View: 4517|Reply: 35
|
[Tempatan]
Perodua mungkin pertimbang naikkan harga kereta pasca penyusutan ringgit
[Copy link]
|
|
Perodua mungkin pertimbang naikkan harga kereta pasca penyusutan ringgit
Najib Arof, Astro Awani | Diterbitkan pada September 04, 2015 14:15 MYT
Majlis pelancaran tersebut dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar). - Gambar Fail
PETALING JAYA: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mempertimbangkan untuk menaikan harga kenderaan ekoran penyusutan nilai ringgit ketika ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Aminar Rashid Salleh berkata pertimbangan itu dibuat selepas syarikat pengeluar kereta kompak nasional tersebut mencatat penyusutan keuntungan sebelum cukai sebanyak 5 peratus setakat ini.
"Kejatuhan nilai ringgit memberi impak kepada kos operasi syarikat untuk jangka masa panjang. Kita cuba mengekalkan harga untuk semua model keluaran Perodua namun penyusutan nilai ringgit berterusan menyebabkan kita perlu menilai semula harga."
Beliau berkata kepada pemberita selepas pelancaran Perodua Sentral di sini, hari ini. Majlis tersebut dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Aminar Rashid berkata hampir 90 peratus komponen Perodua dipasang secara tempatan, namun masih wujud sesetengah komponen yang diimport menggunakan Dolar AS, sekaligus memberikan tekanan kos kepada syarikat.
Sementara itu, Mustapa berkata pihak kementerian bersama Institut Automotif Malaysia (MAI) akan terus berhubung dengan peserta industri bagi melihat kesan kejatuhan nilai ringgit dan bantuan yang boleh disalurkan.
"Masih terlalu awal untuk mengatakan apa yang boleh dilakukan. Kami masih mengkaji kesan, sudah pasti kelemahan ringgit menjejaskan industri secara keseluruhan," katanya.
Beliau turut mengulas tindakan NAZA Automotive Manufacturing (NAM) yang membuang lebih 300 pekerja baru baru ini.
"Kebanyakan pekerja ini telah diserap oleh perserta industri automotif lain. Ia bukan sesuatu yang membimbangkan jika dibandingkan pada tahun 1998."
Sementara itu, beliau berkata Jumlah Volum Industri (TIV) 2015 dijangka stabil meskipun berlaku penyusutan 3.2 peratus dalam tujuh bulan pertama tahun ini.
"TIV yang disasar sebenarnya lebih tinggi dari tahun lepas," katanya.
Turut berkongsi pasaran sama adalah Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Madani Sahari yang berkata jualan akan kembali meningkat bergerak kepada penghujung tahun.
"Pengeluar akan mula mempromosi secara besar besaran menjelang akhir tahun dan saya galakkan orang ramai membeli kereta."
TIV 2015 disasar pada 680 ribu sebelum diturunkan kepada 670 ribu pasca pelaksanaan GST.
|
|
|
|
|
|
|
|
mohon @peYno bagi sepatah dua... |
|
|
|
|
|
|
|
tak berkereta la saya nampaknya sampai bila-bila... berhujan berpanas la merempit ke sana sini... huhuu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bkn nazri kata bagus ringgut jatuh ker... |
|
|
|
|
|
|
|
Hanya orang gila je cakap kejatuhan RM bagus utk negara!!!... Mana itu Nazri Teksi aku nak sumbat skit mulut dia dgn batang ekzos teksi!!! |
|
|
|
|
|
|
|
harga mercedez bmw naik gak ke |
|
|
|
|
|
|
|
kene naikkan jugak ke
bukan ke kereta malaysia ni overprice |
|
|
|
|
|
|
|
vellfire naik harga x? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rase xde impak pun naik rege.. Yg keje gomen senang je blh app gov loan. Yg sakitnya cuma pekerja swasta yg br nak bertatih.
Sebbaek aku dah beli kete. |
|
|
|
|
|
|
|
Sen baik aku dah beli myvi awal |
|
|
|
|
|
|
|
Untung susut 5% pastu meroyan nak naikkan harga supaya boleh maintain margin ko..Boleh eh camni..Choii.... |
|
|
|
|
|
|
|
Semua pentingkan diri jer... |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Nak naikkan harga sebab keuntungan jatuh 5%. |
|
|
|
|
|
|
|
sebelum ni kan peyno dah cakap
company cam perodua ni yg terkesan kejatuhan RM
sebab raw material byk import.. guna USD... pastu jual kat local je.. guna rm... mmg sakit la |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin inilah maksud nazri taxi kjatuhan rm bgs utk negara..tp dia x ckp ianya x bgs utk rakyat |
|
|
|
|
|
|
|
Boikot jgn beli... Makin byk kete..nyemak bikin jem |
|
|
|
|
|
|
|
Beli motorsikal klau x mampu beli keta...
Kata munturi umno |
|
|
|
|
|
|
|
Bl basikal lebih afdol, kata munteri |
|
|
|
|
|
|
| |
|