CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: xflower

Ghost X Story Level 1

  [Copy link]
Post time 17-9-2015 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahat betul..kenapa lah suka aniaya orang ye?sungguh x faham..kenapa lah orang macam tu wujud..haihh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2015 05:05 PM | Show all posts
lambat juga sambungannya dik..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 05:12 PM | Show all posts
perrrgh...ada sambongan lagi...
kipidap bro..
ku tunggu mu sambong
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 05:17 PM | Show all posts
ok sila sambung..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 05:56 PM | Show all posts
org akan baca story ngko dik asalkan tiada bahasa sms , bahasa bbnu dan bahasa yg kurang difahami..teruskan penceritaan ngko..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2015 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
myakayina replied at 17-9-2015 05:56 PM
org akan baca story ngko dik asalkan tiada bahasa sms , bahasa bbnu dan bahasa yg kurang difahami..t ...

Sambungan : Weird Food Part 2

Nak di jadikan cerita kami pun berkelanalah ke Johor. Sampai dah pukul 3.pagi. So ayah suruh tidur hotel je kami pun on je lah. Kami sewa satu bilik tapi bilik tu besar 3 katil siap sofa so yang king mama dengan ayah yang lagi 3 kami rapatka so jimat hehehe.

kami jalan2 kat Johor. Ayah tolak along pakai kerusi roda. Oh ya lupa nak cerita sebenarnya along merupakan seorang doktor di hospital ip*h dalam bidang variatrik. Kesian along nak makan susah memang simpati tengok dia sampai meleleh air mata aku dengan mama. Dalam hati aku memang si*l siapa yang kenakan abang aku.

Malamnya kami ke rumah Pak Li. Dia sambut kami macam kami dah kenal lama. Mesra orangnya. Isteri dia pun baik siap ajak makan malam lagi mula tu ayah segan juga tapi kalau orang dah ajak tak kan nak tolak pula kan kan.
Masa makan Pak Li tu perhati je cara along makan.

Along: Alang nak air (alang tu aku)

Me: Nah Along (air tu pak li tu yang sua kan dekat aku)

Along: p*k*mak punya perempuan kau nak bunuh aku ke !

terus terdiam. Air je kut bukan aku bagi racun tapi beria dia carutkan aku. Pak li terus bagi air biasa dan tenangkan keadaan. Mama dengan ayah geleng kepala malu dengan perangai along. Tapi Pak Li kata takpe.

Lepas makan. Pak Li duduk depan Along. Pak Li pandang mata Along lepastu Along macam tak suka je dia pandang arah tempat lain.

Pak Li: Siapa tuan kau kenapa kacau budak ni ?

Along: Tuan aku sebenarnya tak ingin dekat dia. Dia nak harta je. Budak ni yang gilakan tuan aku.( dalam nada memerli)

Pak Li: Heh kalau budak ni tau rupa sebenar tuan kau confirm dia pun tak ingin. Tuan kau kan hodoh sebab tu pakai susuk kan( perli balik)

Along: APA KAU CAKAP BANGS*T
PANG

Along tampar Pak Li !!!

Kami terkejut beruk. Yelah sebab along kan lumpuh macam mana dia elok je berdiri apa sume. Terus ayah dengan acik tahan along tapi along tumbuk dua2 sekali. Tanpa diduga along datang kat aku lepastu dia cekik aku. Aku tengok mata along. Time tu lah aku nampak dia bukan Along aku tapi SETAN !

Tiba2 Along lepaskan tangan dia dari cekik aku lepastu dia cakap

"Lari Alang dia dendam dengan alang. Perempuan tu dendam dengan alang...."

Semua yang ada terkejut. Dendam siapa dendam dengan aku. Masa tu aku rasa nak nangis je . Kalau dendam dengan aku jangan kenakan along dia tak bersalah....

Lepas cakap macam tu Along berubah balik jadi setan. Terus Pak li menjerit suruh aku dengan mama dengan bini dia sekali pergi rumah bilal dengan tok imam datang rumah dia .

Kami bertiga lari masuk dalam kereta dan terus pergi ke rumah Tok Imam

Finale Weird Food Finale Next
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-9-2015 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry sebab lambat sikit update guys sorry2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2015 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
katakpisang88 replied at 17-9-2015 05:02 PM
Jahat betul..kenapa lah suka aniaya orang ye?sungguh x faham..kenapa lah orang macam tu wujud..haihh ...

Tu lah pasal asyik nak jeles je dengan orang lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2015 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Thank you kepada yang bagi sokongan kamsahamida
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2015 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
xflower replied at 17-9-2015 06:03 PM
Sorry sebab lambat sikit update guys sorry2

Part 3 : Weird Food

Lepas pergi jemput Tok Imam kami patah balik ke rumah Pak Li. Ayah keluar dengan keadaan termengah2

"Alang, Along hilang dia lompat keluar puas kami cari tapi tak jumpa"

Ahh sudah bala apa pula yang menimpa ni.
sebab aku dah tension sangat aku terus menjerit

"Si*l kau Lina aku percayakan kau kawan dengan abang aku tapi kau buat aku macam ni kita kawan dari sekolah lagi sanggup kau buat camni !" aku teriak macamtu

Sebabnya aku tahu siapa yang buat abang aku.....

Flashback 5 tahun lalu....... ( Cewahh)

Aku dengan lina kawan baik dari sekolah rendah lagi. Kami memang BFF. Aku pun sayangkan dia macam ahli keluarga aku sendiri sampailah...

Lina  ada minat kat seorang abang senior form 4. Tiap2 hari dia ajak aku usha abang senior tu sampai nak muntah aku dibuatnya. Tapi aku ikut kan je.

Suatu hari abang senior tu datang jumpa aku kat Pusat Sumber. Lepas tu dia cakap yang dia suka kat aku sejak aku masuk sekolah menengah dan ajak aku couple dengan dia.

Aku pun shock lah sebab aku minat orang lain (hehehe) dalam hati aku mampus kalau Lina tau. Aku pun cakaplah aku tak suka kat dia dan terus belah dari situ.

Tengok rupannya Lina dah dengar apa yang senior tu cakap kat aku. Since dari situlah kami bergaduh

Aku dah banyak kali cuba terangkan keadaan yang sebenar tapi dia tak hiraukan. Sampai lah lebih kurang lepas 1 bulan tamat sekolah abang aku bagitau dia dah ada awek.

Dan awek tu adalah Lina !

Sebab tu aku agak lina kerana dia pernah cakap dia nak balas dendam kat aku tapi aku tak sangka lah dia betul2 dendam dengan aku sampai sanggup buat macam tu.

Lagipun time tu umur lina baru 18 tapi  abang aku dah 27. Memanglah orang kata cinta tu tak mengenal usia. Tapi boleh jadi kebetulan ke ?

Now

Mak aku terus terkam aku. Dia tanya macam mana aku tahu lina yang buat semua ni. So aku pun terangkanlah from A to the Z.

Sekarang ni memang tension along lari entah ke mana . Risau dibuatnya..

Akhirnya Tok Imam cadangkan pergi kumpulkan orang kampung. Malam tu tak pasal2 je ada mesyuarat tergempar. Ayah aku dengan penuh rendah dirinya minta maaf sebab dah susahkan orang kampung. Tapi orang kampung kata takpe dan ajak cari malam tu juga. Surau penuh dengan ahli perempuan. Mak aku dengan aku dah meleleh air mata. Risau sebab along dah lah lumpuh.

Next : The End
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2015 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Udah pukul 6.30 teman nak memasak dulu karang husben balik tengok tak masak lagi mesti dia buat muka sedih pukul 9 kita sambung balik k k k
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik. Teruskan bercerita k
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 09:59 PM | Show all posts
dah kol 930pm da...mana tt? mana sambungan nya? mana? mana?

hmmm...baru aku tau, mlm ni mlm jumaat...so jgn harapa la ada sambungan mlm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes cinta monyet je  pon sampai sanggup buat org mcm tu ish ish
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 10:32 PM | Show all posts
adehhh... aku tangguhkan malam jumaat ku sebab nak habiskan citer tt... sekali tt lak bermalam jumaat... argghhhhhhhh....
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada plak sambungan lps malam jumaat.. Len kali kasi type semua sekali post saja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-9-2015 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
CrowneGlory replied at 18-9-2015 12:20 AM
Ada plak sambungan lps malam jumaat.. Len kali kasi type semua sekali post saja

Aku tak cakap pun yang aku post lepas malam Jumaat rilek aku tengah menaip ni aku pun ada kerja lain juga lainlah kalau aku ni housewife bolehlah buat macam kau cakap tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2015 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
NoX replied at 17-9-2015 10:32 PM
adehhh... aku tangguhkan malam jumaat ku sebab nak habiskan citer tt... sekali tt lak bermalam jumaa ...

Sambungan

Tiba2 Along ada dekat depan surau tu. Muka dia bengis membuatkan semua penduduk resah melihatnya. Mama pula nampak along terus nak terpa nasib aku sempat tahan kalau tak mau di pelukknya setan tu.

PL: Pandai pula kau balik yeah

Along: Aku memang benci perempuan tu aku minat lelaki tu dari form 1 lagi tapi sanggup dia potong aku perempuan si*l

Tiba2 Tok Imam azan. Yang Pak Li mulutnya terkumat kamit. Along pula dah meracau-racau, menjerit suruh berhenti+ berguling-guling atas tanah (Entah kenapa kalau fikir balik cam lawak pula).

Tiba Pak Li dia tumbuk tanah tempat dia berdiri sambil jerit Allahuakbar serentak dengan itu along muntah....

MUNTAH DARAH DENGAN PAKU RAMBUT BATU KAIN HITAM MEMANG NGERI AKU TENGOK

Lepas keluarkan semua tu Along pengsan. Along lemah kami sekeluarga dapatkan along yang dah terkulai layu.......
Pak Li bagi minum air pak Li kata biar dia rehat dulu esok baru tanya dia. Dan malam tu tak pasal je bermalam kat rumah Pak Li.

Next Morning

Along dah sedar. Elok je dia jalan makan mandi sendiri. Sedangkan sebelum tu tak boleh. Lepas makan along mulakan cerita nya.....

Along

Along tahu along jadi pelik. Along sendiri dapat rasakan. Along jadi macam tak tentu arah asyik ingat kat Lina je.

Dia minta duit along bagi

Dia minta alat makeup along bagi

Sampai kad bank pun along bagi dekat dia

Along sedar semua tu tapi tak mampu nak buat apa2. Sampailah along lumpuh. Along jadi lagi down bila dapat tahu yang Lina nak tinggalkan along.

Perkara malam tadi along sedar apa along buat tapi mulut along macam dikunci tak boleh nak cakap apa2

Along tertunduk

Pak Li : Janganlah kamu semua berdendam dengan dia. Itu biar urusan dia dengan Allah . Nasihat Pak li

Lepas sarapan kami minta balik ke perak semula.

Dalam kereta semu diam melayari perasaan.....

Bagai tak percaya apa yang baru berlaku.....

Lina semenjak kejadian tu dah 4 tahun tak jumpa dia. Sejujurnya aku rindukan dia sebab dia kan dulu BFF aku. Entahlah dia mana aku cuma berdoa agar dia dah berubah.

xxxThe Endxxx
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
xflower replied at 18-9-2015 12:38 AM
Aku tak cakap pun yang aku post lepas malam Jumaat rilek aku tengah menaip ni aku pun ada kerja la ...

X payah housewife dekk...sini ramai je bukan housewife kasi type sampai hbs ..save ..baru post...nasib baik la kisah ko ni bolehla best..sanggup la org follow...kalau x mmg gudbye la
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
xflower replied at 18-9-2015 12:59 AM
Sambungan

Tiba2 Along ada dekat depan surau tu. Muka dia bengis membuatkan semua penduduk resah ...

Jadi,along awak dah sihat dah sekarang ni?Alhamdulilah..nasib baik dapat diubati..lepas ni kena hati2..walaupun dengan orang paling dekat dengan kita..apa pun semua yang terjadi atas kehendak Allah juga..pasti ada hikmah disetiap kejadian ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.066325 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list