Cinta sememangnya indah namun bagaimana pengakhiran sebuah cinta itu yang menjadi penentu kebahagian atau sebaliknya.
Setiap insan yang bercinta pastinya menginginkan kesudahan yang baik hingga disatukan sebagai pasangan sebagai suami isteri.
Namun, setiap apa yang kita inginkan tidak semestinya kita dapat. Walau sedalam mana kita menyintai seseorang, tidak semestinya dia akan menjadi milik kita akhirnya. Kadang-kadang bercinta sampai bertahun-tahun tapi hujung-hujung berpisah jua. Kenapa itu terjadi?
Didalam hidup ini penuh dengan dugaan dan ujian. Disebalik ujian itu tersembunyi seribu hikmah yang kita mungkin tidak pernah terfikir.
Memang benar, perpisahan adalah sesuatu yang sangat perit namun sebagai manusia kita kena redha jika ianya berlaku. Perasaan sedih dan kecewa adalah lumrah kehidupan. Pernah dengar tak ayat ini :
Kadang-kadang Allah turunkan hujan dan kilat, kita menangis mencari mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak beri kita pelangi.
Jadi, ingatlah... andai anda mengalami ujian yang memeritkan seperti terpaksa berpisah dengan orang yang anda sayangi.. redha dan terimalah dengan hati terbuka kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita dimasa hadapan.
Nah belanja satu lagu..
Anda berapa kali putus cinta? Mesti frust menonggengkan. - CARI Infonet.