|
|
Lisa-Yusry dapat bayi sulung perempuan
RABU, 16 SEPTEMBER 2015 - 1:52AM Oleh Zaidi Mohamad
KUALA LUMPUR: Pelakon Fazura memuat naik status mengucapkan tahniah di atas kelahiran sulung bayi perempuan teman baiknya, Lisa Surihani di laman Facebook jam 11.44 malam tadi "Syukur. Alhamdulillah. Tahniah Ize (merujuk kepada Lisa) kerana selamat melahirkan bayi perempuan. Kak Ifti ( merujuk kepada watak Fazura dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia) tak sabar nak tengok kalian esok," katanya. Bagaimanapun saat ini butiran lanjut mengenai kelahiran bayi sulung Yusry dan Lisa belum diperolehi. Pasangan ini berkahwin pada Februari 2012
|
|