CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4142|Reply: 20

Dim Sum - Hidangan Yang Semakin Digemari Orang Islam

[Copy link]
Post time 15-9-2015 04:58 PM | Show all posts |Read mode

sumber foto : http://1.bp.blogspot.com/



Dim Sum merupakan sejenis masakan Cina yang merupakan hidangan ringan lingkungan luas yang dihidang bersama teh Cina.


Yum cha yang bermaksud minum teh adalah istilah yang digunakan untuk menjelaskan pengalaman makanan keseluruhan, khusunya bagi kaum Cina yang berketurunan Kantonis.


Dim Sum biasanya berkaitan dengan tradisi lebih lama Yum Cha (meminum teh), yang mempunyai sejarahnya pada para pengembara di Laluan Sutera kuno yang memerlukan suatu tempat untuk berehat. Oleh itu, gerai-gerai minum teh didirikan di sepanjang tepi jalan.


Para petani luar bandar yang letih selepas bekerja keras di ladang, akan juga pergi ke gerai teh pada sebelah waktu petang untuk berehat.



sumber foto : http://gadling.com/



Pada mulanya, ia dianggap tidak sesuai untuk meminum teh sambil makan kerana dipercayai akan menambahkan berat badan.


Masyarakat kemudian mendapati bahawa teh dapat bantu memudahkan pencernaan, jadi pemilik gerai minuman teh mula mengadakan sekali pelbagai jenis snek sebagai makanan sampingan.


Dim Sum berasal dari orang Kantonis di selatan China. Di Hong Kong, dan kebanyakkan bandar raya dan bandar di wilayah Guangdong, banyak kedai makan Cina bermula menghidang dim sum seawal lima pagi.


Ia adalah satu tradisi orang tua untuk berkumpul untuk menikmati hidangan dim sum selepas senaman pagi, sambil membaca surat khabar di waktu pagi.


Untuk masyarakat di China selatan, yum cha dianggap sebagai hari keluarga di hujung minggu. Selari dengan tradisi ini, restoran dim sum biasanya hanya menghidangkan dim sum sehingga lewat petang (sekitar waktu minum petang pada pukul tiga), dan menghidangkan masakan Kantonis jenis lain pada waktu petang.


Kini, pelbagai barang dim sum juga dijual sebagai makanan bawa pulang untuk para pelajar dan warga kerja di pejabat yang sibuk.


Dahulu, dim sum bukanlah satu makanan utama, tetapi hanya sebagai hidangan ringan, oleh itu ia hanya bermakna menyentuh hati, kini ia menjadi satu makanan asasi budaya makanan orang Cina, khususnya di Hong Kong.



sumber foto : http://eatingasia.typepad.com/



Para pegawai kesihatan mengkritik jumlah kandungan lemak yang tinggi dan garam sodium di dalam sesetengah hidangan dim sum dan memberi amaran bahawa dim sum kukus tidak seharusnya dianggap berkhasiat.


Para pegawai kesihatan mencadangkan supaya mengimbangkan hidangan berlemak dengan sayur-sayuran masak, tanpa kuah.


Hidangan disediakan dalam bahagian kecil dan termasuk daging, makanan laut dan sayur-sayuran serta pencuci mulut dan buah-buahan.



sumber foto : http://thediningtable.sg/



Hidanagan Dim Sum biasanya dihidang dalam bakul pengukus kecil atau di atas pinggan kecil.


Sesetengah keluarga Cina suka berkumpul untuk menikmati hidangan Dim Sum pada perayaan khas seperti Tahun Baru Cina atau Festival Tang Lung.


Selain itu, masyarakat Tiong Hua suka membawa anak mereka bersama orang tua-tua iaitu atuk dan nenek untuk menikmati keenakan Dim Sum pada hujung minggu.



sumber foto : http://objekwisata.com/



Ini kerana ianya memberi peluang kepada cucu cicit dapat menjalin hubungan mesra dengan atuk nenek dan ini merupakan salah satu aktiviti riadah yang sihat buat seisi keluarga terbabit.


Terdapat juga kedai makan Cina memberikan potongan harga pada menu hidangan yang dibeli sebelum 11:00 pagi dan potongan waktu teh selepas 2:00 petang untuk menggalakkan pelanggan mengelak dari datang pada waktu puncak makan tengah hari.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2015 12:50 PM | Show all posts
suka sgt mkn dimsum. sedap!
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 05:08 PM | Show all posts
sedappppp lame x mkn....biase mkn kat quality hotel
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Yup sedal sgt
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Chinese cuisine..clean taste
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2017 01:12 AM | Show all posts

Hmmm...

[AceHand SPECTaceLAR]

Bukang dah lama digemari ke...?


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2017 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
dim sum nie sdap sbnarnya..iols pon kwn y ajk g mkn dlu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2017 01:11 PM | Show all posts
Terbayang Dolly Dim Sum pulak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2017 04:14 PM | Show all posts
sedapnye..lme x mkn..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2017 12:47 AM | Show all posts

Errr...

cheergirlz replied at 20-4-2017 01:04 PM
dim sum nie sdap sbnarnya..iols pon kwn y ajk g mkn dlu..

[AceHand SPECTaceLAR]

Hada ke dim sum yang tak sedap...?


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2017 08:03 AM | Show all posts
AceHand replied at 7-5-2017 12:47 AM
[AceHand SPECTaceLAR]

Hada ke dim sum yang tak sedap...?

hihihi...dim sum y x sedap tue ache y ckp..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2017 08:18 AM | Show all posts
yes, dolly dim sum!
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2017 08:31 AM | Show all posts
i suka dim sum dkt dolly and quality hotel tp sekarang selalu mkn dkt dolly ja
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2017 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedap nya dim sum.. yg kat maju junction mall pn sedap.. tp dah lama xmakan dim summ. Teringin nya
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh dim sum may fav!
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh dim sum my fav!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2017 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok dah tau nak dinner apa tonight
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dolly dim sum!
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2017 01:21 AM | Show all posts

Oooo...

cheergirlz replied at 7-5-2017 08:03 AM
hihihi...dim sum y x sedap tue ache y ckp..

[AceHand SPECTaceLAR]

Buang tebiat ropanya...


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka makan dim sum..sio mai sedap
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.083219 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list