average rm2.7k tp keta bayar montly almost rm1k.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Peer pressure
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 04:24 PM | Show all posts
Satu statement yang menarik

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 04:24 PM | Show all posts
mane geng mlm yang bising2 tayang kereta sebulan kena tarik tu... baca ni jap... aku mensirap betul tgk kalau yang bodoh2 tak bole ajar ni...


MLM2 bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 04:26 PM | Show all posts
banyak sgt terpengaruh slot2 drama bangang samarinda akasia celaka semua tu..sampaikan hidup dalam fantasi tak sedar kemampuan kewangan sendiri..rasakanlah
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Klo org melayu lepak starbuck, mkn nandos, paki iphone pastu ujung bulan takde duit, tak beli umah lg, disalahnye krajaan. Tgok cina relax je pkai bju buruk
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 04:32 PM | Show all posts
sekarang dunia materialistik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2015 04:37 PM | Show all posts
bahagianya hidup kalau leh beli umah, kereta semua2 cash..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 04:40 PM | Show all posts
anak lelaki teman saya lagak mcm anak Dato, mkn nak d cafe2, num kopi d Starbucks atau sama taraf..Dia pernah kata kebanyakan kawan dia tak tau yg dia duk d PPR d area Cheras..baru belajar pakai  barang jenama da sombong..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 04:42 PM | Show all posts
Biar papa asal bergaya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 04:42 PM | Show all posts
itu silapnya individu tu sendiri..hadap sgt dgn pujian org..

aku beli jugak branded beg ke baju/kasut keje..tapi yg betul2 bertahun2..bkan tiap bulan aku beli. even benda2 kt umah pon aku jga leklok tak bagi rosak dpt pakai lama.

tapi nk nmpk kaya di mata org tidak ler..aku nk hidup aku selesa bukan org lain yg tolong kalu kita susah pon.

orang nk belagak ngan aku pi labelagak smpi ke langit..aku nk tengok esok keta saiz bas dan tudung fareeda yg betingkt2 tu bole antar anak pi sekolah tk. jumpe je mesti tanya..keje mana gaji berapa umah kt mana keta apa..itula cara melau kita pikir..aku tk koser nak layan..cina tengok2 je dah la..tapi belakang kita pon dia kutuk mel;ayu kaw2 jugak..lantak pi la.

masing2 jagala diri tu leklok toksah nmpk gah dimata org hakikatnya hampeh.

mahathir tu pon salah..dulu dia yg beriya2 ckp beras secupak takan jadi segantang skrg apa cita???

keh2

sory panjang lak macik bebel
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:09 PM GMT+8 , Processed in 0.084812 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list