CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MekkBellaa

Kenapa Dengan Lily (psyco)

[Copy link]
Post time 22-4-2016 02:55 PM | Show all posts
bestfren aku nama nik. baca citer ko ni terbayang plak kt bestie aku tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2016 04:32 PM | Show all posts
nak story gak lah... hehehhe... masa sekolah menengah dulu, tahun 90an (yer, mok cik dah tua).... aku ada kwn baik sbb kitaorng sekelas dan duduk sebelah menyebelah... mmg bff ngan dia tapi dari form 1 hingga form 3 je sbb form 4 dh tukar kelas lain... aku nih naif orangnya... sampai sekarang... tu sebab kalau sesapa cite hal apa pun, aku percaya je... dah bertahun2 baru perasan rumapanya aku ditipu....

ok, kisah member sekelas aku nih... dia cerita dia dilahirkan di kl dan masa dia lahir kat spital tu, mak kepada seorang penyanyi (sorry, aku x ingat sapa penyanyi tu...) ada sekali kat sepital tu dan ambik dia sebagai anak angkat walaupun sekadar gelaran sbb masa sekolah dulu, memang soheh2 dia duduk ngan family dia... aku x de la tanya kenapa dia diambil sebagai anak angkat dan apa rasional nya... aku percaya je bulat2 dia cakap... lepas tu dia cakap abang2 senior yang glamer2 kat sekolah tu semua abang angkat dia.... masa tu aku minat sorang abang senior ni dan mmg favourite cikgu2 kat sekolah... itupun abang angkat dia katanya...  pun aku percaya... pernah sekali tu, aku g tandas berdua ngan dia... masa aku dh settle hajat kecil tu, aku tengok dia kat luar tandas... dia cakap dia berborak dgn abang2 angkat dia kat situ tadi.. aku pelik gak sbb kanmain laju lagi jantan2 tu jalan sampai kelibat pun aku x nampak... yang paling tak boleh blah, dia kata kumpulan KRU tu pun keluarga angkat dia... dia selalu pergi kl sbb pergi rumah family KRU nih... rasa betul la orang2 yang macamni memang nak kan perhatian... aku penah g beraya rumah member ni... rumah dia rumah kampung biasa je... adik beradik ramai... ada abang tiga empat orang sebelum dia... ayah dia bekas askar pencen, dan berniaga eskrem... mak dia muka garang gila dan memang garang orangnya... rasanya dia nih ketandusan kasih sayang...

lepas sekolah, aku memang dah tak jumpa dia... dua tiga tahun lepas, jumpa kawan sekolah yang sekampung ngan member ni... aku agak rapat jugak ngan minah ni... minah ni cerita, member aku tu dah bercerai masa mengandungkan anak kedua sbb katanya suami dia tak ngaku anak dalam kandungan tu anak dia... abang2 dia pun percaya cakap suami dia dan halau dia dari rumah... so, minah ni la yang banyak membantu... minah ni pulak, suaminya ada title 'dato' dan x de anak lagi... so, anak member ni dia jaga mcm anak sendiri la... siap sewakan rumah, beli barangan dapur, carikan kerja, macam2 lagi la... member tu bersalin, semua ditanggung oleh laki bini ni... dah lain pulak cerita, member ni nak goda suami minah ni pulak... dia buat cerita lain pulak... dia cerita kat orang sekitar tu katanya minah ni tak tolong dia la, biarkan dia la, apa la... yang paling minah ni tensen, member aku ni sesaja je menyusukan anak depan2 laki dia... menyusu badan ye... macam saje2 nak tunjuk kat laki minah ni aset dia tu... so, minah ni bengang dan tak berhubung terus dgn dia sampai sekarang... sebelum dia dimadukan, baik dia jauhkan diri dari member tu...

sorry, terpanjang pulak cerita... hehehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2018 02:43 PM | Show all posts
done baca..kesian korg yg ada kwn cenggini
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 12:28 PM | Show all posts
haha gigih i marathon baca termasuk link2 forumer bagi..

Pagi ni nak share few stories org psycho, ada kena mengena dgn i, tp i nak story yg latest, kena kat staff i, nama Shifa

Husband i buka gym, so biasala ada follower2/kwn2 lama n baru. Ada datang ada pergi. So sorang budak ni dlm umo 25-an, i namakan Amat. Baru berjinak2 join gym, so dari situ rapat la dgn husband i, Kira ringan tulang n mudah nak mintak tolong. (itu awal2 je la.. mayb nak bagi dpt kawan je kot)..

Ada 1 event ni i bawa staff i si Shifa ni, maka terjumpa la dgn Amat. Si Amat ni tangkap cinta pandang pertama kekdah nye. Shifa ni jenis ok je nak kawan, mai la kenai2 dulu kan.

Bermula dari situ kemana jua berdua. Sampai nak buka gerai bazar ramadhan pun SHifa ada sekali tolong ( wah, awek yg sanggup tolong berniaga sekali, mana nak cari kan?)..  Gerai tu diorang share dgn husband i, si Amat buat air, Husband i jual ayam goreng.

Starting situ i dah tgk perangai Amat ni, jenis mengarah orang n cakap pun nak tengking2 je.. U know style org utara spesis jenis cakap over. Ala2 mokcun tu. Selalu si Shifa ni la kena jerkah, di suruh amek itu amek ini, Amat ni lak lagak boss. Sampai husband i dgn pembantu lak sound tepet balik Amat ni. Shifa pun kadang2 sound balik gak.

Dari situ dah turn off.. memang bagi Shifa ni Amat takat kawan je la.

Bila nampak Shifa dah makin tarik diri, tak close macam sebelum ni, mula la meroyan. Allah teruk rupanya kalau lelaki meroyan. Whatsapp tak berenti sat, kejap-kejap call.. Kalau lambat reply, or tak jawab.. Memang beleter panjang lebar la. Sampai sanggup gi cari Shifa ni kat court tennis ( shifa ni atlit negeri).

Uols paham2 la budak2 sport ni, ada je kawan2 lelaki, tapi idak le skandel ke apa. just kawan2 lepak ramai2, ngeteh lepas sukan. So si Amat ni suspek Shifa dok skandel dgn lelaki nama Zack. Zack tu pun rakan sepejabat husband i. so berpusing2 la di situ haha..

Di sebab kan Amat ni la, Zack yg dah bertunang sampai putus tunang. Amat ni ngadu macam2 kat tunang Zack, mengatakan Zack ni bela Shifa la.

Sambil tu, nak juga pikat Shifa balik, gigih beli bunga setiap kali jumpa. Sampai kan 1 team bebulu tengok mat bunga ni.

Pelik pasal Amat ni, benda yg tak real pun dia mengadu kata real. Contoh, tengah elok je tengok movie dgn Shifa, boleh si Amat ni whatsapp my husband, mengadu si Shifa ni ada laki lain. Motif?

Bila Shifa ni kat toilet, boleh Amat call nangis2 kat husband i mengatakan Shifa nak tinggalkan dia.

Tetibe esok nye sibuk nak bertunang. Sampai guna Amat ni guna no lain, konon itu number mak Amat berwhatsapp dgn Shifa. Kalau Shifa n Amat ni gaduh je, mesti no Mak Amat ni whatsapp Shifa suruh pujuk Amat. haha

Makin teruk si Amat ni, apa je nak ngadu kat husband i. Sampai ajak laki aku keluar kul 12 malam nak memujuk hati lara nye, balik kul 4 pagi. kul 6 pagi sibuk talipon laki aku suruh bangun subuh. Ko pehal, aku bini dia, aku jaga la laki aku. Bengang i. Tiap2 hari macam tu sejak2 meroyan.

Sampai i pulak gaduh dgn husband i, sebab masa banyak di habiskan melayan budak gila tu. I bagi kata 2, isteri or Amat tu. Tepat kul 11 mlm je laki i akan off hp. supaya tak diganggu Amat. Gila tak gila, dia call no i pulak. Awal tu i jawab je Husband i dah tido, boleh suruh kejutkan ajak keluar. Mampus.

Setiap kali Amat ni mengadu pasal Shifa, i laju je soal Shifa. Sampai pening SHifa kenapa si Amat nak buat fitnah pasal dia.

Yang boleh OFF terus, kes projek baju. Konon si Amat ni kenal rapat la dgn supplier baju murah. Suruh si Shifa ni amek order kat atlit2 tennis yg nak masuk 1 game ni. So ramai la sebab 1 malaysia join. Duit dah bayar kat Amat. Benda janji 2minggu, masuk 2bulan tak settle. Sampai hari game, baju takde. Kejar punya kejar, rupanya baju tu dia baru hantar kat kedai kawan dia utk cop. Itu pun 1 team je baru siap, korang bayangkan berapa belas team ada.

Bila Shifa ni nak g amek, dia main tarik tali, nak ajak makan dulu la apa la. Amat ni tak tau yg i kenal budak owner cop baju tu. So i terjah terus kedai tu. Ada la Amat atas sofa, nampak je i masuk terus terlompat dari sofa.Haha. I amek je baju mana yg siap dulu. But i takde la mengamuk, i cakap sikit je tu pun elok2. Bukan marah2. Rupanya once i blah dari situ, dia mengamuk kat Shifa, mengatakan i marah2 maki2 dia. At d same time call and whatsapp laki i, konon tanya i marah dia ke? sebab tak cakap sepatah dgn dia pun, Tau2 terus amek baju je then blah.  Eh, kejap kata aku maki, kejap kata aku tak bercakap, mana 1 betol? haha

Lupa nak mention, masa i turun dari kedai tu, owner kedai cop baju dah awal2 lagi tunggu i bawah tangga. Habis semua dia cerita. Baju baru dpt semalam, duit tak bayar lagi mcm2 lagi..

Sekarang Amat pun tak dapat di kesan, cuma ada je mangsa kena tipu duit dgn dia datang mengadu kat laki i.

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2018 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Bipolar.. mental.. mood swing
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2018 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam2 ye peel manusia ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2018 10:13 PM | Show all posts
sambung lagi, ini kisah i, masa zaman baru nak up.haha (Maaf i tak pandai susun ayat huhu)

Masa tu i masih belajar, zaman chatroom IRC, so i berkenalan la dgn this guy, namanya Ed.

So berkawan la i dgn Ed ni setahun 2 gitu. Nak kata special idak, nak kata tak special, special la juga. Yang jadi ending nye, bila dia confess yg dia sayang i tapi dia budak kampung, study pun takat PMR je, memang dia tak nampak future dgn i, Ala-ala 2 dunia berbeza.. hihi. Memandang kan i pun tengah mengeletis BBNU. Idakla i frust, sebab kawan-kawan je.

The friendship continue. Hari-hari SMS, kadang-kadang call.. Kadang-kadang chat kat IRC..
Berlarutan la setahun gitu, tetiba dia senyap. So i pun tak kisah, i pun sibuk dengan study i.

Tetiba masa i cuti, i dapat SMS dari number yg i tak kenal. Just short SMS.. "Baby".. I ignore je cuma tak delete. Last-last number tu jauh di dalam message box i.

Few weeks/months after that, ada no asing dok miscall i. Korang tau kan, zaman dok miscall sekali 2 je bunyi. Still i pun tak call balik, ignore je. Betapa i tak ambil pedulik.

Kembali kepada Ed ni, di sebabkan berbulan tak SMS kan, tetiba i termimpi dia.. i ingat lagi masa tu i otw balik U i, atas bas kul 4 pagi, i terjaga lepas termimpi kat dia. (HAAHA).. memang lalu kampung dia ( tepi highway ja pun). So i jaga, and terus SMS Ed. Tapi takde reply., i call pun tak jawab ( sebab sebelum ni time2 burung hantu ni la kami bergayut hehe)..

Beberapa hari lepas tu, baru i dapat reply, dari no Ed, tapi dalam message tu mengatakan dia girlfriend Ed, Ed tengah tido. ("Uish, urban nyah korang")

I still terkejut sebab takde pulak Ed mention pasal ada kawan lain, so i terus call adik perempuan Ed, memang adik tu mengaku yg Ed ada gf, tapi takde la datang masuk rumah.

(rupanya, phone Ed ni gf dia yang pegang..)

Jadi, bila i dah tau Ed ni ada gf, i pun senyap je la. Tapi tidak bagi gf Ed ( i bagi nama Piah) haha
Selepas kali pertama reply SMS i, beberapa hari lepas tu Piah sibuk SMS i menyamar jadi Ed.

I pulak bodoh, layan kan je.

Dok tanya i sihat ke tak.. Rindu i la, nak datang jumpa la.

Berlanjutan dari tu, mula buat drama. Ed-Klon ni kata gf dia jahat, dok pukul dia la, bagi dia makan racun la. So selalu dia pening muntah. Siap masuk hospital..

Tapi bila i call, tak pernah berjawab.

Lepas tu Ed-Klon buat drama baru, konon ada pekerja perempuan diorang, nama Suri. Suri ni berkenan dekat Ed, nak rampas Ed dari Piah.

Bila muncul je watak Suri, terus tetibe ada number baru masuk, SMS dari Suri. Dari situ berselang seli la SMS dari Ed-Klon, n Suri.. Ada juga masuk SMS dari number Piah sendiri, menyerang i konon kacau bf dia.

Dalam watak ni Ed-Klon lelaki malang, Suri perempuan perampas tapi baik, Piah gf from Hell.

Drama pusing-pusing ni stop bila i sendiri tak layan terus, sebab i pun tengah down bila ayah i meninggal.

Lantak la korang nak berdrama, lantak la si Ed tu nak mampus kena racun, bukan dia tak de kawan-kawan lelaki kat sana nak minta tolong kan.

Sampai la saat Ed n Piah nak kawin, wah galak betul Piah, siap hari2 SMS i, gelakkan i. Konon dia menang dapatkan Ed. I tak kisah pun, bukan i nak Ed pun. Siap hantar MMS gambar diorang selfie sama-sama kat kebun bunga, tengah dinner kat warung. haha

Elok je diorang akad nikah, petang siap hantar MMS diorang posing atas katil lengkap berbaju pengantin. Dengan ucapan " Aku menang, ko kalah". Padahal muka masing2 masam mencuka je, takde le posing love dovey senyum manis. I dengan kawan2 i tengok pic tu, just gelak je la. Muka pengantin mcm menanti belah ja pun.

I ingat stop di situ.

Beberapa bulan lepas tu, mama i bagitau ada number dok SMS, message macam tuju dekat i. Masa ni mama i guna number phone arwah ayah, dan ada dulu pernah i guna number arwah ayah utk bergayut burung hantu dengan Ed. Rupanya Ed simpan, n dapatkan kat pompuan tu.

Punca Piah contact number arwah ayah i, sebab i dah tukar number phone.

Bersungguh dia SMS minta number phone i, nasib mama i memang tak masuk campur.

Sampai la masa diorang nak g umrah, di sebabkan takleh contact i, maka SMS panjang lebar dapat kat mama i. Piah minta ampun sungguh2 segala kesalahan dia buat sebelum ni.

Yup i maafkan, cuma i tak reply je, i maaf dalam hati je.

-----------------------------------

Bertahun berlalu, dari IRC, ke zaman Friendster, ke zaman MySpace. Lalu ke zaman suram Tagged. (aku tak tau tujuan tagged ni untuk apa, utk spam je kot)..

So kat Tagged ni rupanya Piah fren dengan i,  betapa i dah lupa wajah2 diorang ni. haha.
Beberapa kali juga private message i, tapi i tak reply, sebab takut tengok gambar2 dia dalam Tagged tu. Ada free hair siap bersinglet dalam bilik atas katil, gambar dia sorang je.

Yang i boleh tau itu Piah, sebab i tengok detail profile beliau. Kampung sama dengan Ed. Terus i deactive Tagged. Taknak aku ada apa2 dengan orang gila ni.

-------------------------------

Di Facebook pun ada juga Piah, n even Ed sendiri pm & request nak fren. Maaf, i tak approve. Utk Ed i tak approve sebab ko laki orang. Walaupun Piah mental sket, dia bini ko. Segala pm ko aku tak reply, bahkan aku block trus.



Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
snipersnake replied at 21-4-2016 03:57 PM
banyak2 cerita ni yang paling win sebab ada kuda

Aku xtau la dia tengok cerita apa masatu. Delusional teruk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2018 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Nti baca panjanh sgt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.158913 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list