CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2112|Reply: 12

Zahid sahkan UMNO tidak akan pecat Muhyiddin dan Shafie

[Copy link]
Post time 9-9-2015 10:40 AM | Show all posts |Read mode




Oleh : TS LOO

sumber foto : http://www.freemalaysiatoday.com/





UMNO tidak akan memecat Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal.


Ia disahkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selepas sesi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pengurusan Bencana di Bangunan Perdana Putra pada Selasa lalu.


Pengesahan itu sekali gus mematikan spekulasi itu yang bertiup kencang sejak akhir-akhir ini.


Semalam, memetik laporan Bernama, Zahid menegaskan beliau langsung tidak diberi maklumat malah tidak mengetahui mengenai isu pemecatan Muhyiddin dan Shafie itu.




“Saya tidak dimaklumkan dan tidak pernah dibincangkan mengenai pemecatan atau sebagainya."

“Jadi jangan buruk sangka dan melakukan spekulasi terhadap perkara berkenaan,”




Spekulasi pemecatan Muhyiddin, Shafie dan lima yang lain disebarkan sejak minggu lalu yang mendakwa keputusan itu akan dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) pada hari ini.


Mengulas lanjut, Timbalan Perdana Menteri itu juga mengesahkan bahawa Muhyiddin dan Shafie masih lagi terlibat di dalam mesyuarat MT UMNO termasuk mesyuarat Biro Politik yang telah diadakan pada Isnin lalu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2015 10:58 AM | Show all posts
Dah takut la tuuuuuuuuuuuuuuu......................
Ko ingat senang-senang ke nak pecat orang. Lainlah polis atau
pejawat awam.Boleh ditukarkan ke kiri, kanan ikut suka hati ko.
Now u are dealing with PEMIMPIN TERTINGGI UMNO.
Ko memang dah berjaya keluarkan dia dari kabinet tapi dia masih kekal
seorang pemimpin yang DIPILIH b ukan dilantik macam pegawai kerajaan.
Ko pecatlah Shafiee, Mahyidin or Mukhriz........ko tanggong kesan Tsunami.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 11:02 AM | Show all posts
wuuu xckop kena gugurkan dr kabinet, nk usik plak jwtn timbalan
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 11:52 AM | Show all posts
poyo btl zahid komidi ni
mase org2 kene culik kt sabah sume
tergagap2 menjawab dlm media
sepatah2 ckp pandang ke atas
tp bile berucap dgn macai
kemain lg terpekik2 siap tuding2 org lg
lg ade hati nk pecat tmy
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 11:56 AM | Show all posts
NAT_11 replied at 9-9-2015 10:58 AM
Dah takut la tuuuuuuuuuuuuuuu......................
Ko ingat senang-senang ke nak pecat orang. La ...

nat
apa yang membuatkan sapie apdal tu pun tercampak nat?
aku paham muhyiddin punya prinsip tapi sapei tu apa yang dia dah buat?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Dato seri saya nak tanya tulur tulurku tu apa. Yg interview kat tiwi itu hari. Dato seri sebut tulur tulurku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2015 12:12 PM | Show all posts
Kena tunggu keadaan reda baru pecat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 12:19 PM | Show all posts
worry sangat bab....hehehehehee...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2015 01:42 PM | Show all posts
kali ni zahid pandai,  'penentang bijan'  kene simpan dlm parti,  peluang utk zahid sendiri naik jadi pm baru la cerah
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 02:23 PM | Show all posts
Kenapa musti Zahid yang perlu sahkan. Bukankah Muhyiddin Yassin tu pangkatnya lebih tinggi dari beliau dalam UMNO? Sapa wartawan bodoh yang bertanya ini?

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 05:19 PM | Show all posts
kukulangau posted on 9-9-2015 11:56 AM
nat
apa yang membuatkan sapie apdal tu pun tercampak nat?
aku paham muhyiddin punya prinsip tap ...

Entahhhh...aku pun tak berapa jelas pasal Shapiee ni. Kalau Muhyiddin
tu memang sah, ada video ucapan dia pasal 1MDB & derma 2.67 BILLION.
Shapiee ni takda, alih-alih dia pun under observation sebagai orang TAK
SETIA KEPADA KETUA. Mungkin adalah kut dia cakap or sindir-sindir,
otherwise tentu tak kena tendang macam bola. Mukhriz tu, kita tahulah,
dia anak bapak............
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 09:41 AM | Show all posts
siannya kalu kena pecat.dah la dalam kabinet pun kn pecat
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Gila kuasa ke hapa dia ni nk pecat2....padahal ranking paling bwh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.305069 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list