View: 2171|Reply: 6
|
Si Dia Mula Dingin? Mungkin Ini Puncanya
[Copy link]
|
|
Bertahun hidup bersama pasangan kadang tidak menjangka hatinya terusik. Lagi pun bukan mudah untuk membaca soal hati, salah spekulasi dan tingkah laku anda boleh buat si dia lagi merajuk. Cuba rujuk info ini untuk semak apa yang buatkan pasangan anda berubah emosi.
1.Dia Sibuk Salah satu alasan utama mengapa pasangan mula mengabaikan anda adalah dunia pekerjaan. Jika si dia sangat sibuk, ada masa dia tidak dapat menjawab panggilan telefon atau SMS daripada anda atau orang lain. Bagi lelaki, karier adalah perkara yang akan mempengaruhi statusnya di mata masyarakat. Jadi sebelum berumah tangga, pastikan pasangan faham dengan bidang pekerjaan anda.
2. Konflik batin Lelaki bukan jenis yang suka tunjuk emosi. Selalunya apa yang dia rasa, lebih banyak dipendam dan buat tak tahu. Berat macam mana masalah, lelaki akan ambil masa dan ruang sendirian untuk keputusan terbaik dalam hidupnya.
Sebagai pasangan, anda kenalah tahu ambil hati dan pandai korek rahsia suami untuk dia meluah apa jua konflik yang dia alami.
3. Bosan Ini adalah salah satu alasan mengapa lelaki tarik diri secara tetiba. Jangan main-main kalau lelaki dah boasn, ini boleh mengundang orang ketiga. Tambah pula kalau anda tidak pernah ambil tahu soal hati dan makan minum suami. Dalam rumah tangga, anda kena tahu apa yang suami suka dan apa yang si dia cukup pantang.
4. Kemiskinan Ini juga menjadi alasan kenapa lelaki mula menjauhi dan berdiam diri. Tidak punya wang selalunya menjadi salah satu sebab besar pasangan suami isteri bergaduh. Bukan untuk kehendak sendiri tetapi jika tidak mampu memenuhi keperluan si anak dan isteri. Kadang lelaki akan berfikir masa depan jika melihat pasangannya susah dan pastinya ini menjadi sebab untuk dia curi ruang demi fikir jalan yang boleh senangkan hidup anda.
Jelas, bukan? Lebih baik anda betulkan kesilapan suami isteri jika sayangkan hubungan. Apa salahnya mengalah, elok fikir soal anak-anak dan masa depan daripada fikir yang negatif tentang pasangan hidup.
mingguanwanita
|
|
|
|
|
|
|
|
ade yg btl... |
|
|
|
|
|
|
|
mattzzx posted on 7-9-2015 01:09 PM
mana yang betul?
sibuk, konflik batin & kemiskinan... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|