CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6372|Reply: 0

Nampak ringkas, tapi menarik

  [Copy link]
Post time 4-9-2015 07:21 PM | Show all posts |Read mode

1. Pasu tangan konkrit gergasi.
Comel tak bila bunga bungaan ni tersusun di tangan gergasi ? kalau kita rasa comel sangat ditambah dengan cantiknya, boleh cuba buat.Nak tahu caranya senang je.Taip sahaja guna jaringan  internet. Zaman sekarang zaman serba boleh.Serba canggih orang kata.  Semuanya pakai hujung jari sahaja. ha!ha! dah macam iklan pula. Okay,bila dah ada pasu konkrit ni, dah boleh tanam bungaan bungaan tercinta . Nak tanam bunga ros, bunga zinnia, bunga kertas ke  dan sebagainya pun boleh. Ikut gaya sendiri. Baru nampak kreatif dan sangat stylish.
2. Piano usang taman kolam air.
Tengok gambar diatas, Guna piano usang dan antik. Mula- mula nak cari idea tu nampak  tak berapa cantik. Bila letak  hiasan  bunga bungaan dalam piano usang ni, bina kat tempat yang ada kolam, automatik dah jadi mini Garden Pond ( Taman kolam mini). Kan kreatif tu. Tetiba idea datang dengan sendirinya. Menarikkan? Petang- petang boleh santai dekat tepi kolam ni. Boleh buat drama korea.hahaha.Walaupun usang tapi nampak cantik bila letak bunga bungaan yang warnanya lembut. Contohnya macam warna bunga pastel, pink-pink cair, merah lembut dan sebagainya. Bawak anak- anak bersantai dekat mini kolam ni bagus. seronok dan biar mereka feel the freedom.hihihi.
3. Rak madu guna serpihan kayu.
Whoaaa..nampak dari jauh macam bentuk madu.Kadang- kadang saya pun tak pernah terfikir nak hias rumah kesayangan macam ni. Kreatif  sebab design ni pakai wood chips (Serpihan kayu). jadi kalau ada serpihan kayu tu jom buat design macam ni. Paling penting tak makan duit sangat. Jimat kos. Nampak simple tapi modenkan? semua orang boleh buat. Boleh buat  aktiviti santai bersama keluarga tersayang. Hujung minggu ni  ibu- ibu boleh ajak anak- anak bertukang. Isi masa mereka dengan idea kreatif bentuk madu   
4. Bunga bungaan alam spring
Bunga Bungaan lambang spring.


Bilik impian saya! penuh dengan floral. Rasa macam berada di  alam spring. Lembut warnanya sebab pinky cair. Nak buat design macam ni, senang je. Petik bunga bungaan kat taman, selepas tu gantung je bunga bungaan ni. Design ni tahan sekejap tapi menarik. Sekadar nak lepaskan stress tu boleh la. hehehe.

Disediakan oleh,
Ryna Rosella
kredit:bunga.agromalaysia.com




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.061644 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list