CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 128405|Reply: 275

Tahniah! Fazura Sebak Ketika Ucapan Kemenangan

 Close [Copy link]
Post time 7-9-2015 10:59 AM | Show all posts |Read mode
FFM Ke 27 kali ini pasti tidak akan dilupakan oleh Nur Fazura seumur hidupnya apabila beliau telah berjaya merangkul gelaran Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan beliau didalam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia.


Bukan mudah untuk berentap dengan dua nama besar seperti Lisa Surihani dan Maya Karin, namun Fazura telah membuktikan bahawa beliau mempunyai mutu lakonan yang tinggi selain rezeki yang berpihak kepada beliau kali ini.

Fazura sendiri nyata terkejut dengan kemenangan itu sehingga tidak dapat menahan air mata kegembiraan sewaktu namanya diumumkan sebagai pemenang pada malam anugerah tersebut.

Kejayaan ini meletakkan saya sendiri ke satu tahap yang lebih baik. Sekurang-kurangnya trofi idaman ramai ini pernah berada dalam genggaman saya. Jadi apa jadi selepas ini, andai saya berkahwin atau bersara, siapa tahu bukan dan hakikatnya cukup saya pernah melakar jaya. Saya sudah cukup gembira.
Anugerah ini milik Allah. Ia akan jadi pembakar semangat. Insya-Allah saya akan terus berkongsi bakat yang ada.



Sebenarnya bakat Nur Fazura dalam lakonan memang mempunyai kualitinya yang tersendiri. Malah, watak Ifti dalam Manisnya Cinta Di Cappadocia dapat “di hidupkan” dengan baik. Pendek kata, memang superb dan all out.. Tak dapat disangkal lagi beliau memang layak untuk memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik FFM 27.


Terlalu gembira dengan kemenangan tersebut, Nur Fazura jelas tidak dapat menahan rasa sebaknya dan kelihatan seperti mengalirkan air mata ketika memberi ucapan kemenangan. Akhirnya segala penat lelah, usaha gigih dan kesungguhan Nur Fazura ternyata berbaloi dengan kemenangan ini. Secara jujur, Abang Nara dah tengok filem Manisnya Cinta Di Cappadocia dan sesungguhnya kemenangan Fazura adalah amat tepat sekali. Lakonannya di dalam filem tersebut cukup berkesan!!!



-BEAUTIFULNARA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2015 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Wpun citer "Manisnya Cinta di cappadocia" nih jln citernya ringkas...tapi fazura nmpk sangat cantik dlm filem nih...rasa mcm tak nk berkelip tgok kecantikan dia..lakunan pun bersahaja ...she deserved it. Congrats FAZURA!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 11:07 AM | Show all posts
fadbulous replied at 7-9-2015 11:05 AM
Wpun citer "Manisnya Cinta di cappadocia" nih jln citernya ringkas...tapi fazura nmpk sangat cantik  ...

betul betul....iolss pun suka tgk dia dlm citer nih...

part yg dia berangan2, cute sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknyer..tgh nangis pun maintain cantik..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 11:09 AM | Show all posts
dress simpe tp nmpk elegent
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 11:11 AM | Show all posts
muka chantik perangai msti lh chantik...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2015 11:11 AM | Show all posts
sebak pun cantik...tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 11:12 AM | Show all posts
Mantan bakal permaisuri rakyat jelata menang award walaupun lakonan ala-ala menjadi diri sendiri jah! Lihatlah dunia!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2015 11:12 AM | Show all posts
first picture
peha she kecik sangat...jealous
cantikkk she
tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 11:13 AM | Show all posts
Btul. Mmg LIKE sesangat dia berlakon dlm citer tu. Rasanya dh lama x tengok Fazura berlakon nanges tersedu sedan berjurai2 ayaq mata. Hehehe. Congrats FAZURA!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 11:13 AM | Show all posts
Themilo replied at 7-9-2015 11:12 AM
Mantan bakal permaisuri rakyat jelata menang award walaupun lakonan ala-ala menjadi diri sendiri jah ...

siapa maksud kau bodo?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 11:14 AM | Show all posts
cantik dia dalam filem tu...iouls tgk citer tu sebab dia la..pakai ape pun cun.hewhewhew.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 11:18 AM | Show all posts
cantik baju faz
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik Fazura ni tak puas mata memandang... Rasa nak simpan dalam almari kaca tenung hari-hari
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 11:21 AM | Show all posts
nampak dalam tv besar badan sheols.. ngan boobs besar segala.. kat luar sebenarnya sheols kecik ja sebesar budak form 2..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 11:24 AM | Show all posts
she deserves it, bak kata sorang former, first time pemenang best actress FFM, watak nya cantik, x seperti yg sblm ni watak isteri teraniaya, kena rogol la, jadi hantu la, frankly lakonanya subtle & real tak dibuat2, she just be herself in the movie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2015 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
X reti belakon mcm fazura pon boleh menang...so far pelakon filem semuanya kayu.jauh beza ngan pelakon drama..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols suke dia sebut i'm sorry~~ dlm speech dia sbb dia wat tangan gitu. Ifti liyana is so fazura..sheols berjaya mengfazurakan ifti..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 11:38 AM | Show all posts
tak pernah tengok lagi cite ni

anyhow, congrats fazuwaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
tahniah fazura,faz blakon dr dulu pun memang best,dr zmn gol n gincu,hope pasni produser offer fazura watak yg lebih mencabar lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.344724 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list