CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2506|Reply: 1

Pentingnya Penjagaan Selepas Keguguran

[Copy link]
Post time 17-9-2015 12:50 PM | Show all posts |Read mode

                        Keguguran mengandung boleh berlaku kepada mana-mana wanita hamil. Jika mengikut nasihat orang tua-tua, situasi keguguran dikatakan lebih serius berbanding kelahiran. Jelas sekali menunjukkan betapa pentingnya penjagaan selepas keguguran.

        Wanita mengalami keguguran juga perlu melalui tempoh berpantang sama seperti ibu selepas bersalin. Bahkan penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah berbanding penjagaan ibu yang keguguran.

        Wanita yang tidak merawat diri dengan berpantang selepas mengalami keguguran berisiko menghadapi bahaya tertinggal cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri di dalam rahimnya. Ibu akan mendapat masalah angin toksin yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat jangkitan di bahagian peranakan.
        Masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah juga boleh terkena kepada ibu yang keguguran tanpa penjagaan rapi. Sekiranya bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresap ke seluruh sistem badan. Akibatnya ibu boleh demam panas sehingga mendapat kancing gigi apabila tidak berpantang makanan yang dilarang selepas keguguran.

        Jika penjagaan berpantang dilakukan dengan betul, ibu dapat mempercepatkan proses pemulihan seperti tekanan emosi, masalah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormon, bengkak dan bisa otot peranakan.

        Adakah tempoh berpantang ibu keguguran sama seperti ibu selepas bersalin? Sebenarnya mengikut petua orang tua-tua, ada bermacam pantang larang ibu yang keguguran termasuk bab pemakanan dan gaya hidup seharian.

        Berpantang ibu keguguran berakhir mengikut jangkamasa keguguran.  Untuk lebih berkesan, pantang larang pemakanan ibu keguguran akan tamat apabila ibu kembali hamil dan bersalin. Ibu mesti mengelakkan makan makanan berangin seperti ubi, keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi dan terung.
        Begitu juga dengan makanan yang sejuk serta menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang, timun, ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka, cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai.

        Ibu juga tidak boleh makan ikan yang berbisa seperti ikan berduri, terubuk, bawal hitam, cencaru, tamban, sardin, pari dan makanan laut seperti sotong, udang, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin.

        Jika mengikut petua pantang larang orang tua-tua, ibu yang melanggar pantang tersebut boleh mengalami masalah bentan urat, demam lambat baik, rambut gugur, alahan kulit dan mudah letih.

pama

            




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2016 02:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh share mknan ape je y boleh makan ketika pantang? Sy da bingung nk makan apa pon xtahu, suma serba salah bila makan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.059947 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list