CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: xflower

Ghost X Story Level 1

  [Copy link]
Post time 18-9-2015 02:21 PM | Show all posts
Edited by RinIna at 18-9-2015 02:26 PM
xflower replied at 18-9-2015 01:40 PM
Case 4: Fear Finale

Radio tu berhenti sendiri beb. Nurin dengan Mira terdiam terus. Akal logik  ...

Thanks tt tag aku.. seram kot, main tahan2 plak ingt teksi pe.. huhu.. ok tt setia mnunggu next story.. kipidap..

ps: Ok kakak @CrowneGlory .. Maaf dan terima kasih.. Assalammualaikum..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-9-2015 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Lantak kau lah nk panggil aku meroyan ke apa ke lantaklah aku rasa baik kau belah je sebab aku mula tension membaca komen kau yang tak serupa bikin tu i dont care kau nak pnggil aku lepas ni diva ke apa ke kalau kau benci sangat jangan baca cerita aku pergi baca cerita orang lain
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2015 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok guys kamsahamida sebab baca story aku lepas ni aku cuba kenen2 kat hubby minta laptop baru hehehehegegehey
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2015 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Story akan diupdate semula pda pukul 4 bagi aku rehat jap dengan taip cerita baru penat siaaaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2015 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Next case 5 : Anabella
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2015 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
RinIna replied at 18-9-2015 02:21 PM
Thanks tt tag aku.. seram kot, main tahan2 plak ingt teksi pe.. huhu.. ok tt setia mnunggu next st ...

Case 5 : Fire

Time ni Ayah baru beli kereta. Masa tu umur aku dalam 7-8 tahun macam tu. Time ayah tu ayah beli kereta Proton Saga. Masa tu aku dengan Along je yang dah besar. Angah baru umur 4 tahun yang acik dalam perut lagi.

Masa tu cuti sekolah. Merdeka rasa nya. Jadi ayah bawa balik ke kampung ayah kat Negeri Sembilan. Kami adik beradik exited gila. Mama siap masak bekal lagi buat bekalan makanan.

Malam dalam pukul 9.00 macam tu kami bertolak. Ayah ikut jalan lama balik kampung. Yang aku dengan Along sibuk main. Angah dah lama tidur.

Tengah main dengan Along aku nampak macam bola api dari jauh. Bola api tu bergerak gerak terbang. Aku yang lurus pergilah tanya kat ayah.

Me: Ayah2 kenapa ada bola api ayah dia terbang ayah...

Ayah: Hah bola api !

Mama: Abang penangggal abang !

Masa tu aku tak tahu penanggal tu apa. Tapi lepas je Mama cakap macamtu terus ayah bawa kereta laju sambil azan. Mama pula baca ayat kursi. Aku dengan Along dah takut sebab along cakap kat aku penanggal maksudnya HANTU.

Tiba Penanggal tu munculkan diri depan cermin kereta. Ayah terkejut mama menjerit, aku pening, along dah peluk aku dan acik terjaga nangis....

MUKA DIA HITAM NAMPAK USUS DIA TERJURAI DENGAN DARAH
MELELEH.....

Ayah azan lebih kuat. Benda tu hilang. Lama kami tunggu dia tak muncul dah panas agaknya.

Sampai Kuala Lumpur ayah singgah rumah kawan ayah dekat Gombak. Yang aku dengan Along dah demam sebab terkejut. Mama lagilah tengah mengandung jadi mama pun shock juga.

Ayah buatkan kami air. Bagi kami adik beradik minum. Kawan ayah pelawa kami tidur rumah dia.

Esoknya sampai rumah atuk. Ayah cerita kat Atok.

Atuk : Dia tahu bini kamu mengandung tu
yang dia suka tu....

Since there ayah tak pernah memandu malam lagi berapa tahun lepas tu baru ayah berani balik memandu malam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2015 04:40 PM | Show all posts
xflower replied at 18-9-2015 03:52 PM
Case 5 : Fire

Time ni Ayah baru beli kereta. Masa tu umur aku dalam 7-8 tahun macam tu. Time ay ...

Thanks tt tag aku.. errrmm.. kiranya tt mmg bole nmpkla kan dr kecik.. nasib x jdi apa2.. nnt ad cite lagi tag aku k..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2015 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
RinIna replied at 18-9-2015 04:40 PM
Thanks tt tag aku.. errrmm.. kiranya tt mmg bole nmpkla kan dr kecik.. nasib x jdi apa2.. nnt ad c ...

Tak suka nampak benda tu skeri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2015 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Parking dulu..best cter tt!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2015 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
ikastacia replied at 18-9-2015 05:01 PM
Parking dulu..best cter tt!!

Thanks sebab sudi baca
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 05:36 PM | Show all posts
teruskan menulis TT..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2015 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Story sambung balik kul 8
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2015 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
thoyol replied at 18-9-2015 05:36 PM
teruskan menulis TT..

Case 6 : The Long Hair.....

Kejadian dah lama berlaku semenjak kami suami isteri pindah masuk rumah ni. Setiap kali aku sapu rumah mesti jumpa rambut panjang.

Bayangkan rambut tu kat mana2 dia ada. Dapur,bilik,ruang tamu membuatkan aku rimas. Sebab bila nampak rambut tu mesti aku nak sapu rumah. Jadi kalau hari2 nampak apa kes.

Nak kata rambut aku yang gugur tak mungkin. Rambut aku lebat kalau gugur mesti ada yang botak kat kepala aku tapi tidak ni elok je.
Akhirnya aku buat keputusan untuk potong rambut jadi pendek. Dengan harapan tiada rambut lagi merata2 kat lantai rumah aku.

Malang

Rambut tu ada lagi. Kali ni bila aku jumpa lagi aku terus fikir logik. Rambut yang aku jumpa ni panjang nya macam dari kepala ke kaki atau lebih lagi. Sedangkan rambut aku dulu panjang pun paras bawah bahu sikit je. Terus aku rasa seram.
Suatu hari anak perempuan aku datang dekat aku.

Elina: Mama2 kenapa kakak tu nak kawan dengan kakak. Kakak tak nak muka dia buruk lepastu dia busuk.

Me: Kakak mana ni ?

Elina: Tu kat situ (sambil tunjuk dapur)

Ya Allah aku dah takut dah. Mana ada orang kat situ. Dah lah suami aku tiada rumah terus aku. Terus aku bawa anak2 aku keluar pergi Mekdi. Sambil tu aku call suami aku suruh dia balik datang sini.

Bincang2 last sekali suami aku cakap dia akan cari ustaz tengok2 kan rumah tu.

History....

Rumah ni aku pindah masuk bila dah dapat si Elina. Apek yang jual rumah ni murah gila. Padahal dekat dengan Aeon. Bayangkan 120 000 je dia jual. Bila aku tanya kat jiran diorang kata rumah tu mau harga 150 000-200 000 macam tu.

Since dari situ aku rasa pelik. Kalau duduk dalam rumah tu pun mesti rasa suram rumah tu macam tak ceria. Macam negatif je dalam rumah.

Its okay aku akan tahan sampai ustaz tu datang.......

Next : Ustaz Sudah Mariiiii

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2015 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
hatikudus replied at 17-9-2015 04:54 PM
mana sambungannya dekkkk

Case 6 : The Long Hair Finale

Sabtu tu ustaz tu pun datang tengok rumah aku. Mata dia melilau je tengok rumah aku. Tiba2 dengar bunyi jatuh kat tingkat atas. Sedangkan kami semua kat bawah.

Ustaz: Dia bengang lah tu ada orang 'lawat' rumah dia

Ustaz tu pergi dapur dia cakap dapur tempat paling favorite dia melepak. Jumpa lagi rambut panjang kat situ.
Akhirnya ustaz tu minta

Air

Lada Hitam

Garam

Lepastu aku tengok dia mulut dia terkumat kamit lepastu terus dia tiup dekat semua barang tadi.

Dia minta suami aku Azan. Terus dengar suara perempuan mengilai kuat. Anak2 aku dah menangis yang ustaz tu pula keluar campak barang tadi kat luar,dalam dan kat tingkat atas.

"Macam ni lah ustaz rasa elok kamu pindah je. Sebab benda ni dah lama kat sini dia tak nak keluar. Takut jadi apa2 nanti".

Pindah aduiii dah nak kena cari rumah lain pula.....

Malam tu aku balik rumah mak aku. Akhirnya aku pindah balik perak. Rumah yang dekat KL tu jual. Yang kat perak ni ok lah rumah baru harga pun boleh tahan berbaloi aku rasa.

Time aku jual tu aku cakap kat orang tu rumah ni pelik sikit. Itu je aku cakap..

Apalah jadi kat pemilik baru rumah tu......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2015 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
xflower replied at 18-9-2015 12:59 AM
Sambungan

Tiba2 Along ada dekat depan surau tu. Muka dia bengis membuatkan semua penduduk resah ...

Jadi tunang along awak tu lina ker atau tunang ngan org lain?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2015 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
lazaruz6024 replied at 19-9-2015 12:22 PM
Jadi tunang along awak tu lina ker atau tunang ngan org lain?

Dah orang lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2015 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambung balik pukul 2
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2015 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus dek,  keep on writing. Abaikan yg ajet ajet bagus tu.  Mak layan benang awk ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2015 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Rambut panjang? Scary nya. Iols selalu dengor guli jatuh dan perabot gerak2 je. Itu je. Huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2015 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
suarahati786 replied at 19-9-2015 04:17 PM
Rambut panjang? Scary nya. Iols selalu dengor guli jatuh dan perabot gerak2 je. Itu je. Huhuhu

Case 7 : Saka

Aku ada Moyang belah ayah aku. Dua2 hidup lagi. Ayah aku orang nogori tinggal kat Gemen.... Ok korang teka lah sendiri.
Moyang aku ni dulu kerja askar lawan komunis dengan Jepun. Tahun 1965 dah Merdeka dan Moyang dah pencen. Lepas pencen Moyang buka kelas Silat. Moyang ajar hari Isnin,selasa, rabu hari lain moyang tak ajar.

Aku dengan abang saudara aku je yang rapat dengan moyang. Cicit lain mana ada pedulikan moyang. Balik kampung je tekan fon. Tapi aku lain sebab aku suka dengar moyang cerita pasal zaman dulu2.

Agaknya sebab  tu dulu sejarah aku selalu score A kut hehehehe

Namun disebaliknya moyang ada membela sesuatu.....

Bukan ayam

Bukan itik

Tapi SAKA AKA HANTU RAYA.....

Setiap kali aku balik rumah moyang mesti aku akan nampak clone moyang. Selalunya cara nak membezakan senang je kulit dia putih pucat macam mayat.
Kali pertama aku tengok belaan moyang masa umur 5 tahun. Aku pergi dapur nampuk 'moyang' tengah makan. Moyang makan sampah.

Me: Moyang kenapa makan sampah tu makan lah nasi ni adik tolong cedokkan

Aku pun dengan lurusnya pergi tegur hantu raya tu. Dia pandang aku balik lepastu dia terus lari keluar rumah.
Aku pun pergilah ruang tamu nak pergi bagitau mama aku. Tapi tengok elok je Moyang duduk kat ruang tamu. Aku pun tanya moyang tadi nampak moyang kat dapur.

Moyang: Ohhh tu kawan Moyang ekau nak kawan dengan dio kooo

Sorry moyang aku tak ingin kawan dengan belaan moyang tu......

Next: Part 2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.299617 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list