CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11061|Reply: 20

Nombor plat kereta [Ulangan]

[Copy link]
Post time 11-9-2015 11:36 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Eva_yy_Ellin at 12-9-2015 10:00 AM

Ok..ni ada teka teki ( kalau ulangan..sorry ya mod)

Di sebuah bandar yang sibuk, jalanraya juga tidak pernah lengang dengan kenderaan. Seorang lelaki yang sangat kacak bernama Ali rupanya sebiji seperti Shah Rukh Khan sedang mengayuh basikal ke kedai karpet tempatnya bekerja. Hari-hari dia melalui jalan yang sama kalau hendak ke kedainya. Hari ini hatinya riang gembira kerana dengan rupanya yang sebiji Shah Rukh Khan itu, dia sudah mendapat seorang awek cun melecun, rupa gadis itu juga sebiji  Kajol.

Dengan hati gumbira, Lelaki ini mengayuh sambil tersenyum-senyum sampai langit ke tujuh lagaknya. Sekejap lagi dia akan berjumpa buah hati. Dalam asyik melayan perasaan, dia tidak sedar, sebuah kereta telah menghimpit basikalnya dan menyebabkan basikalnya tersasar dari 'landasan' lalu jatuh terjunam ke dalam longkang besar. Sungguh malang nasib lelaki itu pada hari itu. Dengan perasaan marah, dia melompat dari longkang itu dan sempat memandang ke arah kereta yang melanggarnya tadi. Lagak Einstein, dia sempat baca nombor plat kereta yang melanggarnya. Kereta itu sudah pergi begitu sahaja. Langgar lari punya kes.

Basikal yang jatuh ke dalam longkang segera ditarik keluar dan dia mengayuh ke balai polis untuk membuat laporan. Sampai di balai polis, dia disuruh duduk dan ceritakan apa yang terjadi.
Polis: Sila tulis di sini ya..

Ali : saya tara tulis tuan..(Sambil geleng kepala, tangan dipusing-pusing)

Polis : Oh..tak pandai menulis? Ok, cuba cerita apa yang terjadi.

Ali : Saya sama basikal dihantam kereta tuan..jatuh itu longkang...ada luka juga..blabla bla  (Ali mula bercerita dengan riak bersungguh-sungguh.
Muka polis itu berkerut-kerut, kejap dia geleng, kejap dia tenung. Satu butir apa pun dia tidak faham apa yang diceritakan oleh lelaki itu.

Polis : Ok...beritahu sajalah apa nombor plat kereta? (muka sudah bengang)

Ali angguk: Tiga kaki atas, satu  tiga mari, lapan tara cukup, satu tara empat tara..

Polis : Hah??...(Muka semakin bengang..)

Ali jawab lagi bila polis itu tanya semula tetapi polis itu masih tidak dapat meneka apa yang dimaksudkan oleh Ali. Boleh tolong jawabkan bagi pihak Ali jelaskan pada polis itu?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2015 11:57 PM | Show all posts
WBS 1040
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2015 07:15 AM | Show all posts

hok aloh...cepatnya boleh jawab..
betul betul betul (upin ipin jawab)

penat aku karang citer ni..

@NaylaArisha



@Eve_yy_Ellin

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2015 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 12-9-2015 07:15 AM
hok aloh...cepatnya boleh jawab..
betul betul betul (upin ipin jawab)


Laaaa, betul ke jawapan aku tu? Aku try test cuba je tu... Hehe tak sangka betul..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2015 09:48 AM | Show all posts
cepatnya jawabbb..penat tt menaip pun tak hilang lagi..bertabahlah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2015 08:38 PM | Show all posts
Elle_mujigae replied at 12-9-2015 08:48 AM
cepatnya jawabbb..penat tt menaip pun tak hilang lagi..bertabahlah...

hehehhe..kan?..
tak sempat nak warm up ni..

oh rupanya ulangan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2015 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaaaaa....ulangan ke? Tak dapat apa-apa le ni? Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 04:36 PM | Show all posts
dapat kacang je lerrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2015 07:46 PM | Show all posts
tiga kaki atas tu sy x dpt bygkan, cane eh?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2016 04:07 AM From the mobile phone | Show all posts
so takde pape la
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2016 04:37 PM | Show all posts
Ipo replied at 12-9-2015 07:15 AM
hok aloh...cepatnya boleh jawab..
betul betul betul (upin ipin jawab)



  woahh..hebatnyee...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2016 09:33 PM | Show all posts
apa yg satu tara dua tara.. hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2017 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Wwwwwwwwwwww
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 12:17 PM | Show all posts
baca jawapan baru tgk cerita
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 12:26 PM | Show all posts
WEB 1040? ahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 12:27 PM | Show all posts
eh okay dh ada jawapan. salah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2017 02:24 PM | Show all posts
wbs 1040...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2017 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Wbs 1040
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2019 04:10 PM | Show all posts
wbs 1040 senang ja soalan ni tak mencabar
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2019 01:35 PM | Show all posts
WBS 1040

teringat dulu masa kecik2, pakcik pernah bagi teka teki ni.
cuma nombor je lain.
masa tu tengah kumpul ramai2 kat rumah nenek, masa raya agaknya.
huii keluar macam2 teka teki. seronok betul bila ingat balik.
rasanya kejadian tu dalam 20 tahun lepas. wahhh tuanya iols
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.069014 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list