CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11672|Reply: 157

[Tempatan] Saya Akan Bersihkan FAM Jika Diminta Jadi Presiden – TMJ

[Copy link]
Post time 11-9-2015 05:33 PM | Show all posts |Read mode
Saya Akan Bersihkan FAM Jika Diminta Jadi Presiden – TMJ
Sep 11, 2015

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim


KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi jaminan akan melakukan pembersihan ke atas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) jika diminta menjadi Presiden badan induk bola sepak negara tersebut.

Malah, baginda melahirkan keyakinan dapat berbuat demikian hanya dalam tempoh setengah tahun bagi membersihkan segala kecelaruan dalaman FAM walaupun baginda secara peribadi tidak berminat memegang jawatan itu.

“Saya akan menarik minat orang yang benar-benar berpengetahuan dan bersemangat positif untuk berkhidmat dengan baik bukan sekadar dalam organisasi FAM, tetapi juga kepada ahli-ahli gabungan yang lain.

“Mereka secara majoritinya hendaklah mempunyai latar belakang dalam bola sepak. Kita juga perlu memantapkan pasukan kebangsaan. Dapatkan khidmat jurulatih luar untuk pasukan kebangsaan sementara menunggu pembangunan akar umbi membuahkan hasil pada masa akan datang,” titah baginda seperti dilaporkan oleh laman Facebook Johor Southern Tigers di sini semalam.

Titah Tunku Ismail, baginda akan memantapkan pertandingan dalaman bola sepak Malaysia di semua peringkat dengan menambah baik pertandingan-pertandingan diadakan bagi membolehkan Liga Malaysia jadi lebih kompetetif dan secara tidak langsung meningkatkan prestasi pasukan kebangsaan.
Selain itu, baginda mahu mempertingkatkan pembangunan akar umbi dan pembangunan infrastruktur berkaitan bola sepak kerana pendidikan dan pembentukan adalah amat penting dalam sukan itu.

“Saya boleh membantu dengan memberikan 80 peratus hasil hak penyiaran kepada pasukan-pasukan yang terlibat. Apa yang mereka peroleh dari penajaan adalah bonus kepada mereka.

“Pada masa kini, FAM mengaut 100 peratus hasil penyiaran. Di Jerman dan tempat-tempat lain di dunia, pasukan yang bertanding menerima 80 peratus hasil hak penyiaran dan badan pentadbir hanya menerima 10 -20 peratus sahaja,” titah baginda.

Baginda turut memberi jaminan akan meminta pasukan-pasukan yang bertanding untuk berbelanja secara berhemah dan memberi keutamaan kepada pemain tempatan kerana beberapa pasukan yang berdepan masalah membayar gaji pemain mereka kerana terlalu mengutamakan kebajikan pemain import.

“Pengadil seharusnya di bawah naungan badan bebas, bukan FAM, untuk mengelakkan sebarang konflik kepentingan. Saya juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti SPRM dan PDRM untuk mencegah korupsi di kalangan pegawai, pemain dan juga pengadil di seluruh negara.,” titah baginda lagi.

Tunku Ismail bagaimanapun menjelaskan, baginda tetap tidak berminat memegang jawatan Presiden FAM kerana perlu duduk semeja dengan mereka yang tidak boleh bekerjasama dengan baginda yang dipilih melalui proses undian pimpinan FAM.

“Anda perlu faham bahawa mereka yang berada dalam FAM adalah mereka yang diundi oleh ahli-ahli lain. Kebanyakan daripada mereka berada di sana demi sebab-sebab tertentu dan bukannya untuk memartabatkan bola sepak. Macam mana saya hendak bekerja dalam keadaan begitu?” titah baginda. – MYNEWSHUB.CC

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2015 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
@peYno sila hencap
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 06:52 PM | Show all posts
teringin nak jadi presiden lettew
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 06:55 PM | Show all posts
Nak bagi jawatan presiden FAM kepada anak raja Johor pulak?

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 07:00 PM | Show all posts
takkan x dpt terima kenyataan lg kot sejak kalah bertanding haritu
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahan kene hencap ke ...? Jgn nanti sembunyi belakang bapa pulak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2015 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
requirement jadi president ni mmg kene royal blooded ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
requirement jadi president ni mmg kene royal blooded ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2015 07:06 PM | Show all posts
niat dan idea bagus

tp bukan tunku yg terajui ..

sudah serik ngan kerabat diraja memimpin FAM
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 07:11 PM | Show all posts
TMJ neh pun ntah2 kaki bangku....
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 07:12 PM | Show all posts
Sembang kencang.


peYno @ peYni (nama manja)
Sales Rep. Proton
Pasaraya Giant
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 07:47 PM | Show all posts
Haku nk tgk je..pas ni ade x fan jdt nk hencap fam ni bangsat andai tmj ni jd presideng...belah2 sana kan taksub tmj......suci murni bak embun pagi gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
dia ni poyo lah..x habis2 mencapab..
dari xde rasa apa2 last2 menyampah

pftttt

:
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 07:58 PM | Show all posts
shogun77 replied at 11-9-2015 06:52 PM
teringin nak jadi presiden lettew

tak salah kot bg peluang...rekod pun cantik d JDT..
jgn jd presiden turun temurun part II lak..


Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 08:00 PM | Show all posts

Kau tertinggal satu lagi nama manja beliau : punai
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 08:02 PM | Show all posts
Kena bgtau awal2 x minat nk pegang jaw tp dlm pale dh plan mcm2...org klu x minat jgnkan nk merancang nk pikir pun x hengen...alangkah bagus klu fam ni dipegang otai2 bola sepak 70an 80an dulu..santokh sigh,soh chin an (betul ke x nama ni?)...bebas dr mana2 royal atau ahli politik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2015 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes terowong Larkin apa cerita ??

Ke dah settle aku terlepas pandang
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 08:43 PM | Show all posts
zorrro_03 replied at 11-9-2015 08:00 PM
Kau tertinggal satu lagi nama manja beliau : punai

Haaa.... ni betul-betul baru.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
dia ni
1. kaki bangku
2. kerabat diraja lagiii
3. perasan

takyahla katik...pegila ulit bini gombak ko je
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 08:48 PM | Show all posts
shogun77 replied at 11-9-2015 06:52 PM
teringin nak jadi presiden lettew

Mmg lama teringin, tengah tunggu org masuk meminang je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.102082 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list