CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11997|Reply: 10

Rempah Kerutuk

[Copy link]
Post time 9-9-2015 12:10 PM | Show all posts |Read mode


Soalan:
        Salam sejahtera Puan, Saya pernah ke Kelantan dan ketika di sana saya sempat menikmati Ayam Kerutuk yang sangat enak. Apabila pulang ke rumah, saya cuba membuatnya dengan olahan resipi sendiri malangnya hasilnya kurang memuaskan. Rasanya tidak sama seperti yang saya pernah makan sebelum ini.
        Saya juga kecewa apabila setiap kali terjumpa resipi Ayam Kerutuk, bahan yang dinyatakan hanya rempah kerutuk dan cara membuatnya tidak pun dinyatakan. Bolehkah puan berikan resipi untuk saya buat rempah kerutuk sendiri di rumah?

        Yasanthi A/P Perumal,
        Chaah, Johor.

        Jawapan:
                        Sebenarnya terdapat pelbagai versi resipi kerutuk ni. Jika puan ambil yang mudah, bahan-bahannya adalah seperti bawang, bawang putih, halia, lengkuas, daun pandan, santan, asam keping dan kerisik.
                        Untuk tumisan pula bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Bahan yang dijadikan pes
                        ialah cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan jintan putih, lada hitam,
                        serbuk pala dan air atau stok ayam.
                        Saya pula selalu gunakan serbuk kari dan serbuk kurma sahaja. Jika diamati bahan-bahan di atas, semuanya adalah campuran rempah-rempah kari dan kurma. Untuk menjimatkan masa, puan hanya perlu kisar bahan yang hendak dijadikan pes dan boleh disimpan dingin untuk kegunaan seterusnya.

rasa





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2015 03:45 PM | Show all posts
Senang je nak masak kerutuk ni..beli je rempah kerutuk kat kelantan tu banyak , cap orang memasak, cap orang terbang, cap bunga ros, nak rempah yang timbang pun boleh. Kat pasar borong selangor pun ada jual rempah kerutuk ni.



Bahan2 lain: Untuk tumis, bawang merah, bawang putih, cili kering, halia, lengkuas, serai,  santan

kisar semua bahan kecuali santan dan serai.

tumis bersama rempah kerutuk tu
pastu, masukkan daging atau ayam...masak sebentar dan kemudian masukkan santan dan serai yang dititik.
masukkan garam dan gula melaka secukup rasa
masak sampai kuah pekat dan pecah minyak.


Kerutuk Daging


Kerutuk Ayam



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2018 10:08 AM | Show all posts
Ipo replied at 9-9-2015 03:45 PM
Senang je nak masak kerutuk ni..beli je rempah kerutuk kat kelantan tu banyak , cap orang memasak, c ...

Kedai yang mana satu ya ada rempah ni?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2018 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
CikBersahaja replied at 8-5-2018 10:08 AM
Kedai yang mana satu ya ada rempah ni?

Kedai ni belah tepi mengadap parking kereta belah belakang. Dekat2 dengan orang jual ayam. Tak silap ada banner tulis kedai jual barang pantai timur. Kedai ni jual barang2 khas dr pantai timur mcm rempah, keropok lekor, laksa, laksa beras, ketupat palas dll.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2018 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sakurahana replied at 10-5-2018 10:58 PM
Kedai ni belah tepi mengadap parking kereta belah belakang. Dekat2 dengan orang jual ayam. Tak sil ...

Terima kasih awak, dah jumpa. Lot 91 kan
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2018 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
CikBersahaja replied at 11-5-2018 09:58 PM
Terima kasih awak, dah jumpa. Lot 91 kan

Tak pasti la wak lot berape tp rasanya betul dah kot sbb kedai tu sebuah je yg jual brg2 masak dr pantai timur.

So dpt ke beli rempah kerutuk? Saya biasa beli rempah gulai cap ros ataupun rempah kari cap org terbang kat situ.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2018 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sakurahana replied at 11-5-2018 11:52 PM
Tak pasti la wak lot berape tp rasanya betul dah kot sbb kedai tu sebuah je yg jual brg2 masak dr  ...

Beli cap rose jugak. Rempah masak dan rempah gulai.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
CikBersahaja replied at 13-5-2018 02:53 PM
Beli cap rose jugak. Rempah masak dan rempah gulai.

Rempah gulai n rempah masak tu awak campur dedua tu boleh buat untuk masak gulai nasi dagang. Rationya 1:1.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2018 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
CikBersahaja replied at 8-5-2018 10:08 AM
Kedai yang mana satu ya ada rempah ni?

Kedai jual barangan pantai timur tu. Maaf,baru jenguk cari ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Rempah kerutuk dan rempah gulai nasi dagang yang mana paling sedap? Timbang kilo, cap ros atau cap lain? Teringin nak cuba buat
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2018 09:45 PM | Show all posts
Edited by rohayatimat at 19-5-2018 09:47 PM

Pandangan akak untuk keenakan masak kerutuk ni bergantung kepada pes yang kita kisar seperti cili kering, bawang merah & bawang putih...kalau masukkan lebih cili kering mungkin rasanya berlainan, begitulah sebaliknya. Baru2 ni semasa balik mengundi KB, akak beli banyak stok rempah2...antaranya rempah kerutuk cap orang masak...itu yang selalu akak guna. Beberapa hari sebelum puasa akak masak daging kerutuk.  Pes cili kering, bawang merah & bawang putih...akak guna yg dah ready made sebanyak 3 sudu besar IBU SAMBAL untuk 1kg daging & 1 paket rempah kerutuk...Ini hasilnya....



Memasak Lebih Cepat

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.078404 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list