CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Song_Jihyo

7,8buah Cerita Seram Tu boleh ler By Song_jihyo (UPDATES PG5)

[Copy link]
Post time 19-10-2015 01:00 PM | Show all posts
Song_Jihyo replied at 18-9-2015 12:22 PM
.SAMBUNGAN

....Tiap hari singgah sambil nyanyi & main rambut.

pergh....main baling2 bawang..hahhaha.lg hardcore nie.scary + lawak pun ade.hehe

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2015 02:02 PM | Show all posts
seronok baca citer2 TT..
mcm2 perasaan ada.. seram..lawak... sedih..

#kipidap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2015 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita7 : Kami pekerja kilang

Tahun 2010 aku dgn kenkawan waktu ni baru habis SPM. So we ols decide nak buat kerja partime sementara tunggu result keluar. Adalah dlm geng aku ni 4perempuan 8lelaki plan nak cari keja. So 12org ni pergilah cari keja & dpt kerja kat sebuah kilang. Memula kami ni pergi naik van,Tp driver van yg kami panggil Cik Pozi ni buat hal pula xnak ambil bebudak kilang. So,terpaksalah kami ni plan reramai naik moto merempit. Waktu kami keluar kerja selalunya pukul 6.30pg selepas subuh. Balik kerja pula pukul 7. Jauh jugalah perjalanan tu. Adalah dlm 2jam. Nak aku ceritakan yg jalan tetiap hari kami gunakan ni memang berhantu gila. Ada dua jalan yg kami pilih samada jalan utama yg ramai org guna tp lebih angker & jalan bengkang bengkok atau jalan lurus,angker sikit tp xramai org.  Jauh sikit jalan ni perbanding jalan utama. Tp kami decide utk guna je jalan jauh sbb risiko kurang sikit. Xlah byk story seram. Adalah dlm 3kejadian yg buat kami gubra. Aku ringkaskan ye :

Part 1: Penanggal ("Aku" dibawah ialah Riduan a.k.a kawan TT)
Harini yg pergi kerja 5org je. Selalu konvoi pergi keje lebih dr 10 biji motor. Tp harini 3biji motor aje. Aku naik dgn Gf. Amat bonceng dgn Fitri. Faiz single rider. Time ni kami balik awal. Pukul 5 dah blah. Geng pun xde. Yela,korang asal dpt je gaji,mesti esok xdtg. (hehe memang) Kami lepak kejap dekat senja bertolak balik. Rilek je bawa motor. Jalan pun lengang. Faiz paling belakang. Sambil drive sambil layan rokok. Xsemena2 Faiz yg slow gila kat belakang tu potong kitarang smbl picit2 hon. Ingatkan sesaja nak memain. Sekali toleh,nampak kepala terbang2 ikut blakang Faiz. Terkincit rasanya. Bila dah lalu kat kawasan perumahan,kepala tu terbang tinggi. Hilang!
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 12:53 PM | Show all posts
Lagi TT... sempoi citer2 ko...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2015 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Song_Jihyo at 21-10-2015 09:57 AM

Cerita 8: Hantu Pari.  
('aku' dibawah adalah Pakcik Kpd TT )

            Aku rasa,dlm bebanyak hantu.. Hantu pari lah yg paling low profile. Kalau Ponti,Langsuir,Mati2 punca dr apa kita tahukan. Tp Hantu pari ni ntahlah dr mana. Jarang orang jumpa. Yg aku tahu,Pari ni gatalll! Pantang nampak orang segak.
             1Hari tu aku masuk hutan nak cari buluh kuning. Waktu ni kampung aku (kg TT juge) kecoh kena ganggu dek org minyak. Aku ni ramai anak dara. Kenalah ambil tindakan awal. Kat tengah hutan aku ralik memotong buluh2. Secara tiba timbul bau yg wangi2 aje. Menusuk lubang hidung aku. Eh? Dari mana datang minyak wangi rozita chewan ni? (tokok tambah aje. Hehe) getus hatiku. Berejam2 aku dok buat kerja tgh hutan. Bau wangi2 ni dok main sekitar aku. Aku hiraukan ajelah. Adalah tu niat nak meganggu.
            Dekat nak senja,selesai keja aku pun nak pulang. Tengah nak jalan...jalan...jalan... Tetiba aku terkentut. Hahaha! (ni mg pakcik aku cerita,bkn tokok tambah.) Ok,Sambung jalan balik. Jalan...jalan...jalan... Tetiba depan aku muncul seorang perempuan cantikk.. Mcm dlm Fairy Tail. Muka putih,telinga runcing,rambut biru. Baju macam sinderella tu. Warna baju putih2 + biru air. Tp aku nampak dia xberdiri. Tp terapung. Hahhh! Sudahh.. Sah2 bukan orang. Perempuan ni tengok aku tersengih2. Kemudian tangan menggoda2 ajak aku dekat. Tp aku makin jarakkan diri.
         Hampir 10min aku terpacak depan dia. Dia xbehenti memanggil2 aku dgn isyarat tangan. Secara tetiba aku baru teringat petua org2 dulu cakap kalau nak tgk org tu hantu ke bukan,belakang kan org tu,kemudian kita tunduk & tgk celah kangkang. Dr situ kita boleh nampak rupa sebenar dia. Nak lagi mujarab,letak paku dalam poket. Sambil pegang paku dlm poket sambil tu juga tonggeng tgk celah kangkang. Aku apa lagi,followlah petua org dedulu tu.
          Aku raba2 dlm poket,memang ada paku. Aku selalu bawa sebabnya aku ni keja menukang. Kebetulan aku pergi hutan pakai seluar kerja. Lalu aku pun ikutlah step yg tadi tu. Tangan seluk poket pegang paku. Aku belakangkan perempuan tu & tonggeng. Aku tengok celah kangkang! Perghhhh!!! Xjadi pun. Dok macam tu juge rupanya. Cantik jelita. Mesti perempuan ni gelak2 je tengok aku tonggeng. Menipu betul petua ni.
          Tp bila aku berdiri balik,kemudian hadap perempuan tu.. Muka yg td dah bertukar jadi buruk. Muka macam dimakan cacing. Berbau. Busuk. Berbogel. Anunye kemaluan beliau macam keluar ulat2. Rambut jarang2 atas kepala. Apa lagi. Aku angkat kaki lari xingat dunia. Tetiba perjalanan yg dekat jadi jauh. Aku toleh belakang,Lembaga tu masih melambai2. Dan hilang...
          Esoknya aku bagitau kat Org kampung. Diarang cakap itu hantu pari. Sejenis org minyak juga. Suka betul main rogol2 ni esp kat lelaki yg kacak. Kat situ kembang hidung jap. Ternyata aku memang kacak. Apa2 pun aku bersyukur sbb terlepas dr nafsu binatang beliau. (over).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2015 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita 9 : Rumah banglo belakang rumah

           Dulu aku stay kat sebuah rumah sewa kawasan kulim kedah. Kawasan kampung. Aku stay dengan kawan aku. Hani namanya. Ibu tunggal seorang anak. Tp anaknya tinggal kat kg dgn neneknya. Nak diceritakan belakang rumah kami ni ada rumah banglo yg terbengkalai. Siap separuh aje. Jd kosong lah ia tanpa penghuni manusia. Jarak jauh lah juga. Tengah antara rumah kami dgn banglo tu ada padang. Padang ni tempat sembelih lembu ke apa ke. Sbbnya kat tempat terdekat ada org ternak kambing,lembu Dll. So penduduk setempat kata,tapak tu pun keras juga sbb ada yg nampak lembaga mcm hantu raya dok melahap sisa2 daging yg ditanah area padang.
           Berbalik pada cerita banglo tu,Adalah 1 mlm kawasan aku hujan lebat,kilat sambar menyambar. Dlm pukul 3 pagi aku terjaga nak pergi minum air kat dapur. Rumah kami kecik je. Xde bilik. Tidur kat ruang bawah tanah. Melanglah ke dapur pun naik 5anak tangga aje. Kebetulan dapur aku menghadap banglo ni. Dapur aku ada tingkap. Sambil minum air sambil mata tengok kat luar tingkap. Kat luar cerah sbb ada lampu jalan.
          Tengah syok usha kat luar,tetiba depan banglo tu kat balkoni dia (banglo 2tingkat)mcm ada org tengah kekiri kekanan. Mcm org tgh kelam kabut angkat kain tgh hujan. Time ni aku xtau lagi yg rumah tu xde penghuni. Dlm hati dok pk,apalah org ni. Dgn hujan,kilat sambar menyambar. Kena pelakar baru tau. Jd syok plak aku tgk org ni angkat kain. Lama betul. Tetiba aku curious plk nak tahu byk manalah kain baju dia angkat. Rasa xd kerja sgt nak menyibuk hal orang. Aku pun buka lah tingkap. Pias2 hujan kena muka pun aku buat bodoh aje punyalah nak menyibukkan.
            Buka je tingkap,org yg aku sangka angkat kain tu.. Bukan tengah angkat kain kat ampaian,tp tu baju dia pakai. Baju labuh panjang. Ku sangkakan juga dia berlari kekiri kekanan utk angkat kain. Rupanya beliau terbang2 sana sini. Aku lihat,dr balkoni.. Lembaga ni lompat ke padang persembelihan. Hah! Sudah.. Sah2 bukan manusia. Cepat2 aku ttp tingkap. Kang terbang pula dia kat aku. Sebelum blah balik tmpt tido,sempat aku usha sikit. Lembaga tu dok buat larian plak kat padang. Entahlah makhluk apa. Esoknya aku tanya jiran siapa penghuni banglo tu. Jiran ckp "banglo kosong. Yg hakak tahu dulu ada indon yg jd tukang banglo tu mati terhempap batu bata." T.T
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-10-2015 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita 10 : Baju itu berpuaka

          Ini cerita aku dengar dr seorang pemilik butik. Time ni aku keja kat tempat Agen BSN. Bersebelahan butik tersebut. Adalah dlm sebulan gitu Butik ni tutup. Bila dibuka semula,aku pergilah jumpa pemilik bukti. Nama akak ni mawar. Aku panggil kak awar je. Aku tanyalah apahal butik tutup lama kan. So,akak ni bukalah cerita.
        Begini cerita dr Kak Awar :

           3bulan lepas,Ada seorang lelaki dtg butik akak. Dia bawa 1 baju pengantin dlm kotak. Lelaki tu cakap "akak,tolong lah ambil baju ni. Saya xsanggup nak simpan" muka nampak sayu. Akak tanyalah kenapa. Dia cakap "baju ni milik tunang saya. Tapi.. Tunang saya.. Dah arwah." tersekat2 beliau cerita. Katanya lagi Tunang beliau kemalangan teruk selepas pulang ambil baju wedding tu. "saya xsanggup simpan. Sedih. Xsanggup lagi nak tatap apa2" Sambung lelaki tu lagi. Mulanya akak xnak. Tp dipaksa juga. Akak akur.
           Lepas hantar baju tu,lelaki tu pun pulang. Akak suruh pekerja akak Tehah simpan baju dlm almari je dulu tanpa buka & cek. Sbb time tu dah pukul 6. Nak tutup butik dah pun. Esok harinya Akak dtg butik buat kerja macam biasa. Tengah buat2 keja tu,Akak & Tehah terbau sesuatu yg busuk. Macam hanyir pun ada. Tercari2 Akak dr mana dtgnya bau ni. Takut nanti menggangu customet yg dtg pula. Cari punya cari,Tehah cakap punca bau dr almari. Bila buka je almari. Ya Rabbi,busuknyaa.. Berkepam! Bila dicek lagi,baunya mcm berpunca dr dlm kotak baju wedding yg lelaki semalam tu kasi. Agak kaget kami tang situ.
         Tehah bawa kotak baju tu kat Akak. Akak pun bukalah. Buka punya buka... Baju pengantin tu berlumuran darah dikk.. Takut akak tengok. Ya Allah,Masa tu terpaku akak. Berpandangan kami berdua. Xtunggu lama,aku pergi buang kat tong sampah besar. Bau hamis hanyir pun hilang. Nak termuntah Akak rasa. Esoknya hujung minggu. Kedai Akak tutup. So hari Isnin Pepagi Akak dtg buka je kedai... Bau busuk yg sama muncul lagi. Akak kaku jap. Takut nak masuk sampai kedalam sbb pekerja blm datang. Tu pasal haritu Akak lepak tempat kamu sampai Tehah dtg. (ofis akulah) Bila Tehah dtg,Akak bukalah pintu kedai balik. Dgn harapan bau busuk dah xde. Tp haremmm.. Yg paling Akak terkejut,baju tu dgn kotak2nya sekali dok atas meja Akak. Hahhh ~ keluh panjang & takut dr Akak. Kami dah rasa something wrong ni. Akak soh Tehah pergi buang lagi baju tu. Kali ni buang kat tong sampah lagi jauh.
              Bila dah buang jejauh,Akak ingatkan dah selamat. Tapi... Hmmm.. Dia dtg lagi siap baju tu dipakaikan kat salah satu patung baju dlm butik Akak. Dengan berdarah2 bau hanyir. Dibuang lagi & kembali lagi. Sah! Baju ni puaka. Bila seminggu kejadian berlaku. Kami decide nak tutup kedai dulu sementara keadaan nak kembali normal. Akak bawa baju tu  jumpa seorang perawat. Katanya baju tu bawa BADI (aku sendiri xtahu konsep badi ni guane) Katanya lagi siap ada yg perah limau atas baju ni. Buktinya ada biji2 limau melekat atas baju. Lalu baju tu dijampi serapah oleh perawat & dibakar. Waktu dibakar tu,Akak dgr suara perempuan menjerit. Seram rasanya.
                       Perawat tu dtg butik Akak utk halau semangat xelok. Katanya ada makluk lain juga yg ngekor sbb terbau darah kat baju tu. Tu pasal sebulan Akak xbuka kedai. Takut. Sekarang syukur,semua dah kembali normal. Akak pun xpasti kenapa tunan arwah ni bawa baju ni dgn xberbasuh semua tu. Hmmmm.... The End
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2015 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Song_Jihyo at 21-10-2015 10:03 AM

Cerita 11 : Siapa Yg Menghendap?

           Ini kisah kakak kepada kawan aku,Najwa. Nama Kakak nya Dayah. Kisahnya bermula bila Dayah pulang ke kampung yakni kg TT juge. Time ni Dayah tgh sarat mengandung. Lg 2minggu due date.
           Nak dijadikan cerita,1hari tu Dayah dgn perut yg memboyot tgh melipat baju didalam biliknya seorang diri. Suami xde. Kerja. Mak,ayah,Najwa serta Abangnya tgh layan TV Kat ruang tamu. Tengah leka melipat baju,tetiba Dayah terdengar suara merengus. Huhh! Macam melepaskan marah. Kemudian terdengar plak suara seperti lidah mejilat2 bibir. Dayah Kaget! Seperti dengarnya suara itu diluar tingkap beliau. Lalu Dayah toleh utk memerhati tingkap yg terbuka itu (tgkp cermin yg bebanyak tu). Dayah lihat sepasang mata sedang menghendap. Matanya terjegil putih!
         Dayah kaku seketika. Tiba2 makluk yg tidak diketahui rupanya ini menghulur lidah yg sangat panjang!! Lidah nya berlubang spt dimakan ulat. Panjang & lebar. Dayah kaku. Ingin menjerit tetapi tidak mampu krn terlalu takut. Lidah itu seperti tahu mana hala tujunya! Perut Dayah mahu didekatinya! Tiba2,entah macamna Dayah punya kekuatan sekuat hati menjerit. Arghhhhhhhh!!! Suara jeritan Dayah didengari ahli keluarganya. Lalu kesemua mereka lari mendapatkan Dayah dibilik. Tetapi bila sampai dibilik,makluk itu sudah lari. Tau pun ko takut!
           Selepas kejadian,Dayah tidak lagi sendirian. Sebaliknya tidak lg tidur dibiliknya itu. Tp dibilik Najwa. Dgr khabar dr jiran terdekat,ada yg nampak makluk berbaju putih,rambut panjang,tinggi & bertangan buruk mundar mandir diluat tingkap. Selalunya nampak time tengahari & malam. Mundar mandir spt hilang arah & kebimbangan. Kejap2 diintai biliknya Dayah & menghulurkan tangan. Kemudian mundar mandir semula. Mungkin mencari Dayah. Tp time tu Dayah dah tunggu waktu beranak kat hospital.
         Kata orang kampung,makluk ni dr kampung sebelah. Jarak kg ni dgn kg aku adalah dlm 3batu. Org kg kata,selalu nampak natang ni terbang2 kesana. Maybe lah asal sana sbb kg tu pon ramai membela!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2015 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
SALAM SEMUA. SORRY,SAYA MMPU UPDATES STORY JE. NAK REPLY KOMEN SUSAHLH SBB SAYA DIKAMPUNG. LINE XDEEEEE.. Sorry ye. TQ for supporting.

Yg tanya knp hanis dgn kakaknya dh xbrhubung. Ini kes dgr suami 100%. Smpai duit adik pon nk dikebasnya...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 03:17 PM | Show all posts
TT citer la lagi. Xpuas baca citer TT. SAya sabar menunggu ye..

Citer TT ni seram tp dalam seram ada lawaknya. Tp sedih bab citer Hanis tuh. Apa laa nasib dia. Smpai kakak dia sendiri buang dia.

Pastu Si Aiman tu hati kering betul ye? BTW, kak Ju tu xde plk nk cekik2 dia ke, buat love bite ke kt Aiman tu? Maknanya Kak Ju tu just nk kawan je la ye? Xde niat nk ngusik. Hahahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 05:46 PM | Show all posts
Song_Jihyo replied at 21-10-2015 10:15 AM
SALAM SEMUA. SORRY,SAYA MMPU UPDATES STORY JE. NAK REPLY KOMEN SUSAHLH SBB SAYA DIKAMPUNG. LINE XDEE ...

It's ok TT.

Seronok baca cerita tt ni.
gaya penceritaan yang sempoi je

kesian betul dgn hanis tu. semoga dia tabah
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 04:33 PM | Show all posts
ngekek2 iols gelak baca citer abang aiman yg sado...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 05:22 PM | Show all posts
Song_Jihyo replied at 21-10-2015 09:59 AM
Cerita 10 : Baju itu berpuaka

          Ini cerita aku dengar dr seorang pemilik butik. Time ni a ...

Hurm, cerita yang menarik. Limau pun dulu maid aku dari Thailand memang bagitau yang org Siam, kalau yang 'nakal' memang akan perah limau kat tempat accident.

Tujuan dia adalah untuk menyeksa mayat dan membiarkan kejadian accident tu repeat - 'dengar bunyi, suara, penampakan'. Hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 01:04 PM | Show all posts
Song_Jihyo replied at 17-9-2015 11:03 PM
Cerita 4 ; MAK AKU KENA SANTAU & SAKA MOYANG.

Mak aku ibu tunggal 4anak. Org kata mak aku nk oran ...

mak tt ni kes sama mcm berry jugak..knp sekali dengan 3 orang..manusia macam2 skrang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 11:00 AM | Show all posts
Tak apa tt.. aku faham.. asalkan tt teruskan bercerita.. mmg seram gilozla cite tt.. yg sal baju tunang tu itula pelik gak, laki tu anta baju arwah tunang tu dgn x berbasuh ke? biakan je darah tu? Silap akk tu x tgok lak dlm kotak tu masa laki tu bg baju tu. Tp laki tu lak mmg confirm manusia ke? ... antu lidah tu nakkan bby dlm kandungn lahtu. Nakkan darah ke. x dapat tu yg resah gelisah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 05:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita la lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2015 10:10 AM | Show all posts
HALLLOOOOOO!!! x de cite baru kah??
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Best cerita  TT..bila nak sambung
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2016 11:43 AM | Show all posts
tt meh la sambung cte..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2016 01:52 PM | Show all posts
Song_Jihyo replied at 21-10-2015 10:15 AM
SALAM SEMUA. SORRY,SAYA MMPU UPDATES STORY JE. NAK REPLY KOMEN SUSAHLH SBB SAYA DIKAMPUNG. LINE XDEE ...

part hanis ngan akaknya tak berhubung tu kat citer mana satu? camner ku leh terlepas citer part yg tu ehh?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 1.542906 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list