View: 15315|Reply: 190
|
[Tempatan]
Perhimpunan ‘baju merah’ kini sah, kata Ketua Polis Negara
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 14-9-2015 06:13 AM
Perhimpunan ‘baju merah’ kini sah, kata polis
OLEH ELIZABETH ZACHARIAH
Published: 14 September 2015 11:51 AM
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perhimpunan-baju-merah-kini-sah-kata-polis
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (dua dari kiri) tiba di Seminar Rompakan Bersenjata, Pelanunan Antarabangsa dan Keselamatan Maritim di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 14 September, 2015.
Khalid berkata perhimpunan itu dibenarkan selepas penganjur memperoleh kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Padang Merbok bagi menganjurkan perhimpunan itu.
Katanya, pihaknya memberikan jaminan polis akan melindungi keselamatan orang ramai di Kuala Lumpur dan mendesak rakyat usah percaya khabar angin yang menyeru bukan Melayu menjauhi kawasan pusat bandar kerana akan ada kemungkinan rusuhan.
“Sekarang, perhimpunan akan dibenarkan berlangsung. Walaupun secara peribadi, saya tidak bersetuju dengan demonstrasi tetapi kita akan benarkan kerana ia memenuhi kriteria mengikut undang-undnag berkenaan.
“Kita akan mengerahkan tenaga anggota secukupnya dan kita mampu memastikan keselamatan semua orang,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
Khalid berkata memandangkan penganjur memperoleh kebenaran daripada DBKL untuk mengadakan perhimpunan itu di padang, polis akan membantu menyelaras perkumpulan itu dan memastikan ia berlangsung dengan aman.
“Kita kita akan pastikan ia berlangsung dengan aman dan berdisiplin,” katanya.
Beliau berkata polis akan memantau ucapan yang dibuat ketika perhimpunan itu dan berikrar akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang membuat kenyataan berunsur hasutan.
“Saya nasihatkan penganjur berkenaan. Saya minta mereka buktikan ini akan menjadi demonstrasi aman dan mereka akan mematuhi undang-undang. Kita akan memantau isi kandungan ucapan mereka,” katanya.
Beliau juga mendesak orang ramai jangan mempercayai mesej yang tersebar memberi amaran kepada bukan Melayu supaya menjauhi ibu kota Kuala Lumpur pada Rabu kerana perhimpunan itu.
“Jangan percaya mesej seumpama itu. Mereka yang menyebarkan perkara ini sengaja mencetuskan ketakutan di kalangan kumpulan masyarakat tertentu.
“Saya boleh jamin, polis akan memastikan keselamatan semua orang,” katanya.
Perhimpunan baju merah atau Himpunan Rakyat Bersatu dikatakan diadakan untuk membalas perhimpunan Bersih 4 yang berlangsung menjelang sambutan Hari Kebangsaan, mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan susulan skandal kewangan yang dikaitkan dengannya.
Perhimpunan itu juga diadakan untuk melahirkan kemarahan berikutan rakaman peserta Bersih 4 memijak gambar Najib dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Penganjur perhimpunan itu mendakwa ia bukan perkumpulan perkauman, tetapi pengkritik mempertikaikan slogan yang digunakan “Kebangkitan Maruah Melayu” yang menunjukkan wujudkan sentimen kaum.
Polis sebelum ini mengisytiharkan perhimpunan itu haram dan berkata ia tidak dibenarkan berhimpun apabila penganjurnya sebelum ini merancang mengadakannya di Jalan Bukit Bintang.
14 September, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.ws0dEIcB.dpuf
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ooo...ok. dah halal lah ye |
|
|
|
|
|
|
|
Sian abang polis....tak dapat merasa cuti malaysia..... |
|
|
|
|
|
|
|
Jiwa tak tenang tengok muka khalid ni..mcm somethinf wrong somewhere |
|
|
|
|
|
|
|
dpt pulak permit.....hebat.. lol |
|
|
|
|
|
|
|
org hebat kalu...gerenti dapat permit la.
yg tarak hebat kalu...buat perhimpunan haram depan sogo je la
|
|
|
|
|
|
|
|
Dan dan .... |
|
|
|
|
|
|
|
Penganjur dah plan nak batal last minute....KPN bagi permit pula....kena la cari alasan lain....Celaka betoi ~ kata penganjur... |
|
|
|
|
|
|
|
Let the party begin. |
|
|
|
|
|
|
|
kudajantan77 replied at 14-9-2015 02:19 PM
Penganjur dah plan nak batal last minute....KPN bagi permit pula....kena la cari alasan lain....Cela ...
apasal nak batal last minute pulak sis... |
|
|
|
|
|
|
|
takut yg datang tiga org je kot
|
|
|
|
|
|
|
|
yes.. sujud syukur...
hahahah |
|
|
|
|
|
|
|
tiada sebab DBKL tak bagi kebenaran gunakan
padang merbok
tidak seperti semasa BERSHIT, padang itu
digunakan untuk lojistik ATM semasa
perbarisan hari kebangsaan
status sah akan menggalakkan
penyertaan lebih ramai
syabas penganjur |
|
|
|
|
|
|
|
revolusi_30 replied at 14-9-2015 02:24 PM
apasal nak batal last minute pulak sis...
Boleh rembat wang tajaan yang sepatutnya untuk bayar peserta....akai org UMNO mudah dibaca...otak pikir mcm mana nak rembat duit sahaja... |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk apa la perhimpunan ni sebenarnya..... |
|
|
|
|
|
|
|
bila jadi macai otak pun tak leh pikir dgn waras..bersih dah wat 4 kali dan hanya sekali je bertembung dgn persiapan merdeka..gi bodokan melayu cam ko dah laaaa |
|
|
|
|
|
|
|
mana nk collect tshirt merah and RM100.. nak try jgk ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|