CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8848|Reply: 65

Bercinta dgn duda tapi masih seperti suami org

[Copy link]
Post time 8-9-2015 02:10 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Salam..saya tahu post sy ni mgkn akan membuat ramai yg mengutuk sy..tp sy dh xde tmpt nk tanya pendapat atau mgkn juga pndpt yg sy dpt dr kawan2 sy, sukar sy nk terima..apa pun dibwh ni adalah jalan cerita sy..

Sy berkenalan dgn R baru setahun yang lalu..perkenalan di alam maya melalui satu forum mencari kenalan membuahkan bibit2 percintaan..diusia sy yg menginjak 34 tahun ketika itu, mencari bakal suami adalah keutamaan sy kerana umur yang semakin meningkat naik..dari awal perkenalan dia kata dia duda anak 2 dan anak2 di jaga bekas isteri (ex wife kunun nya sudah berkahwin lain dan menunggu masa utk bersalin)..sbb itu sy meneruskan berkawan dgn nya..dan ini mmg silap sy..

R ketika awal ingin memikat sy mmg sgt menjaga solatnya..pertama kali sy keluar dia sudah mengajak sy bersolat di masjid bersama2..hati wanita mana yg tak tersentuh..kami jd semakin rapat dan kerap bertemu dan mula bercinta..namun ketika percintaan menjangkau ke 3 bulan, dia mula ingin meminjam wang sy atas alasan terdesak ingin membayar hutang yg tertunggak..atas dasar kasih syg dan kesian, sy membantunya..

sejak itu hbgn percintaan kami semakin akrab tp sy sentiasa merasa was2 dgn nya kerana setiap hari khamis-sabtu, sy sukar mendapatkannya..baik melalui sms atau berjmpa secara f2f..setelah dua bulan sy meyimpan rasa, dan sentiasa mendesak kenapa dan mengapa, baru lah sy diberitahu bahawa dia masih tggl bersama ex-wife sejak perceraian berlaku 4 tahun lalu..maksudnya cerita mengenai ex-wife sudah berkahwin juga tipu..sy mmg yakin dia sudah bercerai kerana dia sudah menunjukan surat makhamah yg sah talaknya bersama isterinya (talak 3 - sudah 3 kali bercerai cuma yg terakhir di register ke mahkamah)..surat itu juga meminta R dan ex-wife hadir utk proses selanjutnya (sy kurang pasti apa) tp R dan ex-wife nya tidak menghadiri kerana ketika itu ayah ex-wifenya saket..R memberitahu lagi yg ex-wife tidak mahu seorang pun ahli keluarga tahu ttg perceraian ini atas alasan ayah nya saket, dan keadaan diteruskan dan mereka masih tggl sebumbung mempotretkan hidup sbgai suami isteri.. hidup bersama tanpa ikatan yg sah mgkn menjadikan kehidupan mereka tidak aman,dgn mslh kewangan dan kehidupan..

R berkata biar belum mengenali sy,dia sudah pun kata ada plan utk menghantar ex-wife nya pulang ke kampung bersama anak2 dan dia ingin tggl jauh dr mereka kerana ingin memulakan hidup baru - ingin lari jauh dr semua org (dakwaan R, ex-wife tidak dpt terima kenyataan sudah bercerai, dan mengugut akan menghalang R dr berjmpa anak2 andai R kahwin lain)..sy tahu R sgt lemah dlm mengambil keputusan bila dia membiarkan ianya berlarutan selama 4 tahun..biar sudah mengenali sy, dia rasa sy mampu mengubah kehidupan dia utk jd lg baik namun ttp juga tidak memberitahu kepada kaum keluarga ttg status mereka kerana ibu R sakit dan juga tidak mahu dipandang serong kerana masih tggl sebumbung selama 4 tahun biar tanpa ikatan yg halal bersama ex-wifenya..R tidak mahu anak2 menanggung malu kerana sikapnya yg salah..R tahu mmg itu silapnya yg tidak membuat keputusan yg wajar, dan ketika ex-wife sudah dihantar pulang kampung..kerap lah dia pulang utk menjenguk anak2 di kampung (tu sbb dia hilang setiap hari jumaat-sabtu)..

Biarpun hbgn ini baru mengjangkau setaun tp bnyk pengorbanan yg sy lakukan..ketika awal mengenali R dia tidak mempunyai kerja tetap kerana baru diberhentikan kerana byk mslh yg dia tidak fokus..berbekalkan berniaga kecil2lan sy byk membantu dr segi kewangan dan mendorong dia mencari keja utk dpt income yg tetap..selama hidupnya tunggang langgang, sy yg menanggung R dan membantu kewangan nya (atas dasar pinjaman)..setelah bekerja semula, sedikit semi sedikit hutang2 dia mampu menjelaskan sendiri tanpa bantuan sy..namun satu yg sy minta dia msh blum mampu melakukan nya - berterus terang kepada keluarga kedua2 pihak kerana ex-wife msh lg mengugut tidak memberi dia berjumpa dgn anak2 andai dia berkahwin lg..

Kerana pengorbanan sy yg byk membantu R dr jatuh sehingga bangun semula skrg, R ingin memperisterikan sy tp syarat nya supaya sy tidak masuk cmpur urusan dia dan ex-wife nya bersama anak2..bila sy perlukan maksud sebenar dr kata2nya, dia cuma ckp jgn masuk cmpur sehingga ex-wife dia bley terima semua ini..sy jd x tentu hala kerana seolah2 andai sy berkahwin dgn R, menjadi isteri yg Halal terpaksa di sorok dan bekas isteri tetap mendapat hak sebagai isteri di mata dunia (fmly dan sahabat handai)..seolah2 sy ini isteri kedua yg dpt giliran bila tiba masa sy..

sy bukan tidak kasihan kepada ex-wifenya kerana punca perceraian pun silap R sendiri tp smpi bila sy pula disalahkan seperti sy punca perceraian mereka sedangkan sy hadir ketika mereka sudah bercerai 4 taun? Skrg keadaan R semakin stabil, atas dasar tanggungjwb pd anak2 bukan setakat kereta diberi, nafkah anak2 juga serta duit rumah bekas isteri R juga yg menanggung..maksudnya dia msh melakukan tanggungjwb sbgai suami dgn menyediakan tmpt tggl+makan+kenderaan untuk ex-wife dan anak2..

Sy masih tidak tahu perlu ke sy menerima syarat R jika ingin berkahwin dgn nya atau pun meninggalkan nya dgn drama2 mereka (sudah 2 kali sy cuba meninggalkan nya namun sy masih berbalik pd nya)..kdg2 ingin sy menerima org lain yg ingin memperisterikan sy namun kerana hati tidak syg, sy xdpt terima biarpun dia bujang..apa yg patut sy lakukan?

Buntu atas permasalahan ini..namun andai sy dpt nasihat yg berguna dr kawan2 di sini sy sgt menghargainya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2015 02:34 AM | Show all posts
Baca 2 perenggan jah...bla bla bla ang dah kena tipu ...tu ja point nya...apa kes semua orang sakit dia nak jaga..kalau dh nak mati tu mati jugak  

nasihatnya...jgn kawan lg..desperet sgt ka nak kawen..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 07:23 AM | Show all posts
sbnrnya dia x cerai..
ko tu dibodo2 kan...
move on je la...
ade yg lbh baik drp dia
jgn disbbkn umo ko dh byk desperate nk kawin sggop trima sesiapa pon
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 07:49 AM | Show all posts
Jgn jadi bodoh kerana takot gelaran andartu melekat seumur hidup..

Bila anda sudah bernikah, anda lebih banyak memendam rasa..

Kenapa???

Sbb baru fasa bercinta :

1 anda lebih banyak beri wang

2 dia sukar nak spent masa.. Tambah2 nak masuk hujung minggu (khamis - sabtu)

3 sudah diberi amaran, jgn masuk campur hal isteri & anaknya
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 08:34 AM | Show all posts
Bodo x bole nk diajar....dh mcm tu punya cite pun nk percaya lgi.....haukkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 08:39 AM | Show all posts
dalam kes kat atas nie, kelihatan seolah-olah R sgt lemah dlm membuat pertimbangan & tidak mengetahui hukum hakam.
apabile telah b'cerai (xkira lah talak 1, 2 @ 3 skalipon), R tidak blh tinggal serumah dgn exwife.  knp mesti takut dgn kata2 jiran tetangga & sanak saudara lbh dr takut kpd hukuman Allah?
trs terang sy katakan, jika di awal perhubungan si lelaki telah mula meminjam wang atas sbb kekurangan duit & m'bayar htg, die tidak layak utk m'jadi suami yg baik. sbb die sendiri gagal merancang kewangannya dgn baik.
jgn takut digelar andartu sbb selain TT, ade ramai lagi wanita2 spt TT. masih b'usaha m'cari teman hidup.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2015 09:04 AM | Show all posts
takut sangat tak kawin napa eh
tinggalkan jer lah lelaki mcm ni
sy harap tt tak pernah terlanjur ngan lelaki tu
move on okey...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 09:46 AM | Show all posts
Tinggalkanlah lelaki itu. Carilah yang lain. Daripada cara dia pun boleh tahu, dia penipu dan hanya tahu ambil kesempatan. Buat malu kaum Lelaki sahaja.

Teruskan hidup. Masih ada yang ingin melamar anda, tandanya anda masih laku. Lebih baik risau diperbodohkan lelaki itu daripada sibuk risau pasal andartu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2015 10:40 AM | Show all posts
fikir secara logik..buka mata.. katanya dh cerai.. tp still dok sebumbung.. dh tu hntar balek kpg tp still nk bagi nafkah n jg isteri.. kalo ank tu aku fhm la kan.. kalo isteri x bg jmpa anak.. x ke laki tu ptt buat pmohonan kat mahkamah. hak penjagaan.. xpun hak lawatan.. nape la ko x pk dik oi..

cuba ko pegi tempat jauh dr R.. rehatkan diri..tenangkan diri dan prasaan.. ko recall balek semua tu..patut x R buat bnda tu.. tp ko still msh nak kat dia jgk.. jgn rs terdesak untuk berkahwin kalo nnti ko sndiri mkn hati.. kalo laki tu dh warning ko jgn masuk cmpur hal dia dgn ex-wife dia even ko dh kawen.. mmg ada sumthing wrong sumwhere.. kalo aku.. dh kene warning mcm tu..mmg dh lama aku angkat kaki..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 10:42 AM | Show all posts
suruh dia bayar balik semua duit awak, pastu sila blah..
tak rugi pun awak tak bersuami..
sila jangan asal berlaki okeh..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 10:47 AM | Show all posts
Edited by jaja4 at 8-9-2015 10:51 AM

Alahai TT,  kesalahan awal ko dlm relationship ko:
1) main hentam kromo couple ngn lelaki tanpa siasat latar blakang die
2) Blom kawen, da perabis duit kt lelaki, tu bukan berkorban namanya, sorry to say, tu  antara tindakan paling bodoh  org pmpuan bleh buat kalo tengah bercinta
3) bagi sepenuh kepercayaaan kt someone, tp dalam masa yg sama was2..

X kisah la keutamaan ko dlm hidup skang nk cari pasangan, tapi cara ko ni salah, nmpk mcm desperate. Tolong la pikir untuk jangka masa panjang..Da terang2 dlm cite ko tu lebih bnyk keburukan dan x nmpk langsung sisi kebaikannya.

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 10:52 AM | Show all posts
Edited by amon_79 at 8-9-2015 10:54 AM

kalo ada masa lg nak handbreak...better uols break... jgn terperangkap lebih dalam lgi... skrg ni mata dn hati uols dh kena hijab sbb cinta buta ni... tp jauh di sudut instinct uols mmg dh rs x kena kan... instinct ni slalunya  betoi...

belum kawin dh buat syarat mcm2 dgn alasan anak...kalo uols kawin dpt anak camna plak...anak uols nnt jadi 2nd gred anak?

mula2 nk break tu mmg susah..merana...tp hati kena kuat...1st month..2nd month masuk 3rd month xjumpa langsung...buang semua contact... sibukkan diri dgn aktiviti iols rs dh bole move on (ni ikut pengalaman iols  pernah putus cinta 1st love lagi)...soooo better fikir ikut akal fikiran jgn fikir ikut rasa hati yg tgh kelabu jerebu dek penangan cinta ni...sementara jer tu...sebelum merana seumur hidup...

#jangankataiolstakpayung...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 11:06 AM | Show all posts
aku rase ko layak dapat yg lebih baik dari R..
sekian...

buat ape nak susahkan diri demi org lain?..
last2 nti ko jugak yg dipandang jahat...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 11:58 AM | Show all posts
ayat first ko bgthu

ko sukar terima pendapat dari member2

so aku terpikir pendapat, cmne plak ko senang trima pendapat dari strangers

bagi masalah ko, aku rasa ko dah tau jwpn dia, tu je
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 12:29 PM | Show all posts
Hurmm..aku pn penah terjebak dgn cite sebijik mcm ko... ade skali tu aku stalk fb die wife die dh pregnant(konon2 ex wife jgk sama cm cite ko).. ahahahaha..
aku la yg bodo time tu g caye die.. skrg dh single and im happy.. psl umur x yah riso.. jodoh lom tiba tu.. huhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 04:10 PM | Show all posts
adeh. kasihanilah diri sendiri dulu tt. jangan asal berlaki.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2015 07:40 PM | Show all posts
hang dah cukup dewasa utk fikir & pilih apa yg terbaik bg diri hang...
buatla pilihan yg tepat

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki ni lembikla.. Cuba kalu ko dah kawin ngan dia.. Ko pun dia tak boleh defend...mana pegi maruah diri ko kalu dah jadi isteri dia...

Sila angkat kaki cepat2
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 10:02 PM | Show all posts
........
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
mak_wa95 replied at 8-9-2015 06:02 PM
........

Khennnn kihkihkih
Nextttttt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 42329 Replies : 1178
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 35834 Replies : 1311
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 4475 Replies : 90
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30540 Replies : 35
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17479 Replies : 34
Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
ultra78Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
Views : 22920 Replies : 14
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 3026 Replies : 5
Bercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
borneBercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
Views : 88603 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.054639 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list