CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11485|Reply: 87

[Jenayah] {Welcome PATI)-Gambar Anggota Polis yang DiBelasah Warga Asing

[Copy link]
Post time 8-9-2015 08:20 AM | Show all posts |Read mode
Anggota polis dibelasah pekerja asing, pistol dirampas
Mangsa, Koperal Khosim Hat yang sempat menghubungi rakannya di Balai Polis Bukit Tengah ditemui terbaring berlumuran darah oleh sepasukan anggota polis yang dikejarkan ke lokasi kejadian. - Foto Penang Kini



[size=100%]
BUKIT MERTAJAM, 7 September:
Seorang anggota polis yang sedang merisik maklumat di sebuah kilang memproses makanan ayam di Bukit Tengah di sini semalam parah dipukul sekumpulan warga asing, manakala pistolnya pula dirampas.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang Ahad itu, anggota polis berkenaan, Koperal Khosim Hat, 56, sedang melakukan siasatan setelah mendapat maklumat mengenai aktiviti perjudian haram di Jalan Besar, Bukit Tengah, di sini.
Bagaimanapun, sekumpulan lelaki dipercayai pekerja asing di sekitar kilang tersebut dikatakan menyerangnya dari belakang dan membelasah mangsa.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang, Datuk Zakaria Ahmad, kumpulan terbabit kemudian merampas pistol jenis Walther P99 yang dibawa Khosim sebelum melarikan diri.
“Walaupun teruk mengalami kecederaan mangsa sempat menghubungi rakannya di Balai Polis Bukit Tengah.
“Sepasukan anggota polis yang dikejarkan ke lokasi kejadian menemui mangsa terbaring berlumuran darah dan mangsa kemudian dikejarkan ke hospital dengan ambulan,” kata Zakaria ketika dihubungi The Rakyat Post.
Mangsa yang sudah lebih 20 tahun berkhidmat dalam pasukan polis mengalami kecederaan di muka, patah tulang rusuk kanannya serta menerima lima jahitan di dahi.
“Siasatan pantas polis seterusnya membawa kepada penahanan 23 pekerja asing dari Vietnam, Myanmar dan Nepal dan 18 daripada mereka yang bekerja di kilang di Bukit Tengah diberkas pada malam itu juga.
“Daripada 23 yang ditahan itu, lima adalah wanita.
“Pistol milik mangsa juga berjaya ditemui semula,” kata Zakaria.
Senjata api milik anggota polis berkenaan ditemui semula di kawasan semak berhampiran kilang berkenaan.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Beberapa lagi warga asing yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan kini sedang dikesan.


trp

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2015 08:22 AM | Show all posts
bahana betoll PATI
menabuh org mcm negara dia plak
sakai!

semoga cepat sembuh abang polis nih...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 08:25 AM | Show all posts
harap polis kerjakan betul2 kat lokap pati-pati  yang kurang ajar ni..rakyat malaysia sendiri pun tak buat macam ni..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Disasterous betul lah warga asing ni. Naik tocang. Tangkap je deme semua & bagi hukuman setimpal. Dengan takde dokumen sah, berjudi pastu belasah polis plak tu.

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 08:40 AM | Show all posts
Tu Ahmad Zahid nak bawa masuk lagi 1.5 juta warga asing.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 08:46 AM | Show all posts
knp prgi sorg ? xde bekup ke ?
hope xde agenda tertentu ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2015 08:46 AM | Show all posts
dia buat siasatan sorg diri ke?
kawan aku ada sorg tugas sbg perisik polis
pakai simple, rambut panjang, kurus, muka pon dah rupa macam geng2 diorg jugak
kadang2 tgk dia mcm mat gian pon ada
tp sbnrnya dia polis...mmg tugas dia masuk mana2 premis untuk menyamar
patut hantar org cani
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 08:48 AM | Show all posts
Kau pegi sorang2 invertigate?? Kau ingat warga asing ni respek ke org Malaysia? Polis pun diorg tak takut la...sbb undang2 terhadap warga asing tak tegas. Tp jgn dgn rakyat sendri, terus tangkap, gari.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2015 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau sb bukan pakai pakaian preman ke
merisik pakai uniform plak..

bubuh cukup cukup pati neh
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 09:03 AM | Show all posts
pergi sorang2???pakai uniform ke undercover???
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai khosimmmmmmm!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 09:10 AM | Show all posts
Daripada 23 yang ditahan itu, lima adalah wanita.


siap lah anak bini cucu cicit nenek semua kena cekup.... siapa kata polis berlembut dengan warga asing? dah tu korang expect asal nampak warga asing pergi kedai beli gula ja terus gari....

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 09:16 AM | Show all posts
Entahnya pi nak paw warga asing...tunjuk lencana, sbg lesen nak paw, sbb tu g sorang2.


Aku dgr citer, kat vista, mcm tu lah. Pagi sblm kul 7 , ada polis yg pakai baju biasa duk dpn lif. tgk passport, pastu mintak duit.
Tapi, lepas kul 7 katanya x de sbb, masa tu ramai warga tempatan nak g keja. Malulah.
Malam pulak, polis lain, org trn buang sampah pun kena paw.

Apabila lencana dijadikan lesen utk merompak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 09:21 AM | Show all posts
malaysia masih aman damai..
tu pasal la nk bawak masuk lg rmai pendatang..
yg ada2 ni semua baik2 bersopan santun...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 09:23 AM | Show all posts
kne belasah lah dalam lokap lah jawabnye
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 09:24 AM | Show all posts
memang masalah pati takkan selesai.. polis pon korup.. pau diorang.. patutnya imigresen tangkap bawak gi depot.. tapi jadi ATM polis2 ni pulak.. sebab tu tak selesai.. tgk la shah alam, sri muda, klang tu.. dah jadi mcm Negara depa dah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2015 09:49 AM | Show all posts
uii...cam james bond pakai Walther P99,

james bond tua ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 10:44 AM | Show all posts
Edited by giver at 8-9-2015 11:02 AM

polis apo ayam sayor
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 10:50 AM | Show all posts
Edited by kentel at 9-9-2015 08:34 AM

HOI KIMEN..NI YANG NAK BAWAK MASUK PATI..LAHANAT...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan bawa warga asing untuk membelasah rakyatnya sendiri...Tak hairan kalau 'orang kerajaan' berpaling tadah setiap kali pru.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.184725 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list