CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: Esmiria

Dahaga Seorang Lelaki-Page 3

[Copy link]
 Author| Post time 4-9-2015 01:39 PM | Show all posts

tumpang lalu jew?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2015 02:24 PM | Show all posts
wehhh citernye mana?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 03:03 PM | Show all posts

tu ayat ditiba
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2015 03:12 PM | Show all posts

sebenrnya kak.idea byk nk tulis. Haa gitu..memang thread ni nk sentapkan org yg terkena btg hidung sndiri.gituuuuuuuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2015 03:12 PM | Show all posts

menganjing org...tu nk taip dinanti..tpi  tertaip ditiba..haihh.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 03:21 PM | Show all posts
Esmiria replied at 4-9-2015 03:12 PM
menganjing org...tu nk taip dinanti..tpi  tertaip ditiba..haihh.

menganjing org?
Ayat kreatif ke tu?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2015 01:16 AM | Show all posts
mana pigi dah budak Es ni? tamau sambung ke? ke tgh wat research kat pasaraya giant?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2015 09:25 AM | Show all posts
kambeng_masam replied at 6-9-2015 01:16 AM
mana pigi dah budak Es ni? tamau sambung ke? ke tgh wat research kat pasaraya giant?

tengah editlah ni..hmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2015 09:31 AM | Show all posts

haaa..edit cepat...pastu tempek kat sinih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2015 12:05 PM | Show all posts
#3 Kalau Dah Jodoh...

Siapa sangka, saat sedang asyik mencuci mata beg-beg jenama mahal seperti Gucci, bahunya ditempuh oleh seseorang. Babak yang klise seperti drama Melayu sebelum saling bertentang mata lalu turun ke hati.Kedua-duanya saling meminta maaf dan Samad memperkenalkan  dirinya pada Nasha Aziz.Samad tak malu mengajaknya ke Cafe Yahudi sebagai tanda minta maaf,katanya. Nasha Aziz yang menggeletik terus bersetuju. Calon suami yang sesuai buatnya. Sudahlah kacak, sasa pula tu. Pasti berkereta dan bekerjaya! Melihatkan kot hitam seperti pekerja pejabat yang tersarung ke bajunya. Sejam yang berlalu begitu pantas tidak cukup buatnya. Perihal diri Samad perlu diketahui lebih lanjut.Apa yang Nasha Aziz tahu, Samad seorang duda yang sudah kematian isteri tanpa bukti cinta mereka di dunia(lol, anak!).Bekerja sebagai Pegawai Pemasaran di Hotel 10 bintang. Seterusnya, butir bicaranya mengenainya menerjah masuk ke dalam lubang telinga Samad. Dengan matanya tak lari dari melekat ke muka Samad. Samad tumpukan perhatian sepenuhnya padanya. Gadis seksi yang baru nak up melintasi depan meja mereka pun tidak diendahkan.

"Saya nak balik.Ada hal." Samad bersuara. Nasha Aziz  bermuka muram. Kemudian senyumannya terbentuk semula. Serentak mereka bangkit dari kerusi.Mereka ketawa kecil sama-sama.

"Jangan lupa call saya?"

"Mestilah." jawab Samad.Gembira menemui bakal pemasuiri hidupnya..Kelihatan Nasha Aziz seronok berbual dengannya. Mereka berdua  mengambil haluan sendiri. Masing-masing saling mengingati wajah masing.Ada satu hal yang Nasha Aziz rahasiakan dari Samad..

Ikatan tali pertunangan Nasha Aziz dan Zack bakal terputus pada Sabtu minggu depan. Walhal berbeza darjat,Nasha Aziz tak memilih dalam mencari kekasih. Anak Dato yang mengusahakan perniagaan kosmetik-Terlajak Cantik!Cantik dan kadang-kadang manja serta gedik! Dia bukan tipikal anak orang kaya dalam drama melayu- Nasha Aziz sangat memandang tinggi orang miskin.Kerana,tanpa mereka, tidak adalah bangunan-bangunan tinggi yang mencakar langit atau tandas-tandas di bangunan awam akan kotor atau tidak ada  orang yang sudi mengambil pesan makanannya dan lebih utama, duit keuntungan perniagaan papanya datang dari pembeli orang bawahan juga atasan! Kebaikan Zack terhadap orang sekelilingnya membuatkan Nasha Aziz jatuh cinta padanya. Status rakan baik bertukar kekasih.Nasha Aziz tak bertepuk satu tangan! Perasaanya berbalas setelah babak luahan perasaan berlaku. Cincin tunang tersarung pada jari manis beberapa hari kemudian!Kini,beberapa hari saja mereka akan menikah..

Malam pernikahan Nasha Aziz dan Samad, Zack memecut motornya dengan kelajuan bahaya sehingga dia mematikan enjin motorsikal di tepi jambatan besar. Kata-kata Nasha Aziz masih terngiang-ngiang di telinganya.

"You..I nak putus dengan you.."
"Kenapa?"
"I dah jumpa orang yang sesuai buat I.Kami dah keluar bersama dan saling mencintainya..Harap you faham.Ambil balik cincin you ni."

Tak guna punya perempuan.Murah!Menyesal aku pinjam duit dari Along sebab nak beli cincin tunang ! bentak hati Zack yang  kurus kering. Tak sasa dan tak kacak seperti Samad! Apalah sangat dengan sado! Dua tiga kali dengusan nafas keluar dari lubang hidungnya yang kembang,dalam posisi berdiri seperti Peterpan yang bersedia untuk terbang dan bermain dengan Jane. Zack tak dapat menerima kenyataan.  Cinta itu penting.Hidup mesti berlandaskan cinta. Cinta boleh melawan selautan berlian.Pemergian Nasha Aziz dari hidupnya ibarat ombak tsunami yang melanda dirinya.Lemas dan sukar untuk bernafas.Tiada kehidupan. Rayuan demi rayuan  dilihat Nasha Aziz, sehingga dia berlutut dan bersujud di kakinya! Tahi kucing pun dia makan di depannya kerana hendak membuktikan cintanya! Satu pun Nasha Aziz tak terpujuk.Ahh! Ini tak adil! Dunia tak adil!

Arghhhhhh! jeritnya. Apa yang mahu dilakukan? Bunuh diri! Penyelesaian yang mudah untuk mengubati hatinya yang sakit!Lantas, dia terjun ke dalam sungai dan dibaham buaya jantan.Wajah Nasha Aziz menghiasi tubir matanya sebelum dunianya gelap. Saat rohnya dicabut Izrail, dia kesakitan!Arghh,menyesal kerana ikutkan kata hati! Tanpa cinta pun, aku boleh hidup! Menyesal! Ya Allah,maafkanku!Semua sudah  terlambat,tak guna,kau tangisi lagi.

Manakala Nasha Aziz sedang enak melayari kapal di bilik rumah mereka yang cantik bersama nahkoda kapal, Samad...

Kalau dah jodoh tu!Tak ke mana! Kalau bodoh pun, tak kemana!

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 03:06 PM | Show all posts
ish...bape kali dah masuk sini... mana cerita...cerita...cerita..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2015 05:02 PM | Show all posts
akudansesuatu replied at 11-9-2015 03:06 PM
ish...bape kali dah masuk sini... mana cerita...cerita...cerita..

Kan aku dh publish kat page 2. free2,jenguk thread cerpen aku yg lgi satu ye.ceh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2015 05:42 PM | Show all posts

Engkau Berpacaran Dengan Pakwe Hensem

Engkau bukak Facebook. Engkau ternampak status terbaru dari fanpage syarikat penerbitan buku kesukaan kau. Tangan Novel. Engkau sudah sedia maklum yang syarikat Tangan Novel banyak menerbitkan novel-novel genre cinta.Pelbagai plot di setiap novel dan penamatnya tentu gembira dan ada kalanya sedih. Engkau peminat novel cinta yang fanatik.Setiap bulan engkau pasti meminta wang sejumlah 500 ringgit dari ibu bapak kau untuk membeli novel keluaran terbaru syarikat Tangan Novel.Ibu bapak engkau tak kisah sebab engkau satu-satunya anak dara mereka yang manja dan gedik gila. Minta apa saja, ibu bapak engkau akan tunaikan. Demi anak kesayangan.

Engkau baca status tersebut.
"Novel terbaru di pasaran!
Suamiku Superman
Isteriku Orang Gila
Dia Isteri Biasa
Hello Mr Tak Guna!
Love you,Encik Terencat Akal
Sebenarnya,Dia Bukan Boyfriend Saya!
Setia Hingga Ke Liang Lahad’
Engkau tersenyum-senyum membaca sinopsis novel satu per satu.Tingkap biru segera dibuka.Mula menaip sesuatu.
Engkau-Eh,ada novel baru.Jom beli.
Fingerlady-Ye ke?Jommmmm!Bila?
Engkau- Sekejap lagi kau datang rumah aku ye.
Fingerlady-Orait!

Engkau sengih keterujaan.Nafsu membeli engkau bakal dilempiaskan sekali lagi. Engkau cepat-cepat membuka almari baju engkau.Banyak baju-baju yang seksi tergantung. Engkau tidak tahu mana yang perlu dipilih. Seraya,engkau menangkap gambar engkau sendiri menggunakan telefon bimbit yang tercanggih di dunia-Iphone6. Engkau mengupload foto tersebut ke laman Facebook engkau dengan caption
’Nak pakai baju apa ye?’

Beribu-ribu komen dan like muncul.Engkau membaca satu per satu secara cepat. Ada yang mencadangkan engkau memakai baju blouse dan skirt,baju kurung dengan tudung bawal, dress pendek  dan bermacam lagi sehingga engkau tiada mood mahu membaca. Engkau perlu bersiap cepat!Maka,engkau menarik keluar  satu baju blouse biru  dan skirt pendek paras punggung warna hitam. Engkau tidak kisah tentang pandangan jejaka-jejaka liar di luar sana nanti. Bagi engkau, ianya merupakan pencapaian yang membanggakan kerana menjadi bayangan tika mereka cek cap.  Tubuh engkau takkan disentuh mereka. Engkau tersenyum gembira memikirkannya. Dosa buka aurat engkau langsung lupa.

Seusai berpakaian,engkau menyemburkan pewangi mahal ke seluruh badan.Anting-anting emas  tidak lupa engkau pakai. Telefon bimbit menjadi saksi engkau berdiri di depan meja solek.Kecak! Satu foto diupload ke laman so-sial Facebook. Kata-kata pujian memenuhi ruang komen. Engkau tersengih bangga. Satu panggilan dari Fingerlady.

"Aku dah sampai ni.Bila kau nak bukak pintu?" tanya Fingerlady sebaik engkau berada di talian.
"Okay.Wait!" Engkau memutuskan talian.Bibir engkau sapu dengan  gincu MAC. Muka engkau belek buat kali terakhir sebelum keluar dari bilik.

Engkau masuk ke dalam kereta Suzuki Swift. Fingerlady duduk di sebelah tempat penumpang.Tanpa lesen kereta,engkau memandu keluar dari perkarangan rumah banglo 10 tingkat engkau. Radio dipasang. Stesen HRT Gegar Satu Malaysia dicari. Sebuah lagu dimainkan dj Naz.Engkau amat menyukai lagu bertajuk ’Sori Sori  Saya Sayang Awak’

Engkau dan Fingerlady nyanyi bersama-sama. Kejap-kejap mata engkau ke jalan.Kejap-kejap ke muka ayu Fingerlady.Engkau hampir saja melanggar motorsikal Apek yang  membawa daging babi dalam bekas besar di atasnya.Sempat apek mengutuk engkau dan tunjuk jari hantu. Engkau membalas balik dengan kata-kata makian dalam bahasa cina. Engkau berdua gelak sama-sama dalam kereta.

Engkau sampai di kedai MPH. Engkau dan FingerLady bergerak ke rak buku yang mempunyai label Tangan Novel.Mata engkau mencari-cari keluaran baru novel yang engkau lihat tadi.Seorang perempuan yang berbaju kurung dan bertudung hitam menghampiri engkau berdua dan bertanya

"Cik-cik nak cari novel apa?"

"Hello Mr Tak Guna dan Sebenarnya Dia Bukan Boyfriend Saya!" beritahu engkau dengan suara lembut dan perasan perfect.Jantan-jantan dalam kedai asyik merenung aset engkau.

"Okay.Tunggu jap." si gadis tadi tolong mencari tajuk novel tersebut. Fingerlady pula merayap ke rak-rak buku lain. Seorang jejaka yang macho dan segak berpakaian berjalan dengan gaya model mendekati engkau dengan senyuman gatal. Engkau faham situasi ini tetapi engkau berlagak sombong.Engkau tak balas senyumannya. Engkau mengalihkan pandangan ke pembantu kedai MPH.

Si jejaka menyebut Hai tetapi engkau pekakkan telinga. Engkau jual mahal. Terasa teruja dan bangga ditegur lelaki kacak. Jika lelaki ini menyapa engkau lagi, engkau akan bersuara. Itu janji engkau dalam diri.

Seperti dijangka,lelaki tadi bersuara. Kali ini berserta dengan pujian.

"Awak cantik.Boleh berkenalan?"
Engkau pandangnya dengan wajah serius.Kening hitam terjongket sedikit. Bila mulut engkau mahu terbuka, si gadis tadi menegur engkau.

"Cik, saya dah dapat novel-novel yang cik minta."


Engkau pulang ke rumah dengan perasaan gembira. Engkau ternanti-nanti akan panggilan dari Hakim,nama jejaka tadi. Hakim sedaya upaya mengurat engkau sehinggakan engkau rela memberi nombor telefon engkau padanya.Kisah cinta engkau dan dia bakal bermula tak lama lagi. Penamatnya mesti happy ending seperti novel-novel yang engkau baca sebelum ini. Engkau sudah mempercayai Hakim sepenuh hati.Tak sabar engkau hendak bermain tarik-tali dengannya.

Malamnya engkau menyambut panggilan daripada Hakim.Hakim bertanya tentang keadaan engkau pada saat itu. Sihat ke?Dah makan minum ke?Dah berak ke? Soalan-soalan tipikal yang menunjukkan dia ambil berat tentang engkau.Engkau berdua mengalami perbualan satu hala.Seronok menjawab sepatah dan disoal pelbagai soalan. Hakim mengajak engkau berjumpa namun engkau menolak.Dengan alasan,engkau ada kelas tuisyen esok. Hakim akur. Engkau berjanji yang engkau akan keluar dengannya pada lain kali.Perbualan diakhiri dengan ucapan selamat malam.

Engkau tidur dengan nyenyak. Engkau bermimpikan engkau berjalan di gereja dengan Hakim sebelum dinikahkan oleh paderi. Saat engkau berdua hendak bercium,engkau tersedar. Sudah tengahari buta. Patutnya engkau bangun pagi kerana perlu menghadiri karnival jom kepoh. Dek bersengkang mata membaca novel Hello Mr Tak Guna! Engkau terlelap pukul 6 pagi.

Engkau selamba keluar dari bilik dalam keadaan kusut masai dan busuk masam.Sempat engkau berselfie dan mengupload foto ke laman Facebook. Tengahari engkau ceria kerana komen-komen yang memuji akan kecantikan engkau.

Engkau keluar sebaik bersarapan.Tentulah engkau berpakaian t-shirt pendek yang mengikut bentuk badan dan berseluar ketat.Persis perempuan Barat. Wangi dan bersih pula tu. Langsung terlupa homework sekolah yang engkau patut buat. Engkau tak tahu mana hendak menuju. Satu tempat melintas di minda.

TC!
Teluk Cempedak.

Seronok kalau bermain air pada waktu-waktu begini,kata engkau dalam hati. Engkau pun segera menghubungi tiga lima rakan engkau sebelum memecut laju kenderaan kau dari rumah banglo.

Sewaktu engkau seronok bermain air dengan lima rakan engkau, entah mana silapnya engkau terjatuh terduduk sehingga menimbulkan kesakitan di punggung engkau. Engkau digelakkan sebelum mereka menolong engkau bangun.Engkau takde mood seraya meninggalkan pantai.Engkau baring atas katil sebaik sampai di rumah tanpa menukar baju. Deringan telefon bimbit menyedarkan engkau. Panggilan dari Hakim. Hakim bertanya keadaan engkau dan engkau mula bercerita mengenai hal tadi.

2 bulan kemudian engkau sudah berkapel dengan Hakim.Engkau merasmikannya di Facebook dengan  mengubah status single ke married to Hakim. Banyak foto mesra engkau dan Hakim terpapar di laman Facebook engkau dan pakwe engkau.  Caption Till Jannah tak lupa ditaip sekali. Ramai yang mendoakan hubungan engkau berdua berkekalan. Engkau bahagia dengan hubungan cinta engkau sampai engkau termakan pujukan rayu Hakim yang menginginkan dara engkau. Dengan rasa cinta yang membara,engkau telah bergelar penzina.

Tiba-tiba,engkau dapati engkau tidak datang bulan sebulan selepas kejadian itu. Kerisauan ini makin memuncak setelah engkau mengalami simpton-simpton orang mengandung.Senyap-senyap engkau membeli pregnacy test kit di farmasi dan mencubanya.Ternyata engkau mengandung!Engkau memberitahu hal ini pada Hakim tetapi Hakim menafikan benih itu milik engkau berdua. Hakim meminta putus dan menghilangkan diri. Engkau menangis teresak-esak.Seminggu engkau terperap dalam bilik.Tidak makan.Hanya minum. Ibu bapa engkau tidak peduli engkau sebab mereka sibuk bekerja.Akhirnya,engkau mengambil keputusan yang drastik.

Engkau ambil pisau di dapur dan mengelar pergelangan tangan engkau sehingga berdarah. Kesakitan yang engkau tidak pernah rasai hilang sebaik jantung engkau berhenti berdenyut. Malaikat maut mencabut roh kau dengan kasar sekali. Engkau tahu yang engkau takkan selamat.Manakala Hakim,sedap mengambil ’pendermaan’ dara gadis lain. Ibu bapa engkau menangisi kematian engkau. Berita kematian engkau terpapar di akhbar esoknya.Hakim selamba membacanya.

Welcome to the alam barzakh,babe.

Moral/ Ini kisoh beno yang diubah.Ramai bunuh diri sebab bunting .Cerpen ni untuk budak bawah umur yang menggelentik nak bercinta.Untuk adult boleh jugak.Heh.
Fingerlady terhasil dari nama ladyfinger.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2015 11:52 AM | Show all posts
Esmiria replied at 8-11-2015 05:42 PM
Engkau Berpacaran Dengan Pakwe Hensem

Engkau bukak Facebook. Engkau ternampak status terbaru da ...

oit, patut lah tersedak...

btw, teluk cempedak tu, tempat bercanda dgn kawan2 kaka dulu...
teluk sisik, bukit sekilau....

ada familiar?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2015 11:59 AM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 9-11-2015 11:52 AM
oit, patut lah tersedak...

btw, teluk cempedak tu, tempat bercanda dgn kawan2 kaka dulu...

Tc blh jdi port beromen.gay les penk pun kdg2 ada kt situ.hmmm...but actually, tc ni bhya for kuantan. Kot2 tsunami ke nanti.
(Tc is suck.busuk.permh bgtaw hal kebusukan tc pda satu mamat kokesen ni.)



yg pasti,sungai kuantan akn pnuh melimph smpi tenggelam bndr ni nanti. lol.
Indon.dh gempa bimbang,tsunami besar nanti.mna tahu.


Familiar .tk pernh pergi.  Sy x suka bergaul.lulz.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2015 12:02 PM | Show all posts
Esmiria replied at 9-11-2015 11:59 AM
Tc blh jdi port beromen.gay les penk pun kdg2 ada kt situ.hmmm...but actually, tc ni bhya for kuan ...

really?
Oh, kaka dah berbelas tahun tak ke sana

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2015 10:29 PM | Show all posts
Awok nok berapa anok?
Sinaran mentari menerobosi celahan tingkap bilik mereka. Cahaya pelita siang mengenai muka Cindia serta Faris. Kedua-duanya terjaga dari tidur serentak. Anak mata mereka bertaut lalu satu senyuman terukir di wajah masing-masing.Babak mesra mereka yang berlanjutan sehingga subuh menerpa ke ruang minda.Erangan dan air nikmat terbayang di tubir mata.
Cindia ingat lagi soalan Faris sebelum hubungan badan terjadi pada malam semalam.
"Abang nak berapa anak?"
"5?Kalau boleh dua-dua kembar.Laki tino campu..Yang ke lima perempuan.Boleh?"
"Boleh sangat."

"Oh!Pukul berapa sekarang?" tanya Faris,sambil berkalih ke sisi kirinya.Ada jam loceng terletak di meja lampu.Tampaknya kadnya berwarna merah pagi ini.Ahh,ini semua pasal nak dapat anaklah ni!
Tanpa mengucup Cindia kembali, dia bingkas bangun dam segera berpakaian formal untuk menghadiri mesyuarat yang bakal berlangsung dalam SETENGAH jam lagi.
Telefon bimbit berdering.Segera Faris memeriksa gadjet itu.
’My wife calling..’
Faris pandang Cindia yang baru mengangkat panggilan dari suaminya.
"Cindia lepak kat rumah kawan sampai tumpang tidur.Maafkan Cindia tak beritahu abang..Hmm..okey.Bye bye..Love you!" talian pun terputus.
Faris dan Cindia saling berpandangan dan tersenyum.
"I only love you Faris."
"Me too."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2015 11:40 PM | Show all posts

Facebook
Suasana restoran hingar bingar dengan suara-suara manusia.Adif dan Ali mengambil tempat di satu sudut. Meja yang kotor dibersihkan segera pelayan lelaki lain.Barulah empat tangan berlabuh atasnya.Terasa selesa.

Sementara menunggu pesanan makanan yang baru dibuat sampai, mereka menatap gadjet masing-masing. Ali sedang mengstalk profile seorang perempuan cantik.Setiap statusnya yang dikemaskini setiap hari dibaca penuh semangat.

22/11/15
Hubby I masakkan I lauk asam pedas untuk I. So sawit!berserta sekeping foto.

Hehe.Kalau aku jadi laki kau,sanggup aku jadi hamba kau!bisik hati Ali.

23/11/15
Perkahwinan kami sungguh bahagia.Since the first day I saw him at my house.I knew hes my mr right. Dia baik,caring dan penyabar. Berserta foto mereka berdua berlaga pipi   separuh bogel di atas katil.

Hmmm.lazat!Aku balun kau siang malam kalau aku dapat kau!desis hati Ali lagi.

24/11/15
Hari ni anniversary kitaorang.Hubby buat suprise party. Dia sanggup buatkan kek coklat strawberry untuk I! Berserta foto mereka berdua saling bersuapan kek berlatarkan dinding kuning.
Alaaa..bahagianyaaa..

25/11/15
Im preggy! Dah siap buat account insta for the babi! berserta foto prenangcy test kit yang berada di meja.
Babi?Erkk..typo mungkin..

26/11/15
Hubby I bawak I ke restoran mahal!Dia sempat beri sejambak mawar dan ada kad kecil terselit.
berisi..
’Walau sayang bukan pertama.Sayanglah yang terakhir buat abang."
Eleeh..aku boleh jadi lebih dari sweetlah!


"Ali!"
"Bende mu?Aku tengoh tengok status bini ka ni..erk." Ali terlepas cakap. Adif tak tahu langsung pasal kewujudan mukabuku isterinya.
"What?Bak sini!"
Tak sempat menarik tangan kerana kecepatan tangan Adif menyambar telefonnya. Pantas Adif membaca status-status bininya. Darahnya mula mengelegak sehingga kulit mukanya kemerahan.
"Kau okay tak bro?"
"Tak okay!"
Lalu Adif mengomen salah status bininya.
’Aku suami kau yang guna fb kawan aku.Aku ceraikan kau dengan talak satu!’


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.058642 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list