CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Esmiria

Dahaga Seorang Lelaki-Page 3

[Copy link]
Post time 2-9-2015 06:21 PM | Show all posts

sama2lah kita menyabarkan diri sendiri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-9-2015 06:33 PM | Show all posts
Edited by Esmiria at 3-9-2015 09:27 AM

#2 Kalau Orang Tak Suka..

Siti bangkit dari kerusi. Meninggalkan Haliza di meja Cafe.Malas berbicara dengannya. Dia perlu masa bersendirian. Pantas langkahnya menuju ke kereta BMW. Satu panggilan dari rakan alam mayanya masuk. Aron Aziz. Rupanya tidak kacak. Manisnya ada. Sejemput janggut di dagu runcing. Perkenalan mereka berusia 3 bulan di Facebook.Dengan izin Allah, mereka akan bertemu pada Sabtu depan. Kata Aron, dia bercuti pada hari tersebut..

"Assalamualaikum.Nak apa?" soal Siti, kasar.Suaranya sengaja dibuat garau.Tidak mahu meransang nafsu Aron Aziz. Lelaki,biasalah.Yang sebenar, suara Siti tidaklah lunak sangat. Dia perasan sendiri.

"Waalaikmussalam. Dah solat Maghrib?"
"Maghrib? Ni petanglah.Aikk..Awak okay ke tak ni? Mabuk ketum ke?" balas Siti, sambil menghidupkan enjin kereta.Sudah bersedia untuk beredar.Tidak menyedari Haliza yang melintas jalan  tadi telah dilanggar sebuah kereta di pertengahan jalan.Denyutan nadinya hilang. Tamatlah riwayat hidup Haliza.

"Takde. Saya tersasul cakap tadi. Awak dah makan?" nada suara Aron Aziz berubah. Siti tersenyum sinis. Dia membelok ke simpang kiri.

"Dah makan.Saya tengah memandu ni.Kita cakap nanti ya." ujar Siti, seraya memutuskan talian telefon.

Hari yang dinanti telah menjelma.Siti cuma mengenakan baju kurung merah. Kepala tak lupa ditutup dengan tudung bawal Indon. Dalam kesedihan kehilangan Haliza, dia  mengumpulkan kekuatan untuk menghadiri pertemuan mereka berdua.

"Assalamualaikum." sapa seorang lelaki yang kurus keding. Ketinggiannya lebih kurang dengan Siti. Dia sedang berdiri di belakang Siti .Siti menoleh. Tersenyum. Boleh tahan juga, desis hatinya. Tak lambat salam Aron Aziz terjawab. Restoran KFC, ialah saksi perjumpaan pertama mereka.  Jeda sebentar.Situasi kekok dalam suasana yang bingit. Ramai orang  memenuhi meja kosong. Saling tersenyum. Aron Aziz mencari tempat untuk mereka berdua. Siti pula hanya memerhatikan kemeja camel dan seluar jeans yang dipakainya. Segak, bisik hati kecilnya. Terus lupa rakan baiknya serta-merta. Seusai memesan makanan, Aron Aziz melawan perasaan gementar dan kekok. Dia perlu berbicara dengan Siti. Tiada makna pertemuan ini.

"Siti.. Awak selesa dengan saya?"
"Kekok.Tapi awak ni macholah." sifat memuji sudah lana tertanam dalam diri Siti. Tak hairan seandainya lelaki berkulit gelap macam Aron Aziz mendengar pujian tersebut.Biasalah,bermulut manis.

"Terima kasih.Awak  pun cantik." sela Aron Aziz.Malu. Tentu wajahnya kemerahan jika kulitnya putih.Keturunan India,tak lari dari berkulit gelap(ikut kaum gak ya). Ibu bapa Aron Aziz berlainan kaum dam agama. Hidayah Allah masuk ke jiwa mereka. Mak India. Bapa Melayu murtad. Kedua-duanya kulit gelap. Aron Aziz tahu, Siti sekadar memuji di mulut.Bukan di hati.

"Jom makan."

Mereka makan sambil bertentang mata. Tiada butir bicara lanjut dari kedua-dua pihak. Padahal, Aron Aziz ramah ketika berchatting di tingkap biru dengan Siti. Dialah yang mengambil langkah pertama.Mulanya, Siti kelihatan putih di default picture Facebook. Sehinggalah satu hari, Siti menceritakan kebenarannya. Photoshop yang membuatkannya cantik di mata rakan-rakan lelaki Facebook. Aron rasa tertipu.
"Nak buat apa lepas ni?"tanya Siti selepas makan.Dia merasakan Aron Aziz ialah calon suaminya yang sesuai. Aron Aziz mengukirkan senyuman manis .

"Saya nak balik." tutur Aron Aziz. Dia bangkit dari kerusi dan memberi salam. Dia berterima kasih pada Siti kerana sudi bertemu dengannya. Siti tahu, ia bukan petanda baik.Lagi memgecewakan, Aron Aziz telah memblocknya di Facebook.
"Menyesal aku jumpa dia." kata Siti sendirian di biliknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2015 08:06 AM | Show all posts
bagus. dpt noti komen si kambing.haram  tk dpt tgok. cari mengong.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 08:47 AM | Show all posts
Esmiria replied at 2-9-2015 01:33 PM
#2 Kalau Orang Tak Suka..

Siti bangkit dari kerusi. Meninggalkan Haliza di meja Cafe.Malas berbic ...
"Takde. Saya tersasul cakap tadi. Awak dah makan?" nada suara Aron Aziz berubah. Siti tersenyum sinis. Dia membelok ke simpang kiri.

"Dah makan.Saya tengah memandu ni.Kita cakap nanti ya." ujar Siti, seraya memutuskan talian telefon.Hari yang ditiba telah menjelma.Siti cuma mengenakan baju kurung merah. Kepala tak lupa ditutup dengan tudung bawal Indon. Dalam kesedihan kehilangan Haliza, dia  mengumpulkan kekuatan untuk menghadiri pertemuan mereka berdua.

hukalohhh...puas beng fokus...kejap kat Siti tak pasan Haliza kena langgar mati.....pastu kat ayat lain kata sedih.

Rupanya...ayat yang beng merahkan tu patut di buat kat perenggan lain la cik adik. Baru jelas dah masuk hari yang lain.


Btw, teruskan bawak citer2 yang bukan cliche macam ni. Wat lah siri KISAH BENAR ke contohnya kan. Dunia realiti, masa bercinta dan selepas berkawin. Tak susah sebenarnya nak cari idea...paling senang cari je soal jawab dengan kak sri siantan..hehe..macam2 citer ada boleh diadaptasi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2015 09:08 AM | Show all posts
kambeng_masam replied at 3-9-2015 08:47 AM
hukalohhh...puas beng fokus...kejap kat Siti tak pasan Haliza kena langgar mati.....pastu kat ay ...

Bru nmpk komen yg ni.huhuhu. bencinya guna perkataan huhu.tpi tertaip gak. Idea ni kacang je bgi sya.hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 09:17 AM | Show all posts
kambeng_masam replied at 3-9-2015 08:47 AM
hukalohhh...puas beng fokus...kejap kat Siti tak pasan Haliza kena langgar mati.....pastu kat ay ...

Lama tak dengar nama Cik Seri Siantan


By the way, @Esmiria

Hari yang ditiba telah menjelma
Di tunggu / Di nanti lebih tepat...    kot?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2015 09:22 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 3-9-2015 04:17 AM
Lama tak dengar nama Cik Seri Siantan

tulah...rasanya dlm paper UM ke atau majalah wanita ye?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2015 09:25 AM | Show all posts
kambeng_masam replied at 3-9-2015 09:22 AM
tulah...rasanya dlm paper UM ke atau majalah wanita ye?

siapa seri siantan tu?
@Nicki_Meow
yelah saya fix skrng
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2015 09:26 AM | Show all posts
Wahh.... mesti berdenyut2 jantung es citer cinta tak klise dia mendapat sambutan


nampak tak cita rasa rakyat malaysia.... jgn salahkan penulis 100 persen

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2015 09:29 AM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 3-9-2015 09:26 AM
Wahh.... mesti berdenyut2 jantung es citer cinta tak klise dia mendapat sambutan

Tk berdenyut.gembira adalah. Yela.bru bukak thread cmni.dh 5 komen pda hri pertama.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 09:36 AM | Show all posts
kambeng_masam replied at 3-9-2015 09:22 AM
tulah...rasanya dlm paper UM ke atau majalah wanita ye?

Berita Harian / Harian Metro rasanya.

@Esmiria

Zaman hakak kanak-kanak riang dulu, dalam akhbar, ada satu ruangan ni khas tempat rakyat marhaen meluahkan masalah. Segala masalah rumahtangga, anak-anak, mertua, ipar-duai etc etc etc akan dipaparkan dalam tu. So Cik Seri Siantan yang akan membantu untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan memberi nasihat bernas.

Kalau zaman skang ni, Cik Seri Siantan mungkin dah level ADMIN di mana-mana laman sosial.





Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 10:34 AM | Show all posts
lahhh komen salah , xkomen ponn salah juga.....

tu sbb ramai yg suka jadik SR.....

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 10:42 AM | Show all posts
cuba ko share sikit camne kau stat buat cerita?
contohnya...hari n dapat idea..pastu buat sipnopsis dulu ke...
cari klimaks dan ending ke...
banyak idea ko ni....pasal cerita 'kalau orang tak suka' tu memang aku tak jangka endingnya macam tu
dalam kepala aku kata 'oohh.. dari gambar turun ke hati..'
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2015 11:27 AM | Show all posts
awanjingga replied at 3-9-2015 10:34 AM
lahhh komen salah , xkomen ponn salah juga.....

tu sbb ramai yg suka jadik SR.....

akak ni.xkn mrh lagi kot. Sy x persn.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2015 11:29 AM | Show all posts
akudansesuatu replied at 3-9-2015 10:42 AM
cuba ko share sikit camne kau stat buat cerita?
contohnya...hari n dapat idea..pastu buat sipnopsis ...

Eii.aku tulis terus.takyah wat sinopsis ke apa.sbb pernh aku tulis dulu  rangka cerita  kat buku.pahtu bila taip kat komputer dulu,jln cerita bertukar! eii buat pening pala je fikir kesn plot time rangka!
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 10:20 AM | Show all posts
Edited by kambeng_masam at 4-9-2015 05:21 AM
Esmiria replied at 3-9-2015 06:29 AM
Eii.aku tulis terus.takyah wat sinopsis ke apa.sbb pernh aku tulis dulu  rangka cerita  kat buku.p ...

tak kisah memana satu pun Es..asalkan selesa dgn style menulis sendiri. Takde rule tertentu nak rangka dulu ke, nak terus tulis ke. Ramai je penulis ngetop mat saleh jenis wat cerita direct kuar dari kepala otak....fresh dari ladang katanya. Style gini katanya ialah jenis 'seat on the pants" writer. Menaip terus dari otak turun ke jari. Dah siap semukasurat, baru diedit.

Bayangkanlah penulis2 gini menaip guna typewriter jaman2 tu kan? penuh bakul la dgn kertas.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-9-2015 11:11 AM | Show all posts
kambeng_masam replied at 4-9-2015 10:20 AM
tak kisah memana satu pun Es..asalkan selesa dgn style menulis sendiri. Takde rule tertentu nak ra ...

tpi klo typo time guna typewriter cmner ye? jenuhla.. nsib xyah guna mesin taip.lalala
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 12:44 PM | Show all posts
Ehem.... tumpang lalu.  
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 12:45 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 3-9-2015 09:17 AM
Lama tak dengar nama Cik Seri Siantan

Adeh... ayat baru ke Es?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2015 01:39 PM | Show all posts
wipers81 replied at 4-9-2015 12:45 PM
Adeh... ayat baru ke Es?

apa mksud akak ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.343685 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list