CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3417|Reply: 0

[Edisi Kejuruteraan] Saintis UPM Cipta Superkapasitor Mesra Alam

[Copy link]
Post time 13-9-2015 11:12 AM | Show all posts |Read mode


Oleh Noor Azlina Zainuddin Pensyarah Kanan Fakuti sains UPM, Dr Janet Lim Hong Ngee mencipta peranti penyimpan tenaga atau dikenali sebaga bateri superkapasitor yang lebih ringan dan fleksibel sebagai alternatif kepada bateri sedia ada.
Dengan berat kurang daripada 10 gram, inivasi ini juga sangat praktikal, malah boleh dicas dalam tempoh yang lebih cepat, bersaiz kecil tetapi menyimpan lebih banyak tenaga.


[/url]
Dr Janet berkata, superkapasitor berkenaan juga bersifat mesra alam kerana menggunakan grafin (graphene) sebagai bahan utama.
Graphene menjadi pilihan kerana ia merupakan karbon dengan atom tunggal selain memiliki luas permukaan besar. Satu gram graphene dapat menutupi material seluas lebih dua meter persegi, justeru dapat menyimpan lebih banyak tenaga per kilogram berbanding bateri.
Inovasi ini boleh dijadikan pengganti kepada bateri sedia ada yang lebih berat, tidak fleksibel, tidak mesra alam selain berbahaya jika dihasilkan dalam kuantiti yang besar.” Jelasnya.

[url=http://www.majalahsains.com/aplikasi-grafin-hasilkan-elektrik-dari-tumbuhan/]

Menang Anugerah
Dr Janet memulakan kajian superkapasitor grafin pada tahun 2011 dengan penambahbaikan berterusan bagi memperolehi hasil terbaik.
Beliau turut menjalin kerjasama strategik dengan universiti luar negara bagi tujuan meningkatkan mutu ciptaan dihasilkan.
Selain itu, ciptaan berkenaan pernah meraih pelbagai anugerah antaranya pingat emas dalam Pameran Reka Cipta Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) 2012 dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarbangsa (PECIPTA) 2012, pingat perak dalam Pameran Rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX) 2013 dan PRPI 2014.


Terkini, ciptaan itu memenangi pingat emas dalam Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2015 di Kuala Lumpur Februari lalu.
Dr Janet turut berharap ciptaannya itu dapat dimanfaatkan dalam industri tempatan seperti pembuatan, elektronik dan pengangkutan
Sumber – Berita Harian

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.060924 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list