CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MekkBellaa

Kenapa Dengan Lily (psyco)

[Copy link]
Post time 8-10-2015 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
proboscis replied at 28-9-2015 03:00 PM
tt tumpang cerita ye...sebab aku tak tau mana lagi nak luahkan perasaan berbuku aku ni!!

kat opis ...

makk aiii sakit perut akulah!!!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2015 01:27 PM | Show all posts
nak jugak cerita kawan jenis psiko neh.

dulu masa darjah 5/6 ntah...ada lah sorang kawan neh yang aku tahu mak bapak dia memang penjual buah and tukang kebun sekolah rendah. tapi kawan aku neh cakap tuh bukan parents dia..tuh org gaji dia..masalahnya nama ko tak berbintikan tukang kebun tuh?? tiap kali nak amik report card...tukang kebun tuh lah yg dtg amik report card dia...dia boleh cakap parents dia x dpt dtg sebab ade meeting....

dia cakap parents dia duduk oversea, rumah besar, ada piano, swimming pool. yang penting kaya lah. then 1 day time tuh raya. so aku dgn kawan aku neh nak lah pergi beraya rumah dia yang serba mewah tuh. tapi dia dok bawak kitaorg keliling 1 perumahan awam 5 tingkat, and tak boleh blah tuh siap ketuk rumah ntah sesapa ntah and siap cakap 'assalamualaikum mama....assalamualaikum...' then tetiba sorang nenek keluar and tanya 'anak neh sape???' korang rasa tak bangang tak bangang kawan aku neh?? tetiba kawan aku neh cakap...'eh salah rumah lah...' then boleh pulak merayau2 rayau cari rumah dia lagik. almost 2 hours berjalan cari rumah yg tak wujud tuh...aku pun balik and start dari tuh x caya dah...

masa sekolah menengah dia sekolah lain...aku pulak sekolah jauh sikit tempat lain....dgr kawan2 aku cerita dia ada leukimia...lagik 3 bulan nak mati....bila aku jumpa je dia kat kawasan umah aku..aku tanya dia 'hoiii ko x mati lagik ke???' terus dia cakap...dia buat rawatan paling mahal.....haaaa..aku terus malas nak layan....kang dilayan makin banyak pulak episod drama dia....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 06:09 PM | Show all posts
hahaha psiko but lawak cerita2 kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 12:59 PM | Show all posts
lulu tak baca kisah TT hehe..lulu baca komen je. kisah TT panjang sangat...sat lagi lulu baca. hahaha..

nak tanya, semua komen yg lulu baca ni, awat orang2 psyco ni semula guna cerita kata diorang sakit kronik eh? cancer stage 4 la, leukimia la, beberapa bulan lagi nak mati la.. nape eh? cerita kelentong diorg semua sama je. pelik kan?

ada juga orang jenis gini. suka mereka2 cerita. tak letih ke asyik menipu je. haha. dah habit kot. kesian.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 02:45 PM | Show all posts
LuLu^Lost replied at 13-10-2015 12:59 PM
lulu tak baca kisah TT hehe..lulu baca komen je. kisah TT panjang sangat...sat lagi lulu baca. hahah ...

dyeall nk kn perhatian,
sebab tu menipu sakit cancer, luekimia bagai

bab menipu pula,
apa yg i boleh ckp (i ada sorang kwn psycho)
dyeall x letih menipu pun, kita jer letih nk dgr segala mala citer tipu tu..
mcm kwn i tu..dah bnyk kali kantoi menipu
hujung2 i pula yg kena marah sbb x percaya citer dia.


Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 03:30 PM | Show all posts
MekkBellaa replied at 16-9-2015 06:34 PM
sebb pnjg sgt tu yg bkk sndri. hehe..
ehh cer citer2..

haa dah baca cerita mekkbellaa. tudia aih punya panjang. hahaha...sib baik aku paham jalan cerita.
ok. nak tanya, korang ni adik2 lagi ke? umur berapa? mcm baru abis sekolah. mekbela, geng kpop & lily ni sekelas ke? kenapa cerita korang mcm asing2. maksud aku, yela..lepas si lily ni kelentong, diorg gi tanya mekbela betui ke tidak. mcm sesama korg jauh je. pastu nak tanya lagi, masa budak2 kpop ni nak gi rumah si mangkuk lily ni (haha...aku stress baca dan imagine cerita ni sbb tu perkataan mangkuk keluar dari jari jemari ku hehehe..), mekbela takde sekali ke? bukan ke diorg tau mekbela dengan lily ni kawan masa kecik? kenapa diorg tak minta pertolongan mekbela je untuk tunjuk rumah si lily tanpa pengetahuan lily?

logik tak ape yg aku tanya ni?

mekbela sebagai kawan lama kepada lily, takpernah ke kantoikan dia.. "sape 'abg tengku' ko tu? kenapa apa yg ko cerita kat bebudak kpop, aku tak pernah tau semua tu. ko tipu diorg ke?" pernah tak tanya dia gitu?

dan 1 lagi persoalan, sekiranya apa yg diceritakan ni cerita lama, zaman2 persekolahan, apa penyebab cerita ni diceritakan semula? lily ganggu mekbela ke? so apa jadi lily tu sekarang? hehehe..cerita ko panjang, soalan aku pun panjang juge.






Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2015 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita lelame ni... Tgk dia siap mention tahun lagi
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita lelame ni... Tgk dia siap mention tahun lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2015 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu kan tt kantoikan cuma xpegi tunjuk dpn mata je kot sbb nmpk cr tt & kawan2 mcm nk game lily je... Tp aku ad kwn mcm ni... Asal sakit ajer ckp kna santau
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 05:06 PM | Show all posts
sorry tt menyelit.

kat ofis saya ni ada lah sorang makhluk suka cite pasal diri dia (Wallahualam betul tak).

dia cakap mak dia tun, banyak jasa dengan negara, bila weols tanya mak dia nama siapa, dia tak bagitau. katanya p&c. ada kat ofis saya ni gigih siap google nama beliau, haram tak klua sebiji gambar pun berkenaan dengan dia. bila ada orang cakap google tak jumpa nama dia bagai, dia marah orang tu. untuk makluman, umur dia dah 44, lelaki. penah ex bos call dia time weekend, dia jawab dia tengah kat dalam operation room, doctor tengah buat renjatan kat dada ayah dia (alah yang rupa dia macam seterika tu). dia cite yang ayah dia cancer stage 6 (stage 6 kauuu), ayah dia pakai Bentley, duduk bukit tunku, ada maid lah, tukang kebun segala bak fairy tale tapi ayah dia cuma bagi dia kereta wira sebagai hadiah birthday (ok lah kan janji kereta).

banyak lagi cite yang dia cite kat kitaorang yang agak susah nak dihadam. tapi kitaorang kat ofis ni layankan jer lah. belum lagi part dia kahwin dengan anak king of Saudi lah. dia siap forward gambar gambar dia kahwin tu kat saya (gambar gambar tu macam amek kat google image jer sebab gambar semua dari belakang, gambar tangan, takde satu pun gambar muka. ) siap ada gambar dia pegang anak arab mana tah, dia claim tu semua anak anak dia walaupun dalam gambar tu jelas benauuu budak tu takde rupa mix melayu, cara dia pegang budak dalam gambar tu pun nampak kekok nauuu. tak Nampak sifat kebapaan (macam kita pinjam anak orang untuk bergambar gitu).

kat fb pun suka update status, location bagai kononnya dinner with king or Saudi, dinner with king of sana sini, semua nak king jerrr walhal kalau tengok orangnya depan depan jauh panggang dari punggung. tu belum lagi part katanya holiday sana sini tapi gambar yang dia post cuma hujung jari tangan / kaki, tapi takde pun gambar beliau berdiri ker selfie ker apa.

bebaru ni pun ada juga cite kelakar dia. macam macam orang macam ni. adakah orang orang macam ni delusional?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 02:36 PM | Show all posts
milamela replied at 15-10-2015 05:06 PM
sorry tt menyelit.

kat ofis saya ni ada lah sorang makhluk suka cite pasal diri dia (Wallahualam  ...

mental tahap gaban dh kwn ko ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 03:57 PM | Show all posts
sebb iol boring tahap gaban iol gigih jugak bace cite ko..entah kenape iol rase boring iol makin bertambah2..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2015 02:07 AM | Show all posts
Edited by johnazizul at 17-10-2015 02:09 AM

Nak join gak lah... Walaupun aku xtau mamat yg aku kenal ni psiko atau kurang siuman...

Dulu masa orientasi kat um... Tahun 2004, dlm grup aku ada mamat nama zaki ni.. Dia ni budak pengajian islam.. Aku mula2 xperasan sgt la kepelikan perangai dia.. Masa orientasi ni, dia pakai tongkat mcm org tua tu.. Aku ingatkan dia ada cedera ke apa ke.. Tapi time berlari boleh tinggal lak tongkat tu.. Satu je yg aku bengkek dgn dia ni, waktu kumpul dlm dewan, grouping duduk atas lantai dan disebabkan group sampai 40++, mmg rapat2 la kedudukan antara group.. Dia dtg lmbt masa tu... Dia nak dok bahagian depan barisan, boleh dia huyung hayangkan tongkat dia tu supaya org ketepi... Pergh... Budak pengajian islam, tapi apahal xde sivik buat camtu...

Okey... Pastu next encounter aku dgn zaki ni hanyalah pada tahun 2008... Mmg lama xnampak dia.. Lagipun dia course 3tahun je.. Aku ingatkan dah grad dan berambus melingkup kat mana2...

Satu hari tu, geng2 aku lepak kat kafe... Budak2 ni mmg dok satu floor dgn aku kat kolej...  Dan ada yg bersambung bilik2 ktorg ni berkongsi balkoni... So boleh la masuk keluar suka hati je antara bilik ktorg..

Berbalik ke kafe tadi.. Mamat zaki ni tiba2 muncul kat geng aku... Aku xjoin sekali masa tu... Dia tegur kawan aku sorang aku namakan naz... Naz ni bukan kawan dgn di pun, cuma pernah join majlis ape ntah sama2 dgn zaki ni dulu... Jadi dia pun convince kan la geng2 aku ni nak tumpang jap bilik utk beberapa hari sbb ada urusan ape ntah kat area um tu... Geng2 aku ni pon kesian kasi la tumpang...

Mulalah benda pelik berlaku... Naz ni ada abg jadi letcurer kat poli pd... Tiba2 zaki ni minta tolong kat naz ckp dia nak apply jadi letcurer kat situ... Dia lupa ke dulu dia budak pengajian islam... Tiba2 nak jadi letcurer poli... Tapi disebabkan nak jaga hati, naz ni pun iyakan je la... Nanti dia call abg dia katanya...

Tapi yg jadi isu skrg ni, dia dah la xde kunci bilik.. Bila org nak gi kuliah, dia ckp korang pegi la... Aku stay xkemana... Last2 bila ktorg balik, nah pintu bilik xberkunci, dia ntah kemana... Mengamuk la budak2 tu... Yela segala pc, printer, ada dlm bilik... Mau kena rembat...

Last2 aku ingat lagi, hari jumaat.. Masing2 ready nak pegi masjid.. Kami slow talk dgn dia suruh balik.. Dia mmg xnak balik, nak dok tumpang lagi.. Tgh tggu inetrview ape la alasan dia masa tu.. Aku hilang sabar, aku campak beg dia dr tgkt dua hostel... Last2 dia kutip beg pastu belah dr kolej... Xtau la ape jadi pastu...

Korek punya korek cerita.. Rupanya dia pernah jadi roommate kepada budak course aku dulu..antara perkara2 pelik masa dorg sebilik:

1) dia lekat masking tape atas lantai utk bahagikan bilik.. Jgn sesekali lepas ke bahagian dia.. Kalau x mau mengamuk dia tu...

2) kalau tidur mlm, kipas jgn buka... Yg dia buat, dia buka pintu bilik... Sendal dgn ape ntah...

3) xboleh bercakap kalau dia ada dlm bilik...

Mcm2 lagi la... Tapi aku dah xingat... Gila betul.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2015 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
johnazizul replied at 17-10-2015 02:07 AM
Nak join gak lah... Walaupun aku xtau mamat yg aku kenal ni psiko atau kurang siuman...

Dulu masa ...

Pelik btul si zaki tuh...skeri pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2015 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
I nak share cerita i pasal kawan i. I rasa dia ni psycho. Dia ni kata dekat i yang dia tak dpat kasih sayang dari family dia. Mak ayah asyik marah dia. Sibling tak layan dia. Takda orang nak kawan dengan dia. Dalam family tak hiraukan dia. I tengok ayah dia bagi motor sebijik dekat dia. I dah syak sesuatu tapi i biarkan je.

Kemuncak bila dia kata dia ni sakit. Sakit yang nak mati lagi 5 tahun. Sakit buah pinggang kronik. I kesian dekat dia dah la rosak buah pinggang lepastu forever alone pulak. Tapi dia ada buat benda dekat i sampai i dah tak berkawan dengan dia. I perati dia dari jauh. Sihat je budak ni.

Benda ni jadi dalam berbelas tahun dulu. Cer teka cer teka. I ternampak fb dia. Ingatkan dah arwah. Sihat okay. Siap dah kahwin pun. Dari risikan i. I dapat tau yang dia tak sakit apa apa pun. I rasa dia jadi macam tu sebab nak perhatian dari orang sekeliling sebab tu dia reka cerita untuk raih simpati dari orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 11:41 AM | Show all posts
winda_klose replied at 16-10-2015 02:36 PM
mental tahap gaban dh kwn ko ni..

mental habis nok.

dia punya berangan kadang tak boleh diterima dek akal. tapi orang macam ni kalau dilayan, lagi menjadi dia bercite kan. maka, umat umat kat ofis ni suka lah melayan beliau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2015 05:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Hi tt ..nice thread  ni..aku rasa lily tu dh terlebih  delusion
Tp still  boleh di maafkan  cuz bbnu ..aku pun ada cte nk share  since dah  ada thread  ni ..aku ni actually bkn jenis org yg cpt atau  suka sangka buruk kt org tanpa usul  periksa ...

Cte nya cmni ...aku ada  knl sorg perempuan ni masa amik kursus  pendek ...mula mula  kenal,satu class tau dia dulunya ada kanser leukaemia  tahap 4.dia ckp ...tp umur dia pnjg ...doc sah kan dia ada bpe  bln lg utk hidup ...tp mukjizat  Allah dia boleh hidup sampai skrg...

Tp ada bbrp kwn dlm class cm pelik..klo cancer knp nmpk  cm sihat ...knp still  hidup ...dorg assume kwn aku ni just  nak amik simpati  dan attention .aku x berani komen apa soal penyakit org ni...takut akan dtg kena diri sendiri...kwn aku ni ber Imej rambut pendek ala lelaki ..konon sebab rambut byk gugur akibat buat chemotherapy ....tp aku tgk elok lebat  je rambut dia..xde  pula nmpk kosong di tgh atau jarang..aku diam je la mls komen..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 05:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Cte kedua plak ..dia  ada pinjam duit aku byk..tp liat nak byr...pinjam atas alasan sakit.beli ubat ,blk kg...mcm2 .aku pun xde  nak berkira  sgt sebab dia pun jenis x berkira bab bawa kami  jln2 ..kdg suka belanja mkn...
1 hari tu dah lps bertahun-tahun..aku cuba mtk dia settled hutang aku sebab aku sesak nak gunakan duit tambahan  pula ayah aku sakit ...itulah alasan paling tepat aku guna utk mtk duit aku...aku x mtk bayar cash semua..50 dulu jd la...

Dia boleh kata dia tgh sakit.terbaring  dlm wad ICU  di pahang ..klo ikut kan duk kl..ok fine...aku dgr suara dia sakit..tp aku dpt  rasa pura pura  je...hati ni boleh rasa ..konon dia dah stay pahang  dgn adik angkat dia...
Bila aku mtk lagi duit.timbul isu yg dia ada cancer tulang pula ..so duit guna utk chemotherapy je...dlm masa yg sama timbul cte dia ada g umrah  ikut mak dia dgn ber kerusi roda ..ayat dia x boleh blah "aku tahu aku ada hutang org ...tp Tuhan lebih tahu niat  aku g mekah ni mak aku yg bawa..."ala kan klo g mekah mana boleh berhutang..t berpusing kat sana  Tuhan bg balasan .....Setahu pemahaman  aku la...
----Lps sekian lama dia settled duit aku sikit demi sikit.hubungan kami pun renggang juga sebab kes aku mtk duit...tp dia ni psiko...dia boleh salahkan  aku balik konon hidup aku mesti x tenang sebab buat musuh dgn dia...aku ni mesti rasa berdosa je dgn dia...apahal  pula kan...tp aku malas nak panjang cte...aku mengalah je n mtk maaf...Lagipun dia berbelas  thn lagi tua pada aku..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 05:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Cte ke 3
Cte yg konon ada cancer tulang trs senyap tanpa susulan  kes...kini dia kembali duk kl..konon la padahal  mmg duk kl pun selama ni...klo cancer tulang mesti ada susulan  kisah kan?ni trs senyap mcm x sakit.tgk tuan bdn berisi...klo cancer dah kurus kering  wei mana ada bdn gemuk ..rambut pun elok je lebat..aku pun mls nak tanya kisah cancer leukaemia dia,cancer tulang dia sebab aku rasa dia just  nak amik simpati dan attention..
Sepanjang kwn dgn dia dah msk thn ke 6 ni mcm2  kisah fairytale  dia..
---Sorang prof nak kwen sgt dgn dia.prof ni kaya gila..dude..sanggup  bagi kete BMW z4 ,rumah  banglo tepi bukit antarabangsa ,belanja mkn hotel  je tiap kali  dating ...klo kwen t prof tu nak buat di hotel mandarin oriental 6 star ...paling x pun buat di hotel Sheraton ..mcm2  cte dlm bayangan dia..lastly  bila dah beli brg hantaran ,prof tu dah siapkan hp blackberry model terbaru paling mahal ,duit hantaran  20 ribu .....tiba tiba prof tu mati kena tolak dari bukit masa buat lawatanke sabah ..konon kwn aku ni dtg utk proses  cam mayat .mayat pula di bakar...

Sorry  la aku mmg dari awal lagi dah x percaya sgt kisah dia..sebab Pengalaman sebelum ni buat aku curiga..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 05:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Cte ke 4
Konon gi overseas  naik private jet .ramai kenalan  mat saleh ..pnh jadi student sambilan Oxford  university.knl dgn sorang mat saleh  sana nama James ..
Skrg James dtg cari dia balik utk Lamar  dan convert msk islam...James nak bagi umah 4 tingkat  kat bukit antarabangsa ...dan nak bank in kan duit beratus ribu msk account ....konon dia dlm dilemma nak kwen ke x..siap tunjuk conversation dia dgn James dlm fb ..entah  entah Sindeket love  scam kan...haha .pastu Berangan..James ni businesses man...kaya raya...

Kenal lagi dgn pilot  British airways .siap tunjuk gambar ...yg pelik kan...pilot ni boleh lak seiras muka James .aku bolayan  je...pilot ni konon nak bagi dia kekayaan  bila dah kwen t ...
Kenal dgn org Dubai la bagai...mcm2 .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.379670 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list