View: 3825|Reply: 7
|
[Politik]
Bahana! Lantang Bersuara Tanda Pendek Akal
[Copy link]
|
|
Edited by CARI-IIN at 3-9-2015 04:59 PM
Oleh Izzah Abbasy
Perkataan itu seperti ubat, kalau sedikit bercakap ia memberi manfaat tetapi terlalu banyak bercakap nescaya membunuh. - Amru al-As
Anda pasti menyangka percakapan dan tindakan di luar batas merupakan satu keberanian yang dapat menggerunkan orang, padahal ia membuatkan orang semakin menjauh selain ia mencerminkan diri anda sendiri.
Hari ini, rata-rata masyarakat tidak kira daripada pemimpin, ulama, majikan, pegawai, pekerja, peniaga, jiran tetangga, belia, remaja, pelajar sekolah, anak kecil dan lain-lain lantang bersuara sehinggakan tiada rasa malu sedikitpun. Ke mana hilang sopan santun dan perasaan malu dalam diri? Kurang didikan agama barang kali sedangkan belajar bukan main jauh lagi sehingga ke luar negara.
Penulis suka berkongsi sesuatu yang boleh membawa kita sama-sama bertenang dan berfikir sejenak sesuatu isu. Kenapa setiap kali kita diherdik dan dimaki kita akan marah? Mengapa saat kita dipuji kita bagai melayang-layang indah dan terapung-rapung? Bagaimana pula ketika perbincangan, kita tidak boleh menerima pendapat orang lain? Apakah yang membuatkan kita cemburu dan sakit hati dengan seseorang itu? Kadang-kadang kita merasakan kita sahaja yang betul. Percayalah, semua yang terjadi ia bermula daripada hati dan akal yang menggerakkan segala-galanya. Sebab itulah, orang-orang tua selalu berkata, "biar buruk rupa, jangan pendek akal".
Berbicara dengan orang perseorangan atau awam sama ada secara langsung atau melalui tulisan, media cetak mahupun elektronik dan lain-lain mempunyai tatacara dan adab yang tertentu. Setiap perbicaraan yang keluar daripada seseorang menunjukkan apa yang ada dalam fikirannya serta perangainya. Berbicara sesuatu yang perlu dan menghindari perbicaraan yang tidak berfaedah merupakan ibadah yang besar pahalanya. Lantang bersuara bukan sahaja secara lisan, secara tulisan seperti memuatnaik status di laman sosial juga merupakan lontaran suara hati.
Kata-Kata Motivasi Prof Dr Muhaya
Bukan mudah kita mengubah seseorang, ia harus berbalik pada diri sendiri. Jika hati sudah mati, nasihatlah bagai manapun, ia tetap begitu. Malu dan sedih melihat rata-rata bangsa kita hari ini yang hilang nilai kesopanan dan perpaduan. Masing-masing tidak mahu mengalah, apatah lagi ingin mengaku kesalahan sendiri.
Bak kata pepatah ini, "ikutlah resmi padi, makin berisi makin ia tunduk kebumi. Jangan ikut rasmi lalang, makin tumbuh, makin menjulang". Seharusnya, semakin banyak ilmu atau semakin tinggi pangkat semakin merendah diri. Tetapi hari ini? Jawapan ada pada diri sendiri.
Sampai bila mahu tunding jari, tunding kata sesama kita? Jadilah orang yang bijak, tidak membuka aib musuh mahupun sahabat pada khalayak lain. Fikirkan bersama. - CARI Infonet
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Anda Layak Jika Gaji Melalui Bank (Kerajaan, Swasta dan Pencen)
SYARIKAT PINJAMAN PERIBADI DI KEPONG
PAKEJ TERHANGAT :: Kami menyediakan satu PAKEJ KHAS bagi anda yang mempunyai pinjaman di syarikat lain
** CTOS / CCRIS & BLACKLIST layak memohon !!
:: FREE INTERST 2BULAN !!
:: Tanpa UPFRONT :: Tanpa PENJAMIN
:: Kelulusan Segera
:: Dokumen ringkas !!
:: Skim bayaran yang FLEKSIBEL (boleh dirunding) !!
:: Had pinjaman lebih tinggi * tertakluk kepada syarat-syarat syarikat !!
Dokumen yang perlu disediakan :- ORIGINAL
* Penyata gaji 3 bulan (terkini)
* Penyata bank 3 bulan (terkini)
* Bil Elektrik & Bil Air (terkini)
* Surat Pengesahan Jawatan
HUBUNGI KAMI DI TALIAN:
Tel : 011-33825563/ 03-62594889 Zila
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku perati memang generasi baruni padnai ckp la..rata ex staff aku yg lepas u tu semua ..wah kalu bercakap kalah popeser..tapi bagi keje terkemut2. tu blom bab mengulau..akai kt lutut. |
|
|
|
|
|
|
|
muhaya ikan bilis tu kan??? |
|
|
|
|
|
|
|
kenape muhaya ikan bilis ek? |
|
|
|
|
|
|
|
macamlah org yg dikategorikan pendek akal ni kesah pasal martabat ngan maruah ni semua... diorang xkisah langsung, sbb diorang tahu benda tu sebenarnya xmemberi kesan pn. xmati, xsakit. kadang ramai yg hidup berjaya tp lantang juga. biasanya motif dendam, nak lepaskan geram. nti bila dah lama2 diorang akan slow dan mula slow. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku boleh terima sikit kalau lantang face to face.. tp kalau takat kt social media.. rasa cm nak tampor je. Ade tu depan2 pijak semut pon x mati.. dalam fb kemain maki hamun carut die |
|
|
|
|
|
|
| |
|