View: 4376|Reply: 38
|
[Tempatan]
Haram beri zakat kepada pemalas
[Copy link]
|
|
Haram beri zakat kepada pemalas
Wartawan Sinar Harian
6 September 2015
Zaharuddin
HARAM diberikan zakat kepada mereka yang mempunyai tubuh badan yang sihat dan malas bekerja, kata Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman.
Menurutnya, perkara itu jelas pada zaman Nabi Muhammad SAW, apabila datang dua pemuda dan nabi lihat kedua-duanya mempunyai tubuh yang kuat.
“Nabi Muhammad SAW berkata, kalau kamu berdua inginkan zakat, aku boleh berikan tetapi haram ke atas lelaki yang mampu dan kuat.
“Maknanya pemberian bantuan itu dengan peringatan bahawa kalau kamu malas ia tidak harus bagi kamu,” katanya ketika mengulas isu kemiskinan yang berlaku di negara ini.
Beliau berkata, Islam menggariskan dasar yang jelas kepada fakir dan miskin iaitu kemiskinan disebabkan oleh anggota badan yang lemah atau cacat.
Namun katanya, kategori mereka yang belum mendapat pekerja atau mungkin disebabkan pendapatan yang kecil, golongan itu layak dibantu mengikut dua saluran iaitu zakat (fakir dan miskin) dan sedekah.
“Bantuan atau pemberian sesuatu kepada fakir miskin yang betul-betul bukan disebabkan ‘malas’, bukan hanya dari sumber zakat dan sedekah sahaja, bahkan mereka juga boleh menerima pemberian apabila seseorang itu hendak bersihkan wang atau harta (disebabkan riba atau judi terdahulu).
“Mereka yang terima pemberian itu ‘halal’ melihat asas kepada penerimaannya yang sah walaupun ia wang riba atau judi, tanggungan itu hanya ke atas orang yang melakukannya,” jelasnya.
Zaharuddin berkata, bagi orang miskin yang malas dan sentiasa mengharapkan bantuan sedangkan dia mampu bekerja adalah orang yang telah jatuh kehormatannya pada pandangan masyarakat dan Islam.
“Pengangguran adalah sesuatu yang tercela, malah ia bercanggah dalam ayat al-Quran (Surah Hud ayat 61).
“Mereka yang menganggur dan mengharapkan bantuan orang itu adalah sifat yang terkeji dalam Islam. Orang yang sihat tubuh ba wajib bekerja melainkan jika dia diberhentikan kerja.
“Dia tak mampu tanggung kos atau bil rumah dan kereta yang tinggi, sementara dia mencari kerja yang layak dengan dia, maka dia boleh menerima zakat dan bantuan,” tegas beliau.
|
|
|
|
|
|
|
|
untung ler deme yang mendapat derma....... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak suka betul orang2 yg kononnya ahli agama dan pendakwah ini bila beri fatwa halal haram...bolehkah kita mendakwa seseorang pemalas hanya dengan melihat dari mata? |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu! Kadang2 dorg ni dh keja 24 jam.. siang n malam.. tapi banyak tu je rezeki yg dia dapat.. tkkn nk kata malas kot?!
|
|
|
|
|
|
|
|
Baik jadi ularmak, so dapat berniaga jus bacaan doa |
|
|
|
|
|
|
|
ok jugak tu..aku setuju
so sapa2 amil yang tak jalankan tugas dia, mencarik asnaf2 di bawah kawasan dia pun haram dapat zakat jugak...
sapa2 kerja dgn zakat pun haram dibayar sekiranya pemalas nak turun padang carik asnaf2 nie... |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju sejuta kali!
|
|
|
|
|
|
|
|
Skit2 haram....
Ni jela kejenya.... |
|
|
|
|
|
|
|
takut naw nak komen bab2 gini |
|
|
|
|
|
|
|
Ustaz ni la dok defend Islamic banking satu masa dulu kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
teringat dulu kat tempat aku..orang yang dapat zakat pulun pakai astro n aircond...
masa tu astro belum mampu milik lagi harga dia untuk kami yang keluarga sederhana nih...ini cerita berbelas tahun lepas kot... |
|
|
|
|
|
|
|
kalo orang yang kaya
raya dapat derma haram tak ?
|
|
|
|
|
|
|
|
untung lagi orang yang memberi derma sis
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kazaraf at 7-9-2015 10:35 AM
kalau kes mcm ko ckp tu, dia bukan kategori malas maksudnya tuan..
ni malas jenis, tubuh sihat + asyik harap bantuan org + tak kerja + harap bantuan isteri jual kuih = contohnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
tungkai replied at 7-9-2015 10:10 AM
Ustaz ni la dok defend Islamic banking satu masa dulu kan?
So apa mslh nya klu dia defend islamic banking?dh mmg bidang dia kn... |
|
|
|
|
|
|
|
Ambil zakat dari pemalas pola macamana? |
|
|
|
|
|
|
|
Memang itupun sebahagian drp tugas para agamawan, memberitahu kpd orang2 yg tidak jelas apa2 yg ada kaitan dgn halal dan haram. Muslimin jgnlah cepat terasa dgn kenyataan trsi. Telitilah kenyataannya. Allah benci kepada orang malas, apa lagi sesama manusia. Rezeki Allah terbentang luas, hanya malas yg membatas. Pertolongan Allah tiada hadnya tetapi sikap yg suka meminta2 mengundang kata nista dan menjatuhkan martabatnya. Orang yg malas tidak layak untuk disenaraikan sbg asnaf penerima zakat. Jika dia mengambilnya maka dia sudah mengambil apa yg bukan menjadi haknya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|